bacdh 'Ikat'

Drama Series 55610

Minum petang di halaman banglow. Jika bukan sebab Mommy ada memang tiada masa untuk duduk begini.

Masa senggang akan dia habiskan dengan butik atau cafe. Menolong apa yang boleh di sana walau sudah ada pekerja yang boleh diharapkan.

Biasanya halaman ini pada waktu petang begini menjadi milik Khalisya bermain. Hari ini masih milik anak kecil itu tapi ada Yusoff sedang menemankan anak itu.

Dengar cerita dari si anak kecil itu sejak kebelakangan ini Yusoff memang sering kali menemankan anak itu bermain petang.

Basikal baru berwarna pink yang cantik itu juga Yusoff yang belikan supaya Khalisya sayang dapat belajar menunggangnya. Apa sahaja Yusoff sanggup berhabis untuk Khalisya merasa gembira di banglow ini.

Bukan main besar ketawa dan girang sungguh dua orang itu. Yusoff sedang menolak basikal yang dinaiki anak comel itu. Mengajar Khalisya menunggang basikal. May Rose juga ikut tersenyum sepanjang masa.

Kalaulah... dia juga sangat berharap perkahwinannya dianugerahkan malaikat kecil buat penyeri rumah tangga. Melihat cara Yusoff melayan Khalisya pastinya suaminya yang kacak itu adalah sosok ayah yang baik.

"You tak ada rasa apa-apa ke tengok dia orang berdua tu?".

"Rasa apa? Rasa happy lah Mommy."

"Huh, you jangan macam tu May... tak kan you tak perasan... mula-mula dia guna anak nanti dia ganti diri dia. Your husband young and good looking. What a bad choice".

"Siapa? Assistant May ke?. Haha... Ermm apa pendapat Mommy kalau May jadikan dia madu May?. Sekurang-kurangnya kalau betul Yusoff nak kahwin lain sebab dia lebih muda dari May biarlah dengan orang yang May kenal. Betul tak Mommy?".

Tak tahulah dia sedang menyakat Mommy atau menyakat hatinya sendiri. Hmm entahlah, tapi jujur dia ralat Mommy terus-terusan mengasak dia kerana perkahwinan dia dengan Yusoff yang Mommy tidak restui.

"You make fun of me? wait until he runs away with your wealth for another young woman."

"Please Mommy. Janganlah berperasangka sangat. Yusoff baik, dia layan May dengan baik sepanjang kami berkahwin."

"Baik ada makna... Tiba-tiba you tersedar you dah tak ada tinggal apa-apa lagi. Masa tu baru you nak percaya cakap I?".

Malasnya May Rose mahu membincangkan perkara ini lagi dan lagi. Kerana setiap kali lagi dan lagi itu tetap juga Mommynya berperasangka pada Yusoff.

Mommynya tidak tahu cerita sebenar dan dia tidak mahu menceritakan kisah sebenar. Dia mahu menjaga hati dan air muka Mommynya. May Rose sangat sayangkan Mommy.

Boleh sahaja dia bercerita dari A hingga Z tapi satu yang mengekang May Rose menjatuhkan ego Mommynya kerana dia terhutang budi dengan Mommynya ini. Bukan sedikit pengorbanan perempuan ini, besar yang amat.

Mommynya ini ada satu sikap tidak percaya orang sejak arwah Daddy jatuh sakit dan Mommy terpaksa menguruskan banyak perkara berseorangan. Ketika itu dia masih bersekolah di menengah rendah.

Khaleeda datang membawa sepiring kuih talam ubi. Baunya sungguh wangi. May Rose membalas senyuman manis Khaleeda sebelum Khaleeda berlalu ke dalam rumah semula selepas dia mengucapkan terima kasih.

"Look at her... cantik, manis, penurut dan pandai buat kerja rumah. You tau kan perempuan macam ni idaman orang lelaki."

May Rose tidak menyahut. Dia tahu Mommynya sedang memprovokasi. Malas dia mahu berbahas apa-apa lagi dengan Mommynya tentang hal rumah tangga dia. Baik yang pernah gagal atau yang sedang dia layari sekarang ini.

Tapi dia bersetuju dengan cakap Mommynya. Khaleeda yang Mommynya sentiasa berperasangka buruk sejak sampai itu pun dipuji fizikal dan pembawakan dirinya yang berkelebihan di dapur dan kerja tangan.

Ciri-ciri peribadi Khaleeda di mata ramai memang idaman orang lelaki. Berapa ramai pelanggan cafe, butik dan juga kawan-kawannya mahu berkenalan rapat dengan pembantunya itu.

Satu yang May Rose perasan cara Yusoff memandang Khaleeda. Belum pernah Yusoff, suaminya yang bersifat sinis itu memberi pandangan sebegitu kepada mana-mana perempuan walaupun kepada dia sendiri sebelum berkahwin.

"Air sini aje Sya. Ada sirap ni."

Suara Yusoff mematikan khayalan May Rose. Yusoff yang sudah duduk di sebelahnya sedang menuang sirap selasih sejuk ke dalam gelas di hadapannya.

"Tak apalah Ayah. Ibu cakap kalau haus minum kat dapur."

Anak kecil itu hilang di balik dinding rumah berlari ke belakang. May Rose pandang wajah Yusoff yang sedang menatap wajahnya.

Berbahasa telepati tentang Khalisya yang takutkan Mommynya yang ada duduk di situ sedang membaca sebuah majalah. Tidak lagi mahu berbual apa-apa. Mungkin kerana sudah ada Yusoff turut serta duduk di situ.

Masalahnya May Rose tidak sampai hati pula mahu bertanya Mommynya sampai bila mahu tinggal di rumah banglow itu. Tak kanlah dia mahu bertanya soalan seperti itu. Durhaka sungguh dia sebagai anak.

Semua orang harus bertahan dan bersabar sahaja sementara waktu ini.

@@@@@@@

Hanya menoleh ke luar kiri. Memandang rumah, pokok-pokok dan matahari pagi yang cantik. Tidak mahu memandang ke sisi kanan. Di kanannya ada Yusoff yang sedang memandu dengan tenang.

"Di boleh pergi pasar sorang."

Dia matikan suasana sunyi di dalam kereta besar Yusoff. Tiada suara sahutan dari Yusoff. Mahu menoleh mengintai reaksi Yusoff, dia sedang sakit hati.

Boleh pula lelaki ini menawarkan diri menghantar dia ke pasar untuk rutin hari ini setiap minggu. Malam tadi Yusoff sampai dari kerja luar waktu Miss May Rose dan Mommynya sedang makan malam.

Seterusnya dalam keadaan letih begitu tetap juga ayat-ayat bisa keluar dari mulut Mommy Miss May Rose harus Yusoff dengar sepanjang makan malam.

Peliknya lelaki ini kebal sungguh. Tidak membalas mahupun meninggalkan pergi meja makan. Tetap juga duduk di situ mengambil makan malam walau sedikit. Sungguh Yusoff menjaga hati Miss May Rose.

Tapi... dua bulan di rumah Papa dan Mama dahulu Yusoff juga sangat bertolak ansur dengan sikap angkuh Papa dan Mama.

Cumanya bukanlah kerana dia seperti hari ini Yusoff lakukan kerana Miss May Rose, sebaliknya kerana perjanjian pernikahan itu semata.

Khaleeda bukanlah mahu membincangkan tentang cerita malam tadi. Dia sedang menimbang tara dirinya. Apa yang sedang dia buat di rumah banglow itu?.

Menjadi pembantu kepada isteri kedua suami. Sang suami pula meletakkan tempat dia setara karpet selamat datang di pintu masuk!.

Dia mahu pergi tapi tempat itu terbaik untuk Khalisya selagimana dia mampu bertahan.

Dia mahu berterus terang dengan Miss May Rose siapa dia yang sebenarnya tapi dia bimbang disalah erti. Dia juga mahu Yusoff talakkan dia tapi... dia cintakan Yusoff!.

Keadaan sekarang sangat rumit. Dia serba salah. Pagi ini pula Yusoff buat lagi perangai menakutkan dia yang sudah sedia takut.

Yusoff memberitahu Miss May Rose dia mahu menghantar Khaleeda ke pasar dan Miss May Rose boleh pula izinkan.

Kereta berhenti. Khaleeda tersedar dari khayalan fikiran yang jauh. Eh! kat mana ni?.

"Kenapa kat sini?". soal Khaleeda geram.

"Dah sampai baru tanya?".

"Di tak sedarlah."

"Tak sedar ke memang suka?".

Soal Yusoff yang sudah menanggalkan tali pinggang keselamatan Khaleeda. Mereka di pinggir sebuah taman rekreasi.

Memang Khaleeda tidak sedar langsung sebentar tadi. Mata terbuka tapi tidak fikirannya, kerana terlalu penuh dengan persoalan diri dan penatnya memikirkan perjalanan kehidupan.

"Baik Tuan hantar Di pergi pasar. Nanti Puan Kay marah Di balik lambat!".

Yusoff tidak menjawab sebaliknya sebelah tangan memaut pinggangnya sebelah lagi tangan menarik belakang lehernya mendekat lalu dikucup ulas bibir Khaleeda.

Khaleeda layan sahaja kerana dia juga rindukan Yusoff. Berharap jika dia berkerjasama Yusoff akan segera puas hati dan menghantarnya ke pasar.

Tidak berhenti setakat itu, ciuman Yusoff sudah masuk ke dalam tudungnya dan mula pergi ke leher dan mahu turun lagi.

"Tuan, dah la... taman ni. Kat luar ramai orang jogging."

Khaleeda cuba memujuk.

"Tak pe. Tinted ni gelap. Orang tak nampak."

Tidak berapa jelas cakap Yusoff kerana bibir yang bercakap itu berada di dada. Khaleeda rasa tubuhnya sudah mula panas.

Tok! Tok! Tok!.

Khaleeda terkujat lalu menolak kepala Yusoff dari dadanya. Memandang keluar tingkap di sebelah kanan Yusoff. Dua orang anggota polis berdiri di luar kereta.

Yusoff kemaskan baju dan tudung Khaleeda. Kemaskan juga rambutnya sendiri lalu duduk tegak di kerusi pemandu. Kemudian barulah Yusoff menurunkan cermin tingkap di sebelah kanannya.

"Assalamualaikum encik selamat pagi."

Salah seorang anggota menghulur salam.

"Waalaikummussalam."

"Buat apa ni?".

"Tak ada buat apa."

"Siapa sebelah?".

"Isteri."

"Minta dokumen."

Yusoff capai beg pasar Khaleeda di lantai kereta. Mengambil beg duit Khaleeda lalu mengeluarkan kad pengenalannya dan kad nikah mereka!?.

Amboi bijaknya ini orang. Entah bila masa Yusoff meletakkan kad nikahnya di dalam beg duit Khaleeda. Kad nikah milik Khaleeda sudah dia simpan di dalam fail dokumen sejak dia minta Yusoff pergi tujuh tahun dulu.

"Sebenarnya kat sini tak boleh parking. Parking dalam tamanlah encik kalau nak jogging."

"Bukan nak jogging. Nak pujuk orang rumah merajuk aje."

Eh dia ni!.
Khaleeda tidak puas hati dipergunakan Yusoff.

"Beli emas aje encik. Senyumlah nanti sampai ke telinga."

Yusoff dan dua orang anggota polis di luar sudah tergelak-gelak dan kemudian kedua anggota polis meminta diri lalu pergi.

Yusoff naikkan tingkap kereta memaut tengkuk Khaleeda kemudian mengucup bibirnya sekilas. Serba cepat pantas aksi Yusoff tanpa sempat Khaleeda mengelak.

"Cepatlah Mommy May balik."

Yusoff bercakap sendiri ketika menggerakkan kereta pergi dari pinggir taman itu.

@@@@@@@

May Rose melihat dari dalam kereta. Yusoff sedang mendukung beg sekolah Khalisya di bahu kanan dan sekaki payung memayungi mereka juga di tangan kanan. Anak itu pula dipimpin dengan tangan kiri.

Menyeberangi jalan yang sibuk dengan kenderaan, ibu bapa dan anak-anak. Sambil menyeberang pun dua orang itu boleh ketawa bergurau.

Sampai di kereta Yusoff bukakan pintu di belakang. Pastikan anak itu masuk dan duduk dengan selamat. Barulah Yusoff yang banyak basahnya kerana ditimpa hujan masuk ke dalam kereta.

"Assalamualaikum Mommy. Terima kasih ambik Sya."

"Waalaikummussalam. You are welcome sayang."

"Sya nak makan kat mana?". Soal Yusoff.

"Ibu dekat mana?".

Anak itu bertanya semula.

"Dekat rumahlah. Kan ada Nenek Kay. Ibu kena teman nenek."

"Sya nak baliklah. Kesian Ibu tak ada kawan".

May Rose tersenyum tapi di dalam hati ada sedikit cemburu. Mahu katakan apa lagi. Menumpang kasih dengan anak orang.

Yusoff di sebelah sudah menekan minyak dan kereta bergerak pergi. Riang sahaja air muka Yusoff walau sudah separuh basah mengambil Khalisya dari sekolah.

Agaknya Yusoff mahukan anak kecil.

Apa pula agaknya May Rose... Semua pasangan atau kata yang lebih tepat semua orang, baik lelaki atau perempuan pada suatu tahap umur yang sesuai pastilah mahukan anak.

Dia menoleh lagi ke arah Yusoff yang kacak. Sedar diri, dengan lelaki ini dia menumpang kasih juga. Macam mana untuk memiliki hati Yusoff yang mengahwini dia kerana kasihan.

Ikat dengan anak tapi... bagaimana cara ya.

sowi lmbt. menyambil-nyambil ni. pg hsa appointment klinik pakar. jb ujian lebat sepagi ni. kpd ksyn sume pls tlg la bce setiap Bab. nti ada satu chart tu dia tk naik. Sy suka tgok tu setiap pagi. rse smgt menulis. pls ya tlg Sy bce setiap Bab. anggap je si Usop ni bdk pengor yg mesti kita pantau perangai dia setiap hari hahaha. terima kasih kesygn sume utk Komen, donate dan Mase yg diluangkn utk bacdh. syg uoll. terima kasih kesygn sume

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience