bacdh 'Hari Sabtu'

Drama Series 55610

Sedapnya tidur. Pukul berapa ni? Eh, tak apa. Hari ini hari Sabtu, tak payah pergi sekolah.

Dari tidur mengiring di sisi kiri badan dia berpusing pula mahu berbaring di sisi kanan badan.

Selesanya tilam ni. Khaleeda celik mata. Pukul berapa ni?.

Bukankah sepatutnya di situ ada tingkap. Langsung Khaleeda bangun menongkat siku. Menghadam keadaan sekeliling.

Dia di mana? Ini bukan rumah mama dan papa. Dia masih bermimpikah? Langsung dia terus duduk dan bersila di atas tilam empuk. Dia tidur tidak berbaju, hanya berselimut?.

Semalam... ada Yusoff, dan mereka melayari malam dengan... Benarkah!?.

Khaleeda langsung turunkan kaki dan duduk di tebing katil. Semuanya bukan mimpi. Pukul berapa sekarang?.

Allah!
Akalnya berputar laju. Dia tidak memakai jam tangan dan dia tidak membawa telefon kerana kerja yang dia lakukan malam semalam.

Ya, mamainya sudah hilang. Dia memujuk Khalisya dengan merasuah menggunakan telefon itu supaya mahu tinggal dengan tuan rumah.

Dia memberi alasan kepada tuan rumah yang dia mendapat pekerjaan meneman malam seorang warga emas yang anaknya berpergian ke luar daerah.

Mana Yusoff!? Semalam benarkah lelaki sasa, wangi dan rakus itu Yusoff!?.

Tidak mungkin dia salah orang. Ya, memang tidak salah dan malam tadi dia rela menyerah tubuh kerana lelaki itu sememangnya cinta hatinya Yusoff. Suami yang halal untuk mendatangi dia.

Segala soalan dan...
Ya, tidak salah langsung kerana Yusoff menghulurkan kad nikah mereka kepada pegawai Jabatan Agama Islam.

Dia sudah sedar sepenuhnya. Tidak mamai lagi seperti tadi kerana terlalu penat melalui pengalaman ketakutan episod kerja malam yang ditawarkan Lucy di pusat karaoke dan terlalu letih tidur lewat kerana aktiviti berat malam tadi dengan Yusoff.

Khaleeda bangun lalu meninjau bilik air. Kosong!. Bilik ini kecil sahaja dan tiada tingkap.

Khaleeda capai ganggang telefon bilik hotel di atas meja dan mendial nombor operator penyambut tetamu hotel.

"Selamat pagi. Ermm... saya dari bilik 107. Boleh tak saya nak minta tolong."

...

"Sekarang pukul berapa ya Cik?."

...

"Lagi sepuluh minit pukul sembilan?!".

Lamanya dia tidur. Sudah lama sangat dia tidak bangun selewat ini. Walaupun ketika cuti hujung minggu dan hari uzur."

"Ermm... Cik, boleh tolong saya... Cik ada baju tak guna? yang sopan. Baju saya rosak zip."

Khaleeda beralasan. Mana mungkin dia pulang dengan pakaian seksi malam tadi. Baju sopannya di dalam kereta Lucy.

....

"Boleh Cik, t-shirt dengan seluar track suit pun okay."

...

"Baik, saya tunggu ya. Terima kasih."

Khaleeda sarung dahulu baju malam semalamnya lalu mengambil tuala dan membalut tubuhnya. Mahu menunggu kakitangan hotel menghantarkan pakaian sopan yang dimintanya.

Satu lagi tuala lembab. Yusoff sudah mandi dan sudah pergi juga meninggalkan dia berseorangan di dalam bilik hotel. Air mata sudah bergenang di tubir mata. Sampai hati Yusoff.

Malam tadi dia menyerah kerana terlalu rindu dan api cinta yang tidak pernah padam pada sang suami.

Apa anggapan Yusoff pada dia? Masih tidak dia lupa wajah terkejut Yusoff memandang penampilan dirinya malam tadi.

Selama ini dia menjaga diri sebaiknya. Satu malam dia cuba melepaskan ujian hidup dengan cara dan keputusan yang salah, Yusoff pula hadir menjadi saksi.

Yusoff,
Bertambah tegap, kacak dan memakai wangian yang mahal. Penampilannya bukan sebarangan.

Jam di pergelangan tangan yang di tanggalkan di hadapannya. Jacket, baju, seluar, juga telefon tangan yang digunakan Yusoff bukan jenama murahan.

Sudah sebagai apa Yusoff sekarang?. Lepasan luar negara pasti pekerjaannya bukan sebarangan.

Yusoff tinggalkan dia berseorangan di bilik hotel ini selepas malam panas mereka. Air mata jatuh kasar satu-satu kemudian menjadi semakin lebat.

Dia terlalu terkejut di awal pertemuan semalam hingga hilang keberanian untuk berkata-kata atau menerangkan apa-apa kepada Yusoff.

Dia juga malu kerana harus bertemu semula dengan Yusoff di tempat dan situasi seperti semalam. Terlalu malu selepas sejarah cara perpisahan mereka yang sadis.

Apa dalam fikiran Yusoff? Jika penuh persoalan pasti menunggu dia bangun pada pagi ini untuk meminta penjelasan dan jawapan.

Bukan mendatangi dia, puas dan pergi seperti ini!.

Sampai hati Yusoff menghina dia begini!!!.

@@@@@@@

Turun daripada grab yang dia minta tolong seorang remaja pekerja kedai serbaneka 24 jam pesankan, segera dia toleh ke kiri dan ke kanan.

Khaleeda bimbang bertembung dengan orang yang dia kenal di kawasan rumah flat itu kerana dia tidak bertudung kepala.

Ada beberapa orang lalu-lalang, tapi bukan muka biasa yang dia kenal. Mungkin kerana hari Sabtu dan sudah jam sebelas pagi. Hari cuti orang malas keluar menghadap kesesakkan jalan di kotaraya.

Semalam petang dia berjumpa Lucy di restoran mamak yang sama mereka bersarapan pada paginya. Lucy meminjamkan dia gaun gelap ketat yang dia pakai malam semalam.

Khaleeda berjalan laju-laju. Unit yang dia sewa bilik berada di bangunan blok G, bahagian paling belakang.

Harus berjalan beberapa minit lagi. Tadi dia yang minta grab turunkan jauh dari blok G. Supaya senang mahu menyorok jika perlu.

Sampai di hadapan lift dia menekan butang untuk naik ke tingkat atas.
Hanya ada seorang wanita kulit putih berusia sekitar awal 30an berdiri di situ. Kulit putih?. Tersesat agaknya.

"Excuse me Miss... this is block G right?".

Perempuan kulit putih itu bertanya Khaleeda.

"Yes."

Sepatah sahaja jawapannya. Khaleeda risau banyak perkara. Dia juga masih terkejut dan bersedih dengan cerita malam tadi.

"I'm looking for someone. She promised to work with me. I went upstairs to the address she gave me, but there was no one at that address."
"I have already paid half of a month's salary that I promised her."

Rupanya ada juga orang yang lebih bendul dari dia, bisik hati Khaleeda. Ya Allah Di! sudah diuji macam-macam sempat lagi mahu mengutuk orang.

Entah-entah perempuan di hadapannya ini 'scammer peluang pekerjaan' seperti Lucy, kerana itu si pemberi alamat melarikan diri. Bukan macam dia yang terima sahaja pekerjaan ditawarkan Lucy atas alasan terdesak!. Bodoh kau Di!.

"I'm sorry miss. I'm new here and don't know anyone."

Khaleeda beralasan untuk melarikan diri. Boleh pula lift ini buat perangai lambat pada ketika ini.

Wanita itu kelihatan murung dengan jawapan Khaleeda dan menata skrin telefon bimbitnya seketika.

"looks like i'm unlucky this time. Thank you Miss and sorry for taking up your time."

"It's okay. Sorry for not being able to help".

"Oh yes Miss... I am looking for a helper for my home and cafe. But have to stay at my house. I need a girl only. Salary is negotiable. If you know anyone who is looking for a job, you can contact me at this phone number. Thank you again miss".

Wanita kulit putih itu tersenyum manis. Berpamitan dan melangkah pergi ke keretanya yang dipakir berhampiran blok G.

Khaleeda memegang dan membaca kad nama yang diberi wanita itu. May Rose Harris. Perniagaan butik perkahwinan tertera di atas kad perniagaan.

Lift sampai, Khaleeda masuk dan menekan butang ke tingkat atas.

@@@@@@@

Piiinnnn!!!...

Yusoff buat muka toye walau sudah dihon panjang. Dia sudah berpusing tiga kali di jalan ini mencari petak pakir kosong. Apabila nampak satu kekosongan sudah suntuk sangat untuk memberi isyarat masuk.

Hari Sabtu kawasan pusat perniagaan dan tarikan pelancong ini sentiasa sibuk. Memang bertuah sungguh jika mudah mendapat petak meletak kenderaan.

Dia malas mahu memakir kereta di dalam pusat membeli belah berdekatan kerana mengejar masa dan masanya sudah terbuang banyak.

Keluar daripada kenderaannya Yusoff berjalan laju-laju menyeberang jalan yang sibuk. Arah tujuan dia hotel budget malam semalam.

Jika di ukur dengan suatu masa dahulu adalah tidak logik mengharap Khaleeda masih tidur. Pernah Khaleeda bangun lewat setiap kali malam panas mereka tapi bukan selewat ini.

Sekarang pukul 12 tengah hari. Urusan dia di balai polis pada jam empat pagi tadi baru berakhir setengah jam yang lepas.

Masalah yang sangat berat kerana dia harus menjamin wakil perniagaan dari German untuk kes melanggan gadis bawah umur bagi tujuan maksiat!.

Harus pula menunggu pegawai dari kedutaan German untuk beberapa urusan dokumen. Geram sungguh dia dengan wakil perniagaan dari Malaysia yang bersikap lepas tangan.

Hilang tidak dapat dikesan dan telefon juga dimatikan. Semalam rupanya operasi membenteras maksiat besar-besaran dijalankan pihak berkuasa. Mujur dia kekal menyimpan kad akuan nikah di dalam dompet.

Teringat pula aksi panas malam tadi. Aduhai! Dia memang lepas geram sungguh malam tadi. Harap tidak sampai mencederakan Khaleeda. Kerana itu dia harus cepat memeriksa isteri itu.

"Encik! encik!".

Langkahnya terhenti. Seorang perempuan mungkin sebaya umurnya di kaunter pendaftaran memanggil dia. Yusoff menoleh tapi kekal di situ sahaja, di laluan ke tangga untuk naik ke bilik 107.

"Encik nak pergi mana? Daftar dulu encik. Ini untuk tujuan keselamatan."

Perempuan itu bersuara tegas. Yusoff mendekati kaunter pendaftaran.

"Semalam saya sewa bilik 107. Saya belum check out."

Yusoff menerangkan. Perempuan itu memeriksa komputer di hadapannya.

"Encik Muhammad Yusoff bin Yushak?".

"Ya saya."

"Encik dah check out."

"Saya keluar kerja pukul tiga lebih pagi tadi bukan check out."
"Isteri saya ada dalam bilik."

"Oh, perempuan mata cantik tu?. Dia dah keluar sebab tu saya kata dah check out. Dia pulang kad kunci masa keluar."

Tidak! tidak! Yusoff rasa mahu mengaruk mendengar penerangan perempuan penjaga kaunter. Kenapa Khaleeda!?. Bukankah dia sudah tinggalkan pesan!?.

Memang nak kena perempuan ni! Tidak mengikut arahan seperti pesan di kertas yang dia tinggalkan!. Tidak mahu kembali kepada dia ketika dia merayu dahulu! Tidak ada tuntutan fasakh seperti dijanji! Berjumpa pula ketika menjadi gadis pelayan berpakaian seksi!.

Berapa banyak dosa Khaleeda yang sudah dia tanggung sebagai seorang suami kerana mengikut arahan dan perjanjian pernikahan bodoh itu dulu!?.

Kau ingat kau siapa perempuan!? Buang aku ketika aku merayu merendah diri untuk hidup dengan kau!? Memilih lelaki itu kerana wang ringgit, kesenangan dan pangkat!.

Argh Khaleeda!!!
Siap kau perempuan kalau aku jumpa kau lagi!

terima kasih luangkan masa untuk membaca tulisan penulis amatur macam saya. terima kasih untuk semua komen yang sangat ikut rapat cerita bacdh ini. kpd yg blom follow harap sudi follow saya. terima kasih kwn2. syg uoll

Share this novel

Eztl
2024-09-09 20:07:20 

tlgla siasat dulu sop, sian D kalau semua org nk salahkn dia

siti
2024-09-09 12:32:41 

hai bila lah mereka dpt bersatu. kesian dgn kehidupan khaleeda. terpaksa tgg susah dlm kehidupan demi memuaskan kehidupan org lain. hatinya terlalu lembut. tahniah author . telah membawa saya dlm cerita ni.


NovelPlus Premium

The best ads free experience