KITA TIDUR SEBILIK?

Romance Series 11578

Pada malam itu, aku diam sahaja di dalam bilik. Tidak tahu ingin berkata apa, hati pun terasa panas sahaja. Tidak tahu kenapa, tak kan la pasal alya kott? tapi aku kan tak suka dekat dia, apasal hati nak panas?

"Awak" panggil baihaqi terhadap aku

"Hmm"

"Awak kenapa?"

"Tak, tak ada apa-apalah" jawab aku acuh tak acuh. Malas aku nak layan dia ni

Aku membetulkan bantal lalu membaringkan kepalaku, aku bercadang untuk tidur tetapi haqi ingin bercakap pulak. Layan je lah

"Fatin"

Apa lagi mamat ni, tadi panggil lepastu kau diam. Ni panggil lagi. Aku marah nanti kang kau report dekat umi. Ishhhhh

"Apa benda nya baihaqi? kalau awak nak cakap, cakap je lah. Saya nak tidur ni" suara aku dah naik senoktaf

"Saya nak bagitahu awak sesuatu sebenarnya. ..." kata haqi berdepan denganku dan menatapkan matanya bertentangan dengan mataku

"Awak nak bagitahu apa?"

"Saya nak awak tahu pasal alya"

"Saya tak nak bercakap pasal dia, dia dengan saya tak ada kaitan pun. Biarlah dia dengan awak ada kaitan pada masa lepas"

Aku pun membetulkan tidur, dan baring semula terus terlelap. Aku tak tahu lah dia nak cerita pasal apa, tapi bila dia sebut pasal alya mesti hati aku rasa tak tenang, rasa panas pedih je. Kadang-kadang tu rasa macam nak meletop, tapi tak tahu lah

Setelah sampai di KL aku terus ke tempat yang ingin ditemui oleh rakanku itu manakala baihaqi terus menuju ke rumah untuk berehat, katanya penat. Tapi aku yang memandu bukan dia

Aku terus menuju ke arah rakanku yang sedang menunggu, "ada apa nak jumpa aku ni babe?"

"Relax la sekejap, nafas kau pun tercungap-cungap. Pesan air dulu, minum air dulu"

Aku hanya memesan jus oren sahaja sebagai syarat untuk membasahkan tekak sahaja

"Habis dah separuh air aku ni, so apa dia?"

"Okay, aku nak tanya kau. Dan aku nak kau jawab jujur daripada hati boleh?"

"Boleh, apa dia?"

"Kau kenal ni?" Daliya menunjukkan gambar di dalam telefonnya ke arah aku

"Gambar baihaqi dengan perempuan?" tanya aku kepada daliya

"Yes"

"But, for what?"

"Wehhh babe, kau jangan blur sangat boleh tak? dia tu suamikau, dia boleh keluar dengan perempuan lain?"

"Habistu tak kan la aku nak halang?"

"Kau berhak untuk halang fatin, kau isteri dia"

"Tapi aku tak tahu hubungan dia dengan perempuan tu"

"Kau dengar ni" daliya memperdengarkan rakaman suara percakapan baihaqi dan alya itu

Setelah hampir 5 minit aku mendengarnya aku menjadi terdiam

"Jadi kau nak suruh aku buat apa?"

"Aku tak suruh kau buat apa-apa, tapi tak kan la hati kau tak rasa apa-apa?"

"Hati aku nak rasa apa kalau aku tak suka dan tak cinta dekat dia"

"Kau pasti? atau ego kau yang terlebih ke depan?"

"Apa yang kau merepak ni? aku ego? lambert lagi" aku menghabiskan air di dalam gelas

"Yeke? baiklah. Tapi aku nak tengok kau mampu untuk bertahan ke tak"

"Aku yakin, aku tak kan jatuh cinta dengan dia"

"Kau jangan yakin sangat, hati kau Allah jaga. Bila-bila masa dia boleh ubah semula"

Aku mendiamkan diri, ada betul jugak yang daliya cakap. Tapi aku dah janji dengan diri aku supaya tak mencintai dia. Tapi mampukah aku?

Aku pulang ke rumah baihaqi, aku melihat dia sedang bermain telefon di ruang tamu. Amboi busynya dia sampai macam tu sekali eh? sampai-sampai hadap telefon, bukannya dia yang memandu. Aku baru sahaja ingin bertanya, tetiba dia berkata

"Kita tidur satu bilik"

Hahhhh? apa dia? satu bilik? aku dengan dia? no no no tak logik tu

"Tapi kenapa satu bilik eh?"

"Sebab kita dah kahwin"

"Awak guna alasan tidur satu bilik tu sebab kita dah kahwin ke?"

"Mana ada, tapi betul la kan sebagai suami isteri kita kena tidur sebilik, sekatil, sebantal, sekain selimut. Semuanyalah jadi se se"

"Eleh, ye la tu awak ni. Apa-apa je lah" aku terus menaiki menuju ke bilik

"Eh eh awak nak ke mana tu?" tegurnya dari belakang, aikk magik. Tadi bukan ke duduk dekat bawah, macam mana boleh berdiri belakang aku sekarang ni? ada ilmu ghaib agaknya

"Saya nak masuk biliklah"

"Awak tahu ke bilik saya yang mana?"

Aku mengelengkan kepala

"Hmmm, jom saya tarik beg ni" haqi menarik beg aku menuju ke biliknya. Di dalamnya terdapat katil bersaiz king berwarna gelap. Senang cerita dalam bilik dia semuanya warna hitam, tak ada langsung warna cerah melainkan ada cahaya je yang mencerahkan bilik dia

"So almari tu besar, saya dah kosongkan almari tu untuk baju-baju awak. And meja solek pun"

"Bilik air kena kongsi jugak ke?"

"Kongsi jugak adik manis, but don't worry. Dalam tandas pun still ada kabinet kecik untuk awak letak barang-barang awaklah. Saya tahu awak ni jenis pembersih, so saya dah kemas awal-awal lagi"

"Okay, ada apa-apa lagi ke yang awak nak cakap atau pesan?"

"Tak ada lagi tapi ingat. Makan minum saya awak kita makan sama-sama. Saya tak nak awak makan kemudian saya makan dulu. Tu no"

"Baiklah abang jpj, lagi?" aku dah penat nak dengar pesanan dia

"Kalau awak nak keluar make sure bagitahu saya, better bagitahu awal. Tak payah nak last minit atau bila dah keluar baru nak bagitahu. Dan saya nak awak mestilah kena jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri. Layan saya baik-baik........"

"Shhhh shhhhh, saya dah penat ni. Saya naik dulu ya. Bye, terima kasih" potong aku dengan meletakkan jari dibibirnya lalu aku terus ke bilik. Mengarut dah dia punya peraturan tu

"Jari pun lembut wangi pulak tu. Mesti manis orangnya" baihaqi menuju ke ruang tamu dan membuka televisyen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience