Bab 18

Romance Series 30911

“Lia, tangan kau luka.” Mata Umar terpandangkan kesan luka di siku Dahlia. Pasti luka ini gara-gara Edri menolak Dahlia tadi. Mujurlah Dahlia tidak apa-apa. Ah, bila difikirkan balik dia sepatutnya mengerjakan Edri cukup-cukup tadi. Lelaki seperti Edri tak boleh bagi muka.

Dahlia tunduk memandang sikunya yang luka. “Sikit je ni.”

“Duduk dulu,” arah Umar. Dia menarik perlahan tangan Dahlia untuk duduk bersila di atas karpet. Maklumlah, rumah mereka masih tiada sofa.

Umar mengambil peti pertolongan cemas. Dia duduk berhadapan dengan Dahlia. Kapas dikeluarkan untuk mencuci luka Dahlia.

Sambil Umar mencuci luka Dahlia, mata Dahlia tak lepas daripada menatap wajah Umar. Wajah Umar juga terdapat kesan lebam dan luka gara-gara dipukul Edri tadi.
“Tahan sikit, pedih.” Dengan hati-hati Umar meletakkan ubat pada luka Dahlia.

“Dah siap.” Umar tersenyum nipis. Dia mahu menutup kembali peti pertolongan cemas itu tapi Dahlia menghalang.

Tanpa sepatah kata, Dahlia menyapu ubat pada luka di wajah Umar. Seperti yang Umar lakukan padanya tadi.

Umar hanya duduk diam sambil menatap wajah Dahlia. Bibirnya tak henti tersenyum. Dia rasa lega sangat selepas meluahkan rasa hatinya tadi. Hatinya yang selama ini memberat dengan cinta yang dipendam kini terasa ringan.

“Ah!” Umar mendesis perlahan. Dahinya berkerut halus menahan sakit.
“Sakit?” soal Dahlia. Rasa bersalah pula marah-marah Umar tadi. Padahal Edri yang mulakan pergaduhan terlebih dahulu.

Umar mengangguk perlahan. “Tapi dekat sini lagi sakit.” Tangan Dahlia diraih lalu dibawa ke dadanya.

***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***

“Lia, aku nak minta izin pegang perut kau boleh?”

Dahlia terdiam seketika. “Err... Kenapa?” soalnya kembali. Ya lah, tiba-tiba je Umar minta izin nak pegang perut.

“Nak cakap dengan anak kita.”

Lambat-lambat Dahlia mengangguk. Memberi keizinan.

“Hai anak ayah. Seronok tak jalan-jalan hari ni?” Tangan Umar perlahan menyentuh perut Dahlia. Dah lama dia nak pegang perut Dahlia. Cuma dia tiada keberanian. Bimbang jika Dahlia tidak selesa.

Dengar Umar sebut dirinya sebagai ayah buat tubir mata Dahlia terasa hangat. Entah kenapa tiba-tiba dia beremosi. Rasa sebak sangat.

“Membesar dengan sihat tau. Ayah dan ibu tak sabar nak jumpa awak,” ujar Umar lagi.

“Umar, aku dah nak tidur.” Dahlia saja memberi alasan. Sebenarnya dia dah tak mampu nak tahan air mata.

Dahlia tak tahu mengapa Umar melayaninya dengan begitu baik. Sedangkan dia? Semua permintaan Dahlia, Umar turuti. Tak pernah ada kata tidak. Dan itu membuatkan Dahlia semakin dihimpit rasa bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience