HFM 23 | | Kata Tak Serupa Bikin

Romance Series 73463

Liur gugup ditelan kesat. Dihya di situ kejung berdiri sambil mencengkam kuat dulang dalam tangan ketika itu. Hampir hendak gugur jantung dari tangkai tatkala melihat Zane berdiri situ. Lelaki ni lama-lama boleh buat hayat dia semakin pendek!

Zane tidak dengar bukan, apa yang dia bualkan pada guard tadi?Dia tidak boleh biarkan Zane tahu mengenai keadaan sebenarnya.

                    Bila mata Dihya turun ke badan Zane yang dibalut dengan t-shirt miliknya, dia dapat melihat otot kekar yang menonjol di balik kain putih itu. Seluar pijama tidur miliknya kelihatan senteng dikaki panjang Zane. Walaupun begitu ketampanan Zane tetap terserlah. Buatkan gugupnya berkurangan sedikit."Tuan dah lama bangun ke?" dia cuba berbasa basi sewaktu mengatur langkah ke arah Zane.

Masih dengan riak grumpy dan kening mencerlung, Zane perhatikan setiap gerak geri Dihya tanpa berkedip. Dia masih tidak berpuas hati kerana Dihya tidak memberi jawapan pada pertanyaannya tadi. Kenapa gadis ini tidak reti untuk duduk diam dalam satu masa tidak ke mana-mana!? Kenapa mesti jugak sibuk nak lakukan itu dan ini?

                     "Apa yang kamu lakukan bersama bodyguard saya tadi, Dihya?" mata Zane bergerak turun ke dulang yang di tatang Dihya tadi. Takkan la Dihya beri bodyguard dia minum!?

                    "Saya minta mereka test rasa. Disebabkan saya tak pasti bagaimana tuan nikmati minum pagi tuan, bodyguard tuan adalah antara orang yang mengenal tuan lebih baik dari saya. Jadi saya berikan mereka rasa air yang saya buat sebelum hidangkannya kepada tuan."dalih Dihya kelihatan meyakinkan.

Zane membuat muka.

                     "Berapa kali saya beritahu, kamu tak perlu lakukan semua tu!"

Dihya mengetap bibir sebelum tunduk memandang ke bawah. Dia tak tahu pulak begini reaksi Zane. Dia fikirkan tadi, mahu menyediakan sarapan untuk Zane sebelum lelaki itu bangun. Dengan harapan dapat ceriakan hari Zane pada hujung minggu ini memandangkan Zane sudah sibuk sepanjang beberapa hari ni.

                     "I didn't bring you here to be my maid Dihya."

                     "Maafkan saya tuan."

Pabila ucapan itu sampai ke telinga Zane, kerutan di kening itu serta merta mengendur. Nada Dihya itu kedengaran lirih padanya. Kenapa dia berasa begini sedangkan selama ini layanan dia pada mana-mana wanita memang sedia kasar dan kurang ajar. Tak pernah sekali dia peduli apa yang mereka rasakan setelah dia berbuat begitu. Tapi kenapa apabila orang itu adalah Dihya, hatinya  berasa tidak enak seperti ini?

                     Dengan perlahan, Zane berdehem sebelum berkata. "Kamu yang tukar pakaian saya?"dia tidak berapa ingat apa yang berlaku malam tadi. Selepas upacara majlis pelantikan itu berakhir dia terus bergerak pulang ke rumah. Apa yang berlaku kemudiannya dia langsung tidak tahu. Apa dia tahu, bangun-bangun aje dia sudah berada dalam bilik Dihya.

Dihya mengangkat kepala. Memandang muka bangun tidur Zane itu untuk seketika kerana terpana dek aura kuat miliknya. Bagaimana lelaki grumpy Ini sentiasa kelihatan kacak walaupun baru tidur. Dia kemudiannya mengangguk.

                     "Ya."

                     "Dengan pakaian kamu?"

                     "Ya."

                     "Kenapa bukan pakaian saya?"Zane berdiri di hadapan Dihya lalu mencapai cangkir kosong dari dulang itu lalu menuang kopi dari teko di situ ke dalamnya.

                     "Sebab saya tak ada pakaian tuan dalam bilik saya. Lagipun tuan salah masuk bilik saya malam tadi sampai tertidur. Saya tak ada pilihan lain. Saya tak boleh biarkan tuan tidur dalam pakaian tuan tu." bingung-bingung Dihya perhatikan Zane menyisip minumannya itu. Ingatkan taknak diminum tadi.

                     "You can get it from my room then."Zane mengecapi bibir beberapa kali setelah menyisip minuman hangat itu. Keningnya berkerut sedikit dek air panas. Selebihnya, rasa minuman itu cukup memuaskan hati.

Dihya mendongak ke tingkat dua secara refleks setelah mendengar kata Zane. Ikutkan hati memang dia dah naik ke tingkat dua untuk ambil pakaian Zane. Namun setiap kali dia teringat akan pesanan Kyren dimana dia tidak dibenarkan naik ke tingkat dua melainkan dengan kebenaran, Dihya tidak dapat lakukan apa-apa mengenainya. Maka pilihan terakhir adalah menggunakan pakaiannya sendiri.

                     "Kyren beritahu yang saya tak dibenarkan naik ke tingkat atas melainkan dengan kebenaran. Sebab tu la-" kata-katanya terhenti apabila berkunci tatapan dengan Zane sebaik mengalihkan pandangan. Tanpa diduga Zane telah memandangnya sepanjang masa itu.

Hm?Kyren?Zane menjungkit kening kiri dengan sinis.

                     "Kamu mendengar kata Kyren dengan baik dibandingkan dengan saya. Siapa tuan kamu sekarang? Saya atau Kyren?"

Dihya terdiam. Matanya tidak berkedip dari menatap Zane. Apa masalahnya? Dia dengar kata mereka berdua. Pernah ke dia melawan?

                     Zane mengedipkan mata seperti tersentak apabila menyedari yang dia terpaku untuk beberapa saat selepas memandang Dihya. Dah kenapa dengan dirinya ini? "Saya nak mandi. Kamu sediakan sarapan..." arahnya semasa berpusing dengan kekok.

Dihya tersenyum nipis. Tadi beria kata taknak dia lakukan semua tu. In the end, suruh jugak.

                     "Baik tuan."sambutnya sambil perhatikan belakang badan Zane sewaktu lelaki itu mendaki anak tangga ke tingkat atas. Dia dongak ke tingkat atas itu dengan renungan ingin tahu. Agaknya apa aje yang tersembunyi di tingkat atas tu ya?

SEMANGKUK bubur dengan topping telur goreng diletakkan atas meja bersebelahan mug berisi teh herba hangat. Semasa Dihya meletakkan set utensil di sebelah mangkuk, Zane muncul di dapur lengkap dengan pakaian casual lelaki itu. T-shirt hitam dan sweatpants kelabu. Rambut yang biasa di sisir kemas dibiarkan tidak diurus. Membuatkan wajah itu kelihatan muda dari kebiasaannya.

                     "Apa yang kamu sediakan?"

                     Dihya berdiri di sebelah bangku tinggi di island itu semasa Zane mengambil tempat di atas bangku tersebut. "Perut tuan mesti tak selesa lepas minum banyak malam tadi. Jadi,saya sediakan bubur kosong." mujur resipi ni tak memerlukan tukang rasa. Jadi dia tak perlu hadapi situasi gerun seperti awal tadi.

Zane tunduk memandang mangkuk berisi bubur putih yang masih beruap panas itu sebelum dongak memandang ke tepi. Dihya berdiri di sebelahnya ketika ini.

                     "Kenapa? Tuan nak hidangan lain?" kedip Dihya ketika bertentang mata dengan Zane.

                     "Beritahu saya..." Zane mengecilkan mata berasa curiga dengan sikap mesra dan patuh Dihya itu. "Ada sesuatu yang berlaku ke malam tadi?"

                     Sudu untuk sup diserahkan kepada Zane sambil itu. "Apa maksud tuan?Sebelum atau selepas tuan sampai ke rumah?"Kalau tanya dia apa yang berlaku sebelumnya, mana la dia tahu.

                     "Selepas saya sampai di rumah. "Zane ambil sudu itu lalu tunduk  menyenduk bubur. Matanya termenung. Tak mungkin la dia melakukan sesuatu sehingga buatkan Dihya berubah sikap begini?

                    Untuk seketika dia berjeda panjang sebelum berkata."Nothing particular ."Dihya duduk atas bangku bersebelahan dengan Zane." Tuan tertidur selepas saya nampak tuan di dalam bilik saya. "perbualan itu membuatkan dia teringat semula akan tindakan dia pada Zane malam tadi. Ya tak mungkin la dia akan beritahu Zane tentang hal tu.

                    "Kamu sure tentang hal tu? "Zane masih berasa curiga dengan tingkah laku Dihya itu. Ada sesuatu yang Dihya sedang sembunyikan darinya. Dia yakin tentang itu.

Dihya mengangguk.

Tidak memanjangkan lagi topik itu, Zane fokus pada makanannya. Sebenarnya dia tidak pernah makan di rumah. Hari-harinya biasa di isi dengan jadual kerja dan perjumpaan walaupun di hujung minggu. Sama ada meeting di syarikat atau bermain golf dengan para investor Atau klien. Hanya sesekali sahaja dia berada di rumah. Ini adalah kali pertama dia berada di rumah pada hujung minggu dan menikmati home made breakfast.

Selepas beberapa minit berlalu, hanya bunyi dentingan sudu sup pada mangkuk menghuni ruang dapur.

Dan sepanjang masa itu, Dihya curi-curi mengerling ke sebelah. Wajah Zane di teliti lama kerana ingin memastikan keadaan dulu. Yalah, mana tahu kalau muka itu kelihatan ketat dan grumpy. Dia takkan ambil risiko untuk mencari pasal dengan Zane sewaktu Zane tiada mood. Jadi dia perlu pastikan sama ada line clear atau tidak untuk meneruskan misinya itu.

Dia sebenarnya  sejak tadi, ada keinginan yang mahu disampaikan kepada Zane. Alasan kenapa dia bersikap baik dan rajin pada awal pagi begini untuk menceriakan hari Zane. Sebab dia mahukan sesuatu.

                     "Tuan... Kalau saya tanya sesuatu boleh tak?"

Pada masa ini la Zane berdengus sambil menarik sengih meleret. Tekaan dia tepat. Memang benar ada udang di sebalik batu dengan antic Dihya pagi ini. Pasti ada alasan kenapa Dihya berkelakuan baik dan patuh begini.

                     "Apa dia? "Zane menyenduk lagi bubur dari mangkuk lalu disuap ke dalam mulut.

                     "Saya ada dua perkara yang nak di tanyakan. Tak apa kan? " Dihya pandang penuh berharap ke tepi muka itu.

Napkin di sebelah gelas dicapai Zane lalu mengesat bibir menggunakannya. Setelah itu mug berisi teh herba dicapai sebelum di sisip perlahan. Perempuan semuanya sama. Tak ada beza. Setiap perbuatan yang mereka lakukan pasti ada niat yang tersembunyi. Dia ingatkan Dihya lain daripada yang lain. Rupanya sama aje.

                     "Apa dia perkara tu?"Zane boleh mengagak apa yang dikehendaki Dihya. Kalau bukan wang pasti barangan mewah.

                     "Boleh tak saya order pizza?"Dihya menelan liur craving setelah selesai bertanya. Dalam kepalanya sudah terbayang akan makanan mewah itu. Dahulu masa dia bekerja dia langsung tiada wang cukup untuk makan makanan ini. Gara-gara mahu berjimat, dia hanya mampu makan ramen dan bubur sahaja setiap hari. Dah alang-alang duduk di tempat mewah begini, tak salahkan kalau dia nikmatinya?

Riak sinis Zane tadi terus berubah menjadi terpempan selepas mendengar permintaan kecil Dihya itu. Dia pandang riak wajah Dihya yang seakan penuh berharap kepadanya ketika itu.

                    Memang la dia tak boleh rasa Pizza tu nanti, tapi sekurang kurangnya dia dapat sentuh makanan itu. "Kenapa tuan pandang saya macam tu? Tak boleh ke? Kalau tak boleh tak apa la. Saya tanya aje."Dihya masih memandang Zane ketika lelaki itu diam seribu bahasa.

                     Bukan wang, bukan barangan mewah yang diminta, tapi makanan? Zane berkerut kening tidak percaya. Dia benar-benar terkejut dengan hal itu. "Kamu mahukan pizza?" soalnya semula masih tak percaya.

Dihya mengangguk.

                     Zane dihambat rasa bersalah sejurus itu. Lelaki itu berasa malu selepas membuat andaian yang salah tentang Dihya. Tapi pada masa yang sama dia lega. "Kamu boleh order. Dan ada orang yang akan mengambilnya kemudian di bawah nanti."

                     "Oh-okay."ingatkan tak dapat tadi. Dihya pamer riak lega.

                    "Kamu kata ada dua pertanyaan, apa pertanyaan kedua kamu tu?"

                    Tidak semena Dihya mengetap bibirnya. Dia kelihatan teragak-agak hendak bertanya untuk itu. Kerana Dihya takut dengan reaksi Zane nanti selepas mendengarnya. Tapi dia tetap perlu mendapatkan kepastian mengenainya. Dia terlalu ingin tahu sampaikan tidak tidur malam gara-garanya. "Bukan hal penting pun. Cuma saya nak tahu, apa akan terjadi pada kontrak saya dengan tuan sekiranya saya jatuh cinta pada tuan? Adakah ianya akan terbatal dan saya dihalau pergi? Kalau ya, perlu ke saya bayar ganti rugi untuk tu?" Dia ni bukannya ada banyak simpanan. Kalau nak dikira-kira, memang tak cukup la nak bayar semula bond yang telah dibeli oleh Zane tu.

Begitu terkedu dengan soalan itu, Zane menghadapkan badannya ke Dihya. Tangannya memegang arm rest bangku Dihya dengan erat. Nafasnya ikut tertahan akibat terlalu terkejut. Takkan la Dihya-

                     "Kenapa tetiba kamu tanya macam tu?"

Bersama senyuman nipis serba salahnya, Dihya mengutil hujung lengan bajunya semasa memandang wajah itu.

                     "Sebab saya rasa, saya dah jatuh cinta pada tuan la."beritahu Dihya tidak teragak-agak. Dia tahu mengenai kenyataan Zane adalah suami orang, sebab itu dia beritahu hal ini lebih awal. Mana tahu Zane akan ambil keputusan untuk menghalau dia lebih awal daripada yang telah dijadualkan. Jadi dia perlu tahu tentang hal itu untuk buat persiapan.

Mulut Zane terbuka sedikit kerana tercengang dengan confession mengejut itu. Ianya suatu yang tidak pernah dia jangka akan berlaku. Selama ini tidak pernah ada seorang pun wanita menyatakan perasaan cinta mereka kepada dia selain hanya menyukai harta dan kuasanya sahaja. Jadi Zane tidak expect apa-apa dari Dihya juga. Namun apa pula yang berlaku kali ni!?

KEADAAN DI antara mereka menjadi sepi.

Zane tidak tahu hendak berkata bagaimana lagi selepas confession Dihya sebentar tadi. Lelaki itu benar-benar shock dan begitu tertampar tentang kenyataan mistress baru dia telah jatuh cinta pada lelaki seperti dirinya ini.
Rasa jijik, kotor dan terhina bercampur baur.

Bukan kerana perasaan Dihya terhadapnya tetapi terhadap dirinya sendiri.

Bagaimana seseorang yang tidak bersalah seperti Dihya boleh jatuh cinta pada lelaki tidak berguna seperti dirinya ini? Gadis itu tidak fikir ke, bahawa lelaki yang dia telah jatuh cinta sekarang dengan adalah lelaki sama yang telah memaksa Dihya menjadi wanita simpanannya?Tidak sedarkah Dihya bahawa dia adalah lelaki sama yang membeli Dihya menggunakan bond hutang gadis itu? Dihya tak sedar ke bahawasanya dia telah memanipulasi Dihya kerana kepentingannya sendiri?

Bagaimana Dihya boleh berakhir dengan jatuh cinta padanya? Apa yang Dihya nampak pada dirinya hingga boleh jatuh cinta?

                    "Kalau saya sukakan tuan, adakah ianya telah melanggar kontrak?" Dihya melentokkan sedikit kepala ke kanan disaat cuba mencari mata Zane, lelaki itu kelihatan sedang berada di dalam menung.

                     "........"

Rancangannya nak buat mature content. But I can't do it because I can't get the feel into it.. So everything gonna be filter at it's own way. Harap-harap best la. And lepas ni tinta akan tambahkan satu lagi bab dalam chapter ni. Reread balik malam nanti tau. Thank you Sebab sudi baca. Kita jumpa next week Ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience