Bab 14

Romance Series 39793

Cepat-cepat talhah merampas semula telefon di tangan taufiq itu dan membatalkan panggilan tersebut

"Kau buat apa ni along!? kau dah memalukan aku tahu tak!" tanya talhah kuat kerana marah dengan sikap abangnya seorang itu

"Laaa, aku tak buat apa-apa pun. Aku cuma nak call dia je, tanya khabar dia baik ke tak. Nak tunggu kau tanya lambert lagi, dah la siap save nombor my sweetheart berlove-love bagai"

"Suka hati akulah along, yang kau pandai-pandai pergi call dia kenapa? nasib baik dia tak angkat call"

"Kalau dia angkat tadi?"

"Memang esok aku tak masuk office la jawabnya"

"Hek eleh, kata lah malu. Nak kata suka segan tapi kalau melepas gigit jari sampai ke tanganlah jawabnya kau" ugut manja taufiq kepada talhah

Talhah diam tidak menjawab, lalu terus naik ke atas biliknya untuk berehat. Setelah sampai di atas, talhah duduk di katil sementara sebelum mengambil kain tuala lalu terus masuk ke bilik mandi untuk bersihkan diri dan mendirikan solat

Keesokan harinya selesai mendirikan solat, talhah turun ke bawah untuk memasak bagi makan pagi nya. Jarang lelaki pandai masak ek? ni kira perfect la semua tahu. Hihihihi sambung cerita balik. Talhah sampai di dapur lalu mencari kelibat abangnya seorang itu. Tapi hilang entah ke mana. "Arghh lantaklah, dia dah tua. Pandai-pandailah jaga diri sendiri". Tiba-tiba bunyi suara orang menyanyi riang. "Jangan sayang pura-pura bujang, dia atau aku yang mana pilihan mu" nyanyi taufiq

Talhah sudah menutup telinganya kerana kebisingan suara abangnya itu

"Kau ni pahal along? pagi-pagi nak nyanyi. Dah la suara macam katak panggil hujan je" perli talhah sambil memakai apron

"Suka hati aku la, kau tu nak masak apa? Sebelum ni mummy je yang masak. Kau? Hahahahahahaha pegang pisau pun tak reti"

"Eh eh bro, kau tak tengok skill aku potong bawang tau. Aku boleh buat lebih daripada chef lagi"

"Okay, aku tengok. Kau nak masak apa?" tanya taufiq sambil berjalan menuju ke meja makan melihat perbuatan adiknya tadi

"Aku nak masak nasi goreng kampung" kata talhah lalu mengambil bawang putih untuk dipotong halus dan tumis

Taufiq hanya memerhatikan sahaja perlakuan adiknya itu, lincah saja tangannya memotong dan menggoreng nasi itu. Khusuk dia melihat, bukan selalu peluang dapat dilihat oleh dirinya yang adiknya itu pandai memasak. Sekejap sahaja sudah siap dengan menyediakan sekali air kopi panas untuk sarapan pagi

"Fucaaaaa, siap" kata talhah dengan kuat sambil meletakkan sudu di sisi pinggan

"Pehhhh" tersembur air kosong yang diminum oleh taufiq

"Seriouslah kau pandai masak talhah?"

"Ofekos la, aku kott. Tengok rupalah" kata talhah berlagak

"Aku nak try, kalau sedap. Aku tambah, kalau tak aku sembur dekat kau" ugut taufiq sambil mencedok nasi goreng lalu masuk ke mulut

Lama mengunyah nasi tersebut, terdiam taufiq dibuatnya

"Amacam bro? sedap kannn?" kata talhah sambil terangkat-angkat keningnya

"Sedap wehh, bravo bravo. Sedap gila. Eh ada lagi tak?" tanya taufiq sambil mulutnya penuh dengan nasi

"Ada dalam kuali tu, kau ambiklah sendiri" kata talhah sambil memasukkan nasi goreng ke bekas makanan dan ditutup

"Kau nak bagi makanan tu dekat sape?"

"Adalah"

"Eyyy........... kau nak bagi dekat my sweetheart eh?" teka taufiq

"Haah, ehh..... acane kau tahu aku save nombor dia nama tu?"

"Aku bukak kan phone kau kan semalam"

"Ouhh, haah lupa la pulak. Takpe nanti aku tukar lagi dan tukar kata laluan sekali"

"Okay bro, no hal"

"Dah alang-alang kau bawak nasi tu pergi sana, kau tanyalah khabar dia. Kott lagi bertambah sihat bila kau pergi ke?"

"Betul jugak kan along, arghh takpe. Aku dah fikir semalam nak tanya apa dekat dia. Tapi............. nampak sangat ke macam aku je yang beria-ria tu?"

"Bertenanglah kau ni, tak cuba lagi tapi dah gelabah. Tapi kan kau express la jugak"

"Mestilah, dah nama pun Ahmad Talhah. Bukan Ahmad taufiq" perli talhah

"Eh kau, nak perli aku pulak. Dah la setiap hari kau perli aku, hidup kau kalau tak perli aku tak boleh ke?"

"Tak, sebab kau setiap hari tanya pasal special tu. Suka hati aku la nak jawab ke tak" balas talhah

"Elehh, jealous cakaplah jealous. Tak payah nak tutup, mummy dengan daddy balik nanti suruh dorang masuk minang special tu. Jadikan hak kau terus secara sah. Kau tak payah nak jealous-jealous lagi"

"Biarlah dulu. Si ariana tu macam mana? Dengan wedding family dia yang bersungguh siapkan semuanya. Sekarang ni apa yang kita patut buat? Yang sepatutnya hantaran pengantin perempuan kita yang kena siapkan, tapi dua-dua hantaran dorang yang buat. Kita goyang kaki je"

"Habistu? kau nak aku buat apa? dah mummy pun relax, aku relax je la"

"Itulah aku tahu, aku cadang nak putuskan saja ikatan pertunangan tu. Tapi aku tak ada idea nak bagi sebagai alasan apa nak putus tu"

"Kau kan cakap yang ariana tu curang belakang kau? kau gunalah cara tu untuk dijadikan sebab kau putus dengan ariana. Apa susah"

"Kau cakap senang lah, kau fikir mak ayah dia nak percaya ke? Silap hari bulan dorang cover si ariana. Sebab apa? sebab alasan aku pulak yang sibuk tak sempat nak teman anak dialah jadi sebab tu anak dia cari yang lain kann?"

"Hemmm, tapi kau cakap. Kau nak cari yang bernilai macam permata. Bukan murah macam lampin baby pakai buang tu"

Seketika mereka terdiam, lalu memikirkan masalah sendiri. Tiba-tiba telefon talhah berbunyi dilihat nama sweetheart. Kelang-kabut taufiq mencapai telefon talhah, tidak sempat talhah ingin mencapai. Taufiq sudah pun mengangkat panggilan tersebut dan bercakap dengan tania

"Hello my sweetheart" kata taufiq dalam nada godanya

Talhah yang mendengarnya sudah tertunduk kepalanya menghentak meja makan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience