Wati dengar Yunus terima panggilan telefon. Dia tahu dari siapa. Mesti dari Yusoff. Dia perasan cara Yusoff sekarang jika mahu pulang ke rumah mesti ketika Yunus ada.
"Biy..."
"Ermm..."
Yunus yang duduk di lantai menyandar di sofa menyahut panggilannya tanpa mengangkat muka.
"Lapar la."
Senyap.
Yunus khayal dengan telefon di tangan. Geram betul la!. Dah la gemuk!. Dulu segak macam Yusoff sekarang dah macam badan King Kong sebab tinggi gemuk macam tu.
"Biy! Mummy lapar ni!".
"Meggi dah habis ke?. Biy malas la nak keluar."
"Mana ada lagi! Kan Biy dah habiskan semalam."
"Cepatlah Biy! Mummy lapar ni!."
"Ye la!. Nak makan apa?"
"Mummy teragak la nak makan mi bandung Abang Man."
"Aduhhh... Mummy... jauh tu. Ramai orang pulak tu kedai dia."
"Biy ni kan! dulu ke Seremban pun sanggup!".
"Ye la!"
Yunus capai helmet di atas meja bersekali kunci rumah dan kunci motor. Malas bergaduh dengan Wati. Lagi aman dekat luar dari duduk dekat dengan Wati. Bagus juga dapat keluar.
"Tuang sekali minyak motor Mummy tu. Penuh tau!".
Yunus sudah tidak menyahut. Sudah menolak keluar motor daripada anjung rumah. Hihi... anaknya di rumah ibunya di taman perumahan bersebelahan. Nasib baik dia tak ambil tadi, jika tidak payah juga mahu mencuba nasib.
Wati segera masuk ke biliknya, mahu bersiap menyambut kepulangan Yusoff.
@@@@@@@
Yusoff masukkan telefon bimbit ke dalam kocek baju sejuk yang memang akan dia pakai jika menunggang motorsikal.
Sudah boleh balik. Yunus sudah ada di rumah. Hari ni tiada kertas peperiksaan tapi pagi lagi dia sudah keluar saing dengan Yunus yang kerja shift pagi di kilang berdekatan kawasan perumahan.
Takut dia dengan sikap Wati sejak kebelakangan ini. Macam gila $#x. Takut pula dia yang masih teruna dir0&0l Wati. Choi!.
Tapi dia kena juga balik. Mana tahan duduk luar hampir 24 jam. Bukan ada tempat untuk baring meluruskan badan. Kalau kaya boleh sewa hotel walaupun hotel budget. Masalahnya memang tak boleh sebab tuntutan kewangan dia ketat ya ampun.
Yunus memang mengharapkan dia menolong mencukupkan masalah kewangan abangnya itu. Dia pula ada matlamat untuk setiap sen yang dia dapat. Sambung belajar!.
Arwah mama dan baba Yusoff hanya meninggalkan rumah murah itu yang dikongsi bersama Yunus. Buat sementara ini pencen arwah Baba masih lagi Yusoff dapat.
Mudah-mudahan sehingga dia melanjutkan pelajaran ke universiti dia masih layak untuk pencen arwah Baba walaupun hanya berjumlah seribu lebih sikit sahaja sebulan. Terlalu besar jasa pencen itu untuk dia meneruskan kehidupan dan meneruskan impian untuk ke universiti.
@@@@@@@
Wati duduk di birai katil. Sudah siap mandi koboi dan sudah memakai gaun tidur satin yang hanya beberapa kali pernah dia pakai ketika awal pernikahan.
Wati angkat kedua tangan kemudian menghidu bau ketiak kiri dan kanan. Hmm... dah wangi bau deodoran dan semburan minyak wangi.
Wati berfikir sejenak, tak kan mahu tunggu di sini... atau tunggu di sini sehingga dengar bunyi motorsikal Yusoff masuk ke anjung baru turun ke bawah?.
Tak boleh, tak boleh... Yusoff tu berjalan laju nanti dia terus hilang masuk ke bilik arwah mama di tingkat bawah. Baik dia tunggu Yusoff di ruang tamu.
Wati berdiri di hadapan cermin gerobok solek. Hmm... naik sikit je badan dia. Ni bukan gemuk, ni montok. Kalau Yusoff tak terliur memang mamat tu ada masalah kelelakianlah maknanya.
Duduk di sofa ruang tamu Wati kemas serba sedikit sepah di situ. Kain baju yang bersangkut di sini sana bahagian sofa Wati ragut-ragut kemudian dia peruk di sofa satu tempat duduk. Segala semak atas meja kopi Wati sumbat masuk ke dalam gerobok television. Barulah nampak romantik tempat ni.
Wati matikan lampu besar dan pasang lampu dinding yang bercahaya oren. Wow! minta-minta Yusoff teruja la. Tak sabarnya nak menjamah Yusoff. Aumm!.
Kedai mi bandung Abang Man tu pergi dan balik campur menunggu giliran lagi, mahu tiga jam Yunus keluar. Sempat sangat nak bagi Yusoff 'tester'. Dah rasa sekali mesti dia nak lagi. Ni Wati la!.
Dah sampai!
Sudah kedengaran bunyi motorsikal Yusoff dan pintu pagar di buka. Wati jadi tidak sabar. Dia baring di sofa dengan mengangkat kedua tangan naik ke kepala. Satu kaki dinaikkan lutut. Rasa diri sexy sangat. Wati kulum senyum teruja.
@@@@@@@
Yusoff tolak pintu rumah dan buka luas. Dia tak tahan mahu ke tandas. Sejuk naik motor dengan cuaca baru lepas hujan petang yang lebat.
Langkahnya mati di situ. Takut mahu terus melangkah melihat sosok Wati yang hilang akal baring begitu dengan pakaian begitu dengan senyumannya yang begitu. Serasa rahang Yusoff terjatuh dan mulutnya ternganga luas kerana tidak percaya dengan kelakuan Wati.
Wat de hek!.
@@@@@@@
"Apa kau ni diam tengah pintu..."
Yunus tolak badan Yusoff supaya masuk ke dalam dan dia dapat segera masuk ke rumah. Dia sudah basah kuyup jatuh ke dalam lopak air ketika keluar tadi.
Mujur Yusoff lalu di jalan yang sama nampak dia sudah tertiarap dengan gaya superman berenang. Adik dia yang menolong dia bangun dan mengangkat motorsikal yang tumbang. Maklumlah badan dia terlebih berat sekarang.
Masuk sahaja ke dalam rumah Yunus juga jadi terdiam bagai disumpah menjadi batu. Bulat besar matanya begitu juga lopongan mulutnya. Wati isterinya sudah kelam kelibut bangun dari pembaringan yang Astaghfirullahhalazim!.
Yusoff sudah laju menonong menuju ke belakang, ke bilik arwah mama yang sekarang adiknya huni.
"Kenapa?".
"Kenapa apa!?" cepat pantas Wati membalas.
Yunus mati kata. Dia yang jadi malu untuk bertanya. Dia cuma pokai tapi dia tidaklah bodoh. Melihat Wati yang sudah berdiri dari hujung rambut hingga hujung kaki berias dan permintaan isterinya mi bandung dari hujung dunia dia sudah dapat mengagak jalan cerita.
Yunus geleng-geleng kepala. Teringat dia menangkap Wati yang khayal memandang Yusoff mencuci motor satu ketika dulu. Ralit isterinya itu memandang Yusoff sambil tersengeh-sengeh seorang diri. Fahamlah dia sekarang.
Tak mungkin Yusoff...
Adiknya itu walaupun dia cemburu arwah mama sayangkan Yusoff lebih tapi dia tahu kenapa. Sikap adiknya yang memang baik dan menjaga kelakuannya. Bukan macam dia mudah terpengaruh, mudah hilang arah.
"Tak malu ke?"
Soal Yunus perlahan. Soalan itu lebih kepada dirinya juga. Jatuh air muka dia kepada Yusoff. Mesti Yusoff lebih dari faham apa cerita dengan penampilan Wati yang buang tabiat.
Patutlah Yusoff asyik bertanya keberadaan dirinya jika mahu pulang ke rumah. Mesti Wati sudah pernah mencuba dan Yusoff sudah seram dengan isterinya.
"Biy tu yang tak malu! Biar aje saya ni!".
"Biar apanya!?".
"Dah lepas, habis cerita! Performance makin teruk!"
"Kenapa tak cakap!"
"Nak cakap macam mana!?. Dah lepas terus tidur! Ada tanya saya sampai ke tidak... tak kan!".
"Cakaplah! ingat biy ahli nujum ke boleh tau! patutnya cakap! bukan nak dengan orang lain!".
"Biy ambik peduli ke!? orang bercakap buat bodoh je! kalau tak main telefon... tidur!".
"Okay... jom sekarang! kalau dengan biy jangan harap nak wangi macam ni... mandi pun tidak!".
"Tak inginlah!"
"Gemuk! lembik!".
Wati terus melangkah menuju tangga naik ke atas sehabis bercakap.
Astaghfirullahhalazim... Astaghfirullahhalazim...
Yunus cuba menyabarkan diri sendiri. Wati tu terlupa bercermin diri ke?. Dahulu dia memilih Wati kerana gadis itu penampilannya biasa-biasa sahaja. Bukan dia tiada pilihan yang lain. Harapannya jika pilih yang biasa-biasa mampulah dia menanggung dan mendidik Wati di kemudian hari.
Dia buka hati untuk Wati mendekati dia walaupun ketika itu dia boleh dikatakan antara yang segak dan kacak di kilang tempat mereka bekerja. Wati pula jika luaran nampak macam malu-malu tapi buas juga orangnya. Wati yang mengajar dia benda bukan-bukan sebelum pernikahan.
Arwah mama marah sungguh bila satu hari ternampak gigitan cinta di lehernya. Itulah sebabnya dia kahwin cepat kerana arwah mama marahkan dia hingga tidak menegurnya untuk tempoh yang agak lama.
Tiga tahun lebih pernikahan dia tahu dia tersilap pilihan. Tapi dia cuba untuk bersyukur dan bersabar dengan segala kekurangan. Dia fikir Wati juga berfikiran yang sama tentang dirinya. Mana dia tahu malam ini dia nampak satu tingkat lagi sikap buruk Wati.
Allah...
Bagaimana Wati di luar sana?. Ada tak Wati melebihi batas?.
tqvm sudi luangkan masa utk cite Sy. pls komen dan follow. mula esok smpi abis mgu Sy cuti ye. bdk sek agama Johor mgu pekse. Mak nk ulang kaji huhu nk gaduh jd rimau. Tp klw Sy dpt nyambil siap Bab Sy up. jgn lupa kn Sy ye. tqvm sume
Share this novel