My Sweet Pepero SPECIAL II ( Last Goodbye )

Family Series 110448

“Balik, Rhett! Dah sebulan kau tinggalkan syarikat. Kau nak papa dan tok diserang strok ke urus syarikat tu?”

Rhett termangu. Nak buat macam mana? Deila tak nak ikut dia ke bandar. Tetap bertegas mahu bersalin di kampung. Mahu tanam tembuni anak di laman rumah opah. Sebagai suami, dia takde masalah sebenarnya. Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. Dan tanggungjawab dia bukan hanya kepada Deila tetapi juga kepada orang tuanya.

“Del… apa kata kita balik ke bandar sampai kau tinggal tunggu hari mahu melahirkan? Saya janji akan hantar kau ke sini dan temankan kau sampai bersalin, nak? Papa dah desak. Syarikat tu perlukan saya. Papa dah berusia, tak boleh terlalu stress. Saya kena balik dan bantu papa.”

Mereka sedang duduk di pangkin depan rumah, menikmati suasana petang yang begitu mendamaikan. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa juga permandangan yang penuh dengan kehijauan, sangat menyegarkan.

“Saya dah kata saya tak kisah kau balik ke bandar, Rhett. Saya faham. Mereka perlukan kau. Saya boleh je jaga diri. Lagipun, nenek Kiah kan ada. Banyak je orang kampung yang boleh bantu saya kelak. Jangan risau. Baliklah. Nanti ada masa, balik jenguk saya.”

“Tapi Del, saya berat hati nak tinggalkan kau seorang diri kat sini. Kau faham tak? Ikut saya balik, please…”

“Tak nak! Saya nak tabur khidmat di tempat sendiri. Suatu masa, saya akan serahkan semua keuntungan kedai runcit tu kepada rumah anak-anak yatim. Rumah pusaka ni pula termasuk tanah sekangkang kera ni akan saya jadikan rumah anak-anak yatim. Sama seperti kilang saya dekat bandar tu. Semua keuntungan, pengurusan kilang itu dikendalikan oleh persatuan anak-anak yatim.”

Rhett terdiam. Jemari Deila dielus lembut. Macam mana lagi nak pujuk isteri keras kepala dia ni?

“Saya tahu siapa saya, Rhett. Jika bukan kerana saya diambil oleh mak dan bapa saya, nasib saya juga sama seperti anak-anak yatim tu.”

Terkejut Rhett dengar. Selama ini dia sangkakan Deila tidak tahu tentang statusnya itu.

“Kau dah tahu?”

Deila angguk.

“Saya tak rasa kecewa. Malah, saya bersyukur ditemukan dengan kedua orang tua saya, ditemukan dengan opah. Saya harap saya juga dapat bersama dengan mereka di kehidupan abadi nanti.”

Rhett peluk bahu Deila. Jujur, Rhett kagum dengan seorang Deila Araferro. Wanita cekal, tidak mudah mengalah, tidak mudah dibuli dan sentiasa kuat mengharungi liku-liku kehidupan. Pernah jatuh, dilukai teruk, pernah kehilangan… semua sudah dilalui! Tapi, Deila tetap kuat untuk terus melangkah. Membuktikan dia mampu berdiri di atas kaki sendiri meskipun hanya sebatang kara di dunia.

“Serius kau okay saya tinggalkan seorang diri di sini? Kau sedar tak yang saya mungkin tak dapat datang melawat kau selalu? Come with me, Del.”

“Jangan risau, saya faham.”

Argh!

Mahu tak mahu, Rhett kena buat keputusan. Mana mungkin dia tega mahu tinggalkan Deila yang tengah mengandungkan anak dia seorang diri di situ?

Deila sudah menyiapkan segala kelengkapan Rhett termasuklah kudapan Rhett sepanjang perjalanan nanti. Hanya biskut Pepero yang boleh diterima oleh tekak Rhett. Satu balang penuh Deila isi. Esoknya, subuh-subuh lagi Dafi sudah terpacak depan rumah, menunggu Rhett.

“Take care, Del. Ingat pesan doktor, jangan buat kerja berat-berat, jangan kerja hingga lewat malam, jangan memanjat, jangan…”

“Ya, ya, ya! I know Rhett. Tak perlu bebel. Saya bukan budak kecil. Dah, pergilah. Jenuh Dafi tu menunggu.”

Kejamnya! Belum apa-apa, dia dah diusir pergi!

“Kau dah tak sabar nak halau suami kau kan?” Gerutu Rhett dengan riak wajah tidak puas hati.

“Ingat, luangkan masa untuk lawat isteri kau! Dah, pergi!” Tubuh sasa Rhett ditolak. Geram, Rhett tarik tangan Deila ke arahnya. Tubuh Deila dipeluk erat.

“Jangan nak macam-macam Del, my eyes on you even though I’m far away!”

Bibir Deila dikucup lama sebelum Rhett melepaskan pelukan.

“Take care, my wife!” Perut Deila yang sedikit timbul Rhett usap lembut. “Be good, baby. Take care of your mum for dad. See you soon…”

Tipulah kalau Rhett tak sedih saat perpisahan terjadi. Dia cuma berusaha sedaya upaya untuk kekal macho di depan Dafi. Hakikatnya, batin meraung-raung sepanjang perjalanan balik ke bandar. Mujur Dafi tidak banyak cakap. Diam-diam faham apa yang dirasakan oleh bosnya itu.

Rhett disambut oleh Tok Teh sebaik sahaja dia muncul di rumah agam.

“Apa khabar Del?” Tanpa kesabaran, tok terus menyoal.

“Del mengandung, nenda. Dah masuk bulan keempat.”

“APAAA?!!!”

Tok mundar mandir di depan Rhett. Dahi berlapis-lapis. Beberapa saat kemudian, tok bergegas ambil telefon bimbit lalu ditekap di corong telinga.

“Sediakan helikopter, sekarang!’

Rhett sembunyikan senyum. Dah agak dah. Tok takkan berdiam diri apabila tahu Deila tengah mengandung. Tok memang boleh diharap!

“Tok nak ke mana?” Pura-pura bertanya.

“Kau tak dapat temankan Del, biar tok temankan sampai Del bersalin.”

Nice move, nenda! Barulah kurang sikit kerisauan dia jika ada nenda temankan Deila. Rhett hela nafas lega. Dengan itu, Deila takkan salahkan dia kerana nenda sendiri rela hati mahu datang untuk jaga Deila.

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tak sedar langsung sudah sembilan bulan usia kandungan Deila. Kesibukan buat Rhett tak sedar langsung. Dalam tempoh waktu itu, sudah beberapa kali Rhett balik jenguk Deila dan tok di kampung. Walaupun cuma sempat bermalam sehari dua. Tak puas, tapi Rhett terpaksa cekalkan hati.

Dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin, Rhett sudah bersiap-siap mahu balik kampung. Segala urusan pejabat diserahkan kepada Dato’ Razif sepanjang ketiadaan dia kelak. Memandu sendiri kerana Dafi ditugaskan untuk membantu Dato’ Razif.

Kedatangan Rhett disambut dengan senyum mesra Deila. Itu yang sangat Rhett rindukan. Menarik Deila ke dalam dakapan eratnya. Sayangnya, Deila sudah tidak mampu melompat ke dalam dukungannya. Mampus dia mahu angkat Deila sekarang. Boleh patah pinggang!

“My little angel, how are you?” Rhett membongkok, lalu mengucup perut buncit Deila.

Mereka sudah tahu jantina bayi. Perempuan. Malah, tok sudah sediakan nama untuk si kecil.

Seperti biasa, petang itu Deila ajak Rhett lepak di pangkin kayu depan rumah. Tempat kesukaan Deila. Dulu, sewaktu arwah opah masih hidup, di situlah mereka selalu habiskan waktu bersama. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini rasa rindu kepada arwah opah, mak dan bapa semakin menebal. Menghabiskan masa bersama tok, rasa rindu bukan pula berkurang, semakin membuak-buak. Sampai Deila tersasul panggil tok sebagai opah.

“Pangkin dan pokok berangan ni tempat kesukaan opah tau. Andai saya pergi dulu, tolong jangan musnahkan tempat ni. Biar kekal di sini.”

Rhett pandang dengan wajah berkerut. Tak suka dengan cara percakapan Deila.

“Halaman yang luas ni nanti, saya nak bina taman permainan untuk anak-anak yatim. Tepi-tepi pagar tu saya nak tanam pelbagai jenis bunga. Biar sedap mata memandang setiap kali duduk lepak di sini.”

“Kita buat sama-sama nanti.” Balas Rhett sambil mengelus jemari Deila.

“Andai saya tak sempat, kau kena teruskan, Rhett. Teruskan impian saya. Boleh kan?”

“Kenapa cakap macam tu, Del? Saya tak suka. Kita buat sama-sama, titik!”

“Andai je… tu pun nak marah ke?” Wajah dibuang. Bibir muncung sedepa. Rhett tarik Deila ke dalam pelukan.

“Saya tak marah. Saya cuma tak suka kau cakap yang bukan-bukan. Janganlah merajuk. Tak comel.”

Deila mencebik apabila Rhett picit hidungnya.

“Saya bukan merepek. Saya cuma luah isi hati je.”

“Yela. Henti cakap pasal tu.”

Deila angguk. Kepala dilentokkan di bahu Rhett.

“Ah, lupa! Nenek Kiah ada bagi cempedak pagi tadi. Saya nak buat goreng cempedak tepung la.” Deila bingkas bangun. Tergeleng Rhett pandang.

“Hati-hati!” Pesan Rhett apabila lihat Deila bergegas masuk ke rumah.

Rhett menarik nafas dalam-dalam. Dia mahu nikmati suasana indah di perkampungan itu sebentar sebelum beredar untuk membantu Deila.

“Ya Allah, Del!!!”

Tersentak Rhett dengar pekikan tok dari dalam rumah. Rhett berlari laju.

“Deila!!!”

Hampir pitam Rhett sebaik sahaja lihat Deila terbaring di lantai bilik air, berlumuran darah.

“Del!!!”

Rhett cempung tubuh Deila dan bergegas mendapatkan kereta. Tok kejar di belakang.

“Siapkan keperluan Del, tok. Kita ke hospital.” Arah Rhett. Tok bergegas naik ke tingkat atas lalu mengambil sebuah beg di dalam bilik Deila. Awal lagi Deila dah siapkan kelengkapan dia dan bayi untuk dibawa ke hospital. Siap pesan pada tok.

Deila terus disorong masuk ke bilik kecemasan. Rhett dan tok menunggu di ruang menunggu yang disediakan. Rhett duduk membongkok. Wajah ditekup dengan tapak tangan. Tok Teh duduk di sebelah Rhett. Belakang Rhett ditepuk-tepuk perlahan oleh tok.

“Deila kuat, dia pasti berjaya lalui semua ni.” Pujuk tok, sambil cuba tenangkan diri sendiri juga.

“Apa yang berlaku, tok?” Tanya Rhett sebak.

“Tok dengar bunyi terhempas, juga jeritan Del. Tok bergegas ke bilik air dan lihat Del sudah jatuh terlentang, dipenuhi darah.”

Deila… macam mana boleh jatuh? Rhett raup wajah. Kesal menggunung! Mengapa dia biarkan Deila? Kalau saja dia terus ikut Deila waktu itu… maafkan saya, Del! Rhett tidak mampu kawal sebak. Air mata menitis jua.

“Sabar ya, Rhett. Kita serahkan semuanya kepada Allah. Semoga Del baik-baik saja.”

Usai tok kata, seorang doktor diiringi seorang jururawat menghampiri. Rhett dan tok bingkas berdiri.

“Keluarga Puan Deila Araferro?”

“Saya suami Deila.” Laju Rhett jawab.

“Isteri encik perlu dibedah segera. Ini borang kebenaran.”

“Nenda!” Rhett paut lengan Tok Teh. Hampir dia tidak dapat berdiri. Air mata mencurah jatuh.

“Rhett, jangan macam ni. Kau kena kuat supaya Deila kuat untuk hadapi semua ni. Isi borang tu cepat.” Marah Tok Teh.

Rhett cuba kawal diri. Menggigil tangan saat pegang pen. Selepas semua butiran yang diperlukan ditulis dan tanda tangan diturunkan, tok mengambil borang tersebut lalu dia serahkan di kaunter.

“Bilik pembedahan dua kosong, doc!”

“Baik, bawa pesakit ke bilik pembedahan dua, sekarang.”

Tok bergegas mendapatkan Rhett selepas diberitahu letaknya bilik pembedahan oleh jururawat yang bertugas di kaunter. Ketika mereka sampai di ruang menunggu, tiada sesiapa di situ.

Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan. Sejam berlalu, lampu di pintu bilik pembedahan masih menyala. Rhett memandang hiba. Please Del… kuatlah demi dia dan bayi! Rhett pandang tok yang sedari tadi tak henti-henti berzikir. Rhett tunduk, ikut sama berzikir.

Dua jam berlalu. Rhett semakin panas punggung. Tok juga kelihatan sudah letih.

“Tok, apa kata tok balik dulu dan berehat? Biar saya je tunggu Del.” Rhett kasihan lihat tok.

“Saya nak tunggu Del.” Tok berkeras. Rhett diam. Tak mahu bertekak dengan tok.

Lampu bilik pembedahan terpadam. Rhett bingkas bangun, diikuti oleh tok. Keluar seorang doktor yang hanya terlihat mata. Kepala terbungkus, begitu juga separuh wajah. Rhett menerpa.

“Doktor, bagaimana keadaan isteri dan anak saya?”

Doktor itu tercengang beberapa saat. Menoleh memandang jururawat di sebelah dan beri isyarat kepada jururawat untuk terangkan kepada Rhett. Jururawat itu segera menghampiri Rhett.

“Anak encik selamat.”

“Alhamdulillah…” Ucap tok di belakang Rhett.

“Isteri saya?” Tanya Rhett, tidak sabar. Jururawat itu diam beberapa saat.

“Walau bagaimanapun, keadaan isteri encik… tidak memberangsangkan. Kecederaan dalaman dan banyak tumpah darah adalah faktor utama isteri encik tidak dapat diselamatkan. Maafkan kami. Doktor dah cuba sedaya upaya. Salam takziah.”

Rhett terpaku. Jeritan tok di belakang Sayup-sayup menerobos corong telinga. Tak, tak mungkin! Doktor pasti silap. Tak mungkin Deila pergi macam tu je tinggalkan dia. Deila kuat orangnya.

“Innalillahi wa inna Ilaihi Raji’un…”

Jangan ucapkan, tok! Please don’t! Deila masih ada. Deila tengah tunggu dia datang mengazankan bayi mereka. Deila pasti bangga melihat dia azankan anak mereka di depan Deila. Dapat dia bayangkan air mata Deila berjujuran jatuh, turut sama memanjatkan doa buat si kecil. Semoga membesar dengan kasih sayang seorang ibu dan ayah, penuh ilmu dunia dan akhirat, jadi anak solehah yang akan membanggakan keluarga.

Deila akan melihat semua itu bersama dia! Mengapa perlu beri ucapan takziah? Deila takkan pergi seawal itu, tinggalkan dia dan si kecil terkontang-kanting. Deila takkan tega biarkan anak mereka membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Deila tak mungkin pergi macam tu je.

“Rhett… “ Tok sudah menangis teresak-esak lalu memeluk Rhett dari belakang. Rhett genggam penumbuk.

“Deila dah tak ada! Del dah tinggalkan kita!”

Tak!

Rhett geleng laju. Pintu bilik pembedahan terkuak luas. Sebuah katil beroda disorong keluar. Sekujur tubuh terbaring, ditutup dengan selimut sampai kepala. Rhett terundur. Dada tiba-tiba jadi sempit.

“Deilaaa!!!” Tok Teh jerit lantang, sebelum lutut menghentak lantai. Meraung-raung, menangisi pemergian Deila. Seharusnya dia kena kuat, supaya dia boleh pujuk Rhett untuk jadi kuat hadapi kehilangan itu. Tetapi melihat jasad Deila depan mata, sekonyong-konyong air mata turun bak hujan lebat

“Tak mungkin! How could you do this to me, Del? How could you leave me like this? You are… you are… heartless…”

Rhett kesat air mata. Seorang jururawat menghampiri sambil menggendong seorang bayi.

“Anak encik. He’s healthy!”

Rhett buang wajah. Takde niat mahu ambil bayi itu. Tok Teh bingkas bangun.

“Rhett, jangan macam ni. Bayi itu tak berdosa. Itu anak kau, Rhett.”

Rhett tenung wajah basah tok dengan tatapan kosong. Bagaimana dia mahu raihkan kelahiran itu jika ianya dibayar dengan sebuah kehilangan? Haruskah dia bergembira?

“Ambil anak kau. Tunaikan kewajipan kau sebagai seorang bapa. Azankan anak kau, Rhett.”

Rhett pandang wajah Tok Teh bersama juraian air mata.

“T-Tok… saya… saya… tak nak… kehilangan Del. Tok!”

“Rhett!”

Tubuh Rhett melorot, jatuh melutut di atas lantai. Bahu terenjut-enjut. Tubuh menggigil.

“How could she leaves like this, nenda? I can’t accept it, really can’t!”

“Rhett!!!” Tok meluru dan terus peluk Rhett berat-berat. Tok ikut menangis. Dia faham. Sungguh dia faham rasa itu. Tapi sudah ketentuan-Nya. Mereka harus akur. Rhett tak boleh lemah. Bayi kecil itu masih perlukan Rhett. Kehilangan Deila bukan pengakhiran. Ada hikmah, kewujudan si kecil. Rhett harus kuat demi anaknya. Tok kena sedarkan Rhett tentang itu.

“Itu! Itu pembunuhnya, Tuan Inspektor!”

Suara lantang yang bergema berhampiran mereka sontak buat tok memaling wajah. Terkejut tok apabila mereka dihampiri oleh dua lelaki memakai uniform Polis.

“Encik adalah suami Puan Azilah kan? Sila ikut kami ke balai. Encik disyaki mendera isteri encik yang sedang mengandung sehingga menyebabkan kematian. Jika tersabit kesalahan, encik boleh dipenjara atau hukuman gantung sampai mati.”

Tok Teh bingkas berdiri. Kesat sisa air mata dengan laju sebelum cekak pinggang di hadapan dua lelaki itu.

“Kamu tak salah orang ke ni? Anak saya baru kematian isteri. Dan nama arwah bukan Azilah tetapi Deila, Deila Araferro Binti Abdullah.”

Dua anggota polis itu saling berbalas pandangan. Seorang jururawat kelihatan berlari anak menghampiri mereka.

“Maaf, maaf semua! Ya Allah, Encik Rhett Raffendy kan?” Tanya jururawat itu kepada Rhett. Mendongak sebentar sebelum Rhett angguk lemah.

“Isteri encik dah sedar. Dia dah dipindahkan ke wad biasa. Dia suruh saya panggil encik untuk azankan anak encik.”

What the …

Deila masih hidup? Pantas Rhett bangun, berdiri tegak sambil pandang jururawat dengan riak wajah tidak percaya.

“Isteri encik dibedah di bilik pembedahan dua. Ini bilik pembedahan satu. Encik dah salah bilik.”

Tak guna!!!

Rhett menyumpah dalam hati. Sempat berbalas pandangan dengan tok. Masing-masing tahan gelak. Sia-sia air mata yang tertumpah.

“Mujur kau tak azankan anak orang tadi.” Sempat tok senggol rusuk Rhett ketika mereka mengekori jururawat tadi. Rhett ukir senyum tipis. Tak sabar nak jumpa Deila.

Terima kasih, ya Allah! Masih panjangkan usia Deila. Masih beri kesempatan buat dia untuk habiskan sisa-sisa hidup bersama wanita yang sangat dia cintai.

My sweet Pepero, I’m coming!

THE END

My final surprise for uolls, kikiki... menjadi tidak? love u all, muaaahhh!

Share this novel

Esung Tungau
2024-12-22 14:22:49 

adeiii...abis jg Sy bc...end tnya yg prank sgt...syg air mata ku jtuh sis.... (^^,)

Zainabzety
2024-09-24 20:22:34 

x de sambungan lg ke

Hanadhia12
2024-09-22 21:40:11 

lawak haaaaa


NovelPlus Premium

The best ads free experience