Bab 3 Crush

Romance Series 2769

Usai menunaikan solat maghrib, mereka berempat duduk di bangku di laman rumah. Bulan dan bintang berkilau menghiasi langit pada malam itu.

"Korang, cantiknya bulan dengan bintang malam ni. Romantik betul kalau tengok pemandangan macam ni dengan suami"kata Zara. Mata Zara bersinar-sinar menatap langit gelap yang dihiasi dengan bulan dan bintang.

"Zara, kau ni kuat sangatlah berangan. Kau dah berangan nak kahwin ke?"Luth mengerling wajah Zara yang sedang berangan.

"Ya Allah, Luth kau ni memang tak romantik langsunglah. Perempuan memang suka benda macam ni!" Zara mengetap bibir.

"Biasalah Zara, Luth manalah pandai bercinta, dia memang lembab bab cinta cintun ni"Noah menyampuk.

"Korang silaplah. Siapa yang jadi awek aku, aku akan layan dia macam tuan puteri. Dia tak perlu berjalan. Aku sanggup cempung dia sepanjang hari" jelas Luth sambil meraup rambutnya ke belakang.

"Kenapa kau nak kena cempung dia? Awek kau tu putus kaki ke?" soal Nuha bersahaja. Nuha dah geli-geleman mendengar ayat Luth. "Ada hati nak cempung anak dara orang. Kalau dapat awek berat macam tong gas baru kau tahu."bisik Nuha dalam hati.

Luth menjentik dahi Nuha dengan manja. "Kau ni kan slowlah. Aku nak layan awek aku seperti tuan puteri sebab tu aku nak cempung dia." Fokus Luth beralih pada Nuha.

"Ee.. janganlah jentik dahi aku!" Nuha cuba balas balik serangan Luth, tetapi disebabkan Luth agak tinggi, Nuha tidak dapat menjentik dahi Luth.

"Alolo, comelnya tak dapat jentik dahi aku ya, itulah siapa suruh pendek sangat" Luth ketawakan Nuha.

"Biarlah pendek pon comel."Nuha mencebik.

"Aku lagi comel dari kau." Luth mengenyitkan matanya. Nuha rasa geram, tangannya cuba menarik rambut Luth. Luth pantas sahaja larikan diri.

Nuha mengejar Luth. Luth larikan diri dari Nuha. Seperti budak kecil yang sedang bermain kejar-mengejar.

"Bila lah dua ekor tu nak declare jadi couple ni?" soal Zara.

Noah angkat wajah memandang Zara. Nampaknya bukan dia seorang yang syak Luth dan Nuha crush sesama sendiri, tetapi Zara pon dapat rasakannya.

"Percayalah, mesti tak lama lagi dorang akan confess. Mana tak nya, kita dah nak masuk hujung tahun. Tahun depan dah nak spm. Mesti mamat tu confess dulu."

"Aku pon rasa macam tu. Aku tak bolehlah bercinta dengan sama umur ni. Tak ngamm rasa." Zara memang tak minat lelaki yang sebaya.

"Aku doakan kau dapat suami yang sebaya. Aamin."

"Kau ni kan! Yang pasti orang tu bukan kau."laju tangan Zara mencubit lengan Noah.

"Sakitlah mokcik!" Noah menepis lembut tangan Zara.

Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah Nuha dan Noah. Ada sebuah kereta Proton S70 yang bewarna silver berkilat berhenti di hadapan rumah. Memang sah itu adalah salah satu kereta baharu milik keluarga Zara.

"Nampaknya driver aku dah sampai, so jumpa esok" Zara menggalas bag sandangnya dan memegang fail di tangan kanannya.

"Okay Zara,hati-hati tau balik" Nuha berjalan menemani Zara sampai ke pintu pagar. Noah dan Luth mengikuti mereka berdua dari belakang.

Zara mengatur langkah memasuki ke dalam kereta. Mereka bertiga melambai-lambai tangan kepada Zara. Zara merupakan anak kedua dari keluarga Tuan Syed Zamri. Ayahnya seorang pemilik syarikat pelancongan Rossdale yang terkemuka. Ibu Zara Puan Sharifah turut membantu untuk menguruskan syarikat tersebut. Abangnya pula sedang melanjutkan pelajaran di Bristol.

"Noah, Zara tu kan cantik, anak orang kaya, cool, pandai kau tak minat ke?" soal Luth.

"Dia tak berminat dengan lelaki yang sama umurlah" Nuha menyampuk. "Dia pernah cakap dia minat lelaki yang lebih tua dan matang" sambung Nuha lagi.

"Kan bagus kalau aku lagi tua dari Zara" Noah sengaja bergurau untuk melihat reaksi mereka berdua.

"Weh, seriuslah kau suka Zara?!" membulat mata Luth mendengar pengakuan Noah.

"Wow!" Aku ingat kau suka dekat Luth selama ni! Tapi tak sangka pula kau suka Zara."Nuha semakin teruja.

Luth dan Noah berpandangan. Mereka tak salah dengar kan? Kemudian mereka berdua memandang wajah Nuha.

"Wahai kembarku yang gila, kau ingat aku suka Luth?!" nada Noah naik satu oktaf. Noah meletakkan lengannya di atas bahu kiri Nuha.

"Aku rasakan.. Otak kau ni dah tercabut skru, apa kata kau pasang balik skru yang hilang tu." Luth senyum senget. Luth turut meletakkan lengan di atas bahu kanan Nuha. Nuha sudah seperti ayam berak kapur. Tersepit di antara mereka berdua.

Nuha menelan air liur. Air muka mereka berdua bertukar serius. Nuha segera menolak tubuh dua orang jejaka itu dan dia terus pecut berlari masuk ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience