bab 7 "Raefan"

Romance Series 1071

Tujuh tahun yang lalu, semasa Deina berumur sembilan tahun dan Laila berumur enam tahun.

haih, mereka gaduh lagi. Aku melihat sekeliling. Laila memerhati ibupapa.

"kerja kau nak habiskan duit aku dengan alat rias kau sahaja, lepas itu nak masak tiada duit nak beli barang! Silap hari bulan makan barang rias kau saja!" marah papa pada ibu.

"awak nak isteri cantik kena lah berkorban sikit, saya tak berkerja, biarlah saya berhias, untuk awak juga bukan untuk orang lain!" ibu menjawab papa.

"kau ni, ada sahaja benda nak dijawab, cuba dengar bila suami tegur, cuba hidup bersederhana sahaja! Jangan membazir!" .Papa.

"saya ni perempuan, awak! Perlu jaga kulit, nanti awak juga lari dapat isteri hodoh! Dah lah, saya penat dengar awak punya bebelan setiap hari! Ceraikan saya! Saya akan bawa Laila!" .Ibu.

"Hah? Aku bawak Raefan dan Laila! Nak beli barang pun pakai duit aku, entah apa kau nak sumbat kat perut Laila!"

"ha? Awak kenapa ya? Awak ambil Raefan, saya ambil Laila. Cukup. Pandai- pandai saya lah nak bagi anak saya makan apa. Saya tak kira, saya nak Laila!"

Ibu dan papa berebut Laila. Bagaimana dengan Deina? Deina mahu tinggal dengan siapa?

Aku melihat Deina berlari menuruni tangga.

"Ibu! Papa! Cantik tak lukisan Ina, Ina campur- campur warna dia. Cantikkkan" ucap Deina sambil menarik tangan ibu dan papa.

"ha! Macam ni kata cantik, lukis apa pun tak tahu, ikut awak lah ni, melukis entah apa-apa! Perempuan ni ikut awak saja lah. Taknak saya dengan perempuan ni" Ibu memandang lukisan Deina dengan rasa hina. Ibu mengambil kertas lukisan Deina lalu merelaikannya.

"Ibu!.." Deina memegang tangan ibu cuba menghentikannya. Tetapi ibu tetap terus buat tanpa peduli akan Deina. Aku hanya bisa terpaku disitu berdiri tegak menyaksikan adegan yang tidak disangka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience