"Okay Miss. I'm sorry Miss. Thank you very much."
Khaleeda masukkan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar. Mujur di dalam loker cafe dia ada menyimpan sepersalinan pakaian kerja sebagai kecemasan jika kemungkinan terkena kotoran.
Maklumlah bekerja di cafe. Jika tidak dia harus pulang ke rumah Miss May Rose dahulu pagi tadi.
Sebelum ini ketika sedang menyediakan bahan memasak selepas mandi pagi tadi, Miss May Rose menelefon dia bertanya tentang kereta Myvinya.
Kata majikannya, kenalannya memberitahu ternampak kereta itu terpakir di bawah pokok ketika ribut dan hujan lebat pagi tadi.
Terpaksa dia beralasan kereta tidak dapat dihidupkan selepas menghantar Khalisya.
Mana mungkin dia memberitahu diculik suami yang kemaruk nafkah batin.
Yih! geram sungguh kerana asyik teringat saat di tempat duduk belakang kereta Yusoff. Bohong lah kalau dia kata tidak suka. Dia cinta lelaki itu kot. Lainlah Yusoff... kerana tak sengaja!? Hantu!.
Sekejapan tadi pula Miss May Rose menelefon lagi kerana memberitahu dia, kereta itu akan diambil kawan suaminya seorang mekanik.
Nanti kalau mekanik kata kereta tak ada masalah dia buat bodoh sajalah. 'Oh, ye ke?' Begitulah cadangnya jawapan yang akan dia beri kepada Miss May Rose.
Sorry Miss May Rose kerana berbohong... Dia takut mahu ke kawasan sekolah itu lagi pada hari ini bimbang diburu Yusoff.
Miss May Rose majikan yang sangat baik itu juga memberitahu akan menolong mengambil Khalisya dari sekolah.
Alhamdulillah. Allah maha baik. Temukan dia majikan berhati mulia seperti Miss May Rose.
Tapi... macam mana Yusoff boleh ada di kawasan Putrajaya ini. Dia tinggal di sinikah?
Apa patut dia buat?.
Mungkin berjumpa Yusoff dan selesaikan segalanya secara rasmi seperti kehendak Yusoff itu yang terbaik.
Jadi dia boleh hidup dan bekerja dengan tenang di sini. Dia suka dan bahagia di sini sejak hampir lima bulan ini.
Terlebih penting lagi Khalisya nampak sangat gembira dan tidak terlihat murung lagi. Itu keutamaan hidupnya dari dulu hingga kini.
Okay! Baiklah!
Sekali lagi bertembung Yusoff dia akan duduk berbincang baik-baik tentang hubungan mereka. Kalau Yusoff memang beranggapan dia perempuan tidak elok biarkan... berpisah sahaja jawapannya.
Enam tahun dia boleh hidup hanya dengan kenangan tentang Yusoff. Apalah sangat untuk masa yang ke hadapan.
@@@@@@@
"Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."
"Waalaikummussalam."
May Rose dan budak perempuan comel menjawab salamnya serentak. Dia baru selesai solat Jumaat dan masuk ke dalam kereta yang dipandu May Rose.
Sebelumnya tadi keluar dari rumah dia dan May Rose ke sekolah rendah yang dia bertembung Khaleeda pada paginya.
Apabila May Rose bawa naik anak kecil perempuan yang baru keluar dari sekolah itu masuk ke dalam kereta, dia hilang kata hingga hanya mampu merenung membuatkan anak kecil itu ketakutan.
Selepas ditegur May Rose barulah dia mampu bersuara dan menyapa si kecil comel itu. Barulah anak itu nampak selesa.
Serius dia terkejut besar. Sebiji wajah Khaleeda versi kanak-kanak.
Selepas itu apabila May Rose mahu terus ke cafe dia beralasan mahu ke masjid menunaikan solat Jumaat dahulu.
Dia mahu bertenang. Ribut sungguh dadanya mendengar jawapan May Rose apabila dia bertanya siapa nama ibu kepada anak comel itu.
Memang dia kerap berpergian ke luar kerana urusan kerja tapi hampir lima bulan dia huru-hara ke hulu ke hilir mencari Khaleeda rupanya perempuan itu ada dekat di belakang rumah sahaja.
Pembantu May Rose yang setiap kali dia bercerita menggunakan ganti nama 'assistant I'. Pembantu yang katanya tidak mahu bertemu dengan Yusoff kerana ada pengalaman pahit dengan suami majikan.
Pembantu yang sangat May Rose sayang kerana seorang yang baik, lemah-lembut, cekap dan penurut. Pembantu yang May Rose sayang anak kecilnya yang comel sehingga di anggap anak angkatnya.
Takdir bagaimana ini?.
Bukankah Siti Khaleeda itu seorang anak manja yang tidak pernah hidup susah dan tidak mahu hidup susah. Bebas keluar hingga larut malam di zaman sekolahnya tanpa pantauan ibu bapa.
Seksi mengundang sehingga terbabas mengandung anak luar nikah dan perempuan pekerja malam.
Perempuan yang sama rela membonceng motosikal cabuknya hingga dada empuk itu terasa-rasa di belakang badan Yusoff untuk suatu tempoh yang lama satu masa dahulu.
Watak apa ini yang sedang Siti Khaleeda lakonkan?. Mahu mengambil kesempatan dari May Rose yang lurus seperti yang pernah Khaleeda buat pada Hamzah dan dia!?.
Okay! Okay!...
Mari kita berlakon sama-sama. Dia tidak akan terkena dua kali dengan Khaleeda. Betul cakap Yunus Khaleeda hanya menggunakannya. Seperti mana perempuan itu mengambil kesempatan pada dia... seperti itu jugalah yang akan dia buat.
@@@@@@@
"Ibuuuuuu..."
"Amboi! panjangnya harkat. Rindu sangat ke?".
Chef assistant yang sedang membakar ayam menyakat Khalisya yang baru sahaja masuk ke dalam ruang dapur.
"Rindu." Sepatah sahaja jawapan Khalisya dengan senyum manisnya.
"Dengan uncle rindu tak?".
"Hahaha takkk."
"Hmm... tak nak kawan."
Besar ketawa Khalisya mendengar rajuk chef assistant.
"Mommy May mana?".
Soal Khaleeda sambil tangannya laju menyudahkan kerja membasuh beberapa biji mangkuk di dalam sinki.
"Dekat luar dengan Ayah."
"Ayah!?".
"Ayah?".
Chef assistant ikut terkejut seperti Khaleeda. Amboi! Ayah mana ni?.
"Husband Mommy May. Dia suruh Sya panggil dia Ayah."
"Oh, ye ke?."
"Sya panggil Ayah tak apa Di, tapi kau... jangan jadi penyondol. Miss May Rose tu baik sangat tau."
Khaleeda yang baru selesai mencuci mangkuk segera menutup telinga Khalisya.
"Apa chef ni... tak baik tau."
"Aku guraulah... hahaha. Macam tak biasa gurau kasar aku."
Selesai membakar ayam chef assistant terus berlalu membawa ayam itu ke ruang hadapan untuk pelanggan, meninggalkan Khaleeda dan Khalisya.
"Sya nak makan apa sayang?".
"Dah kenyang. Tadi Ayah solat Jumaat Mommy May bawak Sya pergi makan kat Alamanda."
"Amboi... tak ajak Ibu."
"Sorry Ibu. Nanti kita pergi lagi ya."
Wajah Khalisya sudah berubah sedih sedangkan Khaleeda hanya bergurau.
"Ibu guraulah."
"Tapi Ayah belum makan. Dia mintak tolong Sya cakapkan dengan Ibu dia nak nasi goreng kampung ikan bilis garing."
"Laaa... kenapa tak cakap dari tadi?".
"Sya lupa..."
"Okay tak apa. Sya pergi duduk kat Mommy May. Ibu masak sekarang."
Anak comelnya segera keluar dari dapur menuju ke hadapan cafe. Nasi goreng kampung ikan bilis garing. Kegemaran Yusoff dua bulan sebumbung. Argh! kenangan...
@@@@@@@
Mujur pinggan nasi goreng dan gelas minuman sudah dia letak di atas meja. Sekarang dia sudah mengeletar kecil. Telinganya serasa berdengung dan gagal mendengar bunyi bising di sekeliling, saking terkejutnya dia.
Ketika dia sampai ke meja makan membawa nasi goreng yang dipesan, lelaki yang dikatakan suami Miss May Rose itu tiada di meja kerana menjawab panggilan.
Hanya ada Miss May Rose yang sedang menolong Khalisya mewarna. Apabila dia berpaling lelaki itu sudah berdiri di sisi Miss May Rose, berhadapan langsung dengan dia.
"Di, ni husband I. You tak pernah nampak kan. Baru hari ni dia tak busy."
"You, ni Khaleeda."
"Di, ni my husband... Yusoff."
Khaleeda tundukkan kepala sekali. Lelaki itu tayang wajah berlagak seperti zaman sekolah mereka. Khaleeda segera menundukkan wajah. Dia gerun.
"Tuan..."
Khaleeda menyapa sepatah. Supaya tidak terlihat janggal dan mencurigakan di mata Miss May Rose.
"Miss ada nak order apa-apa?".
"Tak pe. I dah kenyang makan dengan Sya kat Alamanda... Kan sayang."
Khalisya tersenyum dan mengangguk.
"Jemput makan, saya ke belakang dulu. Jom Sya."
"Biar Sya siapkan homework kat sini."
Khalisya yang sudah bangun dan mahu mengemas peralatan mewarnanya terhenti apabila Yusoff memberi arahan begitu.
"Boleh ke Ibu?."
"Bo... boleh. Tapi jangan susahkan Mommy dengan ay... Tuan okay."
"Okay Ibu."
Khaleeda tinggalkan meja Yusoff dan Miss May Rose. Dia sudah berpeluh satu badan. Mengeletar kepala lututnya.
@@@@@@@
"You!..."
May mendekati dia dari belakang meramas bahunya lalu memicit perlahan. Tegang di otat bahu serasa lega diurut begitu. Yusoff tutup komputer riba di atas meja, bersandar dan memejam mata menikmati urutan dari sang isteri.
"Apa yang you cakap betullah."
Apa yang dia cakap?.
"You nak tau... Di cakap dia nak berhenti. Tuan rumah yang dia sewa dulu tu, dia kata tak sihat. Lepas tu tak ada kawan. Dia nak balik tempat lama, dah ada kerja kata dia."
Bahu Yusoff terasa tegang kembali dengan berita yang dia dengar. Perempuan itu cuba larikan diri lagi. Hal mereka langsung belum dapat dibincang.
"Habis tu you cakap apa?".
Tolonglah, janganlah May Rose yang lurus dan lembut hati ini menurut permintaan Khaleeda.
"I buat macam you suruhlah."
Okay. Ini bagus. Sampai pula hati May Rose dengan cadangannya. Sedangkan ketika dia usulkan kelmarin May Rose tidak sampai hati dan menolak cadangannya.
"Eh, nak pulak you guna. Bukan you kata zalim ke hari tu?".
Saja Yusoff mahu menduga May Rose dan mahu tahu isi hati May Rose tentang Khaleeda.
"Alaa... I nak tolong dia. I rasa kan dia sebenarnya saja bagi alasan sebab tak selesa dengan you."
"You kan walaupun handsome tapi air muka you garang."
"Sebab, sejak dia nampak you dia macam lain... I suspect dia takut dengan you."
"Kalau tak, dia happy je. Buat kerja bagus."
Yusoff lega mendengar penerangan May Rose. Rancangannya berjalan lancar nampaknya. Dalam tempoh Khaleeda masih di sini tahulah dia mengajar perempuan sombong yang mengejar hidup senang itu.
"You tak rasa kita zalim ke?". Sambung May Rose.
"Eh, taklah... niat kita kan baik nak tolong dia." Racun Yusoff.
"Nanti duit gaji yang kononnya kita tolak tu kita masukkan dalam satu akaun khas."
"Kesian dia. Terkejut dia bila I tunjuk bill kereta tu."
"I cakaplah sebenarnya tak nak claim apa-apa. Tapi... sebab dia cakap nak berhenti barulah I bagitau nilai kerugian sebab Myvi tu kena hempap dahan sampai pecah enjin."
"Nasib baik pomen tu kawan you boleh kawtim mintak buat bill."
"I bukan apa you... I kesian you nak sangat assistant. Dah dapat yang serasi nak tarik diri pulak."
"I dah boleh agak dia nak lari sebab nampak aje I muka dia berubah lain."
"I sedar diri muka I garang."
"You tu dengan perempuan aje bagi muka macam tu dari dulu."
"I tengok you dengan Sya boleh aje bagi muka baik you."
"Tu budak. Kesian dia."
"Kan... I sayang Sya tu. Comel, makan ajar, baik macam Ibu dia. Dapat I anak instant."
Baik macam ibu dia!? Mintak simpanglah. Dia akan tolong mendidik anak itu. Walau macam mana pun itu anak tirinya. Tanggungjawab dia. Seperti mana Khaleeda tu! Mulai sekarang akan dia ajar isteri itu cukup-cukup!.
Assalamualaikum sume kesygn. tkut plk nk post pg ni. sume tgh mrah lg ke tu. tk blh pelawa berjemaah ye mmg pakat ramai-ramai serang Yusoff. mrah Yusoff tk pe jgn mrah Sy nti Sy merajuk huhu. okay hari ni mrah lg mcm smlm. biar padan muka Yusoff. kpd yg worry too much smlm but don't worry ya Sy team #happyending. hari ni Komen lps tu ltk #happyending ya. terima kasih utk sume Komen dan sudi singgah luang masa di sini. tqvm sume. syg uoll
Share this novel
huhuhuhu....kami x marah author. Kami geram dgn Yusoff tu...cer siasat dulu apa yg terjadi kat Di sebelum ni jgn terus judge yg bukan2...
punca semua si yunus ni ..mana beliau hah...
ucop ni cakap besau..bila dekat jer dengan Di....segala2nya bangkit... hahahahhahah