61

Other Completed 76851

PAGI ITU, Eirfan menerima panggilan telefon daripada Camelia. Pada mulanya, dia tidak mahu mengangkat panggilan tersebut meskipun berkali-kali deringan telefon berbunyi. Namun setelah dipujuk oleh Natrah, mahu tak mahu dia akur juga.

"Hmm" Suara Eirfan malas-malas sahaja.

Tubuh Natrah diraih. Sebuah kucupan disasarkan ke pipi itu.

"Fan, betul ke apa yang I dengar?"

Suara Camelia sebak. Semalam dia menerima berita perkahwinan Eirfan. Pada mulanya dia sangkakan Eirfan hanya bergurau bagi menyelamatkan maruah dan fitnah yang dilemparkan terhadap Natrah. Namun sangkaannya meleset tatkala mendengar berita itu semalam.

"About?"

"You're getting married! Is that true?"

Eirfan mengeluh panjang. Dia tatap wajah bersih Natrah yang turut sama memandangnya.

"Yes. I dah kawen. Dah sah jadi suami Natrah. Kenapa? Any problem with you?"

Eirfan masih tak puas hati mengenai perkara yang terjadi di pejabatnya tempoh hari. Amarahnya masih meninggi dengan sikap Camelia yang melulu itu.

Terdengar esakan di hujung sana. Suaranya sebak dan perasaannya kecewa.

"Sampai hati you buat I macam ni Fan! You tahu kan, I sayang you sangat-sangat! You dah kecewakan I!"

"I tak pernah layan you istimewa. I jugak tak pernah bagi you harapan. You sendiri yang cipta harapan tu. Jadi you jangan nak pandai-pandai nak salahkan I"

"Fan..." Air mata Camelia tak mampu dibendung lagi. Kecewanya terlalu mendalam. Dia harapkan Eirfan yang menjadi penemannya.

"I harap sangat you terima takdir ni. Lepas ni you jangan ganggu I dan Natrah lagi. Sejentik je jari you sentuh isteri I, you akan menyesal! Assalamualaikum"

Eirfan matikan panggilan. Kemudian nombor Camelia dibuang dari kontak panggilannya. Dia rimas diganggu sebegitu. Sebolehnya dia tak mahu emosi dan perasaan Natrah terganggu lagi. Cukup sudah anasir jahat dalam kehidupan mereka sebelum ini. Dia sudah serik!

"Untunglah suami Love ni! Sana sini perempuan minat kat dia! Hu hu hu" Natrah muncungkan bibir.

Nada itu seperti merajuk dan cemburu saja. Eirfan gelak. Sukanya tengok riak Natrah yang cemburu itu.

Bibir yang muncung itu dikucupnya manja. Lama.

"Eee mengadanya main kiss awal pagi ni!" Natrah mengalah. Wajah Eirfan ditolak.

"Siapa suruh menggoda sangat awal pagi?" Eirfan mengekek.

"Cam called" Eirfan memberitahu meskipun Natrah sudah tahu.

"Tahu. Dia cakap apa?"

"Biasalah. Rayuan gombal!" ujar Eirfan lagi. Natrah ketawa.

"Mesti dia kecewa kan? Pujaan hati dah kawen!"

"Biarlah dia! Hubby memang tak suka dia dari dulu lagi. Dia tu, semua orang kenal. Ataupun playgirl. Banyak dah dia berfoya-foya dengan lelaki sana sini. Hubby tak suka"

"Tapi dia suka Hubby"

"Tapi Hubby suka Love" Pipi Natrah dikucup manja. Kemudian lehernya dicium sehingga mengekek kegelian Natrah dibuatnya.

"Hubby tak kerja ke?"

Natrah sudah bangkit dari pembaringan. Dia menuju ke cermin solek dan tersentak melihat begitu banyak kesan merah di lehernya.

Aduii buat hal betullah!

"Hubby cuti! Sebulan" Eirfan menghampiri Natrah. Lantas tubuh itu dipeluk dari arah belakang.

"Haa? Sebulan? Lamanya"

"Saja. Hubby kan bos! Lagipun Hubby nak bawak Love pergi honeymoon"

"Honeymoon mana?"

"You pick the place!"

Saat bibir Eirfan hampir hinggap di lehernya, laju saja Natrah menolak wajah itu. Terkebil-kebil Eirfan menatapnya.

"Tengok ni!" Natrah tunjuk ke arah lehernya yang penuh berbekas merah itu.

"Ohh okay! Kenapa?" Eirfan berlagak biasa. Tahulah itu kerja dia semalam!

"Boleh lagi tanya kenapa? Ni banyak ni!! Malulah kalau mummy daddy tengok. Erman lagi, confirm dia tanya banyak soalan!"

Eirfan mengekek dengan tingkah Natrah. Tubuh isterinya diraih dalam pelukan.

"Kalau Erman tanya, jawab je semalam Love kena gigit dengan vampire. Kalau mummy dan daddy, dorang takkan tanya punyalah! Dorang mesti faham. Kalau atok lagilah! Dia tak kuasa nak layan fiil kita orang muda ni"

"Senangnya Hubby cakap kan? Nak hadap malu nanti bukannya Hubby" Natrah sudah merengek. Dia sudah berpeluk tubuh.

"Aikk, Hubby pun sama malulah! Sebab ni semua kerja Hubby. Dari atas sampai ke bawah..." Eirfan berjeda sambil pamer senyum nakal.

"Hubby!!" Natrah sembunyi malu dalam dada bidang milik Eirfan. Masih terbayang-bayang akan sentuhan dan belaian Eirfan semalam. Betap asyik dia dan Eirfan menikmati semua itu. Terasa seakan dunia milik berdua saja.

"Jangan malu okey? Kalau Love malu, Love pakailah tudung. Cover bahagian ni" Eirfan sentuh leher Natrah. Dia juga baru perasan begitu banyak kesan gigitan di leher Natrah.

"Okeylah! Love nak mandi. Kejap lagi nak solat Subuh"

Natrah menggapai tuala di besi penyidai. Dia menapak ke bilik mandi namun tersentak tatkala tubuhnya digendong oleh Eirfan.

"Kita mandi sama!"

"DAH decide nak honeymoon kat mana? Kalau tak cukup bajet, nanti daddy belanja"

Eirfan dan Natrah saling berpandangan.

"Tokdi, honeymoon tu apa?" tanya Erman yang duduk sebelah Datin Jenny. Sejak akhir-akhir ini, dia tak mahu langsung berjauhan dengan tokminya itu.

"Honeymoon tu maksudnya nanti Erman nak ada adik!" sahut Eirfan sambil mengekek.

Tangan Natrah laju mencubit lengan suaminya. Malu tak habis lagi dengan kes pagi tadi, kini si Eirfan tambah perencah lagi!

Bicara Eirfan mengundang tawa seisi rumah. Riuh mereka dibuatnya.

"Yeke mama? Erman nak dapat adik ke?" tanya Erman penuh kegembiraan.

"Taklah sayang! Pandai je papa ni. Mana ada"

Sisa amarah masih berbekas di wajah Natrah. Dia menjegilkan mata ke arah suaminya.

"Nanti dapat adiklah tu" sampuk Tuan Kassim pula. Tak mahu mengalah.

"Haaa tengok nektok cakap apa?" Laju saja Eirfan mengusik. Namun jika diberikan rezeki secepat itu, dialah lelaki yang paling bahagia.

Sudah lama dia mengimpikan untuk memiliki keluarga hasil dari hubungannya dengan Natrah. Tak sabar menunggu detik itu berlaku!

"Mengada je lebih!" komen Natrah, menahan malu yang bukan sedikit.

"Back to topic. So honeymoon mana nanti?" Soalan Tuan Kassim meraih perhatian semua.

"Tak decide lagi tok! Kena tunggu wife Fan yang pilih. She picks, I pay"

Tergelak Natrah mendengar aturan Eirfan itu.

"Kalau tak cukup duit nak jalan jauh-jauh, cakap kat mummy. Nanti mummy top-up! Tapi kalau boleh, honeymoon je jauh-jauh. Tak payah dekat-dekat. Inilah masanya nak jalan tengok dunia. Erman ni jangan risau. Mummy dan daddy boleh jaga"

"Thanks mummy. Tapi Fan tak nak susahkan mummy"

"Ala tak susah pun Fan!" sampuk Datuk Elias. "Pergi je jauh-jauh. Jepun ke, Korea ke. Erman ni biar kami yang jaga. Dia ni bijak, pandai ambik hati. Tak sangka Ara dapat didik dan jaga dia sebaik ni"

Tersipu-sipu Natrah menahan malu dipuji bapa mentuanya. Sesungguhnya, dia bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana mengurniakan anak sebaik Erman.

"Tengoklah papa dia siapa"

Eirfan dabik dada, bangga.

"Tengoklah tokdi dia siapa"

Datuk Elias tak mahu kalah. Sudahnya, tawa semua meriuhkan ruang tamu itu.

"KENAPA Hubby nak pergi ofis? Tadi cakap cuti sebulan"

Eirfan sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Dia punya sedikit urusan yang harus diselesaikan.

"Ada hal sikit sayang. Tapi Hubby pergi tak lama. Kejap je. Nanti tengah hari Hubby baliklah"

"Urusan apa?" Natrah sudah duduk di riba Eirfan. Wajah Eirfan dielus lembut.

"Well, hal...can't say that"

Eirfan tak mahu Natrah tahu. Nanti bertambah pula kerisauannya.

"Haaa main rahsia-rahsia ye?! Tak nak kawan nanti" Natrah muncungkan bibir. Sengaja menggoda sang suami.

Aduhh!! Eirfan tewas. Laju saja bibirnya menindih bibir Natrah. Tangannya rancak merayap ke seluruh tubuh badan Natrah.

"Love.. jangan goda-goda boleh tak?" Eirfan lepaskan pelukan juga akhirnya. Jika tidak mengenangkan urusan itu, pasti asmara mereka bergolak lagi.

"Hubby kena uruskan sesuatu" Eirfan sudah berdiri menghadap Natrah.

"Hubby ceritalah urusan apa" Natrah peluk pinggang suaminya.

"Nanti Hubby dah selesai semua, Hubby cerita okey? And nanti Hubby ambik Erman sekali" Dahi Natrah dikucup.

"Ke Love nak ikut Hubby ni?"

Natrah menggeleng kepala.

"Okay then! Hubby pergi kejap je. Love you" Bibir itu dikucup mesra.

"Love you too. Baik-baik ye Hubby?"

Langkah kaki Eirfan dihantar dengan sorotan mata.

MELIHAT figura yang sedang duduk dalam ketakutan itu membuatkan jiwa dan hati Eirfan mendidih. Jika bukan kerana sabar, pasti sudah lama wajah itu kena penumbuknya.

Sebelum dia dan Natrah berkahwin, dia sudah cukup memberi masa kepada Hamizan untuk menyerahkan diri. Namun lelaki itu buat tak tahu saja akan ancamannya. Kini Eirfan tak akan melepaskan Hamizan lagi. Dia ingin mendengar semuanya dari mulut itu.

"Apa yang kau bagi pada Natrah hari tu?"

Wajah kecut Hamizan dijeling tajam. Marahnya semakin membara tatkala teringat akan apa yang telah berlaku pada Natrah tempoh hari.

"Kau jangan nak berdalih dari aku! Aku ada bukti. Ada CCTV! Kalau kau tak nak kerjaya kau musnah, baik kau berterus-terang pada aku"

Hamizan menelan liur. Dia benar-benar takut untuk mengaku semua kesalahannya.

"Err...err...err" Hamizan teragak-agak untuk berbicara.

"Okey, kau tak nak bagi kerjasama. Takpe.." Eirfan keluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Melihatkan foto itu, Hamizan menggigil ketakutan. Foto itu menunjukkan dirinya meletakkan sesuatu ke dalam minuman Natrah.

"Kau nak berdalih lagi?"

"Ampunkan saya bos! Saya...saya tak sengaja!" Hamizan sudah menangis.

"Tak sengaja? Kau tak sengaja nak hancurkan maruah Natrah ke? Ehh, kau ada fikir dulu ke sebelum buat sesuatu? Buatnya Natrah lepas nafsu dia pada orang lain, tak ke naya?"

Teresak-esak Hamizan menahan tangis. Kenapalah dia boleh sebodoh itu? Dia tak pernah sedar jika ada CCTV dipasang di pantri.

"Kau letak apa dalam minuman dia? Jawab!!"

"Pil perangsang!!" Hamizan menangis mengakui semua itu. Dia sudah tunduk melutut di hadapan Eirfan.

Benar dugaan Eirfan. Melihat akan tingkah Natrah pada malam tersebut, dia dapat mengagak puncanya dari mana.

"Saya cintakan Natrah. Saya nak memiliki dia. Tapi dia tak pernah pandang saya. Dia tak pernah hargai perasaan dan kebaikan saya pada dia selama ni. Saya buat semua ni sebab nak memiliki dia dan balas rasa sakit hati saya pada dia"

Hampir saja wajah itu dilayangkan penumbuk. Namun Eirfan masih mampu bersabar.

"Berapa biji kau letak? Tak mungkin sebiji kan?"

"Du..dua biji! Supaya dia mampu puaskan saya"

"Kurang ajar!" Sebuah penumbuk dilayangkan tepat ke wajah itu. Sabar Eirfan sudah hilang. Pantang dia jika maruah dan harga diri Natrah menjadi taruhan.

Hamizan terbaring di lantai. Tumbukan Eirfan memeritkan wajahnya.

"Bos nak tumbuk saya pun tak guna! Bos pun dah guna dia malam tu!" dengus Hamizan. Dalam fikirannya, tak mungkin Eirfan mampu menahan diri melihat aksi dan tingkah Natrah malam tersebut. Kerana dua biji pil tersebut memberikan impak yang kuat dan ghairah.

"Kau ingat aku jahil macam kau ke? Aku masih ada maruah dan iman. Tak perlu aku nak jelaskan semua benda pada kau. Cukup untuk kau tahu yang niat jahat kau tak kesampaian!"

Termengah-mengah Eirfan menahan nafas yang turun naik. Hatinya sangat berang melihat gaya dan pemikiran Hamizan yang cetek itu.

"Aku ni masih ada hati naluri. Aku tahu, kau kerja untuk sembuhkan mak kau yang sedang berjuang menahan sakit saat ni"

Mendengarkan itu, Hamizan angkat kepala. Macam mana dia tahu?

"Tapi dalam masa yang sama jugak, aku tak nak tengok muka kat kat sini. So aku dah discuss dengan Nabil. Kau akan kerja balik dengan dia" sambung Eirfan lagi sebelum melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu.

Hamizan termangu di situ. Nasi sudah menjadi bubur. Ampunkan Mizan, mak!!

EIRFAN pamit setelah menguruskan hal Hamizan itu. Jika bukan kerana maknya, pasti sudah lama dia senarai-hitamkan lelaki itu dari berkhidmat di mana-mana cawangannya.

Dia juga mengetahui perkara itu melalui Nabil. Pada mulanya seakan sulit untuk dia menerima kenyataan tersebut. Takkanlah Hamizan sanggup menganiaya orang lain tanpa memikirkan nasib ibunya yang sedang kesakitan?

Namun setelah dia sendiri yang menyiasat, ternyata perkara itu benar. Dan untuk itu, dia lepaskan Hamizan demi ibunya.

Deringan mesej masuk. Eirfan buka. Mesej dari mummynya.

'Tak payah ambik Erman. Mummy dan daddy dah ambik. Nak bawak dia pergi jalan-jalan. Ptg sikit kita org balik. Have fun with Ara'

Mesej mummy membawa senyuman nakal ke wajah itu. Hmm, macam tau-tau je mummy ni!

Eirfan gelak sendiri. Tak jadi dia nak ambik Erman. Tak sabar nak balik jumpa pengarang hati.

'Love, Hubby balik ni!'

sorry ye kalau bab kali ni agak daring. Happy reading ;)

Share this novel

Norzilawati
2025-01-21 14:48:03 

amboi.. dh melekat mcm gam dah.. sapa x sayang bini oii..


NovelPlus Premium

The best ads free experience