36

Other Series 56144

DUA BULAN KEMUDIAN...

"MANA kau beli karipap ni? Sedap! Tak pernah-pernah pun kantin kita ni ada buat karipap inti daging. Biasa inti ayam je"

"Tu..sana" Azizah menjuihkan bibir ke arah kantin sambil mengunyah sisa-sisa isi karipap tersebut.

"Orang barulah yang ambik tender kantin tu. Bukan abang Bad lagi. Dia dah habis tender. So dia bukak kat tempat lain" ujar Azizah.

Hasma angkat kening. Dia tak tahu menahu akan perkara tersebut. Selama dua bulan, setiap kali waktu makan tengah hari, dia dan Azizah akan ulang-alik dari ofis ke rumah Natrah semata-mata untuk menemani sahabat mereka itu.

Melalui cerita Eirfan, emosi Natrah sudah mulai membaik sejak beberapa minggu ini. Disebabkan itulah, Eirfan juga dapat meninggalkan Natrah untuk ke bengkelnya. Dia sangat berterima kasih kepada Hasma dan Azizah kerana sanggup bersusah-payah menemani dan membantu Natrah dan dirinya.

"Mana kau tahu? Kita kan sebelum ni lunch kat tempat Ara je"

Pelik juga rasanya apabila Azizah mengetahui segala-galanya padahal mereka sudah lama tak jejak kaki ke kantin. Macam punya telinga kat banyak tempat je perempuan ni!

"Informer gua banyak maaa..Lu apa tauu?" Azizah ajuk cakap Uncle Tiong, tempat dia selalu lepak pekena dumpling tapi versi halal punya!

"Ek elehhh!! Poyolah kau ni!"

Hasma buat muka meluat. Azizah gelak.

"Susah betuilah nak ajak hang ni gelak! Hishh! Intan yang habaq kat aku. Intan tu, kalau hang nak tau, sekarang dah jadi pelanggan tetap kantin ni tau?!"

Haa? Hasma kaget. Setahu dia, Intanlah pekerja paling bajet dalam ofis mereka. Mana tidaknya, tiap-tiap hari bawak bekal ke ofis. Tak pernah sekalipun dia nampak Intan nak jejak kaki ke ofis. Pelik pelik!

"Tau tak pasaipa?"

Hasma jungkit bahu.

"Pasai dia dah layan cintan kat abang kantin kita! Tu lah pasai hari-hari pi kantin. Takdan nak bawak bekai bagai!"

"Haaa?"

Ini lagilah tak percaya dek akal warasnya. Setahu dia, Intan tu ciri-ciri wanita Melayu terakhir. Bercinta ka, dating ka, layan mana-mana lelaki ka, memang bukan fiil dia. Dia dan lelaki ibarat kutub utara dan kutub selatan. Jauh ke utara, jauh ke selatan.

"Hang tak percaya kan? Aku lagilah tak percaya! Tapi itulah kebenaran dia"

"Hensem sangat ke lelaki tu sampai dia sanggup berubah macam tu?"

"Hmmm" Azizah letak jari di dagu. Berlagak seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Hensem tu taklah! Tapi manihh tu ada. Semanis coklat, semanis secawan kopi yang aku pekena kat rumah semalam! Haaa macam tu lah ibarat dia"

"Ye ye je engkau ni!" Hasma jeling Azizah yang tersengih.

"Tak caya sudah!"

"Dahlah, jom! Balik ofis. Lunch hour dah nak habis"

"Yelah mokcikk!"

"Mokcik pun mokciklah!"

Kedua mereka menuju ke ofis. Azizah mendapatkan Hasma yang sudah terlebih dahulu di hadapan.

"Weii, aku nak tanya hang ni"

Tercungap-cungap Azizah menyaingi langkah Hasma. Badan besar, tapi langkah boleh tahan laju eaa perempuan ni!

"Apa?"

"Buah hati hang tak hantaq parcel hang lagi ka?"

"Tak"

"Pasai apa?"

"Abang courier yang hantar parcel aku tu sesat! Ha ha ha" Hasma melawak namun Azizah dengar bunyi hambar saja.

"Tak lawak okey?!"

"Hishh, manalah aku tahu? Baguslah tu dia stop hantar barang. Aku rimas tau tak?"

"Yelah tu rimas. Padahal dalam hati tu berbunga-bunga cinta matahari"

"Banyaklah kau punya matahari!" Hasma tampar lengan Azizah. Tak suka kena sakat macam tu.

"Elehh, hang jangan naa! Nanti silap-silap haribulan, dia tak hantaq baju lagi. Tapi dia hantaq cincin. Baru hang tau!!"

Azizah tak henti menyakat. Muka Hasma dah kemerahan. Dah macam terbakar pun ada! Nak tergelak Azizah nengoknya!

Dia tahu, Hasma cantik orangnya. Cuma jarang nak senyum. Tu muka ketat semacam. Tak hairanlah kalau lelaki double park tu minat kat dia. Walaupun size dia XXL, tapi wajah dia boleh tahan. Hasma ni marah-marah pun cantik. Tapi tu lah, jual mahai sangatt!!

"Kau dok mengata aku kan?"

Tekaan Hasma tepat. Azizah buat wajah cuak.

"Mana ada? Hang jangan nak tuduh macam-macam na!"

'Alamak!! Lagu mana dia tau?'

"Alaa, macamlah aku tak tahu raut wajah kau tu macam mana. Kau kutuk aku apa?"

"Eee mana ada! Takdaklahh!!"

Azizah melarikan diri. Hasma mengejar.

Dan tanpa sedar, Ilham memerhati dari jauh dengan senyuman.

"Cik yepo"

Saat nama tersebut meniti di bibirnya, senyumannya semakin melebar. Angan-angan indah mulai terlakar.

PERLAHAN-LAHAN, Eirfan melangkah mendapatkan Natrah yang terbaring lesu di atas katil sambil membawa segelas susu. Dari tadi, Natrah tak menjamah apa-apa makanan. Agaknya dia loya dengan bau makanan.

Eirfan menghela nafas setelah menghenyak punggung di sebelah isterinya. Perut Natrah sudah nampak sedikit. Usia kandungan juga sudah memasuki lima bulan. Dalam dia menyulam bahagia dengan kehadiran insan baharu, terbit juga rasa was-was dengan penerimaan Natrah. Dia sedar, betapa Natrah bencikan benih yang sedang membesar di dalam perutnya.

"Love"

Natrah yang berbaring membelakangi Eirfan segera menoleh. Wajahnya pucat sahaja.

"Minum susu dulu sayang"

"Minum susu untuk apa?" Suara Natrah serak-serak basah.

"Love tak makan pun dari tadi. Tengok badan tu, lemah semacam je. Nampak susut pun ada. Hubby risau"

Natrah mengeluh. Terpandangkan saja perutnya yang kian membesar, hatinya diserang seribu kebencian. Dia tak nak anak itu! Dia nak anak itu jauh dari kehidupannya.

"Tak mati pun kalau tak makan. Tapi rasa nak mati sebab kandungkan budak ni!"

Eirfan kaget. Wajahnya serius memandang riak bersahaja Natrah tersebut.

"Apa cakap macam ni Love? Budak tu tak salah"

"Ya, dia tak salah! Tapi lelaki tu yang salah! Sebab tu saya benci dia. Saya benci budak ni. Saya benci dua-dua! Awak faham tak?! Saya benci dua-dua!!" tekan Natrah dengan iringan esakannya.

Eirfan menghela nafas dalam-dalam. Tampaknya, Natrah masih belum bisa move on dengan apa yang telah berlaku. Dia bisa memahami itu, tetapi kenapa harus meletakkan segala hukuman dan kesalahan ke atas bayi yang belum lagi dilahirkan itu? Sebenci itukah Natrah kepada arwah Ehsan?

"Love.."

"Jangan pegang saya!" Natrah laju-laju menepis tangan Eirfan yang singgah di atas lengannya.

"Ehsan dah takde Love"

Sayup-sayup kedengaran suara Eirfan namun masih mampu ditangkap oleh Natrah.

"Ehsan dah meninggal dua bulan lepas. Dia gantung diri. Dia dah takde Love"

Natrah sedikit kaget namun sebaik mungkin dia sembunyikan riak tersebut. Dia tak rasa apa-apa dengan berita kematian Ehsan. Bahkan dia berdoa semoga Ehsan membusuk di neraka di atas perbuatannya!

"Kenapa kita nak berdendam atau membenci orang yang dah takde? Sebaiknya kita doakan semoga dia tenang saja di sana. Hubby pun tak boleh terima apa yang dia dah buat pada Love. Tapi siapalah kita nak menidakkan takdir yang Allah dah tetapkan? Samalah macam kehadiran bayi ni..." Eirfan elus perut Natrah. Dalam hati, dia berharap kalau janin tersebut adalah anaknya bersama Natrah. Namun takdir berkata sebaliknya. Jadi siapalah dia nak menidakkan semua itu? Allah adalah sebaik-baik perancang. Maka dia serahkan segalanya pada Dia.

Wajah Natrah beriak kosong. Segala perkataan Eirfan seolah tak memberi apa-apa impak ke atas dirinya. Dia penat dan bosan dengan semua ini. Dia nak tidur. Supaya apabila bangun saja daripada tidur, semua yang berlaku adalah sekadar mimpi ngeri. Namun dia sedar kenyataan dan alam nyata adalah apa yang sedang dihadapinya sekarang.

"Minum ye susu ni? Sikit pun jadilah" pujuk Eirfan dengan wajah penuh senyuman.

Melihatkan keikhlasan dan kesungguhan suaminya, Natrah jadi tidak tega menolak permintaan tersebut. Sementelah dia juga dahaga saat itu. Diteguknya susu tersebut sehingga habis.

"Love nak makan apa-apa? Hubby masakkan"

Natrah menggeleng kepala. Dia benar-benar tidak berselera saat ini. Dia hanya nak berehat dan tidur.

"Takpelah kalau macam tu. Love berehatlah ye? Nanti nak apa-apa, panggil je Hubby ye?"

Natrah mengangguk.

"AKAK datang tak bagitau pun. Kalau tak, boleh saya masakkan apa-apa"

Petang itu, Eirfan menerima kehadiran Nabihah dan Azrul. Dia agak terkejut sebenarnya kerana selalunya dia akan dikhabari jika mereka datang melawat.

Melihatkan keadaan Nabihah yang kini juga berbadan dua, dia tersenyum bahagia. Pastinya Azrul juga merasakan hal yang sama. Mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

"Tak nak susahkan Fan. Kita datang ni pun tak plan apa-apa" sahut Nabihah sambil mengukir senyum.

"Ara mana?"

"Tidur kak. Baru je. Nak saya bangunkan ke?"

"Ehh tak payahlah Fan! Biar je dia tidur. Akak datang ni pun sebab ada hajat. Harapnya Eirfan tak keberatanlah" ujar Nabihah seraya menoleh memandang suaminya.

Azrul menyimpul senyum. Dia berdehem, sekadar membetulkan suara.

"Begini Fan.." Azrul berjeda seketika. Bibir diketap sebelum bicara disambung kembali. "Abang ni nak balik kem esok. Jadi tak sampai hati nak tinggalkan Bihah dan Ayish sorang-sorang. Kalau Deeja tu takpelah. Ada nenek dia boleh jaga dia. Abang tak nak susahkan mak abang sebab dia dah jaga Deeja. Jadi kalau Fan tak keberatan, boleh tak Bihah dan Ayish tinggal sini sebentar je?"

"Lagipun, akak tak sampai nak tinggalkan Ara setelah apa yang berlaku. Jadi ada baiknya kalau akak tolong tengok-tengokkan dia kalau Fan bekerja" tokok Nabihah pula.

Eirfan tersenyum. Dia senang hati sekiranya Nabihah sudi menjaga Natrah sepanjang ketiadaan dia. Bukannya apa, dia risau Natrah melakukan sesuatu di luar kawalan lagi. Adanya Nabihah, dia tak perlulah risau sangat.

"Tapi tak susahkan akak ke? Sebab akak pun tengah mengandung. Risau pulak saya, kalau Ara buat hal"

"Takde yang susahnya Fan. Lagipun, biarlah akak jaga dan teman Ara. Kasihan pulak dengan kamu kalau kena tinggal kerja je"

"Baiklah kak. Kalau akak dah cakap macam tu, saya tak boleh nak membantah" ujar Eirfan dengan iringin tawanya.

TERBELIAK anak mata Hasma apabila melihat ada bungkusan di atas mejanya. Dia menggigit bibir tanda geram kerana sudah dapat mengagak isi kandungan tersebut dan pengirimnya.

Punggung dihenyak kasar di atas kerusi. Sedang dia bergelut dengan emosi, Azizah datang menghampiri.

"Wuuu parcel lagi na? Hat ni abang courier tak sesat pulak ka?" usik Azizah, sekadar menceriakan keadaan.

"Kau jangan nak sibuk ea? Karang tak si pengirim ni, kau yang kena dengan aku nanti!"

"Amboii!! Garangnya dia ni.." tempelak Azizah lagi.

"Apa dia bagi?"

Azizah panjangkan leher tatkala Hasma membuka bungkusan tersebut. Ada tapau! Sedapnya bau!

"Wuu dia bagi mi hailam dan udang goreng. Wahh, macam tau-tau je hang suka makan kan?! Pandai dia tu ambik hati"

Hasma membatu. Kali ini, lain pula bungkusan yang dia terima. Tidak seperti selalunya. Hmm, bau sedap!

"Tapi kan, aku macam pernah hidu pulak bau ni. Macam bau masakan kat kantin kita tu"

Azizah berfikir sejenak. Takkanlah abang di kantin tu adalah orang yang sama? Arggh tak mungkinlah!

"Yeke? Apasal aku tak pernah hidu pun?"

"Mana aku tau hang! Bak sini tapau hang tu"

"Ehh ehh! Kau nak buat apa?"

Bungkusan makanan telah bertukar tangan.

"Hang tak mau kan? Takpa, biaq chek ja yang makan na?"

"Amboii, banyak cantik muka kau! Bak sini. Aku naklah!" tegas Hasma dengan wajah cemberutnya.

"Elehh tadi kata tak nak. La ni nak pulak. Juai mahai lah tu!"

Azizah memerli seraya berlalu meninggalkan Hasma di situ.

TAK NAK terlalu memikirkan pasal si dia, Hasma segera melangkah kaki menuju ke kantin. Hari ni, dia tiba-tiba rasa malas nak masak. Jadi jawapannya tapau sajalah!

Dia dengar dari Intan, lauk-pauk di kantin sedap dan nampak menggiurkan. Dan dia memang tak nafikan itu.Karipap yang dimakannya pagi tadi memang sedap dan menyelerakan.

"Bang, nak bungkus nasi dan lauk bang"

Lelaki yang sedang membelakanginya itu pantas menoleh. Terpandangkan saja wajah itu, Hasma kaget. Matanya berkedip memandang insan itu.

"Laaa cik yepo rupanya. What a small world!"

Ilham menyapa dengan mesra. Tak menyangka secepat itu mereka dipertemukan. Baru je pagi tadi dia rasa nak main hide and seek dengan Hasma, tiba-tiba pulak Allah atur pertemuan mereka secepat itu.

'What a small world! What a small world! Karang tak dunia ni yang kecik, engkau aku lenyekkan!'

"Haaaa termenung tu! Mesti tengah kutuk saya kan?" Ilham mengusik.

'Haaa, mana dia tau?! Psiko gilerr mamat ni!'

"Awak buat apa kat sini?" Hasma sudah bercekak pinggang. Matanya mengecil memandang Ilham di hadapannya. Serupa harimau nak terkam mangsanya saja dah rupa Hasma tu!

"Ohh saya tau! Awak follow saya kan? Awak spy saya kan?"

Ilham angkat kening. Follow? Spy? Apa kejadahlah dia nak buat kerja takde makna tu? Baik dia ajak kawen terus! Lebar senyuman Ilham.

"Haaa betullah kan? Awak memang sengaja follow saya kan?"

Tampang Hasma tampak serius.

"Awak nak curi barang saya kan? Saya ni bukan orang kayalah! Rumah pun rumah sewa. Kerja pun jadi kuli je. Kereta tu, kereta secondhand je. Takde apa pada saya yang awak curi!"

Ilham tersentak. Sejauh itu pemikiran Hasma mengenainya rupa-rupanya. Aduhh, lembab pulak perempuan ni! Dia tak menghiraukan tuduhan Hasma terhadapnya, sebaliknya menyediakan bungkusan makanan untuk Hasma.

"Awak ni mesti dah biasa kan buat kerja macam ni? Spy mana-mana perempuan supaya dapat jadi mangsa awak. Nak cari duit dengan cara senang tapi tak berkat! Awak ingat awak akan terlepas ke dengan semua ni?"

Hasma masih membebel tanpa menghiraukan Ilham yang sudah berdiri di hadapannya.

"Harap muka je hensem, tapi perangai ke laut! Orang macam awak ni tak boleh dibuat suami!"

Huishhh! Dah makin jauh dah dia ni! Memandai je tuduh aku sebarang. Nasiblah hati ni dah terpikat..

"Dah puas bebel? Ke ada nak tambah lagi?"

Hasma diam. Wajah tampan Ilham ditilik. Memang takde perasaan ea mamat ni?! Aku kata dia macam-macam, dia buat derk je!

"Kalau masih nak bebel, kita pekena teh tarik dan roti canai kat kedai mamak depan tu. Boleh bincang pasal masa depan sekali" usik Ilham dengan sengihannya.

Hasma buat muka menyampah. Takde masa aku nak bincang-bincang dengan kau! Bukan dapat percaya muka tu!

"Berapa semua ni?" Suara Hasma mengendur. Dia maksudkan tapaunya.

"Ohh ni" Ilham beri tapau pada Hasma. "It's okay. It's on me!"

"Saya tak suka terhutang budi dengan sesiapa. Nah" Hasma beri RM20 kepada Ilham.

Ilham tak layan tetapi Hasma mendesak. Sudahnya, Ilham mengalah saja.

"Terima kasih" ucap Hasma seraya berlalu pergi.

"Oh ye sebelum tu ye?"

Langkah Hasma terhenti. Dia kembali menoleh ke arah Ilham.

"Saya tak nak curi barang cik. Tapi saya nak curi..."

Ilham maju setapak . Dia berdiri betul-betul di hadapan Hasma lalu membisikkan sesuatu ke telinganya.

"Hati awak"

Sambung Ilham sambil mengeyitkan matanya pada Hasma.

Hasma diam..tak mampu kata apa-apa. Yang pasti, dia rasakan perasaannya semacam saja. Rasa macam baru lepas pekena karipap yang sedap dan menyenangkan...

Share this novel

Zai Zai
2024-11-27 20:16:25 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience