Bab 41

Romance Series 39793

Pada minggu seterusnya, pada awal pagi. Talhah dan tania tiba pada pukul 7.50. Mereka terus naik ke atas, semasa ingin menuju ke lif. Tania masuk dalam lif tiba-tiba tania teringat akan bau minyak wangi yang familiar dengan hidungnya seperti biasa bau. Tapi kali ni bukan talhah lagi. Tania pun berpusinglah ke belakang lalu dilihat lelaki ini ialah bekas teman lelakinya a.k.a playboy zaman degree dulu tu

Terkejut tania apabila ternampak sayf amir ni belakangnya, terus berpaling ke hadapan dengan laju kerana dia ternampak senyuman sayf itu

"Macam mana dia boleh ada dekat sini? siap naik lif sekali pulak tu. Dia kerja sini ke? Tapi bila dia interview? Ishhhh cam mana ni?????" kata tania dalam hati

Tiba di tingkat 3, sayf keluar daripada lif sambil tersenyum kepada tania. Tania hanya menjeling kepada sayf. Talhah yang perasan akan mereka, sorang duk senyum sorang duk jeling macam ada a big problem je

"Bye mr talhah, and good morning for you miss......???"

"Miss tania" jawab talhah

"Ouhh, miss tania good morning and hi selamat berkenalan" kata sayf lalu keluar

Tania hanya diam dan tidak bergerak walaupun seinci. Talhah pun bertanya sesuatu "Tania is something wrong?"

Tania pun tersedar lalu berkata "Haaahhhhh!!!? tak takde nothing" kata tania mengelakkan sesuatu sebelum mengambil inisiatif untuk diam sahaja sehingga tiba di tingkat mereka tania terus menuju ke biliknya tanpa bercakap dengan talhah

Talhah kehairanan "apasal dengan dia tadi? macam ada masalah je?" teka talhah lalu terus beredar masuk ke dalam biliknya

Pada waktu lunch, tania pun turunlah dan menuju ke lif. Tania melihat bilik talhah sudah kosong jadi mungkin talhah sudah turun dahulu. Semasa tania turun, tania terserempak dengan sayf semasa di tingkat 3.Tania tidak berkata apa dengannya, tapi sayf yang mulakan perbualan mereka

"Hai miss tania" tegur sayf

"Hai" jawab tania acuh tak acuh

"You dah lama ke kerja dekat sini?"

"Almost 3 years jugak"

"Ouhh, semakin cantik you sekarang tania. Rasanya time degree dulu tak secantik sekarang. Sekarang cantik menawan..." tak sempat sayf bercakap sampai habis tania sudah memotongnya

"Okay, thanks sebab puji i cantik. I dah lambat, i nak keluar pergi lunch. Bye, assalamualaikum" kata tania lalu cepat-cepat berlalu dan terus menuju ke arah keretanya

Sayf hanya melihat daripada jauh kereta yang dinaiki oleh tania "Wowww bmw bukan calang-calang. Ini baru betul type aku" kata sayf lalu menuju ke arah keretanya sambil bersiul

Tania pun menuju lah, ke arah restoren yang telah ditempah oleh wani untuk makan tengah hari bersama. Setibanya disitu, tania terus mencari kelibat rakannya lalu terus duduk dihadapan rakannya itu

"Weh weh weh aku nak story sikit ni" kata tania kelang kabut tanpa duduk lagi

"Wehh cil la dulu sis, aduhh kau ni. Nak story pun kejaplah, cuba kau duduk dulu tarik nafas dulu. Order minuman dengan makanan dulu ke lepastu baru boleh story"

"Hemmm okaylah" mereka pun memesanlah makanan dan minuman. Setelah makanan dan minuman yang dipesannya telah tiba. Tania terus membuka cerita

"Wehh babe kau tahu tak yang si mamat tempe tu dia kerja dekat tempat kerja aku wehhh!!" kata tania kuat

Wani yang baru sahaja minum air, sempat terhenti dan nasib baik tak tersembur

"Seriouslah la wehhh? dia kerja dekat office tu?"

"Iye babe, tadi je dia baru masuk. Pagi-pagi lagi aku terserempak dengan dia dah. Ya allah aku rasa macam tak tahu nak cakap apa"

"Pehhhh, kuat betul eh jodoh korang? ke jodoh?" gurau wani

"Tu bukan jodoh, tapi bodoh. Tak nak aku dengan lelaki tu playboy. Tak cukup satu, mentang-mentanglah dia ada rupa mulalah nak berlagak"

"Itu aku tahu, tapi serious wehh aku tak percaya. Tapi dia kerja dekat situ sebagai apa?"

"Kalau tak silap aku sebagai engineer, tapi dia bawah talhah lah"

"Ouhh, ingatkan bawah kau" usik wani lagi

"Eh kau ni, aku tumbuk jugak karang nanti" marah tania

"Okay-okay aku gurau je. Aduhhh lek lah, aku tahulah yang kau benci sangat dengan si mamat tempe tu. Tapi kalau tak boleh benci sangat, sebab orang tua-tua dulu kata. Mula-mula benci nanti lama-lama jadi sayang. Habislah kau"

"Hehhh, aku tahulah hati aku. Aku dah pernah terluka dengan mamat tak guna tu. Aku tak kan serahkan hati aku buat kali ke-2 dekat dia and hati aku dah dimiliki oleh seseorang sebenarnya"

"Ouhh, seriously??? sape yang dah rampas hati kau?"

"Ishhhh, adalah. Mana boleh bagitahu kau, nanti kau bagitahu dia. No no no good"

"Okay tu takpe, nanti aku akan tahu sendiri jugak. So now i want to know. Macam mana si mamat tempe tu tahu kau kerja situ?"

"Tu aku tak pastilah, tapi maybe dia mencuba nasib je la. Sebab office tu memang ada buat iklan untuk cari pekerja dalam engineer itu yang dia ada kott. Husnuzon je la"

"Hahahahahahahah, mudah kau cakap husnuzon kalau dia memang ikut kau macam mana?"

"Ishhh, kau ni janganlah buat aku takut. Aku cuak kau tahu?"

"Tahu, saje nak usik. Tapi kannn aku nak tanya kau satu perkara lah"

"Apa dia?"

"Kau ada dapat lagi jambangan bunga daripada secret admire kau tu?"

"Eh haah kann, rasanya dah lama stop. Kenapa?"

"Kau tak hairan ke? dia tiba-tiba wujud and bunga tu pun dah takde? Apa maknanya?"

"Ke sebab dia dah sengket habis duitlah kata kan duk beli bunga je everyday"

"Tu maybe jugak, tapi kalau tu mamat tempe yang bagi macam mana?"

"Macam..............."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience