BAB 9:Nyata Atau Mimpi?
LIF membawa Harun turun ke tingkat bawah bangunan. Apa yang sedang di alaminya kini agak terlalu sukar untuk di hadam oleh akal. Dia di munculkan di hadapan pintu pejabat penerbitan akhbar Tabloid BONGKAR dan mendapati syarikat itu telah tutup dan tidak lagi beroperasi,malah premisnya sudah di iklankan untuk di jual.
Apa yang sudah terjadi? Harun harus mencari jawapan kepada apa yang sedang di laluinya.
Sejurus pintu lif terbuka,Harun pun bergegas menuju ke tempat parkir kenderaan yang di khaskan buat staf syarikat penerbitan tabloid BONGKAR.
Malangnya tapak parkir itu di lihat kosong. Tiada satu pun kenderaan ada di situ. Harun melilau-lilau sebelum terlihat helaian-helaian surat khabar berterbangan di tiup angin datangnya dari sebuah kabin tong sampah hijau yang ada di suatu sudut.
Harun cukup kenal dengan helaian-helaian tersebut. Mana mungkin sebagai wartawan senior yang sudah bekerja hampir belasan tahun dengan syarikat penerbitan tabloid BONGKAR Harun tidak mengenali helaian akhbar terbabit.
Harun pun menghampiri kabin tong sampah hijau itu sebelum terkejut besar bila mendapati bertimbun-timbun cetakkan akhbar tabloid BONGKAR bersama beberapa akhbar dari media arus perdana lain telah di buang begitu sahaja,seolah-olah bahan cetak itu menjadi mangsa akibat kebankrapan yang di alami syarikat.
"Tak mungkin tabloid BONGKAR dah bankrup?!"
Harun tidak puas hati. Dia pun mengutip timbunan akhbar tersebut dan membaca isu-isu utama yang terpapar padanya.
''MISTERI KEHILANGAN WARTAWAN HARUN NASHARUDDIN"
' DUA TAHUN SEJAK HARUN NASHARUDDIN HILANG DI TELAN KABUS MISTERI''
''WARGA REDAKSI TABLOID BONGKAR MASIH BERSEDIH DI ATAS KEHILANGAN HARUN"
"JUALAN TABLOID BONGKAR JATUH MERUDUM"
''YANA MAYA LETAK JAWATAN"
''PENGARAH URUSAN PENERBITAN AKHBAR TABLOID BONGKAR, GHANI RASYID SAHKAN SYARIKAT TERPAKSA GULUNG TIKAR"
Harun tersentak!
"Tidak! tidak! ini semua tidak benar!"
Enggan mempercayai akan semua yang terpapar itu membuat Harun tekad untuk bertemu dengan rakan-rakan sejawatnya yang lain dalam syarikat tabloid BONGKAR.
Ghani gagal di hubungi. Harun mendail pula ke nombor telefon Yana.
"Hello..'suara Yana menjawab di hujung talian.
"Yana..aku ni..apa dah jadi dengan Syarikat penerbitan BONGKAR?"
"Awak ni siapa?"
"Aih aku Harun lah.takkan lah engkau dah tak kenal suara aku Yana?"
"Harun? Eh awak jangan main-main boleh tak? Harun dah dua tahun hilang tanpa khabar berita"
"Aku tak faham apa yang dah berlaku. Tapi kalau engkau tak percaya,lebih baik kita berjumpa"
_________________
HARUN duduk di atas tembok tepian bangunan di mana letaknya syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR sambil termenung panjang memerhatikan ke sekeliling.
Walaupun kenderaan masih banyak yang lalu-lalang di jalanraya hadapan bangunan terbabit,namun Harun merasakan seolah-olah kawasan itu mati, sunyi-sepi dan lengang. Fikirannya jadi bingung. Apa yang di laluinya seperti mimpi dan sukar untuk di hadam oleh akal.
Tak lama kemudian sebuah kereta tiba. Harun bingkas bangun. Dia kenal sangat akan kereta itu dan pemiliknya.
Seorang wanita yang agak cantik dalam usia 40an melangkah keluar dari pintu bahagian pemandu kereta terbabit. Terus Harun berteriak.
"Yana!"
Wanita itu menoleh sebelum reaksi wajahnya tampak terkejut.
"Harun??! kau..memang kau ke ni?!"
"Apa engkau dah tak kenal aku lagi?"
BANGUNAN hotel ternama di ibu kota itu tersergam megah menjulang tinggi ke langit biru. Di perkarangan luarnya ada restoren terbuka dan garden bunga yang cantik serta kawasan parkir kenderaan.
Harun dan Yana singgah minum dan berbual di situ. Seorang pelayan datang bersama dulang dan dua cawan minuman lalu di hidang ke meja.
"Thanks"ucap Yana.
Pelayan itu pun berundur.
"Aku hilang?"soal Harun.
Yana mengangguk.
"Waktu tu kami semua dalam sidang redaksi syarikat BONGKAR benar-benar terkejut. You hilang sewaktu pergi mendaki sebuah tebing tanah tinggi dekat kawasan luar bandar untuk membongkar misteri tentang kabus di puncak tebing tu. Hal ni disahkan sendiri oleh seorang lelaki suku orang asli bernama Jikun. Beliau adalah saksi yang melihat dan mengiring sendiri you pergi ke sana"jelas Yana.
"Ya..Jikun tu informer aku. Memang dia yang hantar aku ke tebing tinggi tu"akui Harun.
"You tau Run..kehilangan you waktu tu cukup gempar sampai jadi kes polis dan viral kat media. Berbulan operasi pencarian di jalankan untuk mengesan you. Finally kami semua kat syarikat terpaksa menerima hakikat yang you hilang tanpa dapat di jejaki lagi buat selamanya. Macam-macam andaian timbul. Ada yang kata you di telan kabus misteri lah..dan sebagainya lagi"
Harun berkerut dahi dan termenung.
"Then sejak tu,peminat-peminat akhbar tabloid BONGKAR tak dapat menerima hakikat bahawa wartawan utama Harun Nasharuddin sudah tiada lagi. Penerimaan pembaca mulai berkurangan. Setiap isu dan keluaran mulai kurang sambutan sekaligus menjejaskan jualan di pasaran. Syarikat menanggung kerugian besar. Ghani memberitahu operasi syarikat mungkin terpaksa di hentikan. I pun ambil keputusan untuk berhenti sebelum di ikuti oleh wartawan-wartawan lain. Sebulan kemudian syarikat pun di isytiharkan bangkrap"cerita Yana.
Harun merasakan semua itu seperti mimpi ngeri.
"Sebenarnya apa yang dah terjadi kat you Run? Selepas dua tahun menghilang,sekarang tiba-tiba muncul balik?"
"Engkau tak mungkin akan percaya cerita aku Yana"
"Cerita je lah Run. I nak dengar"
Harun pun memberitahu perihal sebenarnya dia baru sahaja melakukan pendakian ke tebing tinggi berkabus misteri itu sebentar tadi.
"You jumpa rumah di atas puncak?"soal Yana.
Harun mengangguk.
"Sejurus aku buka pintunya dan melangkah masuk,tahu-tahu aku dah di munculkan di hadapan pintu masuk syarikat sebelum di kejutkan dengan pagar gril berkunci dan papan tanda iklan tentang premis itu hendak di jual. Semua ini terlalu aneh dan tak masuk dek akal. Mungkin aku tak sepatutnya masuk ke pintu tu"
Air muka Yana tampak begitu fokus dan serius mendengar cerita dari mulut Harun.
"Entahlah..aku tak tahu adakah semua ini benar atau mimpi? Atau aku sedang berada dalam dimensi lain?"Harun memicit kepala. Fikirannya bingung.
Tiba-tiba dia mendapat satu akal lalu memberitahu kepada Yana.
"Apa? You nak i hantarkan you pergi ke lokasi tanah tebing berkabus tu?"
"Cepat engkau hantarkan aku ke sana sekarang Yana. Aku mesti panjat tebing tu dan masuk semula melalui pintunya. Kalau teori aku betul,maka aku akan dikembalikan semula ke dimensi asal sekaligus akan menjawab persoalan kenapa para pendaki dan penduduk yang panjat tebing itu sebelum aku di dapati ghaib dan tidak pulang kembali"
Yana kurang mengerti apa sebenarnya yang sedang bermain dalam fikiran Harun. Namun begitu dia bersetuju untuk menghantar Harun ke sana.
"Baiklah"
Kereta yang di naiki Harun dan Yana pun segera bertolak ke kawasan luar bandar di mana letaknya lokasi tanah tebing berkabus misteri itu.
_________________
YANA berdiri di kaki tebing sambil memerhatikan Harun begitu tangkas melakukan pendakian. Di puncak tebing tanah itu dapat di lihat gumpalan kabus-kabus terawangan.
"Hati-hati Run!"teriak Yana.
Harun memberi isyarat ibu jari.
Setelah berhempas-pulas mendaki,akhirnya Harun berjaya juga tiba di puncak tebing. Kabus di redah dan dia pun tiba di hadapan rumah misteri itu.
"Aku harap telahan aku benar"kata Harun sebelum dia membuka pintunya dan mulai melangkah masuk.
-
HARUN tersedar dan mendapati dirinya sedang terbaring di atas halaman berumput di atas puncak tebing tanah berkabus betul-betul di hadapan rumah itu.
Pertemuannya dengan Yana tadi rasanya seperti di dalam mimpi. Harun bingkas bangun dan beredar. Tak lama kemudian wartawan senior syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR itu berjaya menuruni semula hingga ke kaki tebing tanah.
Tak bertangguh Harun pun bertolak pulang ke pejabat.
Setibanya di premis syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri BONGKAR, Harun kembali menarik nafas lega apabila mendapati keadaan telah kembali ke sediakala.
Tiada papan tanda iklan premis untuk di jual. Tiada pintu gril masuk yang berkunci dan berantai mangga. Namun Harun masih belum berpuas hati selagi dia belum menjejakkan kakinya ke dalam premis tersebut.
"Hai abang Harun!"sapa beberapa orang staf dan wartawan saat kelibat Harun muncul di pejabat.
Harun tersenyum dan mengangguk.
Persekitaran yang di lihat adalah normal seperti biasa di mana para staf dan wartawan kelihatan sibuk dengan tugasan masing-masing.
Harun berjalan dari meja ke meja. Memerhatikan setiap staf. Haziq di lihat sedang sibuk membuat cucian gambar ke atas foto-foto sekitar tugasannya di Hospital Ampuan Zahara.
Wartawan Yeob Maon pula sedang tercongok dengan baju kemeja yang sendat dek perut yang buncit, duduk di meja sambil menaip sesuatu artikel dekat komputer syarikat. Mulutnya tak berhenti mengunyah keropok jajan. Harun tersenyum saja memerhatikan pemuda gemuk asal Muar Johor itu.
Kemudian Harun toleh pula ke arah Asywina. Wartawan minaci india muda dan lawa itu di lihat sibuk berbincang sesuatu dengan Rauf Johari, Juru Editor Salinan syarikat.
Hati Harun sejuk melihatkan wartawan-wartawan muda itu. Mereka adalah generasi pelapis yang akan meneruskan legasi dunia kewartawanan misteri di syarikat tabloid BONGKAR.
"Fuh! akhirnya aku kembali"getus hati Harun.
.. BERSAMBUNG..
Share this novel