BSP - BAB 4 - TEMPOH 6 BULAN

Romance Series 3321

"Belum bersedia? Sampai bila Juna? Sampai bila nak fikir pasal diri sendiri? Budak-budak tu perlukan seorang ibu, Juna."

"Mama rasa kalau Juna kahwin pun dengan perempuan lain, dia boleh jadi ibu kandung anak-anak Juna ke?"

"Astaghfirullahalazim. Kenapa dengan Juna ni? Cuba fikir positif, Juna. Anak-anak ni semakin membesar, Juna. Juna sendiri dah semakin meningkat umur tu. Bukan makin muda. Budak-budak tu perlukan perhatian, Juna."

"Juna selalu outstation. Anak-anak ni? Sampai bila dorang nak dijaga oleh pembantu rumah? Itu semua tanggungjawab Juna." Celah papa.

"Papa, mama. Juna minta maaf sebab dah susahkan papa dan mama. Tapi, kalau dari dulu mama dan papa tak halang Juna, tentu..."

"Tentu apa?" Cantas papa.

"Juna lupa yang Juna dah macam orang hilang pedoman diri sebab terlalu meratap pemergiaan arwah Dira?" Juna melepaskan keluhan.

"Kalau tahu Juna tak mampu nak jaga anak-anak ni, elok papa hantar dorang ke rumah anak-anak yatim dari dulu lagi!"

"Papa! How could you?" Tegak tubuh Juna mendengar kata-kata Tan Sri Ammar.

"Juna takkan izinkan semua tu berlaku, papa.Takkan! Anak-anak tu nyawa Juna."

"Jadi, usaha cari seorang wanita yang mampu menjaga anak-anak tu dan makan minum pakai Juna sekali."

"Tak semudah yang papa sangka, pa."

"In shaa Allah boleh kalau Juna berusaha." Juna meraup wajahnya. Keluhan dilepaskan.

"Tak baik mengeluh, Juna..." Tegur mama.

"Juna, mama dan papa semakin tua, Juna. Bila-bila masa je tuhan boleh cabut nyawa kami berdua." Ujar mama lagi.

"Mama, apa cakap macam tu?"

"Itu kenyataannya, Juna. Kami ni semakin berusia. Entah esok, lusa, kami akan menghadap sang pencipta."

"Papa, please. Jangan cakap macam tu. Juna minta maaf. Tapi, Juna tak pernah terfikir pun untuk cari pengganti Dira. Bahkan, Juna tak pernah terfikir pun akan adanya wanita lain dalam hidup Juna."

"Ya Allah. Juna, cuba fikirkan anak-anak. Jangan pentingkan diri. Mama dan papa tak kisah nak jaga anak-anak Juna. Mama nak Juna faham yang kesihatan mama dan papa semakin hari semakin merosot. Kami semakin tua, Juna. Mama risau, mama tak mampu nak jaga anak-anak kamu lagi."

"Abang Juna nak Eeya tolong carikan calon?"

"Shut up, Eeya." Tegur Juna bersama jelingan tajam. Eeya tertawa kecil.

"Macam nilah, Juna. Papa bagi enam bulan pada Juna untuk cari bakal isteri atau ibu kepada anak-anak Juna ni."

"Papa?"

"Papa takkan ulang lagi, Juna. Enam bulan, Juna. Enam bulan. Selepas enam bulan, Juna tak mampu nak bawa seorang perempuan sebagai calon bakal isteri dan bakal ibu kepada cucu-cucu papa, papa sendiri akan carikan calon untuk Juna."

"Papa, please..."

"Keputusan papa muktamad. Take it or leave it, Arjuna Adika." Tegas papa sebelum berlalu.

"Oh shit!" Bentak Juna sambil melepaskan keluhan. Wajah diraup berkali-kali. Sikembar yang terkejut dengan suara Juna yang terik, mula mengundurkan diri.

"Allahuakhbar, allahuakhbar. Sorry, babies. Daddy minta maaf. Daddy tak sepatutnya cakap macam tu. Come here..." Perlahan-lahan langkah sikembar mendekati daddy mereka.

"Abang Juna, apa yang papa dan mama katakan tu, ada betulnya. Eeya bukannya nak sebelahkan mama atau papa. Tapi, anak-anak ni semakin membesar, bang."

"Eeya mungkin tak berada dalam situasi abang. Eeya tak tahu apa yang abang rasakan selama ini. Cuma, ada ketikanya, kita kena buang ego demi kebahagiaan orang yang kita sayang."

"Abang Juna fikir-fikirkanlah. Eeya masuk bilik dulu. Bye, babies..." Sikembar melambai tangan ke arah Eeya.

"Daddy?"

"Sorry, babies. My bad. Jom, kita masuk tidur."

"Tapi, esokkan holiday?" Ujar si adik, Aqilah Afira.

"Yelah, daddy. Selalu malam sabtu ni, kita akan tengok moviekan?" Juna meraup wajahya.
"Okey, okey. Kita tengok movie, ya?"

"Yeah!" Bersorak gembira sikembar bila permintaan mereka ditunaikan. Juna membuka netflix lantas membiarkan sikembar memilih movie kesukaan mereka sendiri.

Walaupun rancangan yang digemari sikembar terpasang di televisyen, Juna tidak dapat fokus lantaran terlalu memikirkan permintaan papa dan mama yang mahukan Juna membawa pulang pengganti arwah Dira dalam masa enam bulan.

"Allahuakhbar..." Wajah diraup berkali-kali. Sikembar sudah terlena didepan televisyen sambil mendakap erat tubuh kekar Juna.

"Abang... Raff, bangun Raff. Tidur kat atas, jom."

"Erm..." Raff masih berbaring di atas karpet.

"Raff, bangun sayang. Jom, kita tidur kat atas. Daddy nak dukung Qilah." Tangan Raff ditarik perlahan.

"Jom, naik tidur. Dah lewat ni."

Usai menidurkan anak kembarnya, Juna masuk ke bilik tidurnya sendiri. Tangan diletakkan atas dahi cuma menghadam kata-kata mama dan papa.

Gambar arwah isterinya, Nabihah Nadira, didalam galeri telefon bimbit direnung dan diusap penuh kasih sayang.

"Sayang, abang rindu..." Gambar arwah dikucup berulang kali.

"Kenapa sayang tinggalkan abang? Kenapa biar abang sendirian? Abang tak mampu nak cintai wanita lain selain sayang. Abang tak pernah terfikir untuk mencari wanita lain sebagai pengganti sayang."

"Kenapa mama dan papa seksa abang? Kenapa dorang tak nak faham hati dan perasaan abang? Abang hanya sayangkan sayang seorang je. Cinta abang pada sayang tak pernah terhakis walau sedikit."

"Abang rindu sayang. Rindu sangat-sangat." Ujar Juna sambil mengusap gambar arwah isterinya berkali-kali sebelum telefon bimbit diletakkan di dadanya sambil mata terpejam.

*********************

"Eh, sunyi je rumah ni, mana yang lain?" Soal Juna sebaik sahaja kaki melangkah ke ruang makan vila mewah itu.

"Oh, mama papa balik kampung."

"Balik kampung?"

"Ha'ah..."

"Ada apa?"

"Ada saudara mama meninggal dunia. Itu yang mama papa balik kampung lepas subuh tadi."

"Lepas subuh? Kenaapa tak kejutkan abang?"

"Papa tak izinkan. Lagipun, Pak Manaf ada."

"Pulak..."

"Yelah. Papa suruh abang jaga rumah ni sementara papa takde."

"Papa, mama tidur kat kampung ke?"

"Entah. Eeya pun tak pasti. Tapi, tadi Eeya nampak mama, papa bawak beg pakaian."

"Standby kot."

"Maybe."

"Err, abang, Eeya nak keluar."

"Nak ke mana? Dengan siapa?"

"Amboi. Macam polis pencen pulak banyak tanya."

"Eh, kenalah. Nanti mama papa tanya abang, abang nak jawab apa." Juna tersengeh.

"Eeya nak keluar nak bawak sikembar ni shopping. Lagipun, Eeya nak beli baju kurung yang dah siap. Senang."

"Kenapa tak beli online je? Lagi murahkan?"

"Murah tu memang murah. Tapi, Eeya nak tengok depan mata sendiri. Biar puas hati. Kekadang, kat online tu order lain, dapat lain. Malaslah kalau tersalah beli nak pulangkan balik. Leceh."

"Yelah. Nak pergi pukul berapa ni?"

"Sekejap lagi. Ni tunggu sikembar makan puas-puas dulu."

"Boleh ya, Abang Juna?" Mohon Eeya. Mata dikalihkan ke arah sikembar mohon bantuan.

"Boleh ya, daddy?" Rayu si adik.

"Please, daddy. Abang dengan adik pun tak lama tak keluar shopping..." Rintih si abang, Raff.

"Daddy, please..." Aqilah dan Raff merapatkan kedua tangan mereka mohon simpati si daddy sambil mengerlipkan mata.

"Macamana daddy nak tolak permintaan sikembar comel daddy ni?"

"So, that's mean, the answer is yes?"

"Yes."

"Yeah!" Seronok sikembar mendapat keizinan untuk keluar shopping dengan acu mereka.

"But, ada syaratnya..."

"Ala..." Tersenyum Juna melihat gelagat anak kembarnya.

"Syaratnya daddy ikut sekali."

"Serius, daddy?" Juna angguk kepala.

"Acu, macamana? Boleh ke daddy ikut?"

"Why not? Boleh acu suruh daddy belanja acu baju kurung lima helai."

"Apa ada hal..."

"Well, that's my lovely brother."

"So, cepat makan. Siap."

"Yeah!!!" Riuh ruang makan dengan jeritan sikembar bercampur dengan jeritan Eeya. Tergeleng-geleng kepala Juna dengan gelagat kesayangannya.

"Dah cukup?"

"Cukuplah kot. Banyak dah ni..."

"Berapa pasang Eeya ambil?"

"Err, tak banyak. Baju kurung biasa, lima helai. Baju kurung moden, pun lima helai. Kebaya dengan kebarung tu Eeya ambil empat helai." Melopong mulut sikembar mendengar kuantiti yang dikatakan Eeya.

"Semua sekali empat belas pasang."

"Em...pat be...las?" Juna menelan air liurnya berkali-kali.

"Ha'ah. Eeya ingat nak cukupkan dua puluh pasang. Tapi, fikir-fikir semula. Nantilah. Lain kali Eeya datang sini lagi. Lagipun, harga baju-baju kurung kat sini, murah sangat."

"Berapa total?"

"Kenapa? Abang Juna nak bayar balik kat Eeya ke?"

"Lar, abang dah janjikan nak belanja Eeya?"

"Kalau macam tu, meh sini, transfer tujuh ratus ringgit ke akaun Eeya."

"Empat belas pasang ni, tujuh ratus ringgit?"

"Ya. Itupun akak tu bagi Eeya diskaun sebab Eeya beli banyak. Murahkan?"

"Memang murah tu."

"Tahu takpe. Kalau kat butik depan tadi, sepasang dah dua tiga ratus. Sama je Eeya tengok jahitan dia. Lebih kurang je kain dia."

"Kalau mama tengok ni, tentu mama pengsan."

"Taklah. Mama yang bagi Eeya idea beli kat sini. Mama kata kat sini, murah berbanding tempat lain."

"Tapi, sure ke Eeya okey dengan kualiti kain dia?"

"Alhamdulillah. Eeya dah cuba setiap helai. Dan, Eeya selesa sangat."

"Baguslah macam tu. Abang cuma risau kulit Eeya tak sesuai dengan benda murah macam tu."

"Eh, taklah. Alhamdulillah. Eeya okey je dengan barang murah. Eeya tak memilih pun, bang. Apa yang mama papa bagi, itu yang Eeya pakai sebaik mungkin. Abang pun tahukan, Eeya ni bukan jenis yang suka bershopping."

"Tapi, sekali shopping, nah! Ambik kau. Berbelas pasang."

"Ala, bukannya selalu pun. Lagipun, mama bagi Eeya duit sikit untuk beli baju kurung ni. Mama bebel baju Eeya takde yang elok dipandang." Bertaut kening Juna.

"Takde yang elok dipandang? Bila masa Eeya pakai baju tak cukup kain?"

"Itulah yang Eeya tanya kat mama. Maksud mama tu, Eeya tak pernah pakai baju kurung ke pejabat. Selalu, Eeya pakai gaun labuh, skirt labuh dengan blaus, seluar panjang. Mama nak suruh Eeya pakai pakaian tradisional."

"Oh... Cakaplah dengan terang. Confuse abang dibuatnya."

"Hihihi... So, kembar, lepas ni kita nak ke mana?"

"Ais krim!"

"Kita makan dululah. Dah pukul berapa ni? Lepas makan nanti, kita cari ais krim, okey?"

"Okey, daddy."

"Err, nanti kita singgah kat butik pakaian kanak-kanak tu. Acu nak belikan Raff dengan Qilah baju."

"Tak payahlah, Eeya. Abang baru je belikan dorang baju bulan lepas."

"Aip! No objection. Ni duit Eeya sendiri. Nanti, Raff dan Qilah pilih je baju mana yang berkenan. Acu belanja." Sikembar mengalihkan pandangan mereka ke arah Juna. Juna menghela nafas bersama anggukan kepala.

"Yes! Thanks, daddy."

"Most welcome. Dah, jom. Kita lunch dulu. Daddy lapar sangat ni."

"Okey, daddy."

"Eh, itu ma...cam..." Terhenti bicara seseorang bila terpandang Arjuna bersama seorang wanita dan dua orang kanak-kanak.

"Err, excuse me..." Juna dan Eeya menoleh bila disapa.

"Yes?"

"You, Arjunakan?"

"You siapa?" Bertaut kening Juna melihat perempuan dengan tak cukup kain didepannya.

"Hai... I, Maria.."

"Sorry, I tak bersalam dengan bukan muhrim." Ujar Juna, selamba. Maria tarik muka bersama tangannya ditarik dan disorok di belakang tubuh.

"You nak apa? I tak kenal you."

"Jangan sombong. I nak berkenalan dengan you."

"I'm not interested." Ujar Juna selamba.

"Boleh I join you?"

"Please, jangan ganggu I dengan family I. Kami nak lunch. Sorry."

"Tapi, I betul-betul nak kenal dengan you, Arjuna."

"But, I'm not interested langsung nak kenal dengan perempuan yang berpakaian tak cukup kain ni. You tak malu ke? Anak-anak I tengok you pakai macam ni?" Ujar Juna, perlahan namun masih dapat didengari Maria.

"You malukan I?"

"I'm not. Tapi, I tak faham dengan perempuan macam you ni. You tak tahu malu ke?"

"Cik, kalau orang tak nak, jangan terhegeh-hegeh. Sendiri yang malu nanti. You tengok keliling you. Banyak mata-mata yang memandang you. You rasa glamour ke?" Celah Eeya.

"Niat I, baik. I hanya nak berkenalan dengan Arjuna je..."

"Niat apa, dengan pakaian tak cukup kain ni? Perbaiki niat pakaian you dulu, baru betulkan niat di hati you. I'm not interested at all. get lost!"

"Juna, sampai hati you malukan I?"

"Hei, perempuan! You tak faham bahasa ke? I kenal you pun tidak. You terhegeh-hegeh nak kenal dengan I, you takde maruah diri ke?" Terhinjut tubuh Maria disergah Arjuna yang tegak berdiri dihadapannya.

"Perempuan macam you ni, hanya mahukan kesenangan hidup. Atau itu memang kerjaya you?" Sinis soalan Eeya.

"I bagi you last warning. Sekali lagi you ganggu kehidupan I, I akan pastikan you tidur lokap! Ingat tu!" Maria berlalu tanpa menghiraukan pandangan pelanggan lain di restoran yang baru sahaja dimasuki Arjuna sekeluarga.

"Daddy, are you okay?"

"Sorry, babies. In shaa Allah, daddy okay. Just forget it..."

"Are you sure, abang?"

"Yeah. I'm very sure."

"Eeya ada snap gambar dia tadi. Dia buat hal, siaplah."

"Thanks, Eeya. Send kat abang. Abang nak hantar ke Mike. Minta tolong Mike kesan siapa perempuan ni. Tiba-tiba muncul cakap nak kenal."

"Abang tak pernah nampak atau kenal kat mana-mana?"

"Sumpah, Eeya. Tak pernah langsung jumpa manusia spesis tak tahu malu ni. Entah apa muslihat dia..."

Bab terakhir secara percuma. Bermula bab 5 sehingga tamat akan dilock

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience