39

Other Series 56144

SETELAH mendapatkan alamat rumah Eirfan melalui Edri, laju saja Soraya memecut keretanya ke sana. Pada mulanya, sukar untuk dia mendapatkan alamat rumah Eirfan kerana Edri enggan bekerjasama. Namun setelah berkali-kali dipujuk, dirayu, akhirnya Edri tumpas juga. Dan dia senyum kemenangan kerana cita-citanya bakal tergapai.

Dia yakin, dia bisa merebut cinta Eirfan. Masakan Eirfan mampu bertahan dengan wanita seperti itu. Eirfankan lelaki, pasti saja dia membutuhkan belaian seorang perempuan. Dan dia yakin Natrah tidak memberikannya itu.

Setelah mengetuk pintu rumah berkali-kali, akhirnya terjegul juga wajah pucat Natrah di balik pintu. Dia pandang Natrah dari atas hingga ke bawah. Penampilannya tampak selekeh. Perutnya juga sudah semakin membesar. Takde seri langsung! Huuhh!! Cemuhnya dalam hati.

"Ya? Cari siapa ye?" Natrah mengerut dahi. Dia fikirkan Nabihah yang mengetuk pintu tadi. Barusan juga, Nabihah keluar untuk menjemput Ayish di tabika. Dia sangkakan Nabihah terlupa sesuatu makanya dia kembali. Namun sangkaannya meleset sama sekali.

Yang berdiri di hadapannya saat ini adalah seorang gadis cantik dan tampak anggun sedang tersenyum hambar padanya. Dia seperti mengenali wajah itu. Namun otaknya tidak bisa mencerna gerangan gadis itu.

"Eirfan ada?"

Sengaja Soraya bertanya padahal dia tahu Eirfan ada di bengkel. Dia baru saja pulang dari sana untuk mengintip keberadaan Eirfan.

Kerutan di dahi Natrah jelas kelihatan. Kenapa dia cari suami aku?

"Ohh if only you wonder..."

Soraya menyerahkan sekeping kad kepada Natrah.

"Aina Soraya Tan Sri Khalil"

"Yupp, that's me!" Soraya tersengih.

"Kenapa nak cari suami saya?"

"Hmmm.."Soraya berdehem sebelum menyambung bicara. "Let me straight to the point. Saya datang sini bukan nak cari gaduh. Bukan nak bermusuh. Tapi saya datang sebab nak bagitau yang saya cintakan Eirfan. Dan saya tak naklah jadi macam dalam drama Melayu yang always ada penyondol because I don't want to be one!"

Nafas ditarik panjang. Natrah mengucap dalam hati. Ya Allah, dugaan apa ni?! Dia benar-benar tidak menyangka wanita secantik Soraya seberaninya mendepaninya dan menyatakan perasaan terhadap suaminya.

"So let me tell you. Saya nak jadi isteri kedua Eirfan, itu pun dengan restu awak. Saya tahu, awak berduka dengan apa yang dah jadi pada diri awak dan arwah Ehsan. But trust me, Eirfan needs someone who understands him. And that could be me! Awak tak boleh nak faham dia..."

"Stop!!" Laju Natrah mencantas. Dia tak mahu mendengar apa-apa lagi dari bibir wanita itu. Dia penat. Pagi tadi saja sudah cukup dia makan hati dengan luahan Eirfan. Dan kini masakan dia mahu mendengar lagi pengakuan jujur dari seorang wanita yang tidak pernah dia kenali. Gila!! Semua ini gila!

"Saya tak nak dengar apa-apa. Tolong balik sekarang" Natrah sedaya-upaya menahan amarah dalam jiwa. Rasa nak pecah dalam dadanya dengan semua kejadian yang terlalu mendadak ini.

"Tapi awak kena tahu..."

"Saya tak nak ambik tahu! Balik sekarang. Kalau tak, saya tibai awak dengan penyapu!!" Natrah mulai mengugut. Jika Soraya berani macam-macam, dia tidak akan tinggal diam. Dia bukan perempuan yang lemah. Soraya menyerang, dia membalas.

"Fine!"

Akhirnya Soraya mengalah. Bimbang juga hatinya sekiranya Natrah benar-benar memukulnya dengan penyapu.

"Saya akan balik. Tapi saya pasti akan datang balik untuk selesaikan hal ni. Ingat ye Natrah? Awak tak boleh selamanya melarikan diri dari saya atau dari kenyataan!"

"Blah lahh!!"

Natrah separuh meracau. Seksa rasa jiwa dan hati dengan kedatangan Soraya itu. Pelbagai persoalan mulai bermain di minda. Namun dia tidak akan tunduk saja. Dia akan bersemuka dengan Eirfan mengenai perkara ini.

"EIRFAN!"

Satu suara garau memanggilnya dari arah belakang. Dalam kesibukannya membaiki kereta, dia sempatkan diri menoleh dan terkesima dengan kehadiran insan itu.

Agaknya sudah berjuta batu dia melarikan diri dari insan itu. Dia ingin melupakan segalanya dan tak ingin berurusan dengan mereka lagi. Semua yang telah berlaku sungguh mencarik hatinya yang sedia bernanah. Namun kini tak diduga insan itu sedang berdiri di hadapannya sambil memanggil namanya.

Wajah Datuk Elias tampak pucat saja. Garis-garis kedutan mulai menghiasi dahinya. Tapi tetap saja ketampanan wajah itu menyerlah dalam bengisnya wajah yang dipamerkan.

"I was looking for you a while ago. And here you are..my boy"

Tubuh Eirfan lantas dirakul. Serta-merta air matanya turun ke pipi. Sungguh, pertemuan ini yang dia rindukan. Tak terucap rasa syukur tersebut.

Perubahan sikap Datuk Elias sungguh memeranjatkan Eirfan. Beberapa bulan yang lalu, wajah itu yang memandangnya penuh kebencian. Wajah itu seakan tak ingin menatapnya. Namun sekarang, semuanya sudah berubah.

Dia dipeluk dengan penuh kerinduan oleh seorang insan yang paling dirinduinya. Itulah antara doanya setiap kali usai solat. Berharap agar kehadirannya dihargai oleh lelaki tua itu.

"Kenapa nampak kurus sangat ni? Eirfan okey saja kan?"

Tanya Datuk Elias seusai melepaskan pelukan.

Eirfan mengangguk perlahan. Dia berasa janggal dengan situasi itu. Seumur hidupnya, itulah kali pertama dia dilayan seperti seorang anak.

"Baguslah. I'm so happy for you"

Kali ini, Eirfan mengangguk lagi.

"Your own business?"

"Ye Datuk" jawab Eirfan penuh protokol.

Laju Datuk Elias menoleh. Dia mengerut dahi. "Stop calling me that! Panggil daddy. After all, I am your dad"

"Saya tak faham. Kenapa..."

"Shall we talk? Over a tea?"

SUASANA di kedai makan Inang Ian tampak lenggang hari itu. Barangkali sudah lewat waktu makan tengah hari, makanya tidak banyak yang bertandang.

Lagipula, kedai Inang Ian bukanlah sebesar kedai makan di bandar. Kedai makan dalam kampung saja, almaklumlah! Pelanggan pun hanya orang-orang kampung atau pemandu-pemandu lori yang singgah untuk mengisi perut. Kedai Inang Ian pun di tepi jalan saja. Senanglah sesiapa yang nak singgah.

"Aikk, angin apa pula yang datang ni kau tiba-tiba makan sini? Biasanya bawak bekal, tak pun balik rumah makan" tegur Rosdi, anak Inang Ian.

Jarang sungguh dia nampak Eirfan makan di kedainya. Eirfan biasanya akan bawa bekal, tak pun balik ke rumahnya.

"Ohh saja tukar angin" sahut Eirfan dengan senyuman tersungging di wajah.

"Siapa yang kau bawak ni Fan?"

"Ohhh dia..."

"Saya ayah dia" Laju saja Datuk Elias memperkenalkan diri. Dia tahu Eirfan pasti berasa janggal untuk memperkenalkan dirinya dengan orang lain.

"Ayah? Tak tahu pulak Eirfan ada ayah. Dah order ke pak cik? Eirfan?"

Datuk Elias dan Eirfan sama-sama mengangguk. Rosdi kembali ke dapur kerana ingin memberi ruang kepada dua beranak itu.

"Natrah sihat?"

"Alhamdulillah, sihat"

"Baguslah" Datuk Elias hilang idea untuk berbicara. Mereka seperti dua orang asing yang baru saja berkenalan.

"Saya ada kerja ni. Ada 2 3 buah lagi kereta yang saya kena baiki. Datuk minumlah ye? Nanti order dah sampai, letak je bil atas nama saya"

Eirfan berkira-kira hendak pamit namun suara lirih Datuk Elias mematikan langkahnya.

"Daddy mintak maaf!"

Badan Eirfan kaku. Minta maaf? Adakah dia salah dengar? Atau Datuk Elias sudah hilang akal?

"Daddy tahu banyak dosa daddy pada kamu, pada Natrah. Dan pada arwah ibu kamu. Atilia"

Mendengarkan saja nama ibunya diseru, hati Eirfan berkocak hebat.

"Daddy tak adil pada kamu. Daddy berat sebelah. Daddy buang kamu padahal kamulah anak daddy yang pertama. Kamulah anak yang bagi daddy gelaran 'bapa'. Kamulah yang buat daddy merasa pikul tanggungjawab sebagai seorang bapa. Tapi daddy buang kamu. Daddy abaikan kamu"

Terdengar esakan kecil di hujung bicara lelaki tua itu. Entah berapa kali harus dia nyatakan rasa penyesalan tersebut.

"Daddy tak jaga kamu dengan baik. Kamu hilang kasih sayang seorang ibu, dan daddy jugak buat kamu hilang kasih sayang seorang bapa. Daddy tahu kamu sendirian, kamu susah selama ni. Tapi daddy buat tak tahu. Sukar untuk daddy nyatakan tapi daddy ni lah yang pernah benci kamu. Benci anak daddy sendiri"

Dalam kepayahan berbicara, empangannya pecah juga. Berguguran air mata di pipi tua itu. Jika Eirfan tak sudi menerimanya, dia boleh memahami itu. Asalkan Eirfan mahu memaafkannya, itu sudah lebih dari cukup.

"Daddy datang sebab nak tebus balik dosa-dosa daddy pada kamu. Daddy tak harap kamu akan terima daddy sebab daddy sedar, banyak sangat dosa daddy pada kamu. Tapi daddy cuma berharap kamu sudi maafkan daddy, maafkan mummy dan maafkan arwah Ehsan"

"Datuk!" Eirfan menoleh kembali. Dia lihat daddynya sedang menangis sambil berlutut di hadapannya. Hatinya pula disayat-sayat tatkala melihat keinsafan itu di hadapan matanya. Dia sudah lama memaafkan mereka namun untuk menerima mereka kembali, dia perlu waktu.

"Bangun Datuk! Tak baik berlutut di hadapan seorang anak" Eirfan membantu Datuk Elias untuk berdiri.

"Kamu maafkan daddy?"

"Saya dah lama maafkan Datuk sekeluarga. Tapi saya belum dapat menerima apa yang telah berlaku. Saya harap Datuk boleh faham itu"

"Kamu dah maafkan daddy pun, daddy dah cukup bersyukur! Thanks Eirfan!"

"Sebelum tu, daddy ada nak bagi sesuatu..."

Datuk Elias mengeluarkan sesuatu dari dalam beg kecilnya. Sekeping envelop diserahkan kepada Eirfan.

"Ini dari arwah Ehsan"

Eirfan pandang daddynya.

"Surat. Daddy tak baca pun surat tu. Tapi ada tertulis nama kamu. Kamu bacalah. Barangkali ada yang ingin disampaikan oleh arwah pada kamu"

Lama Eirfan merenung surat tersebut. Apakah isi kandungannya?

SETELAH membaca surat tersebut, helaan nafas Eirfan kedengaran berat dan panjang. Dia tak pernah menyangka secemburu itu arwah Ehsan terhadapnya.

Dia sangkakan, Ehsanlah manusia yang paling bertuah kerana disayangi oleh kedua orang tua. Sedangkan dia masih bertatih mencari kasih sayang dari orang yang sama. Namun dia silap. Usai membaca surat tersebut, baru kini dia sedar rupa-rupanya dialah insan yang paling beruntung sekali.

Segala dendam dan amarahnya pada Ehsan sudah lama dia buang jauh-jauh. Dia tak mahu terus berdendam dengan insan yang sudah tiada. Dia tahu, semua yang berlaku adalah kehendak takdir dari Allah Yang Maha Esa. Siapalah dia untuk terus berdendam dan menidakkan semua itu?

"Siapa Soraya?"

Pertanyaan dari Natrah mengembalikan dia ke alam nyata. Kaget betul dia dengan soalan tersebut. Soraya? Bagaiman Natrah mengetahui tentang Soraya?

"Maksudnya? Hubby tak faham"

"Tak perlu nak berpura-pura Eirfan!"

"Natrah!!" Tersentap dengan perubahan sikap Natrah sebegitu, laju saja dia menjeling isterinya.

"Jujurlah! Siapa Soraya?"

"Bukan siapa-siapa!"

"Tipu!"

"Hubby tak tipu. Soraya tu bekas tunang arwah Ehsan. Lepas dia putus tunang dengan Ehsan, dia cari Hubby. Dan Ehsan berdendam dengan Hubby sebabkan perkara tu. Hubby dah bagitau Love dulu kan? Siapa Soraya dan apa kaitannya dengan Hubby. Tak ingat?"

Natrah diam. Seingat dia, dia tak pernah bersua muka dengan Soraya sebelum ini. Tapi dia seperti pernah nampak wajah itu, cuma dia tak ingat di mana.

"Love.."

"Jangan sentuh saya!" Natrah menepis tangan Eirfan yang memaut lengannya.

Eirfan kaget.

"Saya benci Soraya. Tapi saya lebih benci awak. Awak nak kawen dengan dia? Dia cakap, dia nak jadi isteri kedua awak sebab saya tak mampu beri bahagia pada awak. Dan saya tahu yang awak pun dah menyampah dengan saya kan? Sebab saya tak pernah beri awak layanan zahir dan batin selama kita kawen. So kalau awak nak kawen dengan dia, saya izinkan. Tapi lepaskan saya!"

Natrah teresak-esak saat meluahkan semua itu. Perit hatinya hanya Allah saja yang tahu. Dia sedar, dia bukanlah isteri yang baik untuk Eirfan. Dia tak memahami Eirfan. Dia tak layak untuk Eirfan. Dia bukan perempuan yang suci! Dia dah dikotori sebelum sempat Eirfan menyentuhnya.

Dia jijik dengan dirinya sendiri. Dia penat dengan semua ini.

"Love.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience