Terkejut, tapi boleh diduga. Dia nak marah apalagi sakit hati bukan tempat dia untuk berasa begitu. Sebab dia hanya mistress Zane. Jadi tak hairan la kenapa isteri Zane nekad lakukan semua ni.
Tapi tak bermakna dia tak sedih dengan apa yang terjadi.
Dihya menarik nafas dengan dalam sebelum dihela panjang untuk menghilangkan rasa sebu di dada. Dia tak boleh nak fikir tentang perasaannya saja. Selain dia, pasti ada yang lebih susah hati darinya sendiri.
Pasti apa yang berlaku ni turut menganggu fikiran Zane. Harap-harap Zane dapat tidur dengan lena. Bukannya dia tak tahu masalah insomia Zane ni. Lelaki ni susah sangat nak tidur. Kalau tidur pun mesti mengigau sebab mimpi buruk. Lepas tu tak dapat tidur semula. Itu yang Dihya tahu sekiranya lelaki itu tidur bersamanya.
"Tuan baik-baik saja kan?"tanya Dihya dengan senyuman nipis di bibir sewaktu meneliti raut wajah itu. Pasti Zane tidak berehat. Tengok mata aje pun dah boleh tahu. Kuyu dan merah. Kehadirannya dalam hidup Zane banyak membebankan lelaki ini dari menyenangkan, malu betul rasanya. "Tuan tak naik angin macam selalu kan?"tanya dia bernada gurau.
Pada masa inilah Zane tertunduk sambil membawa tapak tangan Dihya ke pipinya untuk di tekap padanya. Perasaan hiba menghurung dada.
Pertanyaan Dihya itu mematahkan perasaannya. Kerana perkara pertama yang Dihya ingat selepas sedar dari koma adalah soal kebajikannya terlebih dahulu sedangkan gadis ini sendiri baru sahaja lepas di ambang maut. Nampak sangat di dalam fikiran Dihya hanya ada dia saja. Semua itu kerana dirinya juga. Itu membuatkan Zane tidak dapat lagi membendung rasa sebaknya.
Seumur hidupnya dia tidak pernah menanggisi sesiapa kecuali pada ibu dan datuknya saja. Malah sejak dua insan itu meninggal dunia dia tidak pernah lagi berasa begini. Menyayangi apatah lagi mencintai sesiapa, tak pernah dia rasai. Sebab dia dah serik nak rasa sakit yang sama bila ditinggalkan dengan orang tersayang.
Dan buat pertama kalinya selepas bertahun lama, akhirnya perasaan itu muncul semula.
Sakit sebenarnya bila dah mula sayang pada seseorang ni!
"Tak. Saya tunggu kamu." perlahan-lahan air mata mengalir di hujung hidung Zane ketika lelaki itu tunduk memegang tangan Dihya dekat pada pipinya. Bahu itu ikut terhenjut-henjut. Dia sedih. Yalah, kenapa setiap kali dia baru aje nak rasa bahagia, ada saja yang merosakkan kebahagiaan dia tu? Dosa apa dia buat pada orang lain sehingga dirinya dihukum begini? Dia tak mintak lebih pun dari sesiapa. Apa yang dia mahukan hanya rasa tenang dan bahagia aje. Takkan itupun tak boleh?Berat sangat ke permintaan dia ini?"Saya tak mengamuk atau marah.Saya tunggu."sebak suara itu kedengaran.
Kyren menyaksikan situasi tersebut. Belakang badan Zane yang bergoncang itu dipandang dengan tatapan kosong.
Sepertinya tuannya benar-benar sudah jatuh cinta dan menyanyangi mistress bernama Dihya Maelani ini. Kerana ini pertama kali dia melihat keadaan Zane menangis dan begitu devastated begini. Agaknya kalau boleh dilihat pasti sudah beretak seribu hati itu. Kalau sudah begini ceritanya, puan dia benar-benar dalam masalah besar nanti.
Dihya tersenyum. Ikut sebak bila melihat Zane menangis. Entah menangis sebab serba salah atau nangis kerana lelaki ini menyanyangi dia, Dihya tidak pasti. Apa yang dia tahu Zane benar-benar terluka saat ini.
"Tuan dah lakukan perkara yang betul." ucap Dihya mengangkat tangan sebelah lagi lalu mengusap belakang kepala Zane sebelum di sandarkan ke bahunya. "Terima kasih sebab selamatkan saya tuan..."ucapnya.
Zane menyebam muka ke ceruk leher Dihya dan menangis teresak-esak dengan senyap. Tiada kata-kata dapat dituturkan ketika itu kerana perasaan syukur dan lega kerana Dihya telahpun selamat dan sedarkan diri.
"Saya tak apa-apa. Tuan jangan la risau lagi."pujuk Dihya perlahan sambil menggosok-gosok belakang badan itu. Kenapa sedih sangat ni? Buat dia nak menangis sekali aje la.
Pada masa itu Dihya kembali mengerling ke arah Kyren. Ingin saja dia bertanya adakah isteri Zane baik-baik saja? Mengingatkan perangai baran Zane, Dihya takut aje kalau Zane buat sesuatu yang tak sepatutnya pada wanita itu.
Kebetulan pada masa itu juga Kyren sedang memandang ke arah mereka. Dia pun bertentang mata dengan Dihya serta merta. Dan apabila Kyren membalas renungan itu, dia secara nalurinya memahami maksud tatapan Dihya itu. Gadis tersebut pasti ingin tahu sama ada Zane lakukan hal yang tak sepatutnya atau tidak. Kyren apalagi, dia terus menggeleng kepala perlahan sebagai jawapan.
Menjungkit kening terkejut Dihya dibuat reaksi Kyren.
Fuh!
Dengan lega, Dihya mengetap garis nipis di bibir tanda terima kasih pada Kyren sebelum kembali fokus pada Zane. Di usap lagi belakang tengkuk dan kepala itu berharap dapat menenangkan Zane.
Mujurlah Zane tidak hilang kawalan sepanjang masa dia tidak sedarkan diri. Kalau Zane hilang kawalan pada isteri sendiri gara-gara seorang Mistress, tak terbayang dia apa kesudahannya nanti.
"Bila saya boleh balik?" tanya Dihya.
Perlahan-lahan Zane menjarakkan diri dari Dihya. Mata yang basah dia kesat dengan belakang lengan trench coat yang dipakai ketika itu. Dihya ikut bantu mengesat hidung itu dengan lengan pijama pesakitnya." Bila keadaan kamu dah stabil sepenuhnya."jawab Zane dengan suara serak baru habis menangisnya.
"Tuan tak tinggalkan saya sendiri dekat sini kan?"
Zane menggeleng.
"Jangan lama-lama ya. Saya betul-betul tak suka duduk dalam hospital."senyum Dihya lagi kerana mahu memujuk hati Zane yang sedang bersedih itu.
Tanpa mengatakan apa-apa, Zane diam memandang seraut wajah pucat Dihya dengan kening berkerut sedihnya. Mata kemerahannya bergerak kanan dan kiri meneliti setiap inci wajah Dihya. Dia sedar bahawa, dia tidak dapat meneruskan lagi hubungannya bersama Dihya begini. Malah dia tahu semua ini salah. Sebolehnya dia mahu Dihya jalani kehidupan yang normal seperti orang lain. Dia tidak sampai hati untuk membiarkan Dihya hidup sebagai mistress dia lagi.
Tapi ego dan kepentingan dirinya memaksa Zane untuk meneruskan semua ini kerana dia enggan berasa kehilangan lagi!
"La...kenapa mengalir lagi air matanya ni?" tegur Dihya tatkala dia melihat air mata mengalir dari tepi kelopak Zane. Tanpa berlengah dia terus menyekanya dengan tapak tangan. "Please jangan menangis lagi. Tuan buat saya serba salah macam ni. Patutnya saya gembira kan tuan. Bukan buat tuan sedih."
Kening Zane mencerlung.
Dia capai tangan Dihya yang menyeka air matanya itu lalu di tekap ke bibir sebelum dia berbisik perlahan."Saya akan tebus semula kesilapan saya pada kamu Dihya." Dan dia akan pastikan Astrid mendapat hukuman setimpalnya kerana berani menyakiti Dihya! Sebab selepas ini dia akan bersumpah bahawa mana-mana orang yang cuba menyakiti Dihya, akan menerima nasib yang sama.
Dihya yang dengar menelan liur gugup dek kerisauan. Serius beritahu dia tidak suka membalas dendam atau mencari pasal dengan orang yang sedia membencikan dia. Sebab Dihya sedar ada sebabnya kenapa dia di benci dan disakiti. Dan ianya berpunca dari kesalahan dirinya sendiri. Jadi bila dia dengar Zane cakap macam tu. Dihya teringat semula apa yang Zane lakukan pada Sarah hari semasa mengamuk.
Habis dah update untuk minggu ni. Enam chapter dalam masa dua hari. Okay la tu ya. Walaupun ianya pecahan tiga antara satu chapter. Patutnya macam ni ya CHAPTER 49, 50 chapter sama, chapter 51,52, chapter sama, 53,54,55, chapter sama. Tapi limit wording tu tak boleh nak publish secara lumps sum. Jd di bahagikan mcm tu... Kita jumpa next week. Hahah
Share this novel
Tq tinta.. Sentiasa follow karya tinta.