BJM - BAB 3 - KEJAM

Romance Series 28652

"Tolong bertahan untuk abang, sayang..." Megat membantu Doktor Irfan membersihkan luka-luka dan wajah Adra. Megat sebolehnya tak mahu membawa Adra keluar dari villa itu. Tapi, kali ini, megat terpaksa bila bonda dan Qaifah semakin melampau.

Apa yang ditunjukkan Melati di telefon bimbit menerusi video yang diterimanya cukup dia tak boleh terima. Tanpa belas kasihan, Adra diperlakukan seperti binatang. Dipukul, dilibas dengan cemeti seperti lembu. Bila melihat luka-luka di tubuh Adra, megat menangis. Dia sendiri pernah melakukan perkara yang sama pada Adra sebelum ini.

"Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah... Ampunkan aku... Aku berdosa, Ya Allah. Tolong selamatkan isteriku... Aku janji. Aku takkan izinkan sesiapa pun melukakan atau menyentuh isteri aku lagi, Ya Allah." Rintih Megat Quzairi. Air mata bergenang di tubir mata. Esakan megat meruntun hati Doktor Irfan.

"Sudahlah, Quzai... Jangan menangis macam ni. Kau kena kuat untuk Adra."

"Aku rasa bersalah, Fan... Aku tak sangka keluarga aku sanggup buat Adra macam ni... Bodohnya aku menyeksa isteri sebaik Adra."

"Bertenang. Bawa bertenang. Jangan fikir macam tu lagi. Sekarang ni, yang penting, kita selamatkan dulu Adra.Denyutan nadi Adra semakin lemah."

"Tolong aku, Fan. Pulihkan isteri aku. Aku akan jaga Adra sebaik mungkin dan aku takkan benarkan Adra disakiti lagi."

"Ya, aku cuba. Tolong aku sekarang." Sudah tiga jam, Adra tidak sedarkan diri dan selama itu juga Quzairi yang menjaga Adra sehingga Quzairi terlena di sebelah Adra. Tidak sedikit pun Quzairi berganjak dari Adra. Bimbang Adra akan melarikan diri dan benda yang paling Quzairi bimbangkan bila Adra dapat ditangkap oleh bonda dan Qaifah. Silap haribulan Adra akan menjadi mayat.

"Emm..."

"Sayang... Adra..." Quzairi tersedar bila terdengar suara erangan. Mata digosok perlahan.

"Sayang..." Dahi Adra diusap. Tangan Adra yang sedikit kesejukan digosok perlahan, enggan menyakitkan isterinya.

"Sayang... Abang ada kat sini, dengan sayang..."

"Sa...kit..."

"Abang minta maaf. Abang lambat sampai nak selamatkan sayang. Maafkan abang..."

"Shu... Jangan nangis, sayang..." Air mata Adra diusap perlahan. Bawak mata Adra yang sedikit gelap, diusap perlahan. Kelopak mata Adra dikucup perlahan sebelum kekura tangan Adra turut dicium.

"Abang dah bawa sayang keluar dari rumah tu. Sayang tak perlu gusar. Nanti kita pulang ke rumah kita." Perlahan-lahan Adra membuka kelopak matanya yang sedikit pedih.

"Abang ada dengan sayang..."

"A...bang Ameer..." Quzairi menelan air liurnya yang berpasir tatkala mendengar nama Ameer, abang sulung Adra bermain di bibir Adra.

"Abang janji, sayang dah pulih sikit, abang akan call Tengku Ameer. Abang janji... Lepas ni kita balik rumah kita, ya?" Pujuk Megat Quzairi. Adra terus menggelengkan kepala sebaik sahaja perkataan rumah disebut Quzairi.

"Tak... Bukan villa. Kita balik rumah abang. Rumah persendirian abang. Abang janji, kita takkan pulang ke villa lagi. Dah, jangan nangis lagi."

"Ki...ta kat ma...na?"

"Klinik Doktor Irfan, kawan abang. Jangan takut. Irfan baik. Satu-satunya kawan baik abang..." Adra anggukkan kepala sedikit.

"Sayang rehat dulu. Nanti dah pulih, kita balik rumah abang, ya?" Adra angguk lagi sebelum menutup matanya. Quzairi melepaskan keluhan. Tak mudah untuk dia memujuk Adra saat ini. Hati dan perasaan Adra benar-benar keras sekeras batu permata. Quzairi sebak mengingatkan apa yang telah dia lakukan pada Adra selama ini.

Adra Anstasha, anak kepada Tengku Amra Aqashah, salah seorang ahli perniagaan yang berjaya yang berasal dari kerabat diraja. Kesilapan Tengku Amra, apabila sanggup serahkan Adra sebagai tanda persahabatan dengan ayahanda Megat Quzairi, Megat Qaizer Qayyum yang merupakan pelapor kumpulan kongsi gelap yang paling ditakuti. Tengku Amra berhasrat mahu mengembangkan empayar perniagaannya dengan Megat Qaizer yang memang dikenali di pelusuk negara.

Pernah Quzairi menolak permintaan ayahanda untuk disatukan dengan Adra, tapi ditolak mentah-mentah oleh ayahandanya. Quzairi tahu apa yang akan berlaku pada Adra bila bonda dan ahli keluarganya yang lain memang tidak gemarkan keluarga Tengku Amra. Lagi-lagi Adra disebabkan hasutan kakak Quzairi, Putri Qaifah yang iri hati dengan kecantikkan Adra.

Perkenalan Adra dengan Qaifah bermula bila Qaifah secara tidak sengaja berkenalan dengan Tengku Ameer, abang sulung Adra di sebuah majlis orang-orang elit di sebuah hotel terkemuka di bandar Kuala Lumpur. Qaifah jatuh cinta pandang pertama pada ketampanan Tengku Ameer. Namun sayang, Tengku Ameer tidak melayan Qaifah dan sentiasa bersama Adra sepanjang masa membuatkan Qaifah membenci Adra.

Kebencian Qaifah bertambah bila mengetahui Adra dan Ameer rupa-rupanya adik-beradik dan berhasrat mahu berkenalan dengan Tengku Ameer. Seperti biasa, Tengku Ameer bukanlah spesis jantan yang mudah dipikat atau terpikat. Bagi Tengku Ameer, Adra adalah segala-galanya bagi dia dan adik-beradik yang lain memandangkan Adra merupakan satu-satunya bunga di dalam keluarga mereka.

Qaifah meluat melihat kemesraan Adra dengan Tengku Ameer, Tengku Ariff, Tengku Azrai dan Tengku Aniq walaupun mereka berlima merupakan adik-beradik kandung. Sebaik sahaja mengetahui Adra bakal disatukan dengan Megat Quzairi, Qaifah mula memburuk-burukkan nama Adra. Jangan tak percaya bila, bonda Qaifah dan Quzairi, Che Puan Kasmiah Kamsah terlalu mempercayai Qaifah bulat-bulat.

Disebabkan Qaifah juga, hampir setiap bulan, mereka akan bertukar pembantu rumah atau pembantu rumah akan melarikan diri kerana tidak tahan didera Qaifah dan bondanya setiap hari. Tiada siapa yang berani membuat laporan polis lantaran takut keluarga mereka akan dicederakan mereka sekeuarga. Tiada siapa berani mengusik keluarga Megat Qaizer Qayyum lantaran keluarga Megat Qaizer bukan biasa-biasa.

Hanya segelintir orang sahaja yang tahu siapa Megat Qaizer sekeluarga. Dan disebabkan itu, tiada siapa yang berani melawan Megat Qaizer walaupun ada yang telah menghembuskan nafas mereka akibat kejahatan dan kekejaman Megat Qaizer dan keluarganya. Megat Quzairi mempunyai empat orang adik-beradik yang mana, Putri Qaifah merupakan anak yang sulung sementara Quzairi anak kedua, Megat Qhadeef Qabil, anak ketiga dan Putri Qaizarah Qamila, anak bongsu.

Dalam empat beradik itu, hanya Putri Qaizarah yang baik hati dan lemah lembut orangnya. Qaizarah atau lebih mesra disapa Zara, cukup berbeza tingkah lakunya dengan adik-beradiknya yang lain. Zara banyak membantu Adra sebelum tingkah laku Quzairi berubah melihat adik bongsunya melayan Adra dengan baik. Menitik air mata Quzairi bila Zara meletakkan ubat di luka libasan di tubuh Adra yang sedang menangis menahan kesakitan.

"Sampai hati abang Quzai buat isteri abang macam ni. Apa salah Kak Adra? Dia tak bersalah, bang... Kenapa mudah sangat ikut cakap bonda dan Kak Qaifah?"

"Tapi, apa yang diadukan bonda..."

"Abang bodoh! Sebagai seorang suami, abang sepatutnya melihat dengan mata kepala abang sendiri. Abang sendiri tahu perangai Kak Qaifah dan bonda macamana... Zara tak sangka abang sekejam orang dalam rumah ni. Jangan sampai suatu hari nanti, Kak Adra takde dalam rumah ni baru abang nak menyesal!"

Kata-kata Zara masih terngiang-ngiang di telinga Quzairi. Zara kini menyambung pelajarannya di United Kingdom dan terus menetap di sana. Zara enggan kembali lantaran terlalu kecewa dengan sikap ahli keluarga yang kejam dan tidak berperi kemanusian. Zara pernah menyaksikan sendiri betapa kejamnya Megat Qaizer membiarkan orang yang berpaling tadah dari kumpulan mereka dijadikan makanan kepada haiwan belaan ayahandanya.

Malah, Zara sendiri pernah melihat bermacam-macam kekejaman yang dilakukan ayahanda, Quzairi, Qhadeef dan Qaifah pada mereka yang tidak mendengar kata-kata mereka. Malah, bonda turut berlaku kejam sehingga sanggup memotong jari pembantu rumah yang makan makanan tanpa kebenaran bonda. Zara tak sanggup dan disebabkan itu Zara membawa diri jauh dari keluarga mereka. Zara berjanji tidak akan kembali selagi mereka semua tidak berubah.

Adra kesunyian selepas pemergian Zara. Tiada lagi teman Adra disaat Adra memerlukan. Tiada siapa lagi yang sudi meletakkan ubat di luka-luka di tubuh Adra. Entah macamana Quzairi boleh berubah, Adra tidak pasti. Sejak sebulan selepas pemergian Zara, Quzairi dapati Adra tidak banyak bercakap. Adra kelihatan sangat lemah.

Sehinggalah Quzairi meminta pertolongan dengan seorang pembantu rumah yang sudah lama bekerja dengan keluarganya, Melati yang paling Quzairi percayakan untuk memerhatikan Adra dan sekaligus menjaga Adra ketika ketiadaannya.

"Macamana? Ada apa-apa berita tentang Adra?"

"Seperti biasa... Dipukul, dilibas oleh bonda dan kekanda tuan."

"Allah..."

"Ini dia, tuan..." Melati menyerahkan telefon bimbit pada Quzairi. Berkerut-kerut dahi Quzairi melihat dan mendengar sendiri raungan Adra diseksa tak ubah seperti binatang.

"Sampai hati buat Adra macam tu. Apa salah Adra?"

"Apa yang saya dengar tuan, Putri Qaifah memang berdendam dengan Putri Adra berkaitan abang kandung Putri Adra yang enggan menerima cinta Putri Qaifah. Dan baru-baru ni, Putri Adra dipukul kerana tuan."

"Aku?"

"Ya, tuan. Tuan masih ingat semalam tuan melawan mak engku kerana pulang lewat?"

"Jadi, isteri aku dipukul sebab aku pulang lewat?"

"Ya, tuan. Putri dituduh menghasut tuan agar melawan cakap bonda."

"Ya Allah. Apa semua ini? Kenapa Adra menjadi mangsa?"

"Putri Qaifah mendapat tahu yang tuan sudah berbaik dengan Putri Adra."

"Mana dia tahu? Sedangkan aku tak pernah tunjuk pada sesiapa pun layanan aku pada Adra..."

"Maaf, tuan. Itu saya tak tahu. Tapi, saya rasa, tak mustahil, Putri Qaifah dapat melihatnya dari cctv yang dipasang hampir di setiap sudut rumah."

"Cctv? Setiap sudut?" Melati menganggukkan kepala.

"Jadi, kau nak cakap yang Qaifah menambah cctv di dalam rumah?"

"Ya, tuan."

"Ya Allah..." Terjelepuk Quzairi mendengar penjelasan Melati.

"Sebab itu, saya sebolehnya tak mahu Putri Adra ada dalam rumah ni. Tak sanggup saya nak melihat kekejaman Putri Qaifah menyeksa Putri Adra lagi. Saya bimbang tuan. Saya bimbang jika Putri Adra akan dikurung di bilik kurungan di tingkat bawah villa bersama binatang dan pesalah. Tentu tuan tak mahu Putri Adra menerima nasib yang sama bukan?"

"Tak! Aku takkan izinkan perkara begitu berlaku pada isteri aku! Adra isteri aku!"

"Jadi, bawa Putri Adra keluar dari sini."

"Tapi..."

"Tuan, keselamatan Putri Adra di tangan tuan."

"Baik. Kali ini aku akan dengar cakap kau, Melati. Terima kasih, Melati."

"Hati-hati, tuan." Quzairi anggukkan kepala sebelum berlalu pergi.

"Semoga Putri Adra Antasha terlindung dari kekejaman manusia." Doa Melati. Jujur, Melati cukup berkenan dengan Adra lantaran sikap Adra yang baik hati dan ringan tulang walaupun Adra berasal dari kerabat. Adra juga murah dengan senyuman walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa dia terseksa ketika dijadikan hamba abdi di dalam villa milik Megat Qaizer.

"Macamana, Irfan? Wife aku okey ke?"

"Alhamdulillah. She's getting better... Cuma, jangan bagi Adra tertekan. Jangan tanya soala-soalan yang boleh membuatkan Adra teringat kisah dia dipukul."

"Thanks, Fan. Aku faham..."

"Jadi, kau nak bawa Adra pulang ke kondo?"

"Ya. Aku rasa itu tempat paling selamat buat Adra saat ini. Takde siapa yang tahu pasal kondo tu. Yang selalu aku cakap pasal kondo di Bukit Jalil..."

"Fine. Aku cuma nak nasihatkan kau, jaga wife kau elok-elok. Aku dah sediakan ubat untuk Adra. Jangan buat dia sendirian. Adra perlu ada seseorang temankan dia. Jangan bagi dia tertekan."

"Err, Fan..."

"Aku tahu kau nak cakap apa... Pasal parut di tubuh Adrakan?" Quzairi angguk laju.

"Don't worry. Aku dah settlekan semuanya. Itu kau tak perlu risau. Aku tahu, hujung bulan, masuk akaun syarikat aku."

"Don't worry about that. Berapa pun aku sanggup bayar. Asalkan wife aku kembali seperti sediakala."

"Kau takut dengan Tengku Ameer?"

"Bukan dengan Tengku Ameer je aku takut. Tengku Ariff, Tengku Azrai dan Tengku Aniq... Abang-abang Adra cukup menggerunkan aku. Tapi, aku tunjuk lagak disebabkan ayahanda aku..."

"Hei, kata anak taiko besar, anak mafia... Takkan gerun kot."

"Kau tak kenal dunia kami, Fan. Kau tak tahu macamana kejamnya seseorang bila berkaitan dengan maruah diri."

"Tu yang ayahanda kau lakukan selama inikan?" Lambat Quzairi angukkan kepala.

"Dahlah. Ambil semua ni... Pergi cari ubat-ubat yang aku tandakan. Aku takde stok ubat-ubat ni."

"Eh, janganlah. Aku tak nak orang nampak aku."

"Aku tahu. Saja je nak usik kau... aku akan cari ubat-ubat ni. Aku akan serahkan pada kau bila aku dah dapat nanti."

"Thank you so much, Irfan... Aku hargai segala bantuan kau."

"Thanks, thanks juga. Invois aku jangan lupa."

"Ya, Doktor Irfan. Aku akan bayar secepat mungkin. Jangan risau. Aku tak pernah mungkir janjikan?" Irfan simpan senyum.

Another free chapter... Happy reading...

Share this novel

Erna Md Nordin
2024-06-29 10:28:45 

Best...kejam giler keluarga mentua Adra..jahatnya..cian Adra..


NovelPlus Premium

The best ads free experience