HFM 5 | | Malam di Pub The Rusty Anchor

Romance Series 73463

Dihya Maelani berdiri di belakang kaunter bar The Rusty Anchor. Malam itu, pub itu sibuk seperti biasa, dengan bunyi ketawa dan muzik rock lama memenuhi ruang. Dihya, dengan apron biru yang kotor dan rambutnya dikumpulkan dalam sanggul sederhana, menghadap bar, bersedia untuk malam yang panjang.

Pub The Rusty Anchor terkenal dengan suasana santai tetapi ekslusif. Di bahagian dalam, lampu neon yang berwarna-warni menghiasi dinding, sementara meja-meja kayu bulat dan kerusi-kerusi bar yang kusam memberi suasana yang klasik dan mesra. Dihya memandang sekeliling, menyedari bahawa malam ini pub itu dipenuhi dengan pelbagai jenis pelanggan.


"Hey, Dihya! Satu lagi pusingan bir untuk meja di hujung sana!" teriak Alex, seorang pelayan pub yang juga teman baik Dihya. Alex sedang menghidangkan minuman ke meja lain dan sempat memberikan senyuman ceria sebelum bergegas.

Dihya mengangguk dan mula menuangkan bir segar ke dalam gelas, sambil memerhatikan pelanggan di meja tersebut. Tiga lelaki separuh umur, kelihatan agak mabuk, sedang bergurau dan bercakap dengan kuat. Mereka melemparkan senyuman lebar kepada Dihya ketika dia menghampiri meja mereka.


"Terima kasih, Dihya!" salah seorang lelaki itu, yang dikenali sebagai Dan, mengucapkan terima kasih dengan nada ceria. Dan adalah seorang pelanggan tetap yang sering mengunjungi pub ini.

Dihya membalas dengan anggukan, walaupun dia merasakan kepenatan. Seperti kebiasaannya dia tidak berkata apa-apa.

Sebab begini la dirinya. Sejak kejadian yang menimpa dirinya 9 tahun yang lalu, semenjak itu Dihya berubah menjadi pendiam. Bercakap sekadar perlu. Sekiranya tidak penting, dia akan membisu.

Sementara itu, di meja yang lebih jauh, seorang wanita muda dengan rambut merah cerah sedang duduk sendirian. Wanita muda itu kelihatan bosan, sesekali memandang jam tangannya. Dihya mendekati wanita itu, yang dikenali sebagai Maya, seorang pelajar kolej yang sering datang untuk menenangkan diri selepas hari-hari yang sibuk.


"Ini minumannya. Perlukan apa-apa lagi ke?" tanya Dihya sambil meletakkan segelas koktel di depan Maya.


Maya memandang Dihya dengan senyuman kecil. "Terima kasih, Dihya. Tak ada. Inipun dah okay."

Dihya mengangguk, tidak bertanya apa-apa lagi. Dia berpaling untuk melayani pelanggan lain ketika mendengar jeritan Alex dari jauh.


"Oi, Dihya! Sekali lagi! Seorang lagi pelanggan di meja tengah memerlukan bantuan," jerit Alex, yang sekarang kelihatan terburu-buru.

Dihya segera bergegas ke meja tengah di mana seorang lelaki berbadan besar dan berpenampilan elegan sedang menunggu dengan sabar. Lelaki itu dikenali sebagai Mr. Hill, seorang pengusaha tempatan yang kerap mengunjungi pub itu untuk bersantai selepas hari yang panjang.


"Ya?Boleh saya ambil pesanannya?"


Mr. Hill mengangguk. "Bolehkah saya dapatkan satu lagi gin dan tonic? Dan mungkin satu set makanan ringan untuk dimakan sama dengan minuman ini."

Dihya mencatat pesanan itu dan bergerak ke dapur untuk memeriksa makanan. Semasa dia berjalan, dia sempat bersua dengan Ben, pengurus pub yang berdiri di sebelah bilik stor. Ben, yang seringkali memantau keadaan pub, tersenyum dan memberi isyarat kepada Dihya.


"Jaga pelanggan baik-baik malam ini. Ada ramai orang dan kita perlu pastikan semuanya berjalan lancar," kata Ben, memberi amaran dengan nada bersahaja.

Dihya mengangguk patuh. Malam di The Rusty Anchor memang sibuk, namun dia tahu bahawa suasana yang meriah dan pelanggan yang pelbagai menjadikan pekerjaan ini berbaloi. Sebab tips yang Dihya dapat untuk setiap minuman yang dia hidangkan menyara kehidupan harian. Walaupun tak banyak, boleh la untuk digunakan beli makanan buat alas perut dalam sehari tu.

Keadaan pub semakin meriah apabila jam menunjukkan hampir tengah malam. Dihya menguruskan beberapa pesanan dengan cekap sambil mata dan telinganya sentiasa peka dengan pelanggan di sekelilingnya. Dari sudut bar, dia memerhatikan bagaimana Alex, yang kini sedang memenuhkan gelas bir dengan sewaktu mulut itu ikut sibuk bercakap, berusaha untuk memeriahkan suasana di kalangan pelanggan.

Sekumpulan pemuzik tempatan yang sering bermain di pub itu sedang memulakan set list mereka yang kedua. Alunan muzik rock yang bertenaga memenuhi ke dalam ruang, menambahkan keceriaan dan kesibukan di dalam pub. 

Dihya memandang ke arah pentas sementara mereka memulakan lagu kegemaran ramai. Tenggelam seketika perhatian Dihya sewaktu mendengar muzik yang dimainkan oleh band itu.

Ketika dia kembali ke kaunter bar, Dihya melihat seorang lelaki baru yang sedang berdiri di sudut bar. Lelaki itu kelihatan agak terpencil dan tidak bergaul dengan pelanggan lain. Dia berpakaian formal dengan jas yang kemas, dan kelihatan seperti seorang profesional yang baru selesai daripada mesyuarat atau acara penting. Dihya, yang secara semulajadi peka terhadap pelanggan, memutuskan untuk mendekati lelaki tersebut.


"Selamat malam, encik. Apa yang boleh saya hidangkan untuk anda malam ini?" tanya Dihya dengan nada ramah.


Lelaki itu memandangnya dengan ekspresi sedikit keletihan. "Satu gelas wain merah, tolong. Dan mungkin sedikit maklumat tentang band yang bermain malam ini?"


Dihya tersenyum, menganggap bahawa lelaki itu mungkin baru sahaja selesai bekerja dan mencari cara untuk bersantai. "Sure why not. Band ini ialah 'The Vintage Echoes', mereka terkenal dengan persembahan rock klasik dan sering bermain di sini. Saya akan dapatkan wain anda."

Pelanggan lelaki itu memaling kepala ke arah persembahan band di hadapan pub.

Semasa Dihya menuju ke rak wain, dia melihat Ben sedang bergerak ke arah bar dengan wajah yang agak serius. Ben menghulurkan satu nota kepada Dihya.


Apa ni?Dihya mencapai nota itu lalu dibaca. Ianya adalah senarai pesanan. "Untuk siapa ni?"soal dia memandang Ben semula.


"Ini pesanan VIP dari meja di atas. Pastikan mereka dilayan dengan baik," kata Ben sambil menunjukkan ke arah bilik VIP di tingkat atas. "Seeloknya kamu ikutkan saja semua permintaan mereka. Sebab VIP malam ni bukan sebarangan orang."


Hatinya menjadi tidak enak. Bila Ben dah beri pesan macam ni, nampaknya pelanggan VIP mereka ini bukan yang menyenangkan. "Pelanggan yang sama hari tu ke?Yang belanja sampai beribu-ribu untuk satu malam tu?"


Ben melepaskan keluhan. "Ya...mereka."


Haih!Ikut sama seperti Ben, Dihya buat muka. "Saya ke yang kena pergi?"Dengarnya pelanggan lelaki VIP yang ini golongan yang liar.


"Yalah, kamu. Siapa lagi dekat sini?"

Masih memegang nota Ben, Dihya membaca butiran senarai pesanan minuman yang banyak di situ.


"Ingat pesan saya tadi. Ikutkan saja apa yang mereka minta. Kamu faham Dihya?"

Dihya mengangguk. Pesanan itu datang dari sekumpulan pelanggan penting yang sering menyumbang kepada hasil pub. Dia tahu kalau dia menolak tiada kebaikan yang datang kepada mereka selain masalah. Dengan pantas, Dihya menyediakan pesanan dan memanjat tangga ke tingkat atas.

Apabila dia tiba di bilik VIP, dia disambut oleh sekumpulan profesional berpengaruh, yang kelihatan sibuk berbincang. Mereka menatap Dihya seketika sebelum salah seorang daripada mereka, seorang wanita berambut perang dengan pakaian yang mendedahkan, menyambutnya.


"Ahh...datang pun. Kami memerlukan beberapa makanan ringan tambahan dan beberapa botol champagne." kata wanita itu dengan senyuman manis.

Dihya menyiapkan pesanan tersebut serta merta, memastikan bahawa setiap butir makanan dan minuman diletakkan dengan rapi. Namun ketika Dihya menunduk hendak meletakkan gelas atas meja, muncul satu tangan.


"Kenapa pelayan wanita dekat sini cantik-cantik belaka?"seorang pelanggan lelaki bercermin mata memegang pergelangan tangan Dihya. Lalu jari itu bergerak menggosok-gosok kulit dibahagian urat nadi Dihya. Senyuman nakal terukir di bibir itu.

Dengan perlahan mata Dihya pun turun ke jari jemari yang mencengkam tangannya sebelum naik memandang ke muka itu. Sentuhan lelaki itu tidak memberikan sebarang reaksi pada deria Dihya. Lelaki depan dia ni dah puas hidup sangat ke? Berani-berani sentuh orang tanpa kebenaran!?


"Apa kata kamu duduk di sini, temankan saya minum sekali?Saya akan berikan tips mahal pada kamu. You like money right?"lelaki itu menarik Dihya agar jatuh ke atas pangkuannya secara paksa. Renungan penuh maksud terarah pada Dihya.

Tenang dan seperti tidak terganggu dengan tindakan itu, Dihya balas tatapan itu untuk beberapa saat sebelum hos pub yang bertugas melayani pelanggan di situ merangkul lengan lelaki tersebut. Membatalkan niat Dihya yang asalnya tadi mahu menolak ajakan itu.

Mata Dihya terarah pada wajah dengan make up tebal itu.


"Encik... jangan la macam tu. Kalau encik nak dia layan encik, saya macam mana...."rajuk Sasha, wanita berambut perang keemasan dan dress tube ketat biru disamping pelanggan lelaki tersebut menegur. Host wanita pub ini.


"Lagi ramai lagi seronokkan?"pelanggan lelaki di sebelah kiri menyampuk. Mereka tertawa seakan semua itu hiburan untuk di tonton.


Sasha mengerling ke Dihya sebelum menarik tangan yang sedang memegang pergelangan tangan Dihya lalu dihinggap ke atas peha nya. Hish! Susah mereka kalau Dihya angkat tangan dekat sini!Sebelum apa-apa berlaku baik dia jauhkan lelaki ni dari Dihya. "Taknak la...saya nak encik layan saya seorang aje...ya?"manja-manja dia menggoda pelanggan di sebelahnya.

Hela nafas pendek lepas dari Dihya.


Memandangkan ini bukan kejadian pertama untuk Dihya, dia langsung tidak terkejut ataupun takut dengan pelanggan lelaki ini. Riak wajahnya tenang. Tapi di dalam kepala, hanya dia saja la yang tahu apa yang dia sedang fikirkan sekiranya pelanggan lelaki dihadapannya enggan melepaskan dia."Kalau begitu saya minta dulu. Nikmati malam anda dengan gembira."pamitnya dengan tundukkan kecil.

Pabila pelanggan tadi mengalihkan perhatiannya kepada Sasha, dalam diam Sasha melihat  langkah Dihya dari belakang. Lega kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku. Dihya ni pantang sikit kalau ada customer lelaki cuba menyentuh Dihya tanpa kebenaran Dihya. Biasanya mana-mana pelanggan yang menganggu Dihya akan dikerjakan dengan Dihya.

Dihya tiba di bar utama selepas turun dari tingkat atas tidak lama selepas itu. Alex kebetulan berada di belakang kaunter bertembung dengannya sewaktu baru sahaja selesai menghidangkan minuman kepada pelanggan.


"Kenapa dengan kau?"Alex perasan perubahan angin disekitar Dihya apabila rakannya itu berdiri di sebelah. Diam dingin seakan terganggu.


"Tak ada apa-apa."balas Dihya pendek.


"Iya ke tak ada apa-apa. Macam tak caya je."

Dihya pandang Alex dengan riak tidak berminatnya. 


"Kenapa kau pandang aku macam tu. Dah memang kau nampak tak okay."sengih Alex. "Kau nampak macam nak tumbuk seseorang.."dengusnya lucu apabila mendengar respon Dihya. "Aku kenal kau macam mana Dihya...apapun niat dalam kepala kau sekarang, baik kau simpan. Sebab kau tak mampu untuk bayar ganti rugi untuk tindakan kau tu nanti."dia berjalan ke arah sinki dan mencuci gelas yang mahu digunakan untuk menghidang air. 

Well....itu tadi. Bukan sekarang. Hatinya menggerutu geram. Dihya dekati rak botol minuman di situ sebelum bersandar padanya. Dan memerhatikan Alex di hadapan rak itu. Kalau Sasha tak masuk campur, mungkin sebotol champagne sudah hinggap atas kepala tu.


"Kalau kau nak keluar awal, pergi la. Biar aku cover kerja dekat sini..."Boleh Alex menghadap Dihya kemudiannya. Segelas air kosong berais disua kepada Dihya.

Dihya capai gelas itu lalu memandang Alex.


"Cheer up princess."senyum Alex hingga mata pun ikut tersenyum ketika dia buat begitu.

Sementara Dihya tidak membalas senyuman Alex. Dia berikan reaksi dingin agar Alex tidak terlalu selesa dengan dia. Kan lelaki ini ada perasaan suka pada dia. Jadi Dihya enggan lead Alex ke arah yang tak sepatutnya. Sebab dia memang tidak boleh balas perasaan Alex.

I did this chapter in rush, so probably have a lot of mistake and grammar errorr. Heheheh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience