Bab 4

Romance Series 16182

"Ihsan jangan nakal-nakal tau. Kesian dekat aunty Lilah nak layan karenah anak mama yang seorang ni,"pesan Jannah.

"Jangan risau mama. Ihsan kan good boy."

"Mama tahu Ihsan seorang yang good boy. So, behave okay?"

"Okay, mama,"ujar Ihsan ceria.

"Lilah. Akak pergi kerja dulu. Petang nanti, akak datang ambil Ihsan,"ujar Jannah kepada Azilah.

"Akak nak ambil Ihsan ni lambat pun tak apa. Lagipun Lilah suka dengan Ihsan,"ujar Azilah sambil mengusap perlahan rambut Ihsan.

"Terima kasih sudi mengasuh Ihsan. Akak pening fikir siapalah yang nak jaga Ihsan masa akak pergi kerja ni"ujar Jannah. Nasib lah dia rapat dengan jiran-jiran rumahnya. Kalau tidak memang dia bawak Ihsan pergi tempat kerja.

"Sama-sama"

"Ihsan, mama pergi kerja dulu. Be a good boy. Assalamualaikum."Jannah mengusap lembut kepala anaknya itu. Tangan kecil Ihsan terus menarik tangan Jannah.

"Waalaikumussalam, mama."Ihsan menyalam tangan mamanya.

"Akak pergi dulu,"ujar Jannah.

"Baik"Azilah dan Ihsan melambaikan tangan ke arah Jannah yang sedang menaiki kereta.

"Sedih pula rasa hati ni,"ujar Jannah perlahan sambil melihat Ihsan yang dipimpin Azilah untuk masuk ke dalam rumah.

Tak pernah dia berenggang dengan Ihsan sejak dari Ihsan lahir. Ke mana pun dia akan bawa Ihsan. Cuma nak pergi kerja ni...Ihsan terpaksa dititipkan sementara kepada pengasuh.

Bukan dia tak nak hantar Ihsan ke taska atau tadika. Cumanya banyak dokumen tak lengkap. Dia nak kena balik ke rumah lamanya. Jadi ambil sedikit masa untuk dia ke sana kerana bekas suaminya itu masih tinggal di situ.

"Kau kena kuat Jannah. Demi anak kau."Jannah menguatkan semangatnya. Dia perlu berusaha demi Ihsan. Tanpa berlengah lagi, dia terus menghidupkan enjin kereta dan bergerak ke arah tempat kerja barunya.

Sesampainya dia di destinasi, dia terus memeriksa pakaian dan juga tudung yang tersarung di kepalanya. Dia perlu pastikan dia dalam keadaan yang kemas. First impression orang amat penting. Sebab selalunya diorang nak tengok orang itu yang kompeten atau tidak.

Perlahan dengan penuh debaran yang kian terasa, dia keluar dan berjalan mendekati sebuah restoran. Hiasan luaran yang minimalis dan elegan.

Dia dapat tawaran ni pun sebab Hana yang rekomenkan dia kepada bos tempat Hana bekerja. Dia tak nak pilih-pilih kerja sangat. Lagipun dia memang ada masuk bidang kulinari semasa belajar di universiti dulu.

"Masih tutup?"soal Jannah perlahan. Dia rasa dia dah sampai on time seperti apa yang Hana cakap.

"Sorry, cik. Kami masih belum buka,"ujar seseorang membuatkan Jannah terus mengalihkan pandangannya ke arah suara tersebut.

"Saya pekerja baru dekat sini,"ujar Jannah.

"Ouh, ya. Betul-betul. Jadi...awak,"ujar lelaki itu.

"Saya Jannah,"ujar Jannah memperkenalkan dirinya.

"Ouh, ya. Betul-betul."

"Mari. Kita masuk ke dalam dulu. Saya akan bagi baju untuk awak,"lelaki itu terus bergerak dan berdiri di hadapan pintu. Tangannya terus membuka pintu.

"Jom, ikut saya"ujar lelaki itu.

Sampai sahaja di depan satu bilik, Jannah terpaku.

"Takkan aku nak masuk dalam dengan dia?"

"Baik jangan Jannah. Sekarang dalam restoran ni hanya ada kau dan dia,"ujar Jannah di dalam hati.

"Nah,"tidak lama kemudian, lelaki itu menyerahkan sehelai baju untuk dia.

"Terima kasih."

"Sama-sama. Awak boleh tukar dekat bilik belakang. Masuk sahaja lorong belah kanan tu. Ada untuk lelaki dan untuk perempuan. Awak boleh pilih,"ujar lelaki itu dengan nada gurauan.

"Baik."Jannah terus bergerak pergi.

Seusai menyiapkan dirinya dia terus keluar. Dia nak berkenalan dengan lelaki sebentar tadi. Dia tak rasa yang lelaki itu sepertinya. Berkemungkinan dia adalah seorang head chef dalam restoran ni. Sebab bilik dia lain daripada yang lain.

"Eh, awak pekerja baru, ka?"soal seorang wanita yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik persalinan itu.

"Ya, saya,"ujar Jannah.

"Ouh. Saya Alisya. Boleh panggil Lis. Awak?"

"Saya Jannah"

"Selamat datang, Jannah. Kita jumpa dekat luar nanti, okay? Saya akan kenalkan dengan yang lain juga nanti,"ujar Lis.

"Okay, baik. Saya keluar dulu."Jannah terus melangkah pergi dari situ meninggalkan Lis.

"Kalau badan macam dia tu, aku tak payah risau sangat yang chef idaman aku tu dirampas,"ujar Lis perlahan. Tak terasa tercabar pun bila dia fikirkan kembali.

"Kenapa aku rasa macam dia tak berapa senang nak berkenalan dengan aku?"soal Jannah. Adakah perasaannya atau memang betul?

"Lantaklah. Aku datang sini nak kerja. Bukan nak cari musuh."Jannah berusaha menyedapkan hatinya. Dia tak nak dipengaruhi dengan perkara-perkara yang negatif.

Boleh menjejaskan harinya sahaja. Sudahlah baru hari pertama.

"Dah siap?"tiba-tiba sahaja ada di depannya. Macam mana lah dia boleh tak perasan?

"Dah,"ujar Jannah.

"Jom,"belum sempat dia berkata apa-apa lagi, lelaki itu terus berlalu pergi.

"Baru nak tanya nama apa,"dia terus membuntuti dan akhirnya sampai di sebuah dapur yang agak luas baginya.

"Tip top sangat tempat ni. Bersih, tersusun,"terpegun dia memandang keadaan dapur tersebut. Dari luar lagi dia perhatikan. Segalanya kemas dan teratur. Perfect sangat. Kesimpulan yang dibuat olehnya ialah semua pekerja di sini amat disiplin. Rasa macam tak layak pulak nak bekerja di situ.

"Perhatikan baik-baik. Di sini, rak untuk segala jenis rempah ratus. Dan ini pulak rak untuk simpan bahan-bahan kering seperti tepung dan pasta."

"Dan sebahagian pinggan dan mangkuk semuanya berada di hujung sana. Periuk, kuali dan lain-lain semuanya ada dekat bawah kabinet ni."

"Faham?"Jannah menganggukkan kepalanya.

"Kalau tak faham pun, boleh tanya saya atau yang lain. Harini, rasanya tak sibuk sangat. Jadi nanti, bolehlah sambil-sambil tu awak pusing-pusing tengok tempat ni."

"Tetapi, lagi baik sekarang lah. Lagi bagus,"seolah ditekankan sedikit nadanya membuatkan Jannah mengucap panjang.

"Baik cakap sekarang saja,"nak saja dia cakap tapi bila difikirkan dia baru sahaja masuk kerja.

"Okaylah saya keluar sekejap. Nanti saya datang semula."

"Sabar Jannah. Sabar. Dia cuba nak uji tengok kau sabar atau tidak. Kau tak boleh nak buat ikut kepala kau saja. Takkanlah benda kecik macam tu nak panas, yer tak?"ujar Jannah perlahan.

Tanpa perlu berkata apa-apa lagi, dia mencuba mengenal pasti barang basah apa yang ada dalam peti ais. Susunan rempah macam mana, susunan pinggan mangkuk, periuk, kuali macam mana?

"Masih di tahap permulaan. Selepas ni apa pulak tugasan yang akan aku buat?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience