"SAYA TAK DAPAT balas perasaan kamu apatah lagi menerima kamu sebagai pasangan saya Dihya. Dan saya harap kamu faham tentang hal tu." nada dingin mendatar Zane itu kedengaran tajam.
"Saya faham tuan."angguk Dihya perlahan di sofa itu.
Sejurus mereka selesai makan malam, Zane minta untuk menyelesaikan isu yang timbul di antara mereka itu. Bagi memudahkan urusannya. Kerana Zane tidak suka menghadap hal yang remeh hingga ianya menjadi sukar untuk ditangani.
"Hapuskan saja perasaan suka kamu terhadap saya. Berhenti berharap. Sebab ianya hanya akan menyakiti kamu."lagipun dia tidak bersedia untuk menerima sesiapa dalam hidupnya sekarang ini. Zayden merenung riak mendung di wajah Dihya. Hatinya dipagut dengan perasaan asing yang sama sekali lagi. Dia benar-benar tidak suka dengan apa yang sedang di rasai sekarang ini.
Dihya membaca riak wajah Zane sewaktu lelaki itu beritahu. Kening itu mencerlung. Raut wajah pula kelihatan seakan lelaki itu sedang bergelut akan sesuatu. Sedangkan yang ditolak itu, perasaan dia, bukan Zane. Tapi kenapa Zane pula yang beriaksi seperti lelaki itu yang ditolak perasaannya. "Jadi saya tak dihalau la ni?"
Zane menjeling ke arah Dihya. Rahang lelaki itu berketik.
"Kamu nak sangat keluar dari sini ke?"
Dihya berdengus kecil. Dia berasa lucu dengan reaksi Zane itu. Tadi nampak macam orang sedang frust sekarang nampak seperti mahu merajuk pula. "Kalau saya tak dihalau tak apa la. Kalau saya dihalau terpaksa la saya mula cari kerja untuk bayar semula hutang saya pada tuan tu."
Zane pandang Dihya yang kelihatan bersahaja itu. Bolehnya gadis itu berlagak seakan tiada apa-apa berlaku sedangkan dia baru sahaja menyuruh gadis itu melupakan perasaan sukanya terhadap dia. Takkan hanya dia sahaja yang berasa serba salah di sini!?
BUNYI DENTINGAN loceng rumah menyentak lamunnya. Dihya pantas mengatur langkah ke arah pintu. Dan bila dia buka pengawal keselamatan sedang berdiri di situ dengan set meal dia.
"Awalnya sampai?" Dihya menjungkit kening terkejut. Biasanya makanan dia akan diberikan pada waktu tengah hari dan makan malam sahaja. Tak pernah pula datang seawal pagi begini.
"Tuan Kyren maklumkan pada saya tadi bahawa Tuan Zane akan balik awal untuk makan malam. Jadi set meal makan malam takkan dihantar memandangkan Cik Dihya akan masak sendiri. Untuk pastikan Cik Dihya makan dua set meal sehari, Tuan Zane arahkan untuk pastikan cik makan sarapan pada hari ini." jelas Easton Satu persatu seakan berhati-hati menyampaikan maklumat itu.
Dihya tersenyum tanpa sedar. Kadangkala dia berasa lucu dengan sikap misteri Zane ini. Sebentar tadi lelaki itu berkelakuan seakan enggan makan malam bersama. Sesaat kemudian beritahu akan makan malam bersama.
Apa sebenarnya yang ada di dalam kepala Zane ni? Kenapa lelaki itu seperti bermain tarik tali dengannya? Kata suruh dia hapuskan perasaan sukanya terhadap lelaki itu. Tapi lelaki itu yang berkelakuan seakan mahu buatkan dia semakin jatuh cinta padanya lebih lagi!
Dihya bingung. Fikirannya semakin bercelaru.
"Encik makan la."Untuk beberapa hari ini dia memang tiada selera. Jadi kalau dipaksa jugak perutnya boleh meragam. Lagipun dia tidak dapat merasa apa-apa dari makanan yang dia makan ini. Jadi tiada beza samaada dia makan ataupun tidak.
"Cik Dihya. Jangan la begini. Kalau cik terus menerus begini makin susah la saya nanti."rayu Easton.
Dihya tolak bekas makanan itu ke dada Easton dengn perlahan.
"Encik aje yang makan. Lagipun tak ada sesiapa akan tahu selain kita aje."desak Dihya benar-benar tidak mahu makan hidangan itu.
Kening Easton berkerut. Lelaki itu memandang wajah menung Dihya dengan perasaan tertanya-tanya. Sejak hari pertama sehingga sekarang. Dia masih tertanya-tanya dari mana ya dia pernah lihat Dihya. Perasaan familiar Selepas melihat wajah ini mengingatkan dia akan sesuatu. Tapi Easton tidak dapat mengingati apakah perkara itu. Yang mana benar-benar buatkan dia frust kerana tidak dapat ingat apakah hal itu.
"Encik, berapa lama encik dah bekerja dengan Tuan Zane?"soal Dihya memecah kesunyian di antara mereka di situ.
"Sejak Tuan Zane berusia 18 tahun lagi. Saya dah bekerja untuk beliau sejak tu."jawab Easton.
Dihya mengangguk-angguk."Lama tu. Sekarang umur encik dah berapa tahun?"
Untuk seketika Easton mendiamkan diri. Dia sendiri sudah ingat lupa. "Sekarang saya dah 42 tahun."
Dihya mengedipkan mata sebaik mendengarnya. Easton sudah seusia dengan ibunya yang hilang. Entah apa agaknya khabar orang tuanya itu. Tidak semena-mena dia teringatkan mereka. Semoga mereka berdua tidak terlibat dengan hal yang melibatkan dia. Dihya sudah naik muak dan serik menghadap masalah yang di timbulkan oleh ibu bapanya itu.
"Kalau macam tu, encik tahu apa yang Tuan Zane suka dan tak suka makan?"
MEMANG BENAR dia yang membawa Dihya ke dalam kehidupannya, tapi kenapa dia tak boleh nak hapuskan perasaan tidak enak yang sedang menghurung hatinya. Seakan memberitahu dia ada yang tidak baik akan terjadi.
"Tuan Zane, "
Zane termenung di hadapan pintu lif itu. Fokusnya tidak terarah pada kerja. Keningnya juga mencerlung.
"Berkenaan dengan event sepanjang minggu ini, tuan akan hadiri perjumpaan dengan pelabur utama dari Syarikat W. Setelah itu ada meeting dengan badan lembaga pengarah, tengah hari kemudian tuan akan-" Kyren berhenti bercakap selepas menyedari apa yang disampaikan sejak tadi tidak di hiraukan oleh Zane. "Kenapa tuan? Ada sesuatu telah berlaku ke?"
"Chief Kyren,"
"Ya tuan..."
"Pernah ke kamu rasa patah hati?"Zane masih termenung memandang pintu lif.
"Ya? "Kyren terkebil-kebil kebingungan. Kenapa tiba-tiba aje Zane buat personal conversation dengan dia?" Apa maksud tuan?"
"Seperti yang kamu tahu, saya tak pernah jatuh cinta apalagi bercinta. Jadi saya tak tahu apa itu perasaan patah hati." jelas Zane. Dia hanya tertanya-tanya bagaimana perasaan patah hati tu? Sakit ke? Kalau sakit, Dihya takkan apa-apakan?
Kyren berdengus kecil. Dia menoleh ke arah Zane. Jarang sungguh Zane bertanya soal hati dan perasaan. Biasanya Zane tidak pernah ambil kisah mengenai perasaan sesiapa. Kerana lelaki itu terkenal dengan sikap hati batunya.
"Biasanya 9 di antara 10 orang akan hilang kewarasan selepas mereka patah hati, tapi akan kembali pada normal semula seiring dengan masa yang berlalu."beritahu Kyren.
"Bagaimana dengan yang selebihnya?"soal Zane berpaling memandang Kyren di sebelah.
Pintu lif terbuka. Zane dan Kyren berjalan keluar dari situ lantas mengatur langkah ke arah pejabat.
"Saya tak rasa mereka hilang kawalan. Tapi sebaliknya. Mereka akan memendam perasaan mereka dengan rela tanpa mengatakannya secara terang-terangan."tambah Kyren lagi." Dan ianya tak apa-apa untuk berasa begitu."
Zane menarik nafas dalam-dalam. Dadanya yang sesak sejak kelmarin masih belum reda lagi dari sebunya. Lalu hela nafas di lepas panjang.
"Ada ke orang macam tu,"
"Apa yang tuan-"
"Di mana bila dia patah hati tapi tak tahu yang sebenarnya dia sedang patah hati?"ujar Zane separa berbisik sewaktu memandang ke depan.
Share this novel