55

Other Completed 77609

LAMA Hamizan duduk di dalam keretanya. Dia sedang mengintip pergerakan Natrah dalam diam. Selama ini, dia hanya mampu memendam rasa apabila melihat Natrah. Namun perasaan itu tak mampu dia simpan. Dia ingin Natrah tahu apa yang dirasainya.

Selama ini, terlalu banyak cara digunakan untuk mendekati Natrah. Namun semuanya hanya sia-sia. Natrah tak pandang dia pun! Dia teringat beberapa bulan lepas ketika mereka masih bekerja di Nabil Catering.

Waktu itu lunch hour. Semua pekerja sudah keluar berehat. Natrah pula masih di ofis dan menyiapkan beberapa kertas kerjanya. Dia pula ketika itu masih di pantri. Niatnya nak turun ke kantin terbatal tatkala melihat Natrah masih lagi sibuk di mejanya.

Dia lihat Natrah tampak anggun berbaju kurung berwarna biru dan tudung bawal pula berwarna hitam. Hatinya menjerit nak mendapatkan si comel itu.

"Tak keluar rehat ke Natrah?"

Dia memberanikan diri menegur gadis itu.

"Tak kot! Makan kat pantri je. Kenapa?"

"Ohh yeke? Kebetulan sangat. Saya pun tak sempat nak keluar. Saya temankan awak makan kat pantri ye?"

"Hmmm..." gumam Natrah seketika. Ofis masih lagi lengang. Dia takut-takut untuk menerima ajakan Hamizan.

"Errr..."

"Boleh jelah ye? Saya tunggu kat pantri tau?"

Tak sempat Natrah nak bersuara, Hamizan sudah ke pantri. Risau dengan tindakan Hamizan meletakkan apa-apa di dalam makanan atau minumannya, dia segera ke pantri.

Tiba saja di pantri, dia lihat berbagai juadah sudah terhidang di atas meja. Natrah telan liur. Laju betul Hamizan buat kerja!

"Jomlah makan. Nanti dah sejuk, tak sedap tau?"

Natrah duduk di kerusi. "Awak masak sendiri ke?"

"Ye. Masak kat rumah"

"Semua ni?"

"Yupp!! Saya ni suka masak, sebab tu saya kerja kat sini. Untung tau kalau awak kawen dengan saya. Hari-hari saya masak untuk awak. Awak tak payah masak pun takpe"

Omongan Hamizan itu membuatkan Natrah diserang ketakutan yang amat sangat. Semacam saja dalam kata-katanya!

"Errr jomlah makan! Saya dah lapar"

Dan usaha Hamizan tak terhenti di situ. Dia buat macam-macam cara untuk dapatkan Natrah tapi gadis itu tetap beku dan dingin. Sehinggakan pada satu tahap, dia hampir nak mengambil kesempatan ke atas diri Natrah namun cepat-cepat dia halang niat buruk tersebut.

"Jual mahal betul kau ye Natrah? Dah macam-macam aku buat. Satu pun kau tak hargai! Takpe!! Sikit masa je lagi. Kau tunggulah"

"ERMAN seronok tak main rumah tokmi?" tanya Natrah. Ketika itu, mereka berdua sedang bersantai di ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Seronok! Tokmi bagi macam-macam mainan kat Erman. Pastu kan mama, Erman ada bilik sendiri. Besar dari bilik ni. Dalam bilik Erman tu ada macam-macam mainan tau?"

Erman bercerita dengan ceria. Seronok betul dia dimanjakan oleh keluarga sana.

"So Erman lebih suka kat sanalah? Erman tak suka kat sini?" Natrah sekadar menguji. Wajah Erman ditatap.

"Taklah mama!" Erman kucup pipi Natrah.

"Kalau mama takde, tak bestlah! Kalau mama ada kat sini, sini lagi best. Tapi kalau mama ada kat sana, sanalah best!"

Natrah tergelak dengan jawapan itu. Bijak sungguh cara Erman menjawab dan mengambil hatinya.

"Mama, kenapa kita tak boleh duduk rumah tokmi?"

Persoalan Erman menyentakkan Natrah. Dia sedang berfikir cara untuk menjawab dengan baik agar Erman bisa memahami keadaan sebenar.

"Hmm mama dan papa tak boleh duduk sama. Nanti Allah marah"

Erman diam. Dia juga seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Ohh nanti Allah marah ye mama?"

Natrah mengangguk.

"Kalau macam tu, mama dan papa duduklah sama. Jadi nanti Allah tak marah dah. Pastu Erman happy, mama happy, papa pun happy"

Sekali lagi, Natrah kaget dengan jawapan Erman. Dia tak tahu nak bagi reaksi yang macam mana. Erman terlalu bijak memberi jawapan.

"Papa cakap, papa nak mama duduk sama dengan mama. Tapi mama tak nak. Kenapa mama tak nak? Mama marahkan papa ke? Kan papa dah sayang Erman. Jadi mama tak boleh nak marah papa lagi"

Kata-kata Erman mengundang senyuman di wajah Natrah. Dia tahu maksud Eirfan dan Erman itu. Dia juga inginkan perkara yang sama. Namun dia belum pasti sejauh mana hatinya sudah move on dengan trauma lalu. Trauma yang diciptakan oleh dirinya sendiri!

"Nanti ye? Suatu saat nanti, mama akan duduk sama dengan papa. Erman kena mintak jugak pada Allah"

"Mama janji tau?"

"Ye sayang! Mama janji"

"YOU buat apa kat sini?" Eirfan tersentak menerima kehadiran Camelia di situ. Jam sudah pukul 4.45 petang.

"Saja. I datang nak jumpa you"

"I nak balik dah"

"I tahu. Sebab tu I datang. Jom, kita keluar makan"

Eirfan lihat Natrah dan Fatin sedang berjalan ke arah mereka.

"Err bos? Ada janji dengan cik Cam ke? Kalau ada, kita orang balik naik bas je"

"Ehh tak! Saya hantarkan"

Eirfan lihat wajah Natrah berubah.

Camelia mulai rasa curiga. Kenapa Eirfan seakan mengambil berat akan mereka padahal mereka hanyalah sekadar pekerja sahaja? Tiba-tiba Camelia punya idea. Dia akan merebut kembali perhatian Eirfan yang kini sudah beralih arah.

"Fan, kepala I pening"

Camelia memicit-micit kepalanya. Dia sengaja rebah ke bahu Eirfan.

"Cam!!" Eirfan cemas. Namun riak pada wajah Natrah lebih mencemaskannya.

"Takpelah bos! Kita orang naik bas je"

"No!!" Eirfan menghalang. "Naik kereta saya. Takkan nak biar saya berduaan dengan Cam dalam keadaan macam ni?"

"Bukan ke bos lebih suka kalau dapat spend masa dengan cik Cam? Orang cantik kot!" Natrah mulai tunjuk protes!

"Tak!! Dah, cepat naik. Teman saya Cam pergi klinik"

MELALUI cermin pandang belakang, Eirfan dapat menangkap wajah sugul Natrah yang dipamerkan dari tadi. Dia tersenyum bahagia kerana dia tahu Natrah sedang cemburu.

Itu bermakna Natrah memang menyayanginya. Eirfan toleh ke sebelah pula. Camelia sedang tidur. Eirfan ragu-ragu.Nampak macam Camelia sedang berpura-pura. Dalam diam, dia punya idea.

Kereta diberhentikan di bahu jalan lalu dia mendail nombor seseorang.

"Hello Carl"

Camelia cemas. Kenapa dia call Carl?

"Your sister is in big trouble now. Dia tiba-tiba pengsan. Boleh kau datang sini ambik kakak kau?"

Camelia tersentak. Dah kenapa pulak Carl yang kena ambik dia? Aduhh, Eirfan ni!!

"Aku ada hal kena settle ni bro. Okey, nanti aku send location"

Panggilan dimatikan. Hatinya puas. Dia tahu Camelia sedang menipunya. Dan dia juga tahu Natrah sedang marah dengannya. Jadi ini adalah the best solution yang dia boleh fikirkan.. he he he

HARI Sabtu telah pun tiba. Seperti yang dijanjikan, Hotel TK membuat jamuan untuk menjamu beberapa orang pekerja yang akan menamatkan perkhidmatan mereka. Para pekerja tersebut telah lama memberi bakti kepada syarikat sehingga Hotel TK begitu disegani ramai.

Hotel TK yang sebelum ini diterajui oleh Datuk Elias telah bertukar tuan yang baru iaitu Ilham. Manakala Syarikat Atilia&Son di bawah pimpinan Eirfan merupakan salah satu cabang kecil bagi Hotel TK.

"Araaaa!!!" Azizah laung dari jauh. Laju saja langkahnya mendekati Natrah. Lantas tubuh itu dipeluk erat.

"Weii, hang kerja sini ka? Lama na tak nampak hang"

"Aah. Aku kerja dengan Eirfan"

"Haa? Betui ka? Hang dah rujuk balik ka dengan duda hang?"

"Ishh, jangan cakap kuat-kuatlah! Nanti orang dengar. Kau ni pun!!" Mulut Azizah ditekup.

"Ya ya. Maaf maaf! Bila hang kerja sini?"

"Haritu lagi. Dah nak masuk sebulan"

"Laa baru lagi?"

Natrah mengangguk kepala. "Kau ni, sejak bila kau kerja hotel? Bukan ke kau kerja kat company lama dulu?"

"Aku dipindahkan ke sini. Aku terima ja lah. Bos atasan orang yang sama. Gaji pun boleh tahan"

Natrah mengangguk. Fatin datang menghampiri.

"Ara! Kat sini kau rupanya"

"Aa Fatin. Ni aku nak kenalkan. Kawan lama aku masa kat company lama dulu. Azizah. Azi, ni kawan baik aku dari kecik. Fatin"

Kedua mereka bersalaman. Tak lama selepas itu, mereka semakin rancak berborak. Ngamlah tu! Dua-dua masuk air!

"Mana phone aku?" Natrah mencari telefonnya.

"Kau tak bawak ke tadi?"

"Rasa macam ada bawak"

"Ke kau tertinggal kat bilik hotel?"

"Yelah kot. Aku naik atas jap. Ambik phone aku"

"Cepat sikit. Acara dah nak mula ni"

KETIKA di dalam lif, Natrah sempat berpapasan dengan Hamizan. Seram sejuk rasanya namun dia fikir positif saja.

"Kenapa naik bilik?"

"Ohh phone saya tertinggal"

"Ohh yeke? Saya nak turun bawah dah. Tak lama lagi acara nak mula"

Natrah hanya mengangguk.

"Nah, saya beli ekstra tadi"

Hamizan beri secup air coklat yang baru dibelinya tadi.

"Err mana awak beli?"

"Kat luar hotel tadi. Masa saya nak ambik barang dalam kereta, saya tengok ada pakcik jual air coklat ni. Jadi saya beli tiga. Dua dah habis. Tinggal satu tu je. Saya bagi awak"

"Okey, terima kasih"

Pintu lif terbuka. Natrah keluar dengan tenang. Setelah pintu lif tertutup, Hamizan senyum sinis.

"Minumlah air tu sampai kenyang Natrah. Nanti awak akan tahu betapa 'kuatnya' kuasa air tu!"

"MANA Ara?" Eirfan berbisik ke telinga Fatin. Keadaan di dewan hotel itu mulai riuh.

"Dia naik bilik. Katanya dia tertinggal phone. Tapi dah hampir setengah jam ni. Dia tak turun lagi"

Takkan ambil telefon pun makan masa yang lama? Eirfan mulai merasakan sesuatu.

"Saya naik ataslah bos. Tengok dia"

"Takpe. Biar saya yang check. Awak jaga sini"

"Tapi bos..."

"Takde apa-apa! Saya pergi kejap je"

"Weii Fatin! Hamizan mana?" Sufian datang menghampiri. Langkah Eirfan terhenti.

"Kenapa dengan Hamizan?" tanya Eirfan pula. Dia mula berfikir yang bukan-bukan sementelah Natrah juga hilang.

"Tak tahu bos. Dia sepatutnya cover bahagian sound system. Tapi dia sendiri hilang. Tadi dia cakap dia naik bilik kejap je. Ni lama dah"

"Okey takpe. Awak pergi cari orang lain dulu untuk cover tu. Saya pergi cari dia"

EIRFAN tiba di hadapan bilik Natrah. Berkali-kali dia mengetuk pintu bilik namun tiada sahutan. Dipusing pula tombol pintu dan dalam beberapa saat, pintu terbuka.

"Ehhh tak berkunci!" omel Eirfan lantas masuk ke dalam bilik. Pintu tertutup sendiri.

"Ara! Ara!" Eirfan menjerit memanggil nama Natrah namun tiada sahutan.

"Ara!!"

"Hubby..."

Eirfan tersentak mendengar panggilan itu. Dia menoleh ke belakang dan terkejut melihat kelakuan Natrah yang aneh itu.

"Ara?"

Dahinya berkerut melihat Natrah menanggalkan tudungnya. Rambut Natrah yang panjang dan ikal itu tampak cantik mengurai di hadapannya.

Eirfan telan liur. Natrah nampak menggoda saja. Dia pejamkan mata dan berzikir meminta keampunan daripada Allah.

Tersentak dengan kelakuan Natrah yang memeluknya, dia membuka mata. Ditolak tubuh itu. Dia berundur tiga tapak ke belakang.

"Ara, kenapa ni? Apa dah jadi pada awak ni?"

Natrah diam. Dia cuba mengejar Eirfan yang sedang melarikan diri daripadanya.

"Hubby, panas. Panas!!"

Eirfan mengerut dahi. Panas? Sedangkan suhu di bilik mencecah 16°C dan dia pula kesejukan di situ. Dari mana datangnya haba panas??

"Ara, pakai tudung tu dan kita turun bawah. Majlis dah nak bermula"

Natrah menggeleng kepala. Tanpa disedar, dia sudah menanggalkan bajunya satu-persatu.

Eirfan semakin gelabah. "Ara, stop it!"

Dan arahannya dipandang enteng oleh Natrah sehinggakan yang ada pada tubuh Natrah sekarang hanyalah pakaian dalam saja.

Eirfan berpaling. Emosi dan hatinya mula berkocak hebat. Siapa saja tak bergetar saat disajikan pemandangan begitu? Apatah lagi pemandangan itu datangnya dari wanita yang amat dicintainya!

Bak bom yang sedang meletup, itulah yang hatinya rasakan saat ini apabila Natrah memeluknya dari arah belakang.

Natrah sedang menggodanya! Dan sesungguhnya dia tak mahu tergoda!

"Hubby, I want you"

Suara seksi Natrah bergema di cuping telinganya.

Dalam kewarasannya, cepat-cepat dia tepis nafsu yang satu itu daripada terus menghantui. Dan tubuh Natrah juga segera dia tolak ke tepi.

"Hubby"

"Ara, enough!"

Sebolehnya dia tak mahu terus memandang Natrah kerana hatinya sedang berkocak hebat.

Namun tak sempat nak berbuat apa-apa, Natrah terlebih dahulu menolak tubuhnya ke ranjang. Dia terjatuh di situ.

"Ara!! Stop it! Kenapa dengan awak ni?"

"Hubby, please!! I want you so badly"

"No!! Ini salah Ara! Sangat-sangat salah"

Eirfan hendak melepaskan diri namun Natrah cepat-cepat bertindak. Dia kini sudah duduk di atas tubuh sasa itu dan menanggalkan baju Eirfan satu-persatu.

Entah kenapa, Natrah merasakan emosinya betul-betul inginkan itu! Dan tepat pada waktunya, Eirfan munculkan diri.

"Araa!!"

Eirfan mulai hilang kawalan tatkala bibir Natrah menindih bibirnya. Dia sudah kalah dengan Natrah!

Dia tewas!!

Share this novel

Norzilawati
2025-01-16 17:02:34 

finally...


NovelPlus Premium

The best ads free experience