(Saya dua kali demam denggi. Pertama kali sudah berdarah gusi, belum masa period saya period dlm jmlh yg bnyk dan platelet darah turun. Masa tu doktor dah standby nak msuk darah. Kalau salah maklumat mohon maaf. Mungkin bagi kanak-kanak situasinya berbeza dan lebih bahaya. Beginilah saya yang tidak banyak ilmu tapi suka nak menulis. Terima kasih baca cerita saya)
(Bab ni kalau pening baca dua tiga kali ye. Saya karang dua tiga kali tak blh lepas sangkutnya. Ayatnye mcm pelik kan dan berpusing-pusing)
@@@@@@@
May Rose tiada di rumah kerana ke Melbourne melihat ibunya yang kemalangan di sana. Jadi dia boleh sahaja bersegera pulang ke rumah dan mahu meminta maaf kepada Khaleeda.
Tapi turun dari kapal terbang tadi dia dan beberapa kakitangan yang terlibat harus ke pejabat dahulu. Menghantar beberapa alatan pejabat dan beberapa dokumen penting untuk tindakan lanjut kakitangan yang tinggal.
Oleh kerana dia sudah di kawasan pejabat ada seseorang dia harus segera berjumpa untuk meminta maaf atas kekhilafan dia dua minggu lepas.
Yusoff pergi kepada kakitangan perempuan isteri kepada lelaki bernama Khairul, yang entah apa hubungannya dengan Khaleeda sehingga dipercayai Khaleeda dan terpilih untuk mengaburi matanya daripada cerita sebenar.
Semalam, terlalu banyak cerita sedih tentang Khaleeda Yusoff baru tahu dari Hamizah. Khaleeda yang dia sangka anak manja yang tidak bersyukur. Rupanya anak yang terbiar tidak mendapat perhatian dan kasih sayang ibu bapa.
Khaleeda yang tidak diendah papa dan mamanya sejak bayi. Ditinggal di rumah pengasuh sehingga pernah berbulan tidak diambil.
Sebelum pulang ke rumah dia serasa mahu tahu serba sedikit apa cerita sebenarnya yang berlaku sepanjang tujuh tahun ini dari versi Khairul.
Dia yakin Khairul tahu banyak rahsia cerita tujuh tahun yang lalu.
Supaya tiada lagi kata-katanya yang akan menghiris hati kesayangannya.
Khaleeda tidak bersalah, Khaleeda sekadar berahsia banyak perkara.
"Macam mana kalau saya nak berurusan dengan suami akak?".
Yusoff cuak. Kakitangannya ini tahukah dia sudah memukul suaminya?.
"Hal perundangan ke Boss?"
"Ya... ya."
"Rasanya dia dekat office sekarang. Boss nak call ke nak jumpa? Kalau nak jumpa... office dia bangunan sebelah ni."
"Saya free sekarang. Rasanya jumpa lebih baik."
"Boss pergi bangunan sebelah ni. Tetuan Syed Mokhtar and Lim. Tingkat lima Boss."
"Nak saya call kan dulu ke Boss?".
"Tak apa. Saya uruskan sendiri. Terima kasih."
Nampaknya kakitangannya itu tidak tahu cerita di tandas lapangan terbang. Atau suaminya menceritakan tapi suaminya tidak tahu dia majikan isterinya.
@@@@@@@
Tiga hari lepas Miss May Rose menelefonnya memberitahu terpaksa terus terbang ke Melbourne selepas menerima panggilan kecemasan dari sana. Puan Kay kemalangan di Melbourne.
Jadi apabila malamnya Khalisya muntah, cirit-birit dan berdarah gusi dan apabila dibawa ke hospital Khalisya ditahan di wad kerana demam denggi, Khaleeda tidak memberitahu kepada majikannya yang baik hati itu.
Kerana Khaleeda tidak mahu menyusahkan hati Miss May Rose yang pastinya sedang dalam kerumitan menguruskan ibunya.
"Puan, kita dah dapat laporan dari makmal. Anak puan confirm demam denggi berdarah ye. Sebab tu gusi dan hidungnya berdarah."
"Dua minggu lepas saya dah buat ujian darah, doktor masa tu cakap demam viral biasa."
"Mungkin pada masa puan bawa, anak baru demam dan kuman denggi tu belum ada."
"Sekarang macam mana doktor?".
"Platelet darah anak puan turun dari paras normal."
"Maksudnya doktor?".
"Pendarahan mungkin akan berpanjangan selagi platelet darah tidak kembali ke paras normal."
"Apa saya patut buat doktor?."
Khaleeda takut, dia pernah dengar tentang demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Terutama kepada kanak-kanak.
"Kita mungkin terpaksa membuat pemindahan darah. Dia ditahap berisiko yang agak tinggi sekarang ni sebab dia budak lagi."
"Tak apa doktor boleh ambil darah saya."
"Saya boleh derma doktor."
"Kita tidak galakkan ibu bapa menderma darah kepada anak. Pendermaan darah ke waris terdekat termasuklah ibu bapa kepada anak boleh melemahkan sistem imun anak. Terjadinya alloimunisasi HLA kepada penerima darah dari keluarga terdekat ini akan menyebabkan mereka berisiko tinggi manghidap penyakit GVHD (graft versus host disease). Penyakit ini boleh membawa kepada kematian.
Untuk sesetengah kes di mana pesakit yg mempunyai darah yg jarang (rare) dijumpai tetapi hanya ahli keluarga terdekat sahaja yg mempunyai darah yang sama... semua produk darah yang hendak diberikan kepada keluarga terdekat itu harus diiridiasi (irradiated) terlebih dahulu bagi mengelakkan penyakit GVHD ini."
Khaleeda tercengang tapi mengangguk lambat-lambat. Tidak berapa faham kerana dia baru tahu maklumat yang baru doktor sampaikan.
Selama ini Khaleeda fikir pemindahan darah dari ibu bapa ke anak adalah yang paling baik.
Demam denggi berdarah. Itulah yang diberitahu doktor tiga hari yang lepas. Masih terngiang-ngiang lagi ditelinganya kerana dia sangat risau sekarang ini dengan tahap kesihatan Khalisya.
Subuh tadi Khaleeda cuba lagi menelefon Yusoff. Mahu memberitahu keadaan terkini Khalisya supaya lelaki itu tidak menyalahkan dia tidak menghantar berita tentang keadaan kesihatan Khalisya.
Tapi sama sahaja sejak dari malam semalam. Panggilan tidak bersambung. Tidak dapat menghubungi Yusoff, Khaleeda terpaksa juga menghantar pesanan kepada Miss May Rose.
Majikannya harus tahu keadaan Khalisya walaupun Khaleeda serba salah sebenarnya kerana Miss May Rose juga dalam waktu kecemasan menguruskan Puan Kay yang kemalangan.
Semoga Allah permudahkan urusannya menghadapi keadaan semua ini.
Tolong Ya Allah, Kasihanilah Khalisya.
@@@@@@@
Dia menunggu di dalam sebuah bilik yang mungkin disediakan khas untuk perbincangan antara peguam dan pelanggan.
"Assalamualaikum..."
Khairul masuk dan ucapan salamnya terhenti. Khairul terdiam begitu sahaja di muka pintu yang sudah tertutup daunnya.
"Waalaikummussalam Encik Khairul. Nama saya Yusoff dan saya datang dengan rasa rendah diri memohon maaf atas kekasaran yang saya dah buat."
Yusoff berbahasa formal dan menghulur tangan. Sesaat, dua saat tidak bersambut. Khairul kekal berdiri seperti dia juga. Merenungnya dengan wajah yang sinis.
"Saya mohon maaf. Saya tersilap."
Sekali lagi, juga Khairul tidak menjawab kata-katanya. Masih berdiri dan tiba-tiba mengeluarkan telefon bimbit dari kocek kerana berbunyi. Membaca sesuatu kemudian menyimpan semula.
"So... awak Boss isteri saya."
"Ya."
Yusoff rasa kakitangannya sudah menghantar pesanan memberitahu dia datang ke pejabat suaminya.
"Interesting... Wife saya pernah cerita Boss dia dah kahwin dan wife Boss dia orang putih."
Sambil bercakap Khairul menarik bangku di seberang meja di hadapannya lalu duduk. Yusoff meniru cara Khairul menarik bangku juga dan turut duduk.
"Ya."
"So dari mana awak tau saya dah berpisah dengan Khaleeda? Awak jumpa dia?".
Soal Khairul dan perkataan berpisah itu nadanya ditekankan.
"Ya saya jumpa dia. Hidup susah dan tidak mahu menceritakan apa-apa selain menuntut perpisahan."
"Bukan ke dia ada cerita pasal tuntutan fasakh tujuh tahun lepas?".
"Dia tak proceed ke?".
"Tidak."
"So... Awak dah ceraikan dia?".
"Tidak and sekarang... never ever."
Khairul tersenyum sinis sekali lagi. Mengejek mungkin. Bertabahlah Yusoff jika mahu lelaki di hadapannya ini membantu merungkai masalah.
"Awak cintakan dia?".
"Sepenuh hati dan jiwa saya."
Bergetar suara Yusoff mengungkapkan rahsia hatinya yang paling dalam selama ini.
"Nampak macam mudah sekarang tapi... awak pula dah nikah lain. Malang sungguh kisah cinta Khaleeda."
Ayat Khairul berhenti di situ lalu merenung wajahnya. Dalam hati Yusoff bertekad akan menyelesaikan semua kekalutan ini.
"Saya cintakan dia. Tapi pada masa dan ketika itu saya bukan sesiapa dan fikir saya tidak layak untuk duduk di samping dia."
"Tuan Hamdan pisahkan kami sebelum saya sempat beritahu perasaan saya pada Di".
"Walaupun selepas bapa dia dah ditahan polis."
"Lakonan awak dan Khaleeda terlalu meyakinkan. Saya terlalu sakit ditolak Khaleeda beberapa kali. Saya jadi putus asa untuk terus memujuk dia."
"Saya fikir memang betul awak teman lelaki yang menghamilkan dia dan kembali pada dia untuk bertanggungjawab."
"Dia merayu saya untuk berlakon begitu. Kali pertama kita berjumpa dan kali kedua juga."
"Hmm... untuk pengetahuan awak, dulu saya dah pujuk dia untuk kembali pada awak."
"Dia tak mahu. Dia nak awak berjaya sebab awak dah tolong jaga nama baik dia."
"Dia rasa bersalah dan terhutang budi dengan awak."
"Sebenarnya apa hubungan Encik Khairul dengan Di?. Kenapa dia sangat pecayakan awak."
"Saya sepupu dia tapi... hubungan keluargaan kami ada cerita yang panjang."
"Ibu bapa dia tiada tempat dalam keluarga kami. Satu masa dulu mereka yang memilih macam tu."
"Kalau awak fikir kami zalim teruskan dengan fikiran awak".
Yusoff datang ke sini untuk cerita dia dan Khaleeda sahaja. Tapi rasanya dia dapat mengagak maksud cerita Khairul jika dia ingat sikap mama dan papa Khaleeda.
"Kenapa dia sangat percayakan awak?."
"Di bukanlah percayakan saya. Dia terdesak dan tiada pilihan."
"Dia tersepit dengan tanggungjawab seorang anak dan perasaan dia pada awak."
"Dia fikir saya boleh tolong dia bebaskan mama dan papa dia."
"Watak saya lebih tiba-tiba spontan dari watak awak".
"Dia fikir saya boleh tolong dia bebaskan mama dan Papa dia".
"Saya bukan sesiapa pada Khaleeda."
"Saya tahu Di cintakan awak dan mahu awak berjaya."
"Pada masa dan ketika itu hanya cara itu saya mampu tolong dia".
"Kes mama dan papa Di?"
"Saya tak tolong. Di uruskan sendiri. Yang saya dengar ketika kes itu berjalan, Di guna Biro Bantuan Guaman."
Jadi betullah cerita tu, Khaleeda tidak berbohong.
"Saya tak faham kenapa Di tak nak terima saya."
"Dia nak awak pergi belajar. Itu yang dia beritahu saya masa saya pujuk dia untuk balik pada awak."
"Saya sudah beritahu dia saya boleh belajar separuh masa di Malaysia asal saja dia sanggup bermula dari kosong dengan saya."
"Dia takut dengan abang awak."
"Kenapa dengan abang saya?."
Apa jugalah Yunus sudah buat. Yunus memang berkeras melarang dia dari berhubungan lagi dengan Khaleeda selepas dihalau Tuan Hamdan dari rumah besar itu.
"Dia ugut Khaleeda, dia akan buat sesuatu pada Khaleeda jika sampai awak tolak tawaran ke Perancis."
Astaghfirullahalazim! Sampai hati Yunus.
Dia dulu tidak pernah masuk campur masalah perkahwinan Yunus dan Wati. Dia ikut sahaja rancangan Yunus untuk menyelesaikan masalah. Sampai tahap sanggup bekorban menikahi Khaleeda.
Tapi kenapa bila tiba cerita dia Yunus sanggup buat begitu. Yunus tahu dia sangat suka dan cintakan Khaleeda.
"Tapi... Khaleeda faham abang awak buat begitu kerana nak awak berjaya. Khaleeda sendiri pun nak tengok awak berjaya. Dia sayangkan awak."
"Sebab tu dia rahsiakan banyak benda dari awak termasuk baby tu."
"Baby tu... saya dah tau. Saya baru tahu cerita sebenarnya tentang baby tu."
"Saya berkahwin dengan Khaleeda kerana kandungan tu. Sebab cara perkahwinan kamilah buat saya selalu berperasangka buruk pada dia."
Kalaulah dia tahu sikap pelik Hamzah sepanjang dia tinggal menumpang di rumah lelaki itu kerana apa yang sudah Hamzah lakukan kepada Khaleeda pasti semua huru-hara perasaan ini tidak berlaku.
"Oh, sebab tu awak datang minta maaf dengan saya. Sebab Khaleeda dah cerita dengan awak."
"Buk..."
Perbualan mereka terhenti kerana Khairul menerima panggilan telefon.
"Ada ni. Belum balik lagi."
"..."
"Kejap".
Khairul hulurkan telefon tangannya kepada Yusoff.
"My wife nak cakap dengan awak."
Yusoff capai telefon tangan Khairul lalu ditekap ke telinga.
"Ya kak."
"Sorry Boss. Miss May kata banyak kali dia call Boss tak dapat. Encik Saadon baru bagitau saya handphone Boss rosak..."
Aduh, dia terlupa dia tiada telefon kerana terhempas petang semalam di expo. Segala urusan kerja dia sudah ada Encik Saadon yang akan mengatur.
Dia dan May pula bukanlah seperti pasangan normal yang lain. Mereka tidak akan bermasalah jika tidak dapat menghubungi satu sama lain dalam tempoh tertentu. Asal sahaja sudah tahu keluar atas urusan apa dan jangkaan pulang.
"Ya, telefon saya rosak belum sempat cari baru. Wife saya ada pesan apa-apa?".
"Ada Boss. Miss May suruh Boss pergi hospital yang Boss hantar Mommy dia dulu. Khalisya warded."
"Urgent ya Boss."
"Okay, okay... baik Kak. Terima kasih."
Yusoff terus berdiri. Menghulurkan kembali telefon bimbit Khairul. Bergegas mahu pergi.
"Encik Khairul saya minta diri dulu. Ada kecemasan. Anak Di warded."
"Okay, okay. Nanti kita jumpa lagi."
Yusoff hulur tangan, Khairul sambut dan mereka berjabat seketika. Buru-buru Yusoff keluar.
klw pening, picit kepala ye haha. dh tk tau nk olah ayat cm ne. tp dh terrr janji tkut kwn2 tk syg Sy plk huhu. tqvm sume kesygn
Share this novel
eh..ok ja....ayat ok. boleh faham.
hehehe....x pe, x pe, kami baca ulang kali nti