BAB 4

Romance Series 11812

"BAJU ni je ke yang budak wardrobe pilih? Aduhai, tak banyak pilihan pula. Hmm... nak pakai yang mana, dulu ni?" Soal Zulaika Imani jari telunjuk mengetuk-ngetuk dagu.

Kemudian dengan tak semena-mena laju saja dia palingkan mukanya ke belakang. Tiada pula sebarang benda yang mencurigakan.

"Tapi tadi?" Soalnya seperti sedang berfikir. Kemudian dia tergeleng-geleng menidakkan segala prasangka yang mulai membenih.

Kali ini, tangan yang terjulur dari selakkan kecil tirai khemah wardrobe mematikan flashlight serta volume.

Gambar agak gelap namun tidak mengapa asalkan dia dapat membidik gambar pujaan hati.

Zulaika Imani menanggalkan baju yang sedang dipakai bermula dari mengangkat baju body. Lalu membuka seluar Jeans fit nya pula.

Kini yang ada di tubuh itu, hanyalah pakaian dalam. Makin banyak bidikan yang tangan misteri itu tangkapkan.

Setelah selesai. Dan Zulaika Imani yang juga dalam persalinan untuk penggambaran pun ingin berpusing tubuh ke arah tirai.

Dengan pantas, tangan yang memegang telefon pintar itu dibawa tarik keluar. Berlari ke tempat asal. Dia selalu bernasib baik kerana tidak ada orang mengesyaki dia lagi.

"Meminta...pada yang ada...merajuk dan bermanja pada yang kasih. Kau bagi ku satu harapan oh...
Di bawah...rimbun kasih mu.Terukir cita cita. Warna beribu
Kau harapanku.Kau segalanya oh..."

Sambil menyelak tirai lalu memandang sekeliling. Bibir itu melafazkan lagu-lagu yang menjadi kegemarannya. Langkah dibuka untuk ke meja solekan pula.

"Selagi ada...bintang dan bulan. Selagi mentari, memberikan sinaran..." Ungkapnya makin nyaring.

Tanpa sedar suara nyanyian Zulaika Imani, sedang dirakam oleh si pemuja rahsia yang buat tika itu, hanya mampu memujanya dari jauh.

Sungguh, dia memang insan yang bernasib baik kerana seringkali dapat merakam dan membidik setiap tingkah si pujaan hatinya itu.

"You! Cepat sikit jalan tu. Abam Ezad dah nak shooting. Dia minta I mekapkan you dalam dua puluh minit je. Cepat. Cepat!" Suara kepit Didi Elias menjerit dengan tangan terliuk-lentuknya mengipas dada yang berhaba sudah.

"Okay. Okay..." Sahut Zulaika Imani terkocoh-kocoh membuka langkah luasnya ke kerusi. Duduk-duduk saja, muka itu terus ditempekkan dengan bedak kompek tanpa perlu foundation.

Muka Zulaika Imani licin semulajadi. Mekap pun menjadi mudah dan cepat.

"Nyah, kalau iya pun kau nak pantas. Lembutlah sikit tepek-tepek kau, nok," tegur Zulaika Imani.

"Maaf lah nok. Mak bukannya apa. Mak takut abam tu bising-bising ja. Mak bukannya boleh dijerkah-jerkah you... semput mak datang nanti, ha. Siapa yang susah? Abam ...jugak," ujar Didi Elias lalu memilih pemerah pipi pula.

Memandangkan scene ini nanti lebih kepada suasana kasual. Jadi pemilihan warna-warna tanah yang sesuai.

"Nok, nak tanya sikit boleh tak?"

"Hah, apa dia?"

"Tak tau lah nak mula dari mana tapikan lately ni I rasa macam ada some one memerhatikan I lah."

"Hmm... biasa lah tu. Tak wartawan. Paparazzi lah apa lagi. Kau ingat di Malaysia ni tak ada ke paparazzi, nok..."

"I tahu tentang itu. Tapi yang ni, lebih lagi," sahut Zulaika Imani sambil menutup mata pabila Didi Elias ingin menyapu maskara pula ke bulu mata yang asli lentiknya itu.

Zulaika Imani di ketika itu sedang berpeluk tubuh.

"Maksud kau,nok apa? Lebih tang mananya pula?" Soal Didi Elias sambil mata masih lagi ralit merenung ke arah bulu mata.

"I tak pasti. Tapikan...actually dah hampir sebulan I terima surat tanpa nama berisi madah pujangga. Kata-kata cinta yang puitis sungguh... kalau I compile kan kesemua madah-madah yang I terima tu kan, you. Boleh jadi sebuah buku puisi kut."

"Hah?" Soal Didi Elias terkejut. Zulaika Imani terus membuka mata bila dia tahu sapuan sudah selesai.

Ternyata benar telahannya. Maskara masih lagi di dada Didi Elias. Tukang mekap mereka yang ini memang sejenis yang tidak boleh mendengar cerita mengejut.

Begitulah keadaan dia. Tangan ke dada. Muka terpinga-pinga sambil mulut melopong. Zulaika Imani memang dah biasa sangat dengan fiil sebegitu.

"Tak apa. Let me finish my work dulu. After you habis shooting you tunjukkan pada I surat-surat itu. Ada bawa tak?" Soal Didi Elias lalu menyapu lip gloss pula ke dua ulas bibir Zulaika Imani yang menjadi pujaan X.

"Ada. Ada. Okay?" Soal Zulaika Imani pabila Ezad direktor sudah tercegat sambil bercekak pinggang.

Di sebelahnya pula, ada Damien dengan Afiq sudah merenung ke arah dirinya.

"Done. Done," ujar Didi Elias lalu terkipas-kipas. Panas pula hari itu.

Dia mendongak ke atas. Walau mereka duduk di dalam khemah tetapi di situ kawasan open, jadinya suhu panas tetap boleh memanaskan tubuh mereka semua.

Zulaika Imani berjalan dengan laju menuju ke tempat penggambaran telemovie yang bakal ditayangkan di slot cerekawara tidak lama saja lagi.

"Ok, dengar sini guys. Untuk scene pergaduhan di shoot minit ke empat puluh lima, abang akan minta Afiq jadi stuntman sebabnya pelakon aksi kita tak dapat pulak...last minit call pula tu. Mana abang nak cari kan? Alang-alang abang fikir si Afiq ni pun pernah berlakon aksi juga. So, abang fikir baik diteruskan saja dengan Afiq nama pun runman kan..."

Dengan penuh dedikasi Ezad direktor memberikan arahannya. Terangguk-angguk mereka bertiga sebelum Damien dengan Zulaika Imani ke lokasi yang sudah di tetapkan bagi babak yang dimulakan selepas memberi arahan.

"Okay, semua. Ready for take. Counting from four...three...two...one and...action!" Arah Ezad direktor.

Kemudian diikuti pula clip girl sebelum dia berlari. Para jurukamera yang berada di landasan mulai bergerak mengekori pasangan yang sudah mulai lakonan mereka.

Ezad pula memerhati pasangan itu dari dalam televisyen kecil di depannya itu.

Herot-herot mulutnya memerhati serta menghayati lakonan Zulaika Imani dengan Damien Mikhael Tan Sri Arsyad Chong.

Begitu jugalah dengan Afiq. Dalam masa sama, dia juga berdebaran.

Memandangkan dia sudah lama tak menjayakan stunt dalam produksi. Asyik sibuk dengan wardrobe dan runman saja.

Dan bila Ezad direktor meminta pertolongannya. Dia berfikir, bukankah itu satu peluang keemasan untuk mengasah semula bakatnya itu.

"Afiq, ready for your take!" Arah Ezad direktor. Afiq mengangguk seraya bergerak ke lokasi untuk babak seterusnya.

Kali ini, babak untuk Damien seorang. Di mana dia perlu berlawan dengan ahli kongsi gelap. Afiq akan di panggil scene rakaman jauh serta membagi belakang. Damien standby untuk take seterusnya.

Damien di dalam diam mengakui kehebatan Afiq dalam seni mempertahankan diri. Lincah serta tangkas dalam menundukkan lawannya biar pun sekadar lakonan.

Belum lagi aksi di mana nanti Damien ditolak dari atas rooftop apartment. Sekiranya stuntman tidak dapat datang juga esok hari. Sudah pastilah Ezad direktor menggunakan khidmat Afiq.

'Atau perlu ke kali ini? Aku pula buat sendiri? Bukan tak ada pelakon buat aksi sendiri kan? Tak apa wrap nanti nak try tanya.' Desis hati Damien.

Sesekali matanya dan mata Zulaika Imani dari meja solek bertemu sambil tersenyum.

Manakala tukang mekap pula ralit membaca setiap surat yang bermadah pujangga dari peminat misteri Zulaika Imani.

"Puitis sungguhlah!" Tegur Didi Elias seraya menghulurkan kembali kesemua surat yang tamat dia baca itu.

"Kau tak rasa seram ke?"

"Seram apanya, nok... berbunga-bunga cinta adalah. Alah, biarlah you takat hantaq surat cinta apa ada hal..." Sangkal Didi Elias tetap berfikir positif.

Maklumlah Zulaika Imani kan artis. Ramailah peminat dia. Tak kiralah, rahsia ke tak.

"Tak creepy you kata. Kejap... I sent you one message from one unknown number that phone I dapat malam semalam."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience