Bab 2

Romance Series 1774

DIBANTU beberapa pembantu rumah, Imani Sophia selesai menyediakan sarapan tepat sebelum Izz Zaquan turun ke meja makan pagi itu. Wajah Izz Zaquan lagi bertambah dingin dari biasa disebabkan masih rasa marah dengan Imani Sophia.

"Abang, breakfast dah siap. Jom makan," ajak Imani tanpa kecil hati sambil menyendukkan nasi lemak serta lauk-pauk ke pinggan Izz.

"Hmm," jawab Izz ringkas.

Mereka makan dalam diam dan seperti biasa Izz Zaquan terus pergi ke pejabat tanpa pedulikan isterinya itu. Setelah Izz Zaquan keluar bekerja, Imani Sophia memilih untuk menghabiskan masa di taman belakang rumah, merawat bunga-bunga bagi menghilangkan kebosanan.

"Puan..." Mak Limah datang mendekati Imani Sophia yang ralit dengan pokok bunganya.

"Ada apa, Mak Limah?" tanya Imani Sophia.

"Itu... Datin Zaiton dan Cik Zulin datang. Diorang dah duduk kat ruang tamu tunggu puan," ujar Mak Limah.

Imani Sophia menghela nafas berat. Baru semalam ibu mertuanya datang dan hari ini datang lagi bersama kakak iparnya pula. Dia tahu sangat tujuan kedatangan mereka hari ini. Tak lain, tak bukan mahu beri tekanan padanya untuk segera memiliki anak.

"Mak Limah tolong sediakan minuman dan kuih untuk mereka. Saya nak kemas barang-barang ni dulu."

Imani Sophia cepat-cepat mengemaskan alat berkebun lalu mencuci tangan sebelum masuk ke dalam rumah di mana dia sudah terlihat Datin Zaiton dan Zulin sedang menunggunya dengan riak wajah berbeza.

"Sorry mama, Kak Zulin... Dah buat tunggu lama," ucap Imani Sophia lembut sambil bersalaman.

“Mama tengoklah penampilan dia ni? Patutlah si Izz tu tak pernah nak lekat stay rumah. Ada bini pun dah macam gaya orang gaji. Selekeh betul,” sindir Zulin tajam.

Imani Sophia menunduk melihat pakaian yang terkena tanah tadi. "Sorry, tadi Imani tak sempat nak tukar baju takut mama dengan Kak Zulin tunggu lama.”

Datin Zaiton turut tayang wajah kelat memandang penampilan menantunya tapi dia tak mahu panjangkan isu tersebut kerana ada perkara penting lain yang buat dia datang bertemu menantunya sekali lagi.

“Imani pergi tukar baju kejap ya,” pinta Imani meminta izin.

“Tak payah,” halang Datin Zaiton yang tak mahu lama menunggu. “Duduk je, ada perkara lain yang mama nak bincang dengan kamu sekarang juga,” kata Datin Zaiton tegas.

Imani Sophia menurut sahaja kata-kata Datin Zaiton lalu melabuhkan duduknya di sofa bertentangan ibu mertua dan kakak iparnya itu.

"Kamu dah kahwin hampir 4 tahun tapi sampai sekarang masih tak ada tanda nak ada anak.” Datin Zaiton terus bercakap tanpa kias.

Imani Sophia menggenggam hujung baju, gelisah menanti kata-kata seterusnya.

"Kamu yakin ke yang kamu dan Izz tak ada masalah kesihatan?" soal Datin Zaiton.

"Imani dengan Abang Izz tak ada masalah pun mama. Mungkin belum ada rezeki kami lagi," jawab Imani tenang. Mustahil dia nak beritahu bahawa suaminya sendiri yang tak mahu ada anak dan memaksanya mengambil alat pencegah kehamilan.

"Tak ada rezeki konon? Alasan je tu! Semua orang tahu la, you yang mandul," sampuk Zulin, tajam menikam perasaan Imani Sophia.

"Mama dah tak boleh tunggu lagi. Mama nak jodohkan Izz dengan orang lain. Mama tahu ini tak adil untuk kamu. Tapi Izz perlu masa depan, perlu ada pewaris keluarga kami" ujar Datin Zaiton lagi.

Kata-kata itu seperti ribuan jarum menikam jantung Imani Sophia.

"Jangan risau, kamu tetap jadi isteri pertama dan takkan hilang apa-apa. Asalkan kamu setuju Izz kahwin lagi," sambung Datin Zaiton.

"Lagipun perempuan yang Izz cinta dah balik Malaysia semula. Izz tentu tak keberatan kalau mama jodohkan dia dengan perempuan yang masih buat dia tak boleh move on sampai sekarang." tambah Zulin dengan senyum sinis.

‘Perempuan yang Izz cinta? So, siapakah aku selama ni? Bukan ke aku isteri dia?’ fikir Imani Sophia.

Selepas Datin Zaiton dan Zulin pulang, Imani Sophia mengurung dirinya di bilik. Menangisi nasib perkahwinannya. Sakit hati mengenangkan suaminya yang langsung tidak pernah mencintainya selama ini kerana masih tidak boleh melupakan bekas kekasihnya.

"Kenapa abang terus sentuh saya kalau abang tak pernah cintakan Imani? Adakah Imani cuma tempat abang lepaskan nafsu semata-mata?" bisiknya sambil menangis tersedu.

IMANI SOPHIA terbangun apabila Izz Zaquan memasuki bilik tidur pada angka jam 1 pagi. Dia terasa pening sedikit kerana terlalu lama menangis.

"Abang baru balik?" tanya Imani Sophia perlahan.

“Hmm.”

Macam biasa Izz Zaquan hanya membalas dengan sahutan ringkas.

Imani Sophia sudah fikir masak-masak cara untuk dia terus hidup selepas ini kerana dia tidak mahu terus hidup tanpa tujuan. Tambah pula dia juga mula kena fikir akan nasibnya selepas ini. Lagi-lagi bila dia sudah sedar di mana kedudukannya.

“Imani nak cakap sikit dengan abang boleh,” pinta Imani Sophia dengan lembut.

Izz Zaquan masih buat tidak endah.

“Imani bukan nak cakap pasal anak,” sambung Imani kerana tahu suaminya itu sengaja mengelak dengannya agar dia tidak boleh ungkit pasal anak lagi.

Barulah Izz Zaquan menoleh memandang isterinya itu dengan pelik. Selama ini Imani hanya asyik mahu bercakap pasal anak sahaja.

“Nak cakap apa?” tanya Izz Zaquan dengan nada dinginnya.

“Imani nak kerja,” ujar Imani yang sudah tekad. Dia perlu cari kerja supaya dia ada ruang sendiri dari terus duduk di rumah ini dan fikir tentang masalah rumah tangga mereka yang berpunca daripada Izz Zaquan sendiri.

“Ha? Nak kerja? Asal tiba-tiba pulak? Tak cukup ke duit yang I bagi selama ni?” soal Izz Zaquan bertubi-tubi selepas Imani Sophia menyuarakan hasrat untuk bekerja.

Imani Sophia tahu tidak mudah mendapat keizinan daripada suaminya itu kerana selama ini Izz Zaquan lebih suka isterinya duduk di rumah sahaja.

“You nak buat I malu ke kalau orang tahu you kerja sedangkan I ni CEO company besar tapi still biarkan isteri kerja?” ujar Izz Zaquan.

“Imani cuma nak berdikari je. Lagipun dah 4 tahun kita kahwin, orang pun dah lupa rupa isteri abang ni. Bila kali terakhir abang bawa Imani pergi event company? Keluar sama pun orang tak pernah tengok. Jadi siapa je yang still kenal Imani ni sebagai isteri abang?”

Izz Zaquan terdiam. Kata-kata Imani Sophia itu ada benarnya. Dia tidak pernah bawa isterinya pergi ke acara syarikat mahu pun jemputan klien. Selalunya Izz Zaquan hanya pergi dengan pembantu peribadinya sahaja.

“Lagipun sampai bila Imani nak harapkan duit abang je. Mana tahu lepas ni abang nak ceraikan Imani ke, ada la Imani kerja boleh tanggung hidup sendiri.”

“Apa yang you merepek ni, ha?” Izz Zaquan merenung tajam wajah Imani Sophia. Sakit pula hati mendengar kata-kata yang tidak masuk akal keluar dari mulut isterinya itu.

Imani Sophia segera mengalihkan pandangan kerana tidak sanggup berdepan lagi dengan mata tajam suaminya.

Share this novel

DHIA AMIRA.
2025-06-16 16:50:01 

bgtau jela...huhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience