Chapter 3

Romance Series 14109

Pintu kayu dikuak perlahan. "Masuklah, rumah saya bersepah sikit." Pelawa Tengku Farhan pada Ayuni.

Ayuni memberi salam melangkah masuk ke ruang tamu yang tidak begitu besar. "Assalamualaikum." Kata Ayuni.

Rumah Tengku Farhan adalah jenis studio. Rumah tersebut dia belikan kerana berdekatan dengan tempat kerja. Selalunya dia akan bermalam di sana jika terpaksa pulang lewat dari tempat kerja. Jika tidak dia akan terus pulang ke rumah ibundanya.

"Awak makan dulu, lepas tu kita keluar cari barang keperluan sikit." Kata Tengku Farhan pada Ayuni.

"Okay." Balas Ayuni sepatah.

Tengku Farhan melabuhkan badannya ke atas sofa lembut tidak jauh dari Ayuni. Dia mencapai alat kawalan jauh yang terletak di sebelahnya. Ayuni masih berdiri tegak di sebelah pintu masuk. Tidak tahu apa patut dilakukan. Terasa seperti setiap tindakannya tidak kena.

"Awak buat apa lagi dekat situ? Kata lapar, pergi ambil pinggan dekat kitchen." Kata Tengku Farhan pada Ayuni.

"Oh okay - okay...saya pergi sekarang." Balas Ayuni.

Sedikit melaju langkah Ayuni ke dapur mencari pinggan dan cawan. Habis diselongkar setiap ceruk penjuru almari kabinet dapur.

"Apa yang bising sangat minah ni." Getus hati Tengku Farhan.

Tengku Farhan bingkas bangun dari sofa tempat duduknya. Perlahan langkahnya mencari Ayuni di balik kabinet dapur.

"Awak tengah buat apa tu?" Tanya Tengku Farhan kehairanan dengan tingkah Ayuni.

Ayuni yang sedang membongkok menoleh ke arah Tengku Farhan. "Saya tengah cari pinggan la." Balas Ayuni.

Tengku Farhan mengangkat tangannya ditunjukkan ke arah meja makan. "Itu ha pinggan atas meja." Kata Tengku Farhan pada Ayuni.

"Oh okay. Maaf." Ayuni menegakkan badannya semula dan berjalan ke arah meja makan. Dilabuhkan punggungnya pada kerusi yang tersedia. Tidak dihiraukan Tengku Farhan yang sedang memerhati tindak - tanduknya itu.

Tengku Farhan kembali ke sofa sambil menikmati rancangan televisyen yang terhidang. Dia perasan tingkah Ayuni seperti tidak sanggup nak menelan nasi goreng kampung yang dibungkusnya sebentar tadi.

"Kenapa? Tak sedap ke nasi goreng tu." Tanya Tengku Farhan spontan.

"Bu...bukan." Balas Ayuni.

"Habis tu, kenapa macam tak lalu nak makan?." Tanya Tengku Farhan lagi.

"Tak ada apalah." Ayuni kembali menjamah nasi goreng kampung di hadapannya itu.

Mata Tengku Farhan sekali lagi melirik ke arah Ayuni. Dia sedar bukan kerana nasi goreng yang dibungkusnya tidak menepati selera Ayuni. Tetapi ada sesuatu yang bermain di fikiran gadis itu.

"Awak makan untuk alas perut je dulu. Nanti malam kita cari makanan lain." Ujar Tengku Farhan pada Ayuni sambil pandangannya kembali ke televisyen.

"Okay." Balas Ayuni sepatah.

"Saya lupa nak tanya, apa nama awak?" Tanya Tengku Farhan pada Ayuni.

"Nama saya Ayuni."

"Kenapa awak boleh pengsan dekat lorong gelap pada malam tu?" Tanya Tengku Farhan lagi.

Ayuni gelisah nak mencari idea bagaimana nak menipu si Tengku Farhan. Dia takut kalau - kalau Tengku Farhan mengetahui yang dia adalah seorang pelacur yang melarikan diri.

Lama Ayuni membisu. "Saya tanya kenapa awak boleh pengsan dekat lorong gelap hari tu?" Soalan sama diulang Tengku Farhan.

"Sa...saya lari dari majikan." Balas Ayuni tersekat - sekat jawapan diberi.

Pandangan Tengku Farhan mula fokus pada Ayuni. "Kenapa awak lari?" Tanya Tengku Farhan mahukan jawapan.

"Se...sebenarnya..." Ayuni tidak mampu teruskan ayat.

"Sebenarnya apa?" Sedikit tinggi nada Tengku Farhan.

"Se...sebenarnya saya ni pe...pela." Tidak sempat Ayuni nak menghabiskan ayatnya.

RING RING RING!!!

Telefon Tengku Farhan berbunyi di celahan poket seluarnya. Tanpa menghiraukan siapa si pemanggil, dia terus mengangkat panggilan tersebut.

"Hello." Sapa Tengku Farhan.

"Sayang...you dekat mana? Dari kelmarin i call tau." Menggeletis nada si pemanggil.

Masih dengan otak geliganya mencari isi idea. "I outstation ni, tak sempat nak call you masa i on the way. And dekat sini tak ada line." Balas Tengku Farhan pada Julia si tunangannya.

Julia adalah tunangan Tengku Farhan sejak dibangku sekolah lagi. Datuk Zahid iaitu ayah kepada Julia mengikat tali pertunangan mereka atas sebab - sebab tertentu.

"Takkan sampai dua hari you tak boleh nak call i." Rajuk si Julia pada Tengku Farhan.

"Tempat i outstation kali ni dalam kawasan pedalaman. Jadi line coverage susah nak dapat." Kata Tengku Farhan.

"Hmm...susah la i nak contact you. So berapa lama you dekat sana?" Tanya Julia lagi.

"I rasa dalam seminggu i dekat sini, but i tak berani janji. Takut - takut akan lebih dari seminggu." Balas Tengku Farhan pada Julia.

Ayuni yang terhenti di pertengahan ayat hanya memerhati perbualan Tengku Farhan dari meja makan. Otaknya masih memikirkan adakah perlu untuk dia beritahu si Tengku Farhan soal pekerjaannya.

"Kalau you rindu i. Cepat - cepat call tau." Kata Julia pada Tengku Farhan dengan nada mengadanya.

"Ya i tahu." Tengku Farhan mulai rimas.

"Okay sayang...bye - bye."

"Bye..." Tengku Farhan mematikan panggilan si Julia.

Tengku Farhan mencampak perlahan telefonnya pada sebelah tempat duduknya dan tangan kanannya menekan - nekan dahi yang tidak tahu apa sakitnya itu. Apa yang dirasai ketika itu hanyalah perasaan rimas dan meluat pada Julia.

"Awak okay ke?" Tanya Ayuni pada Tengku Farhan.

"Saya okay...sakit kepala sikit je." Jawab Tengku Farhan.

"Nak saya picitkan ke?" Pelawa si Ayuni.

"Eh tak payah tak payah. Sikit je ni." Kata Tengku Farhan menolak pelawaan Ayuni.

Ayuni tidak tahu apa patut dilakukan di rumah itu. Dilihatnya sekeliling, keadaan rumah Tengku Farhan sedikit berselerak di merata tempat.

Sudah kebiasaan Tengku Farhan yang menjadikan studio itu hanya tempat persinggahan. Tempat dia berehat dan bermalam dari sebarang kekacauan samaada dari Julia mahupun siapa sahaja.

Pandangan Ayuni melirik ke arah Tengku Farhan. Tanpa sedar mata Tengku Farhan sudah terpejam rapat menandakan dia terlelap dengan posisi yang masih duduk di sofa.

Ayuni perlahan menolak kerusi yang didudukinya takut - takut terbangunkan Tengku Farhan yang sedang lena. Dia bangun dan berjalan ke arah Tengku Farhan.

Dilambainya tapak tangan pada muka Tengku Farhan beberapa kali memastikan jejaka itu benar - benar tertidur. "Tidur betullah mamat ni." Kata Ayuni dalam hatinya.

Sekali lagi mata Ayuni memerhati sekeliling ruang studio yang tidak begitu besar itu. "Macam mana duduk sorang pun boleh bersepah sampai macam ini sekali." Hairan si Ayuni.

Diselakkan lengan bajunya hingga ke paras siku. Tanpa membuang masa, Ayuni mula mengemasi ruang studio itu. Disusun satu persatu majalah yang berselerak di atas meja. Lantai yang berpasir disapu perlahan - lahan. Dalam masa yang sama, matanya tidak lepas dari melihat Tengku Farhan. Takut kalau - kalau tingkahnya mengejutkan si lelaki itu.

Ayuni mengesat peluh yang mengalir di dahinya. "Fuhh...akhirnya siap juga kemas rumah ni." Kata Ayuni sambil melepaskan lelah.

Matanya diarahkan pada jam di dinding. "Aku tak perasan, dah petang rupanya." Kata Ayuni.

Ayuni tidak tahu apa harus dibuatnya lagi. Diimbas seluruh tubuhnya yang sedikit berpeluh. "Lebih baik aku mandi dulu." Kata Ayuni melangkah ke bilik air.

Tiba sahaja seluruh badannya ke dalam bilik air, rapat pintu ditutup. Dia melepas seluruh pakaiannya dan disangkut pada penyangkut di belakang pintu.

Air pancutan dibuka perlahan membasahi seluruh tubuh Ayuni. Dirinya yang dahulu diperlakukan bagai bintang sehingga seringkali tidak dapat membersihkan diri dengan baik kini dia sendiri leka dalam belaian air pancutan. Bekas - bekas luka di seluruh tubuh digosok perlahan. Ada parut yang memberi kesan hingga melekat di kotak memori.

Tengku Farhan yang lena daripada tengahari kini terjaga. Dirinya yang masih mamai cuba dikerah separuh tenaga untuk bangun. "Dah pukul berapa ni." Tengku Farhan melihat jam di tangan.

Dalam keadaan terhuyung - hayang kakinya melangkah ke bilik air. Satu persatu pakaiannya dilepaskan. Dia tiba betul - betul di hadapan pintu dengan tanpa seurat benang. Tanpa membuang masa, dipulas tombol pintu yang memisahkan antara ruang tamu dan bilik air.

AAAARRRGGGHHH!!! PEROGOLLLLL!!!....

Share this novel

Mia Zara
2024-03-24 20:28:38 

nak lagi please


NovelPlus Premium

The best ads free experience