BAB 19: Saingan Baru
SEBUAH van pengedar akhbar bercetak tiba di hadapan sebuah kedai runcit. Pemandu van dan kelindannya membawa turun pelbagai jenis surat khabar terbaru untuk di edar jual di kedai terbabit dan kedai-kedai lainnya.
Beberapa orang pelanggan setia akhbar tabloid BONGKAR sudah setia menunggu lebih awal di kedai tersebut untuk mendapatkan isu keluaran terbaru mingguan misteri terbabit.
"Wow! wartawan Harun dah berjaya bongkar misteri tentang pita VHS lama tu laa..gempak ah!"kata seorang pelanggan sambil membelek akhbar tersebut.
"Dua hari lepas dah kecoh kat berita televisyen. Harun Nasharuddin temui rangka dan tengkorak tiga orang kanak-kanak mangsa bunuh majikkan ibu mereka. Harun bukan setakat berjaya merungkai misteri di sebalik pita VHS tu je,malah membongkar kes jenayah pembunuhan yang terjadi kira-kira puluhan tahun silam"tambah pelanggan lain pula.
Tiba-tiba pemandu dan kelindan van pembekal surat khabar itu menurunkan pula setimbun akhbar tabloid misteri di kenali sebagai SELONGKAR dari syarikat penerbitan lain pula untuk di edar.
"Nah! tuan-tuan boleh try baca ni pulak"
"Aik? Tabloid misteri baru ke ni?"tanya pelanggan tadi.
"Ya..katanya mereka bakal menyaingi akhbar tabloid BONGKAR tak lama lagi"kata si pemandu van tersengih.
''Heheh jangan mimpi lah mereka nak bersaing dengan BONGKAR. Mereka ni syarikat baru. SELONGKAR takkan bertahan lama pun. Tengok je nasib syarikat tabloid misteri lain seperti AMBANG MALAM,KABUS dan MISTERIA. Mereka habis melingkup dan bangkrup. Apa guna ada nama yang gempak sekalipun kalau mereka tak punya wartawan hebat dan berani macam Harun Nasharuddin,Yana Maya,Yeob Maon,Haziq Khairullah,Asywina Joseph?"
___________________
LANGIT biru di waktu tengahari tu. Harun dan Yana singgah makan di sebuah warung tom yam tepi jalan. Memang kecoh semenjak akhbar misteri tabloid baru yang di kenali sebagai SELONGKAR muncul di pasaran.
Pengarah urusan syarikat baru itu muncul dalam media sosial. Dengan gah nya beliau mendakwa tabloid misteri terbaru itu bakal menyaingi tabloid misteri popular BONGKAR dan akan merampas kedudukkan teratas sekaligus mengenepikan tabloid BONGKAR.
"Wow besar bukan main cakap pengarah urusan syarikat akhbar tabloid baru SELONGKAR ni Run. Siap petik nama BONGKAR pulak tu. You tengoklah nama SELONGKAR ni sendiri pun nyaris-nyaris nak tiru BONGKAR kan. I dah cakap sama Ghani..kalau ada unsur-unsur nak plagiat nama BONGKAR,better kita bawa kes pergi mahkamah je''kata wartawan Yana kurang berpuas hati ketika menatap ciapan dari pengarah urusan syarikat SELONGKAR melalui aplikasi X.
Harun ketawa saja.
"Engkau tak usah risaulah Yana. Mereka ni syarikat baru je kot. Bukan saingan kita pun. BONGKAR dah established belasan tahun. Pembaca tabloid misteri bukannya bodoh nak terima tabloid baru macam SELONGKAR semudah-mudah itu je. Lagipun belum tentu mereka ada wartawan yang berkualiti dan berani. Kalau setakat nak highlight cerita-cerita hantu murahan yang berlambak-lambak macam tabloid misteri lain buat,forget it! Tengok apa jadi pada syarikat-syarikat tu sekarang? Bangkrup!"ujar Harun.
Yana tersenyum mengangguk. Kata-kata Harun memang ada benarnya.
Perbualan Harun dan Yana terhenti seketika apabila sahabat Harun iaitu Hamdan turut berhenti singgah ke warung itu bersama isterinya Anum dan tiga orang anak.
"Eh Run..kau pun ada sini?"sapa Hamdan sambil bersalaman dengan Harun.
"Haa Endan..engkau pun nampak dah boroi sikit tu"usik Harun.
"Ah kau ni..perut aku yang kau nampak"
Hahahaha
Dua sahabat ketawa berdekah-dekah.
Anum isteri Hamdan yang cantik bertudung sanggul tinggi itu tersenyum mesra mendukung anak kecil. Dia tersipu-sipu dan menunduk malu sahaja ketika di sapa oleh Harun.
__________________
WARTAWAN Yeob Maon,Haziq,Asywina dan Encik Rauf Johari serta dua tiga orang wartawan lain pada cuti hari minggu mereka berkumpul dan pergi membuat tinjauan dari kedai ke kedai bagi memastikan jualan akhbar tabloid misteri BONGKAR sampai ke sana.
Dalam pada masa yang sama, mereka turut memainkan peranan dalam memperkenalkan tabloid berkenaan kepada mana-mana premis jualan bahan bercetak yang belum pernah menjual akhbar terbabit agar menjualnya di kedai mereka.
Usaha sebegini dapat meningkatkan lagi proses pemasaran tabloid misteri BONGKAR secara lebih meluas.
Wartawan Yeob Maon di lihat sedang bercakap dengan seorang lelaki Bangladesh yang mengusahakan kedai runcit desa.
"Huu? Uhuhu iya bila kedai ko ni nak langgan dan jual surat kabor misteri BONGKAR haa? Mintak bior ko telefon pihak pengedar cepat sebelum kehabisan stok..uhuhu iya ini kad nombor telefon wakil pengedar..sekian"katanya sambil hulurkan sekeping kad.
"Simalam yitu paper SILONGKAR suda mari..saya ada order juga"kata lelaki Bangladesh pengusaha kedai runcit tu siap tunjuk naskah akhbar tabloid SELONGKAR yang ada di pamer dan jual di situ. Entah kenapa semenjak dua menjak ini nama SELONGKAR tiba-tiba menjadi sebutan ramai.
"Huu?!''terbeliak besar biji mata wartawan gemuk pendek tu. Dia pun sudah naik menyampah dengar nama SELONGKAR yang katanya bakal menyaingi reputasi tabloid misteri popular BONGKAR.
"Uhuhu naya..naya..siapa suruh ko langgan dan jual surat kabor tu haa?"
"Bukan yitu kaa bang?"
"Uhuhu bukan..bukan..ko dah salah besor..uhuhu iya mintak bior itu kali pertama dan terakhir ko langgan surat kabor tu. Jikalau ko degil tetap nak langgan SELONGKAR..bior le aku tepon pihak berkuasa je kasi sita kedai runcit ko yang sah-sah berniaga tak ada permit cenggini ya..sekian"
"Ayo sori bang..manyak sori..jangan yitu macam lah bang..saya cari makan juga"
"Buhuhuhu iya baik..baik..mintak ko langgan dan jual BONGKAR lepas ni..aku pun cari makan jugak. Uhuhu jikalau tabloid BONGKAR tak jual,mana aku nak dapat gaji haa? Perut besor aku pun nak isi jugaklah..sekian"parau je suara wartawan gemuk asal muar johor tu.
"Baik bang..baik..baik..baik..sikian"
Lepas ke kedai runcit Bangladesh tersebut,Yeob Maon pun kembali bertemu rakan-rakan wartawan lain di sebuah kedai makan. Sambil menjamu selera,mereka rancak bersembang pelbagai hal termasuklah perihal kemunculan akhbar tabloid misteri terbaru SELONGKAR yang kini heboh kononnya bakal menyaingi tabloid popular nombor 1 BONGKAR.
_________________
SEMINGGU dua kemudian,rating jualan akhbar tabloid misteri BONGKAR agak sedikit mengecewakan. Hasil tinjauan yang di buat telah mendapati perkara itu terjadi kerana sebahagian peminat dan pembaca mendakwa mereka kecewa kerana syarikat penerbitan BONGKAR telah membuat keputusan untuk menghentikan sambungan artikel siasatan misteri berkaitan apartmen terbiar Haunted Hills yang di buat oleh wartawan Yana Maya.
Dalam satu mesyuarat khas bersama sidang redaksi wartawan BONGKAR bagi membincangkan isu tersebut,telah mencapai kata sepakat untuk menghentikan sambungan artikel terbabit berikutan ancaman keselamatan yang di terima oleh wartawan Yana Maya. Hal ini telah di putuskan sendiri oleh Pengarah Urusan nya iaitu Encik Ghani Rasyid.
Para pembaca akhbar tabloid BONGKAR umumnya dan peminat Yana Maya sendiri khususnya telah di maklumkan akan perkara berkenaan. Tiada apa yang dapat di lakukan selain menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.
*****
"Aduh..i rasa macam dah lemah semangat di buatnya.."kata Yana sambil termenung menongkat pipi ketika berbual dengan staf dan wartawan lain di pejabat.
"Alah..relaks je lah Kak Yana. Lambat-laun pembaca kita akan dapat jugak menerima keadaan tu nanti. Walaupun artikel sambungan Haunted Hills tak dapat di terbitkan lagi,tapi Kak Yana masih ada menulis artikel-artikel misteri lain yang gempak-gempak lagi kan"pujuk Asywina.
"Uhuhuhu iya kak..iya..uhuhu mintak bior le ko tenang-tenang je kak..artikel abang Harun pun masih ada di terbitkan tiap minggu. Uhuhu bukan mudah juga peminat nak lari cenggitu je..sekian"kata wartawan Yeob Maon.
"Itulah tu..cuma some of our readers ni dia tetap berkeras nak artikel sambungan apartmen Haunted Hills di teruskan jugak. Aih..tengoklah macam mana nanti..kalau rating jualan kita untuk isu keluaran-keluaran yang akan datang tetap mengecewakan jugak,maybe i kena discuss balik dengan Encik Ghani"kata Yana.
Harun duduk di satu kerusi sambil berpeluk tubuh dan berdiam saja sejak dari tadi.
"Run..kau diam je dari tadi? Cubalah kau bagi nasihat atau kata-kata semangat sikit kat Yana ni"kata Kak Husna iaitu Ketua Kerani Editor Pengurusan Syarikat kepada Harun.
"Hm aku ingat macam ni je lah Yana..kalau rating jualan kita masih kurang memuaskan..aku fikir memang elok jugak engkau discuss balik dengan Ghani. Tapi engkau masih sanggup lagi ke nak teruskan tugasan dekat Haunted Hills tu? iyalah kan..lepas anak kau kena culik.."
Yana masih memicit-micit kening.
"Aduh entah lah Run..kalaulah bukan kerana hal ni melibatkan keselamatan anak i, rasanya tak ada masalah untuk i teruskan je"
"Kalau susah sangat,biar engkau passing je tugasan Haunted Hills tu kat wartawan kita yang lain"cadang Harun.
"No way! It's my duty ok. Either the articles will be dismissed or i will come back to finish on what i have started"tegas Yana.
Harun dan lain-lain saling berpandangan sesama sendiri. Mereka tahu Yana memang ada prinsip dan ketegasannya sendiri dalam etika tugasan beliau selaku seorang wartawan yang berkecimpung dalam dunia berkaitan hal-hal misteri.
BERSAMBUNG....
Share this novel