Rate

HFM 61 | | Kejam Tapi Adil

Romance Series 110280

Sebagai seorang pekerja dan pembantu yang bertanggungjawab Kyren sering di ajar untuk menjadi seorang staf yang berdisiplin serta cekap. Sejak berusia 19 tahun sehingga la 35 tahun dia belajar banyak perkara tentang ragam manusia. Dari yang kaya hingga yang papa kedana. Dia dah hafal. Sampaikan di satu tahap dia boleh mengenali seseorang itu hanya dengan melihat wajah sahaja.

Awalnya dia syukur sebab ada kebolehan yang boleh buatkan dia peka terhadap sekeliling terutama sekali terhadap orang yang berdekatan dengan Zane. Paling dia sensitif. Sebab Tuan Samsoong telah amanahkan dia untuk melindungi Zane. Maka itu yang dia lakukan.

Selalunya persepsi dia selalu tepat dan tiada salahnya. Sama ada hanya sipi-sipi atau memang tepat. Tidak pernah dia silap buat penilaian. Dari bekas-bekas mistress Zane, mereka yang biasanya dekati Zane semata hendak ambil kesempatan ke atas Zane dan ahli kaum kerabat keluarga Zane. Semuanya telah diketahui oleh Kyren.

Termasuk dengan isteri tuannya ini.

Pada kali pertama dia bertemu dengan Astrid, hatinya sudah berasa tidak suka. Tanpa sebab. Sebab pada masa pertemuan itu, Astrid diperkenalkan ke Zane oleh Tuan Hayes pada malam ulang tahun kelahiran Tuan Samsoong yang ke 65 tahun. Dia hanya perhatikan dari jauh aje boleh dapat rasakan aura negatif dari wanita itu walaupun rupa paras Astrid sangat rupawan.

Tak sangka pula bahawa firasatnya tepat.

Memang tidak dinafikan Astrid seorang wanita yang jelita dan anggun. Namun, jangan menilai seseorang tu berdasarkan luaran semata. Sebab Kyren sendiri terkejut selepas mendapat tahu tujuan sebenar Astrid bersetuju untuk di kahwinkan bersama Zane. Perkahwinan paksa ini semua adalah rancangan Tuan Hayes. Beliau ingin mengawal Zane menggunakan Astrid. Dengan harapan sekiranya Zane jatuh cinta pada Astrid maka Tuan Hayes boleh buatkan Zane tunduk padanya.

Masalahnya sekarang Tuan Hayes dan Astrid salah pilih target untuk dijadikan boneka mereka.

Zane ni bukan seorang yang mudah dipergunakan. Apatah lagi di perbodohkan. Mana mungkin la trik kebudak-budakan mereka tu berkesan pada Zane. Malah hanya memburukkan lagi keadaan ada la.

Sebagai contohnya macam apa yang berlaku sekarang,


"Did you lost your mind?"menjegil bulat mata Astrid dibuatnya selepas dengar apa yang baru disampaikan oleh peguam Zane sebentar tadi." Zane, awak serius nak file kan cerai ke atas saya?"

Peguam Zane, Encik Thariq di kanan Zane meletakkan fail ke atas meja di depan Astrid tanpa berlengah.


"Puan hanya perlu tandatangan dokumen ini. Kerana semua butiran telahpun dilengkapkan."

Kembang kuncup hidung Astrid saat dia melirik akan kertas penceraian di atas meja itu. Kedua belah tangan yang berada di atas arm rest sofa berkepal erat menahan sabar. Berasa seakan di perlekehkan pun ada bila Zane sanggup ceraikan dirinya begitu saja!


"Kenapa saya kena tandatangan? Saya tak pernah setuju untuk bercerai. Zane!"

Bersama renungan tidak berminat, Zane hanya memandang sekilas akan wajah berang Astrid. Selepas itu dia kembali menaip sesuatu di skrin telefon. Membalas pesanan yang dihantar oleh Dihya. Gadis itu ingin makan sesuatu. Jadi dia bincangkan makanan apa yang Dihya inginkan. Nanti dalam perjalanan balik boleh dia singgah untuk belikan.


"Seperti yang telah saya jelaskan sebentar tadi. Klien saya tidak lagi mahu meneruskan perkahwinannya ini. Untuk mengelakkan sebarang komplikasi di antara dua pihak. Klien saya ingin selesaikan hal ini tanpa sebarang retaliation dari pihak puan." kata Encik Thariq.

Memang tak la! Astrid berdengus kasar.


"No! Saya takkan tandatangan! Tiada sebab untuk saya setuju dengan penceraian ni! Semua ni tak adil untuk saya. Sebab Zane buat keputusan sebelah pihak tanpa rujuk pendapat saya dulu! "marah Astrid dengan lantang.

Kyren yang sedang berdiri di belakang kerusi tempat Zane duduk hanya perhatikan reaksi Astrid dengan renungan kosong. Selama pemerhatian dia, baru sekarang dia faham kenapa Zane lebih memilih Dihya dari Astrid.

Melihat sikap gegabah dan baran Astrid, kalau dia jadi Zane pun dia lebih pilih Dihya walaupun Dihya berasal dari latar belakang keluarga tidak seberapa. Yalah, lelaki mana aje nak ada pasangan yang memeningkan kepala. Orang lelaki dah pasti la nak dapatkan pasangan yang menyenangkan hati mereka. Yang memahami mereka. Bukan jenis yang hanya menambah tekanan dan membebankan.

Memang keputusan Zane ini kejam. Tapi ianya juga adil. Untuk Astrid dan Zane. Ini kerana kalau ikut perancangan awal, Zane sudah lama humban Astrid ke dalam penjara atas dakwaan cubaan membunuh.

Tapi atas alasan Astrid telah menjadi isteri Zane selama lima tahun ini, Zane bertimbang rasa sedikit. Sikit aje la. Tak banyak pun. Sebab Zane sendiri sedar Astrid hanya gunakan dirinya saja. Tak pernah ada rasa cinta apa lagi sayang dalam hati wanita itu. Kalau dia jadi Zane, bukan takat penjara aje, dia akan buat Astrid rasa perkara sama apa yang Astrid dah lakukan pada Dihya. Biar serik sikit Astrid ni.


"Zane. This is absurd. You can't just ask me to sign the divorce paper just like this. How can you so be heartless about this? Am I that nothing to you?" Astrid memegang dada berasa tak percaya semasa berkata.


"Puan. Sila beri kerjasama. Atau tindakan keras akan dikenakan kepada puan jika puan tidak memberi kerjasama untuk menandatangani dokumen ni."tegas Encik Thariq apabila Astrid sedikit pun tidak menghiraukan setiap kata-katanya sejak tadi.


"You shut up! Aku tak bercakap dengan kau. Aku bercakap dengan suami aku! " tengking Astrid menunding jari marah-marah ke Encik Thariq.

Ketika itu Zane langsung tidak menghiraukan apa yang berlaku di hadapannya langsung. Sebab dia sudah memberi arahan pada peguam agar mengendalikan setiap perbualan dan perbincangan itu dengan Astrid. Jika dia yang bercakap dengan Astrid mungkin bukan setakat mulut aje yang bergerak. Tapi kaki dan tangan dia juga ikut melatah!


"Klien saya tidak akan bercakap dengan puan. Kerana saya yang akan mewakili beliau. Maka puan perlu bercakap dengan saya untuk semua perbincangan ini." jelas Encik Thariq. Dia sendiri pulak yang jadi tidak sabar menghadap isteri klien dia ini. No wonder la kenapa klien dia bertegas sungguh hendak memastikan penceraian ini dilakukan dengan segera. Lihat aje la sikap wanita di depannya ini.

Kyren yang memerhati sejak tadi tidak mengatakan apa-apa. Sebab dia tahu apa yang akan berlaku seterusnya nanti. Zane sendiri yang mengatur perancangan ini sebelum menemui Astrid. Jika Astrid enggan beri kerjasama, Zane akan gunakan cara terakhir. Cara yang mana Astrid takkan mampu membantah lagi.


"Oh, kau nak sangat bercerai ya. Fine....ni...aku bagi tandatangan."Astrid capai dokumen tadi dari atas meja lalu di cabik-cabik dengan kasar sebelum mencapai kepingan kertas yang telah dikoyak kan tadi ke muka Encik Thariq. "Ambik tu! Nak sangat dokumen tu. Kau ambil! Sebab aku takkan sign paper tu! "teriak dia selepas itu.

Menahan nafas dalam dibuatnya dengan Encik Thariq. Lelaki itu mengetap gigi menahan diri dari naik angin. Hendak tak hendak Encik Thariq terpaksa juga kekal tenang agar profesional dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai peguam Zane.


"Puan. Dengar sini baik-baik. Saya cuba bertoleransi dengan puan. Tapi sepertinya puan enggan beri kerjasama untuk memudahkan urusan. Untuk tu saya berikan puan alasan kenapa puan kena tandatangan surat penceraian yang diajukan oleh Tuan Zane ini. Pertama, dalam rekod mengatakan bahawa perkahwinan ini hanya berlandaskan urusan bisnes dan bukan mutual kerana ianya persetujuan sebelah pihak. Disebabkan selama lima tahun perkahwinan hanya Tuan Zane sahaja yang mengeluarkan wang dan menyediakan dana buat perniagaan puan serta keluarga puan. Maka tuan Zane berhak menarik semula hak beliau dengan menggugat penceraian ke atas puan. Selain itu, puan didapati bersalah atas cubaan membunuh dan meracun kekasih Tuan Zane yang mana hampir meragut nyawa kekasih tuan Zane beberapa minggu yang lalu. Menurut saksi dan bukti jelas menunjukkan puan bersalah dalam kes tersebut. Sekiranya puan enggan menandatangani surat penceraian ini, maka kes ini akan dibawa ke mahkamah dan dijalankan siasatan lanjut."

Bingo! Kyren melepaskan dengusan halus sebaik mendengar makluman Encik Thariq. Seperti yang diduga!

Menganga Astrid lepas dengar. Dia pandang Kyren dan Zane silih berganti. Seriously!
Astrid berasa begitu flabbergasted.

Wah!! Berani betul Zane gunakan alasan tu untuk berpisah dengan dia!


"So disebabkan dia taknak support saya dan family saya lagi dia nak bercerai? Dan hanya semata untuk perempuan simpanan murahan dia jugak saya diceraikan? Bila masa pulak saya cuba bunuh orang! Jangan sesuka hati nak menuduh ya. Zane, you memang sengaja ke apa ni hah! Selama ni you tak pernah kisah hidup mati mistress you . Kenapa kali ni tiba-tiba aje beria nak pertahankan perempuan lain di bandingkan isteri You sendiri? Memangnya perempuan tu dah guna-gunakan You sampai buta hati tak boleh nak bezakan mana yang betul mana yang salah?"

Barulah Zane mengangkat matanya ke arah Astrid. Perlahan-lahan dia menurunkan tangan yang sedang memegang telefon ke bawah. Rahangnya berketik saat dia mengetap gigi dengan erat.

Pada masa itu juga Kyren turut memandang awas ke belakang kepala Zane. Sudah bersiap hendak menghalang Zane sekiranya tuannya itu naik angin.

Astrid pun satu, salah tanya soalan. Tak sepatutnya Astrid cuba menjolok sarang lebah. Memangnya Astrid ni tak faham-faham lagi ke perangai Zane ni bagaimana?

Share this novel

Nurul Dee
2025-01-17 14:36:34 

Salam tinta. Sorry nk tnya criter ni xde sambungan ke?

fieyluv fieyluv
2025-01-16 21:46:51 

tintaaa happy ending kann? ter overthinking bila tinta cakap nak buat sesuatu yang belum pernah buat

Jubaidah Chezam
2025-01-16 16:20:46 

best nk lagi lebih pun xpe


NovelPlus Premium

The best ads free experience