MALAM ini, seperti malam-malam sebelumnya, Aryan termenung di balkoni. Angin malam menyentuh kulitnya, tetapi dia tetap berdiri kaku, matanya kosong merenung langit. Di tangannya, sebatang rokok yang sudah separuh terbakar, tetapi dia tidak pernah menyedutnya.
Leia berdiri di ambang pintu, memerhati dari jauh. Sejak mereka berkahwin enam bulan lalu, inilah rutinnya setiap malam menunggu seorang suami yang tubuhnya ada di sini, tetapi jiwanya entah di mana.
Malam itu, dia tidak lagi mampu menahan rasa ingin tahunya. Dengan langkah perlahan, dia menghampiri meja di sudut bilik. Laci kecil itu tidak berkunci, seolah-olah meminta untuk dibuka. Leia menariknya dengan hati-hati.
Di dalamnya, tersusun ratusan helaian kertas yang hampir kekuningan. Surat-surat yang sudah lama ditulis tetapi tidak pernah dihantar. Tangannya menggigil saat dia menarik sekeping daripadanya dan membaca.
Naura, saya masih di sini. Saya masih menunggu awak.
Dada Leia bagai dihentak sesuatu yang berat. Nafasnya tersekat. Naura. Nama yang tidak pernah disebut di hadapannya. Nama yang tiada dalam hidup mereka. Tetapi nama yang ada di setiap helaian kertas di dalam laci ini.
Tangannya menggeletar saat dia menarik surat terakhir. Baru sahaja dia ingin membacanya, suara dingin Aryan bergema dari belakang.
"Siapa suruh kau sentuh benda tu?" suaranya itu meninggi buat pertama kali.
Suara itu mengejutkan Leia.
Leia berpaling. Mata Aryan menikamnya tajam, penuh dengan kemarahan yang sukar dijelaskan.
"Siapa Naura?" suaranya hampir berbisik, takut dengan jawapan yang bakal dia terima.
Aryan tidak menjawab. Tetapi wajahnya cukup untuk memberitahu segalanya.
" siapa perempuan perampas dalam gambar ni hah!" jerit Leia dengan kuat.
Bingkai gambar yang terpapar wajah Naura itu di campakkan ke lantai dengan kuat sehingga bingkai gambar tersebut pecah berkecai.
Air matanya bergenang pada kelopak matanya saat ini.
Leia menelan air liur. Ada sesuatu dalam tatapan itu sesuatu yang lebih menyakitkan daripada hakikat bahawa Aryan tidak pernah mencintainya.
" dia isteri aku yang sebenar" jawabnya dengan suara yang mendatar. Seperti tiada apa-apa sahaja yang berlaku.
Saat mendengar kata-kata yang dikatakan oleh Aryan itu, pandangannya itu seakkan gelap, yang Leia tahu hatinya hancur berkecai saat ini.
" isteri?" bukankah dia isteri lelaki itu.
Dadanya terasa sesak ingin bernafas, air mata yang sejak tadi di tahan itu akhirnya jatuh membasahi pipinya itu.
"kau.. penipu.. pe.. nipu" suara Leia tenggelam timbul kedengaran.
Aryan terus mengatur langkah kakinya ke arah bingkai gambar yang dipecahkan oleh Leia itu di ambil dan di kutip satu persatu kaca yang berderai tersebut.
Leia mengalihkan pandangannya itu ke arah Ryan yang seperti mengendahkan keadaannya saat ini.
" kau jahat, kau jahat Aryan Ilhan"
Dia tidak akan pernah mampu mencintainya.
Kerana hati lelaki itu sudah lama pergi, bersama seseorang dan yang pasti seseorang itu bukanlah aku. Tapi.. Naura.
Hai semuanya, hairah kembali lagi haha. Semoga masih ada yang sudi baca lagi novel yang di tulis oleh hairah ni. Semoga menepati cita rasa kalian semua.. Tunggu next chapter tau :)
Share this novel