Bab 2

Romantic Comedy Series 12117

TELEFON pejabat di atas meja berdering lagi. Nada deringnya yang sama, kuat dan nyaring, macam satu bentuk azab telinga yang berulang kali datang sejak pagi tadi. Anggun Elisa menutup mata rapat-rapat sebelum tangannya mengangkat gagang telefon dengan kasar.

“Yes, good morning. Encik Asyraf’s office.” Suaranya datar, penuh malas.

Seperti yang dia agak, suara perempuan di hujung talian.

“Miss, I just want to confirm kalau Encik Asyraf dapat bouquet yang I hantar pagi tadi? Sebab… I tak dapat pun ucapan thank you dari dia.”

Anggun menjeling jam dinding. Ini dah masuk panggilan ke lima belas dari fans club bosnya hari ini. Dia menarik nafas panjang, cuba mengekalkan nada professional walaupun hatinya dah mendidih.

“Yes, miss. He received your gift.”

“Really? He likes it?”

“Of course. He really… like it.”

Nada Anggun jelas kedengaran sarkastik. Dia letak gagang dengan hentakan perlahan, kemudian menunduk pada telefon itu seolah-olah bercakap dengan benda mati.

“Hoi telefon! Berapa kali kau nak torture aku hari ni? Orang call tanya benda sama je. Nak tahu bos aku suka ke tak suka hadiah diorang. Kalau aku cakap dia allergic bunga pun tak faham-faham bahasa!”

Suara bebelannya kuat sampai Farah yang baru muncul terus menahan ketawa. Kebetulan masa itu, Farah yang merupakan sahabat baiknya dari jabatan sebelah baru selesai urusan di tingkat itu. Tanpa segan, dia terus singgah ke meja Anggun.

“Aku rasa kau dah boleh terbit buku How to Reject Someone on Behalf My Boss,” usik Farah sambil ketawa terbahak-bahak.

Anggun menjeling kawan baiknya itu, kemudian meniru gaya operator telefon. “And aku pun dah boleh apply jadi operator, tau. Sebab sehari suntuk asyik ulang skrip sama je. ‘Yes, miss. Encik Asyraf dah terima hadiah. And he really like it, huh!’”

Farah menekup mulut menahan gelak. “Weh, kalau bos kau dengar, confirm kau kena pancung.”

“Tak pasal berbakul aku tipu sunat hari ni tau. Eh, bukan hari ni je. Sejak Zero Cupid tu transfer jadi Head of Marketing setahun lepas, hidup aku dah bertukar jadi mesin penapis perempuan.”

Farah ketawa lagi. Anggun menggeleng kepala. Memang sejak hari pertama Syed Asyraf ambil alih posisi Encik Ramlan yang dah pencen, jobscope dia berubah. Dulu kerja setiausaha betul iaitu uruskan jadual, fail, mesyuarat. Sekarang? Kerja utamanya jadi ‘human rejection shield’. Tolak semua perempuan yang beratur nak masuk dalam hidup bosnya.

“Tak habis-habis la perempuan-perempuan ni. Apa yang diorang nampak pada lelaki yang kerja dia pandang orang dengan mata laser tu?” Anggun merungut lagi.

Farah nak jawab, tapi tiba-tiba telefon pejabat Anggun berbunyi lagi.

Anggun pejam mata rapat-rapat. “I swear, kalau aku angkat lagi, boleh muntah darah.”

Farah ketawa. “Angkatlah, nanti jadi masalah pula.”

Anggun buat muka malas. “Tak payah angkat pun aku dah tahu siapa. Ni mesti peminat bos aku yang pegang nombor giliran ke enam belas hari ni. Aku nak biar je berbunyi. Biar diorang rasa penat menunggu, macam aku penat jawab call semua ni.”

Telefon itu berdering, berdering, dan akhirnya berhenti sendiri. Anggun dan Farah saling berpandangan sambil ketawa kecil.

Belum sempat mereka tarik nafas lega, daun pintu pejabat Syed Asyraf terbuka. Lelaki itu berdiri di depan pintu, wajahnya tegang, pandangan tajam macam singa lapar baru keluar kandang.

Ops. Game over.

Farah cepat-cepat selamatkan diri. “Okay, I better go now. Good luck, babe!” katanya sambil lari anak meninggalkan Anggun terkontang-kanting.

“You tak reti nak angkat call ke sampai PA Dato Hassan kena direct call I?” suara Syed Asyraf bergema, tegas, penuh amaran.

Anggun menelan liur. Ya Allah… rupanya tadi tu bukan peminat biasa. Itu PA Dato Hassan, bos besar yang punya syarikat induk. Patutlah.

Anggun belum sempat buka mulut, Syed Asyraf dah sambung dengan sindiran pedas. “Kalau you datang kerja nak bergosip, lebih baik you buka gerai nasi lemak depan ofis. Sambil cari rezeki, sambil boleh bergosip. Bukan duduk sini sampai tak reti nak buat kerja.”

Anggun menggenggam tangan di sisi. Geramnya meluap. Mulutnya gatal nak balas yang semua ini salah peminat dia yang asyik call tak berhenti, bukan salah aku! Tapi bila tengok muka Syed Asyraf yang tengah berasap, cepat-cepat dia telan kata-kata itu.

Satu perkara Anggun dah belajar sepanjang setahun bekerja dengan lelaki itu kalau mood dia tengah tak baik, memang jangan cari pasal. Confirm hancur reputasi sendiri.

Anggun tunduk, pura-pura sibuk menyusun fail di meja.

Nasib Anggun agak baik bila pada masa sama, Amy iaitu salah seorang eksekutif cantik dari jabatan Pemasaran muncul sambil menuju pejabat Syed Asyraf.

“Hi, Encik Asyraf. I ada appointment dengan you untuk discuss projek kempen iklan tu.”

Secara ajaib, wajah tegang Syed Asyraf yang tadi garang, terus lembut. Bibirnya terangkat sedikit, malah nada suaranya berubah ramah.

“Ah, Amy. Please, come in.” Syed Asyraf terus menjemput Amy masuk ke pejabatnya.

Anggun yang masih tercegat di meja sendiri menepuk dada lega. “Nasib baik. Selamat sekejap.”

Tapi dalam masa yang sama, matanya sempat menangkap perubahan ketara itu. Kenapa dengan Amy? Kenapa dengan dia, lelaki Zero Cupid tu nampak friendly dan mesra tak macam dengan staf perempuan lain?

Anggun mengangkat kening. Aha… suspicious!

Kepalanya teringat balik kata-kata Syed Asyraf pagi tadi.

“Then make sure Zero Cupid ni terus maintain rekod kosong. Jangan sampai ada yang berjaya masuk… kecuali kalau I sendiri yang pilih.”

Anggun tersengih-sengih sendiri. “So Cik Amy la kot… wanita bertuah tu? The chosen one? Orang yang buat aku terpaksa cipta alasan pelik-pelik reject perempuan lain selama ni?”

Anggun menyandar di kerusi sambil menggigit pen, senyum nakal makin melebar. Kalau betul Amy yang Syed Asyraf pilih, memang besar rahsia ini. Rahsia yang mungkin satu pejabat nak tahu.

Dan yang paling penting…

Dia, Anggun Elisa, kena sediakan popcorn. Sebab drama cinta Zero Cupid mungkin baru nak bermula.

HABIS waktu kerja, Anggun terus pandu pulang ke rumah orang tuanya atas arahan ibunya, Puan Mawar. Sejak Anggun dibenarkan berdikari duduk di rumah sewa bersama Farah, dia kena patuh dengan syarat ibu bapanya di mana Anggun wajib pulang ke rumah keluarganya jika Puan Mawar suruh. Sampai saja, Anggun terkejut kerana di rumahnya ada tetamu lain.

“Ini Anggun? Ya Allah…! Anggun dah besar ya sekarang? Cantik sangat, anggun macam nama dia…”

Anggun tersenyum malu, sesekali melirik ke arah ibunya, Puan Mawar.

“Cantik tu memang cantik… tapi garang. Sebab tu lah sampai sekarang tak ada boyfriend!” seloroh Puan Mawar selamba.

Anggun terus mencebik, keningnya terangkat tanda protes.

Sementara itu, wanita yang awalnya memuji Anggun, iaitu Puan Anita hanya ketawa kecil. “Eh, tak apa. Jadi perempuan ni memang kena tegas. Kalau tak, lelaki senang-senang nak pijak kepala.”

Kali ini, Anggun mengangguk bersungguh macam tanda setuju dengan kata-kata itu.

“Anggun dah umur berapa ya sekarang, sayang?” tanya Puan Anita, wanita separuh baya yang masih kelihatan cantik dan anggun dalam gaya penampilannya.

“Dua puluh lapan, aunty,” jawab Anggun jujur, sopan.

“Wah… muda empat tahun je dari anak aunty rupanya. Taklah jauh beza sangat,” balas Puan Anita dengan senyum penuh makna. Dia sempat menjeling ke arah Puan Mawar, seolah ada sesuatu yang cuba disampaikan.

Anggun pandang mereka berdua dengan pelik. “Kenapa, aunty?”

Puan Anita mengukir senyum yang semakin manis. “Anggun nak kenal dengan anak aunty? Nak tak?”

Anggun tergelak kecil, cuba mengelak rasa segan. “Hehe! Kalau handsome, Anggun on je, aunty.”

“Hisy! Anggun ni!” Puan Mawar cepat-cepat menjeling tajam, seakan memberi amaran, manakala Puan Anita terus ketawa kecil melihat gelagat anak-beranak itu.

“Handsome tu kan subjektif. Tapi kalau betul Anggun berjodoh dengan anak aunty, satu benda ni aunty boleh jamin… Anggun takkan pernah rasa kekurangan apa-apa.”

Anggun mengangkat kening, separa tak percaya. “Betul ke, aunty?”

“Betul, sayang. Anak aunty ni bukan setakat handsome. Dia baik, pandai berdikari. Kamu berdua pun pernah jumpa masa kecil dulu. Ingat tak, Mawar? Masa reunion sekolah menengah suami kita dulu.” Puan Anita berpaling ke arah Puan Mawar, seolah meminta sokongan.

Puan Mawar mengangguk laju. “Ya betul. Masa tu Anggun masih sekolah rendah lagi. Dia datang sekali dengan ayahnya. Tapi Anggun mana ingat. Budak-budak kan, main je kerja dia.”

Anggun mengetap bibir, cuba mengingati. “Hmm… memang tak ingatlah, ibu. Tapi kalau betul pernah jumpa, mesti masa tu kitorang sama-sama still budak, kan?”

“Exactly. You were kids back then,” sampuk Puan Anita, senyumnya semakin melebar.

Anggun hanya tersenyum hambar, masih belum dapat bayangan. Namun melihat cara ibunya dan Puan Anita bercakap, jelas mereka berdua sangat rapat. Malah, seperti sudah lama ada rancangan tersirat.

Hati Anggun mula berdetik rasa pelik. ‘Eh, ni kenapa tiba-tiba nak compare umur dengan anak dia? Siap ada hint-hint lagi.’

Anggun menelan liur, cuba menahan senyum yang dipaksa. “Ibu dengan Aunty Anita ni sembang macam ada secret mission je…”

Puan Mawar dan Puan Anita hanya berpandangan sesama sendiri sebelum ketawa kecil, membuatkan Anggun makin hairan tapi malas nak korek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience