Bab 86

Romance Series 39793

Pada keesokan paginya, tania telah bangun terlebih dahulu daripada suaminya. Tania mandi dan solat subuh, selesai itu barulah dia mengejutkan suaminya

"Biy, ooo biy"

"Hemmm ye sayang, mengantuklah" kata talhah sambil menarik tania lalu tania terjatuh dan menindihnya

"Biy ni, orang suruh bangun bukannya tangan tu merayap dekat belakang orang"

"Sedaplah peluk sayang sejuk-sejuk je"

"Iye la, orang dah mandi dah solat subuh"

"Ouhh, ingatkan tunggu biy. Kenapa tak kejut? baru nak mandi bersama"

"Baru nak kejut, lain kalilah kita mandi sama-sama. Cepatlah bangun biy, nanti habis subuh" kata tania lalu menolak pelukan suaminya dan menariknya bangun

"Okaylah, kiss dulu"

"Semalam dah"

"Sayang pilih, nak kiss atau belanja biy?"

"Ishhh iye lah, kiss" tania mencium hidung talhah. Lalu talhah terus ke bilik air. Setelah itu mereka bersiap untuk makan pagi dan berjalan-jalan disekitar itu

Setelah seminggu berlalu, talhah telah membawa tania ke officenya baharu

Pada hari isnin hari permulaan bekerja
"Aikk, biy nak pergi mana ni? ni pergi company sape TT sdn.bhd tu?" talhah hanya mendiamkan diri dan meletakkan kereta di depan lobi

"Jomm masuk sayang" kata talhah lalu membuka pintu untuk isterinya itu

Mereka memasuki, ada ramai staf-staf yang beratur dan menunggu ketibaan mereka berdua

"Okay sayang, first of all. Sayang jangan terkejut, ini company biy sendiri dan maksud TT tu sebenarnya Talhah & Tania Sdn.Bdn"

"Ouhh, tapi biy tak bagitahu sayang pun pasal ni"

"Yup, biy dah plan. Saje nak buat suprise untuk sayang lepas honeymoon nanti"

"Ouhh, macam tu. Patutlah sebelum kahwin biy busy susah nak jumpa"

"Haah, sorry about that. But inilah pulangan dia. By the way cantik tak company biy?"

"Cantik, cantik sangat-sangat"

"Ouhh. Jomm kita pergi ke bilik biy"

"Jom jom"

Staf semuanya tertunduk menghormati bossnya lalu sehingga ke biliknya

Setiba dibilik, tania lagi terus. Apabila dilihat bilik talhah 2 kali ganda lebih besar daripada biliknya bekerja di office dahulu

"Besarnya bilik biy ni, duduk sorang-sorang ke?"

"Sape kata biy duduk sorang-sorang. Tu meja tu" kata talhah lalu menunjukkan menggunakan mulutnya. Tania menuju ke arah itu dan duduk

"Sape yang duduk sini nanti biy?"

"Adalah seorang perempuan yang cantik manis orangnya" usik talhah

Tania yang terdengar sudah masam mencuka dan menjeling suaminya. Talhah yang nampak tania begitu, cepat-cepat menuju ke arah isterinya

"Tak adalah sayang, i gurau je. Ni untuk tempat you lah. I nak jadikan you as my PA barulah senang kita nak kemana-mana pun".

"Elehh, iye la tu. Entah-entah biy tipu. Tak nak percaya" kata tania sambil memusingkan badannya ke arah lain dan berpeluk tubuh

"Sayangggggg....... betul, biy tak tipu lah. Memang biy dah kosongkan tempat PA untuk letak sayang. Tempat-tempat yang lain je biy ambik staf" pujuk talhah

"Boleh percaya?"

"Boleh sayang, ke sayang still tak percaya?"

Tania mengelengkan kepalanya berkali-kali

"Ke nak suruh ada baby dekat dalam tu baru nak percaya?" usik talhah

"Biy ni kann, saje je. Orang tanya betul-betul, dia main-main pulak" kata tania dalam serious

"Okay-okay, look betul-betul lah ni. Esok kita mula masuk kerja. And sayang as my PA"

"Betul ni?"

"Betulll" kata talhah bersungguh

"Okay, takpelah kalau macam tu. Sayang on"

"Okay, balik nanti kita pergi mall. Kita pergi beli baju baru untuk sayang boleh?"

"Boleh"

Mereka pun berborak, sehingga ke tengah hari. Mereka berjumpa dengan staf-staf dan memperkenalkan diri

"Aku tak sangka wehh, yang boss kita tu dah kahwin. Aku ingatkan dia single, tapi dah kahwin. Pasrah aku nak goda dia. Dah la dia ambik wife dia jadi PA dia"

"Itulah, tapi wehh dia tak kan pandang kita. Wife dia cantik gila"

"Iye dohh, cari engineer yang single je la dohh"

Semasa mereka berborak, tania mendengarnya lalu menegurnya

"Saya minta maaf kerana campur perbualan, saya nak tegur sikit. Saya harap awak semua tak terasa. Saya harap awak semua kerja dengan niat yang baik dan betul, bukan kerja nak goda boss ya. Saya harap benda ni tidak berlaku, sebab bukan apa saya tak nak nanti ada yang tutup periuk nasi sendiri dengan perbuatan sendiri. Dan satu lagi saya nak pesan, sekali saya dah tahu apa yang awak buat tu melanggar undang-undang syarikat. Saya tak teragak-agak untuk memecat orang itu walaupun saya bukan owner company ni. Faham??" kata tania dalam tegas dan serious dengan wajahnya bertukar menjadi bengis

"Baik, baik, baiklah puan tania"

"Bagus"

Talhah yang baru sahaja turun dan menuju ke arah isterinya

"Kenapa sayang?"

"Tak ada apa-apalah. Saje nak borak-borak dengan dorang tadi"

"Ouhh, jomm sayang balik. Kita pergi mall pulak"

"Okay, jomm"

Mereka terus menuju ke arah mall dan membeli pakaian yang diingini oleh isterinya

2 bulan kemudian

"Biy makan apa tu?"

"Biy makan mangga masam, ya Allah sedap sangat" kata talhah bersungguh

"Sejak bila biy suka makan buah mangga masam? bukan ke biy suka mangga manis ke?"

"Entahlah, tekak biy rasa nak makan. Jadi biy belilah"

"Ouhh, macam orang mengidam eh biy ni?"

"Ouhh ye eh? whatever lah. Biy nak makan biy rasa sedap. Sayang nak?"

"Tak nak, masam tak sedap. Biy makanlah"

"Okay"

Talhah makan sehingga habis 10 biji buah mangga masam yang dibelinya tadi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience