PROLOG

Family Series 8628

SEUSAI menunaikan kewajiban. Nimrah terus saja merebahkan tubuhnya di atas katil yang bertingkat itu. Telekung yang dipakainya ditanggalkan lalu dilipat bersama sejadah yang digunanya tadi.

Walaupun terasa tubuhnya yang tidak larat untuk bangun. Nimrah tetap gagahkan dirinya untuk melaksanakan solat subuhnya. Ini nasib baiklah dia tidak disuruh solat berjemaah dekat masjid bersama yang lain. Kalau tidak, rasanya tak sampai masjid lagi dia sudah rebah.

Nimrah yang sudah terbaring lemah di atas katil bertingkat itu. Hanya dia merenung kosong atas katil yang bersambung dengan katil yang ditidurinya itu. Pandangan matanya kian kabur kerna sudah dipenuhi takungan air mata yang tak sedari terus terusan memenuhi ruang matanya.

Kenapa keluarga aku buang aku? Kenapa mereka tak menjaga aku selayaknya anak mereka? Kenapa aku dilahirkan kalau mereka sendiri tak inginkan aku. Kenapa? Susah sangat ke nak jaga aku? Aku ni memang tak diinginkan dalam hidup mereka?

Bermacam macam pikiran yang berlegar dan selalu menjadi tanda tanya baginya. Dia sedih bila mengingatkan siapa diri dia. Siapa keluarga dia, dan kenapa dia dibuang? Kenapa keluarga nya tidak menjaga nya? Apa yang sudah terjadi pada keluarga nya? Dari kecil sehingga lah dia sudah menginjak remaja. Dia hanya tinggal dirumah anak yatim piatu dan dibesarkan oleh beberapa wanita yang sudah lama berkhidmat disitu, yang sudahpun mereka anggap sebagai ibu mereka disitu.

"Ya Allah. Jika mereka masih ada. Tolong gerakkan hati mereka untuk menemui aku. Engkau mudahkan lah urusan mereka dan permudahkan lah jalan mereka untuk bertemu dengan aku." Bibirnya menuturkan doanya perlahan. Bersamaan  tangannya yang sudah naik meraup wajahnya mengaminkan doanya.

"Nimrah tak pernah benci dan salahkan kalian. Nimrah hanya ingin bertemu dengan kalian walau hanya sekali.." tuturnya lagi. Esakan kecil yang mengetarkan bibirnya mula ditekup, dia tidak mahu sampai tangisannya akan didengari.

Sebelum tiba tiba saja Nimrah tersedar dan mendengarkan beberapa bunyi tapak kaki kian melangkah dan menghampiri. Ruangan bilik mereka. Mungkin saja kawan kawan sebiliknya yang lain sudahpun tiba dari masjid.

Laju saja Nimrah memejamkan matanya. Dan betul saja. Pintu bilik itu sudahpun dibuka. Beberapa suara kian berbunyi dan berbalas bualan. Dan beberapa suara dari antara mereka seperti tidak asing ditelinganya. Ibu Reya dan suaminya Pak Ustaz Amin iaitu pengurus rumah anak yatim piatu itu.

"Macam mana abang? Abang dah beritahu mereka keadaan Nimrah? Ibu taknak nanti, Nimrah tak bersetuju bila dia dapat tahu benda ni. Abang sendiri tahu kan yang ibu tak sempat beritahu Nimrah.." ujar Ibu Reya pada suaminya berserta beberapa di antara mereka yang merupakan kawan sebiliknya menjadi pendengar disitu.

"Ibu Reya. Pak min. Takkan Nimrah tetap akan pergi? Kami taknak Nimrah pergi ibu, pak min.." sampuk Nisa yang merupakan antara salah satu kawan yang paling rapat dengan Nimrah disitu. Dia tidak rela berpisah dengan sahabat kecilnya itu.

Nimrah yang masih terbaring memejamkan matanya itu. Hanya diam mendengarkan saha apa yang dibualkan mereka itu. Nimrah masih bingung dan tidak faham apa yang dimaksud kan mereka. Dia nak pergi kemana? Apa yang Ibu Reya dan Pak min rancangkan untuk nya? Kenapa mereka  seperti terdengar serius membincangkan sesuatu mengenai dirinya.

Pak Amin hanya diam memandang ke arah mereka. Sebelum Pak Amin berlalu keluar dari situ tanpa sebarang kata.

"Sudahlah Nisa. Kamu jangan cakap macam tu. Nanti ibu masakkan bubur dan berikan ubat pada kamu. Jangan lupa bagi Nimrah makan bubur dan ubat tu, biar cepat sembuh. Ibu nak pergi dulu. Bagi Nimrah rehat secukupnya. Jangan kata apa apa, biar ibu sendiri yang akan beritahu dia. Kamu faham?" 

Nisa hanya mengangguk perlahan sambil menundukkan wajahnya. Sesekali Nisa mengerling ke arah Nimrah yang terbaring tidak jauh dari situ.

"Jaga Nimrah baik baik." pesan Ibu Reya sebelum ia meminta diri pergi dari situ. Sempat Ibu Reya mengerling ke arah Nimrah. Sebelum ia berlalu keluar dari situ.

Sebaik melihat kepergian ibu penjaga mereka. Nisa terus melangkah setapak ke tempat tidurnya Nimrah. Sebelum Nisa melabuhkan pungungnya ditepi katil yang ditiduri sahabatnya itu.

"Jangan lupakan aku nanti tau.. Nanti kalau kau dah keluar dari sini. Jangan lupa datang sini jumpa aku.." kata Nisa sedikit sebak.

"Apa maksud kau? Aku nak keluar pergi mana?" sambung Nimrah sedari tadi hanya berpura pura terlelap saja.

Nisa yang baru saja hendak menangis sedikit tersentak mendengar balasan dari sahabatnya itu. Laju saja ia mengusap air matanya sedari melihat Nimrah sudah mencelikkan matanya dan tersedar dari tidurnya. Tubuhnya sedikit tercengang. Dia takut Nimrah mendengar apa yang dia katakan tadi. Memang habislah nanti dia dimarahi Ibu Reya.

"Cakap Nisa! Kenapa kau diam? Aku nak pergi mana? Apa yang Ibu Reya dan Pak min cakap dekat kau?" soal Nimrah lagi buatkan Nisa sedikit terkelu dan cemas memandang sahabatnya itu.

"Ta.. Takde ap.. Apalah.." balasnya sedikit tergagap.

"Dahlah Nisa. Aku dah dengar apa yang Ibu dan Pak min cakap tadi. Dan kau pun mesti tahu kan? Tolong bagitahu aku. Aku nak pergi mana?? "

"Nim, kau rehatlah. Nanti kau akan tahu. Aku tak boleh bagitau kau. Kau sendiri dengarkan apa yang ibu cakap tadi. Aku nak tidur dulu.. Kau rehatlah, kau pun tak sihat kan." Nisa terus saja bangun dari duduknya. Dan menaiki tangga katil tidurnya yang diatas tempat tidur Nimrah.

Nimrah hanya diam memerhatikan sahabatnya itu. Satu keluhan dilepaskan. Sebelum ia kembali menyambung tidurnya. Tubuhnya pun tidak berapa bertenaga untuk dihabiskan terus. Dia harus menyimpan segala tenaga yang tersisa untuk kemungkinan esok yang akan datang.

~

"Nimrah! Nim bangun!.." suara halus itu mula mengejutkan tidurnya. Perlahan lahan Nimrah membuka matanya melihat empunya suara salah seorang kawan sebiliknya itu.

"Ada apa?" balas Nimrah agak perlahan kerna tidak larat untuk mengeluarkan kata.

Sebelum matanya beralih melihat keliling tempat yang ditidurinya yang terlihat asing dari tempat nya tidur semalam.

Dimana dia? Bukannya semalam dia tidur dibilik rumah anak yatim yang didudukinya.

"Sa.. Saya dekat mana ju?" Nimrah terus bertanya pada kawannya bernama julia yang berada disitu. Mana pergi yang lain?

"Awak dekat Hospital. Pagi tadi awak tak sedarkan diri, jadi ibu dengan pak min hantar awak kesini.. " balas julia agak lembut.

Nimrah hanya diam memandang ke arah nya. Sebelum pintu dikuak dari luar, dan beberapa orang mula memasuki bilik itu. Bersamaan dua pasangan suami isteri yang sedikit berusia mengikuti Ibu bapa penjaga kebajikan rumah yatim piatu.

"Nimrah.. Macam mana keadaan kamu?" soal Ibu Reya terus sedari melihat anak jagaannya itu sudah sedarkan diri.

"Nimrah tak apa apa ibu.." balas Nimrah perlahan, sesekali matanya beralih melihat pasangan suami isteri yang turut berada disitu. Siapa mereka?

"Puan.. Tuan, inilah Nimrah, gadis yang saya maksudkan.." perkenal Ibu Reya terus. Buatkan Nimrah yang mendengar itu semakin bingung. Namun dia tidak langsung bertanya sebaliknya dia hanya berdiam diri saja.

Sebelum tiba tiba wanita yang agak berusia itu datang menghampirinya.

"Jadi dialah gadis itu? Cantik dan manis orangnya.." kata wanita itu sambil membelai pipi gadis yang terbaring di atas katil itu.

"Kamu mesti sudah tahu siapa saya kan?" ujar wanita itu lagi. Buatkan Nimrah sedikit kelu dan keliru dengan apa yang di katakan wanita dihadapannya ini.

Belum sempat Nimrah ingin bersuara membalas apa yang di katakan wanita itu. Laju saja Ibu Reya bersuara membalas pertanyaan wanita itu.

"Maafkan saya. Saya belum beritahu dia apa apa pasal ni. Jadi dia tak tahu.."

"Ohh.. Tak apa, saya faham.. Kalau macam tu kami tunggu dekat luar dulu, apa apa kamu panggil saya dan suami saya dekat luar.." pamitnya, sebelum wanita itu beransur pergi dari situ bersamaan suaminya dan juga pak amin diikuti julia.

Tinggallah dia dan juga Ibu Reya didalam itu. Buatkan suasana seketika hening bila dimana Ibu Reya berura ura untuk memberitahunya.

"Ibu kenapa?"

"Ibu Reya nak bagitahu apa dekat Nimrah? " Nimrah mula menyoal sedari melihat raut wajah Ibu penjaga nya itu kelihatan kelam.

"Nimrah.. Ibu minta maaf.."

"Ibu.. Kenapa ni? Apa yang ibu nak bagitahu dekat nim ibu?" desak Nimrah lagi  bila dimana ibu penjaganya itu hanya diam merenung wajahnya dengan titisan air mata.

Sebelum tiba tiba saja tubuhnya dirangkul dan dipeluk lama oleh ibu penjaganya itu. Nimrah yang seakan faham maksud yang disampaikan itu hanya terdiam kaku tanpa membalas pelukan itu. Air mata bening mula bertakung dikelopak matanya.

~

Setelah beberapa hari Nimrah ditahan di Hospital untuk mendapatkan rawatan yang terbaik. Nimrah pun diarahkan untuk pulang setelah melihat keadaan nya kian membaik.

menunggu ketibaan keluarga angkat yang ingin menjaganya itu. Nimrah hanya duduk diam bersama Ibu Reya dan Pak Amin yang merupakan pengurus rumah anak yatim piatu yang membesarkannya selama ini.

beberapa orang kawan kawan tempat nya dibesarkan bersama mula datang menghampirinya dengan titisan air mata mereka yang mula mengalir kerna sedih akan berpisah dengan dirinya.

Laju saja tubuh mereka mendekat dan memeluknya erat. Suara esakan kecil kian terdengar ditelinga Nimrah, buatkan hati Nimrah seakan berat untuk berpisah dan meninggalkan sahabat sebaya nya itu.

"Nim jangan lupakan kami tau. Nanti kau datanglah jumpa kami. Jenguk kami dekat rumah anak yatim tu.. Kami sayang dekat kau tau.." pinta Nisa sedikit sedih melepaskan sahabatnya itu.

"Betul tu Nim, apa apa masalah kau datang lah jumpa kami. Nanti dah dapat kawan baru jangan lupakan kami pula.." sambung Julia turut sama memperingati sahabat mereka itu.

Nimrah hanya mengangguk perlahan seraya tersenyum nipis menatap waiah kedua sahabat sebaya nya itu. Sebelum wajah Nimrah beralih sedari mendengar pekikan dari kejauhan.

"Kak nim! Jangan tinggalkan kami akak!!.." jeritan dari anak anak yatim semua yang juga turut berada disitu. Mereka semua mula berlari anak mendekat ke arahnya..

Nimrah yang menyedari kemuncullan mereka semua mula mendepakan tangan dan merendahkan tubuhnya, sebelum Nimrah memeluk anak anak kecil yang masih berumur 6 ke 7 tahun itu. Ke semua anak anak itu sudah dia anggap seperti adik beradiknya sendiri yang juga mempunyai nasib sama seperti dirinya.

Beberapa minit Nimrah melayan dan saling berpelukan dengan anak anak disitu. Satu suara memanggilnya. Buatkan Nimrah pantas menoleh ke suara itu.

"Nimrah.. Ini Puan Anara dan Tuan Azim. Akan jadi kedua orang tua angkat Nimrah selepas ini." perkenal Ibu Reya pada anak jagaannya itu.

Nimrah terus berpaling melihat keluarga yang akan menjaganya itu. Sebelum matanya pegun menatap kedua wajah mereka bersilih ganti. Dia seperti tidak asing dengan kedua pasangan suami isteri itu. Mereka lah yang datang menjenguknya sewaktu dia dimasukkan di Hospital beberapa hari lepas.

Kedua pasangan suami isteri itu hanya tersenyum nipis memandang ke arahnya. Sebelum isteri dari pasangan itu datang mendekatinya.

"Hai Nimrah.. Sekarang ni Nimrah dah jadi anak perempuan mami. Mami harap Nimrah boleh sesuaikan diri jadi anak mami.. Dan masuk kedalam keluarga mami" ucap wanita itu lembut padanya sambil mengelus tangannya perlahan.

Nimrah hanya diam tak membalas sapaan iti. Sehingga lah Ibu Reya datang mendekat dan menyedarkan dirinya yang hanya diam membisu itu.

Barulah Nimrah menatap ibu angkatnya itu dengan terkebil kebil. Dan laju saja Nimrah menundukkan wajahnya dan meraih tangan wanita itu untuk bersalaman.

Wanita itu hanya tersenyum nipis sambil mengusap kepalanya.

"Mari kita gerak. Mami tunggu kamu dekat kereta nanti.." kata wanita itu sebelum dia menjauh dan pergi ke arah suaminya yang hanya berdiri disitu. Dan kedua pasangan suami isteri itu pun berlalu pergi dari situ terlebih dahulu.

Nimrah hanya mengangguk sambil memandang kepergian kedua pasangan suami interi itu. Jadi mereka lah yang akan menjadi orang tua angkatnya? Tapi kenapa dia merasa takut dan tidak bahagia? Bukan kah memiliki keluarga itu adalah satu dari impiannya?

Satu sentuhan dibahunya buatkan Nimrah tersentak dari lamunannya. Pantas wajahnya melihat ke arah Ibu Reya yang sudah berdiri disampingnya itu.

"Nimrah.. Kamu kenapa? Ibu tengok kamu macam tak suka saja. Kamu tak selesa tinggal bersama mereka nanti? " tegur Ibu Reya yang dari tadi hanya memerhatikan anak jagaannya itu.

"Tak ada apa apa Ibu.. Nimrah okey.." balas Nimrah perlahan sambil meleretkan senyuman kecil.

"Baguslah kalau macamtu. Ibu harap kamu selesa di tempat baru kamu nanti. Jangan lupakan ibu ye Nimrah.. Ibu sayang kamu, ibu dah anggap kamu macam anak ibu sendiri. Ibu tahu mungkin inilah peluang yang baik untuk kamu dan masa depan kamu. Jaga diri baik baik.." pesan Ibu Reya.

"Dah cepat! Mereka dah tunggu tu. Nimrah kamu pergi gerak dulu. Biar pak min yang bawa semua barang barang keperluan kamu dan masukkan dalam kereta nanti.." sampuk Pak min yang hanya berdiri menunggu mereka disitu.

Buatkan Ibu Reya dan juga Nimrah secepatnya mengakhiri perbualan mereka. Sebelum tiba tiba saja Nimrah memeluk tubuh Ibu penjaganya itu erat. Air mata yang dari tadi ditahannya akhirnya jatuh berguguran.

Beberapa mata yang memerhatikan mereka turut sama bersedih.. Mereka hanya melambaikan tangan mereka menghantar kepergian sahabat mereka itu..

Nimrah yang sudahpun memasuki kereta milik keluarga angkatnya itu. Hanya memandang dari dalam kereta sambil melambaikan tangan nya ke arah mereka. air mata yang tidak berhenti dari mengalir itu hanya dibiarkan terus terusan menitis membasahi wajahnya.

~

Kedua pasangan suami isteri itu hanya diam memerhatikan anak angkat mereka itu. Setelah beberapa jam dalam perjalanan akhirnya gadis yang dibawa mereka itu terlelap dengan sendirinya kerna keletihan.

"I pelik dengan you tau. Punya lah banyak anak perempuan dekat luar sana yang you boleh ambik untuk jadikan anak angkat you. Tapi budak perempuan ni juga yang you pilih. Kalau sihat takpela. Tapi ni you sendiri tahu yang budak perempuan sakit. And you kena jaga dan rawat dia sampai sembuh. Tak rasa membazir dan buang masa you ke?"

"I tengok banyak lagi budak perempuan cantik dan tak sakit dekat luar sana untuk dijadikan anak angkat you.. Tapi you tetap pilih dia.." bebel wanita itu sesekali matanya melirik ke arah gadis yang dibawa mereka itu.

"Kita dah bincang kan sebab apa. Takkan kau tak faham lagi? Aku nak budak ni. Jadi kau tak payah persoalkan kenapa aku nak dia." balas suaminya itu datar

"Tak cukup lagi ke anak angkat yang you nak kena jaga? Lepas budak ni sembuh sepenuhnya nanti. You nak jadikan dia macam yang lain? I tak rasa dia akan rela untuk dengar cakap you."

"Nak kawal perasaan perempuan ni senang saja. Cukup kita buat dia berhutang budi dengan kita. Balas dengan hidup dia pun dia rela.."

Welcome back to me. sorry dh lama tak update next part any novel saya yg still ongoing. i lost idea cause some problems.. so i hope adanya citer baru. boleh munculkn balik idea yg dh lost tu. thnks cz still support me. and have fun reading this new story.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience