Bab 5:Jerit Dalam Diam

Action Completed 149

KRINGGGGG!! Lonceng sekolah berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan. Murid-murid berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing, tidak sabar untuk pulang ke rumah. Faiq pula berjalan seiringan dengan Uwaisy. Semasa dalam perjalanan ke pintu pagar sekolah, kelihatan satu susuk badan sedang memerhati Faiq dari jauh.

"Tidak mengapa, Faiq. Hari ini mungkin engkau terlepas. Engkau tunggu, sekejap lagi masa engkau akan tiba," kata hati Idzlan sambil menahan geram terhadap Faiq.

Faiq yang perasan dirinya diperhatikan oleh Idzlan dari jauh hanya bereaksi tenang sahaja.

"Engkau fikir aku takut dengan engkau? Eh, ini Faiq Furqan lah," kata hati Faiq.

"Eh, Faiq, hari Sabtu ini engkau lapang atau tidak?" tegur Uwaisy.

"Ermm, lapang sahaja. Kenapa?" balas Faiq.

"Tidak ada apa-apa. Aku ingat mahu ajak engkau dan keluarga engkau datang ke rumah aku. Ada makan-makan," kata Uwaisy.

"Keluarga aku pergi outstation lah. Ermm, baiklah, jumpa nanti," balas Faiq.

Seperti kebiasaan, Pak Tam akan menunggu kepulangan Faiq di hadapan pintu pagar sekolah. Lantas sahaja Faiq memasuki ke dalam kereta tersebut.

"Ha, Faiq, bagaimana sekolah hari ini? Okey atau tidak?" tanya Pak Tam.

"Eh, Pak Tam, jangan hendak sibuk hal saya boleh atau tidak? Bawa sahajalah kereta itu. Dasar pemandu tidak sedar diri," jawab Faiq dengan biadab.

Setelah 15 minit perjalanan dari sekolah, akhirnya Faiq sampai ke rumah juga. Pak Tam membunyikan hon kereta tersebut. Mak Minah yang sedang menghidangkan makanan terus bergegas ke hadapan untuk membuka pintu.

"Eh, mengapa lambat sangat engkau buka pintu ini, ha?" jerkah Faiq dengan kuat.

"Fa... Fa... Faiq mahu makan? Itu Mak Minah sudah hidangkan makanan," kata Mak Minah dengan lembut.

Mak Minah sudah terbiasa dengan perangai Faiq yang sebegitu. Faiq berubah 360 darjah atas satu peristiwa yang telah berlaku empat tahun lepas.

"Aku kalau mahu makan, aku boleh turun sendiri," kata Faiq. Lalu Faiq menaiki tangga menuju ke arah biliknya. Sesampai sahaja di biliknya, Faiq terus mencampakkan beg di tepi katil lalu rebah di atas katil tanpa sempat membersihkan diri dan akhirnya Faiq tertidur.

"Abang... Abang... Tolonglah jangan pergi. Jangan tinggalkan Faiq, abang!!" rayu Faiq sambil menangis dan memeluk abangnya.

"Umi dan Abi sudah halau abang, Faiq. Abang kena pergi, Faiq. Faiq sayang, ingat pesan abang, ya. Jaga hati Umi dan Abi. Jangan conteng arang pada muka mereka," kata Amir sambil memegang beg pakaiannya. Sungguh, hatinya amat berat untuk meninggalkan satu-satunya adik kesayangannya.

"ENGKAU TERCEGAT APA LAGI DI SITU? ENGKAU KELUAR DARI SINI SEKARANG!! MULAI PADA HARI INI AKU TIDAK ADA ANAK YANG BERNAMA AMIR FURQAN!" jerit Abi dengan marah sekali.

"ABANG!!" jerit Ummi. Ummi sudah kehilangan kata-kata, hanya tangisan kedengaran.

"ABI!! SAMPAI HATI ABI CAKAP MACAM ITU. ABANG, TOLONGLAH JANGAN PERGI. JANGAN TINGGALKAN ADIK," rayu Faiq sambil memeluk abangnya.

"Mak Minah, bawa Faiq naik masuk ke dalam bilik sekarang!!" perintah Abi.

"Baik, tuan," kata Mak Minah sambil menarik Faiq.

"ABANG... ABANG... TOLONG JANGAN TINGGALKAN FAIQ!" jerit Faiq.

Mak Minah yang sedang berada di dapur terdengar jeritan Faiq lalu segera ke bilik Faiq.

"Ya Allah, Faiq, bangun nak," kata Mak Minah sambil menepuk-nepuk pipi Faiq.

"ABANGGGGG," jerit Faiq lalu dia tersedar daripada mimpinya. Terus sahaja dia mengusap dadanya.

"Engkau buat apa di sini, ha?" tanya Faiq.

"Tadi Mak Minah di dapur terdengar jeritan Faiq. Mak Minah pun pergi ke bilik Faiq. Takut kalau terjadi apa-apa," jelas Mak Minah.

"Ha, okey lah. Sudah, pergi sana. Tutup pintu," kata Faiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience