HFM 12 | | Pemilikan Secara Paksa

Romance Series 73463

Dasar lelaki.

                    "Ha." Dia ingatkan lelaki misteri dihadapannya ini lain daripada yang lain. Rupanya sama aje. Tiada bezanya dengan mana-mana lelaki di luar sana. Hanya kerana mempunyai wang, mereka boleh buat sesuka hati mereka. "Kenapa saya perlu bersetuju?" tanya Dihya.

Zane menjungkit kening kiri seakan tercabar dengan soalan itu.

                     "Kenapa tuan lakukan semua ni? Sampai ke tahap tuan mencari saya dan bawa saya ke sini semata hendak jadikan saya wanita simpanan tuan?Adakah ianya berbaloi tuan lakukan semua ni hanya untuk seorang perempuan seperti saya?" ikutkan hati dah lama Dihya menyumpah lelaki di hadapannya ini. Tapi entah kenapa dia tak sampai hati lakukannya.

                     " Tiada sebab yang istimewa. Cuma ada sesuatu yang menganggu saya kebelakangan ni semenjak kita berjumpa. Dan untuk selesaikan hal tu, saya perlu cari tahu kenapa. Disebabkan tu saya terfikir, why not I'm personally monopolize your situation for my benefit."

Dihya menyilang kaki lalu merehatkan sikunya atas lutut itu semasa menopang dagu pada tangan tersebut. Wajah kemas dan bersih Zane di tenung dengan dalam. Dia benar-benar tidak terkata dengan pendirian lelaki kaya hadapannya ini. Monopoly? Ingat dirinya ini apa? Barang untuk berurus niaga ke?

                     "Tuan dengar tak apa yang tuan katakan tadi?" Dihya mengocek keluar kotak rokok. Sepuntung rokok dikeluarkan dari kotak itu. Lalu dia nyalakan hujung rokok itu dengan lighter. "Orang gila aje yang akan bersetuju untuk lakukan hal tu..."ujarnya sebelum menyedut asap rokok.

                     Mata tajam Zane melirik akan rokok yang dipegang oleh Dihya. Tidak menyangka yang gadis itu merokok. Nampaknya dia perlu buat penambahan dalam kontrak mereka nanti."Kalau kamu baca butiran seterusnya, kontrak ini bertempoh selama setahun. Dan di hari terakhir penamatan kontrak ini saya akan membayar kamu 500k bersama dengan Interest sama dengan jumlah hutang yang kamu tanggung. Dengan tambahan tempat tinggal akan disediakan, makan minum akan ditanggung sepenuhnya dan elaun harian akan diberikan. Apa yang kamu hanya perlu lakukan adalah, berada dihadapan saya semasa saya perlukan kamu dan lakukan apa yang saya arahkan. Tak ke menurut kamu tawaran ini satu peluang untuk kamu jalani hidup yang lebih baik dari terus bergelumang dengan kehidupan daif kamu tu?"

Berkerut tengah kening Dihya.

                     "Atau kamu lebih memilih untuk bekerja siang dan malam, hanya untuk mendapatkan wang yang kamu takkan pernah dapat gunakan demi membayar hutang dari sen demi sen... "Zane menyelak lengan kot untuk melihat jam tangan sejurus itu baru dia bangun dari situ.

Dihya menelan liur. Perasaannya begitu terasa dengan kenyataan Zane. Memang tidak dinafikan yang hidupnya ini hanya sebagai hamba hutang. Bekerja tanpa henti hanya untuk membayar hutang yang awalnya bukan milik dia. Tapi apabila di per ingatkan semula seperti tadi, ianya sedikit sebanyak mencalarkan ego yang selama ini dia cuba pertahankan.

                     "Saya akan beritahu Kyren untuk sediakan kenderaan untuk kamu, memandangkan ada meeting yang saya perlu hadiri sebentar lagi. Kita akan sambung perbualan ni selepas kamu tandatangan kontrak tu."

                     "Tak perlu."beritahu Dihya serta merta. Dia bangun dari situ pada masa yang sama. Terdesak macam mana sekalipun, dia takkan lakukan hal ni. Dia lebih sanggup dijadikan pelacur dari menjadi seorang perempuan simpanan yang mana akan merosakkan rumah tangga seseorang dan menyakiti hati wanita lain yang bergelar isteri untuk Zane. Serius, dia tak habis fikir, kenapa lelaki seperti Zane ini sanggup menduakan isteri sendiri.

                     Langkah Zane turut terhenti. Lelaki itu memusingkan badannya semula ke arah Dihya. "Sorry? Apa dia tadi?"

                     "Tak perlu panggil sesiapa atau teruskan perbualan ni. Sebab saya takkan tandatangan kontrak tu. Soal hutang, saya akan membayarkannya kepada tuan seperti biasa. Memandangkan tuan yang memegang bond pinjaman saya tu. Lagipun selama ni saya memang hidup untuk membayar hutang semata. Jadi tak ada bezanya."Dihya berdiri di hadapan Zane. Memandang serius akan wajah lelaki itu tanpa berkedip. Sedikit pun tidak berasa gentar dengan Zane. "Terima kasih sebab selamatkan saya. Saya akan membalas balik jasa baik tuan suatu hari nanti. Jadi tuan boleh  cari calon lain untuk dijadikan sebagai mistress tuan tu."

Zane begitu tidak terkata dengan respon Dihya itu. Dia merasakan seperti tercabar. Yalah, selama ini tiada seorang pun yang berani menidakkan kehendaknya apatah lagi menolak sebarang tawaran yang dia berikan. Tidak kira lelaki ataupun perempuan. Semuanya akan bersetuju. Tidak ada siapa akan mempersoalkan keputusannya sekalipun orang itu kaya dan berpengaruh. Mereka semua akan menurut dan tunduk akan perintahnya. Dan untuk pertama kali, dia telah di tolak? Ditolak dengan wanita seperti Dihya Maelani? A mere bartender that her life at the brink of death?

                     Jangan nak bergurau! Zane menarik sengih meleret. "Well...Nak buat macam mana lagikan. Kalau kamu dah cakap macam tu."beritahu dia.

Hah?Dihya pandang reaksi tenang Zane dengan hairan. Reaksi lelaki itu begitu tenang hingga menimbulkan tanda tanya. Macam tu aje? Tanpa sebarang bantahan Zane setuju dengan kata-katanya tadi?

Lelaki itu kemudiannya mengeluarkan telefon dari poket blazer lalu membuat satu panggilan. Dan Dihya gunakan peluang itu untuk keluar dari ruangan pejabat tersebut.

KYREN DI LUAR pintu ketika itu menyambut langkah Dihya sewaktu gadis itu berjalan keluar dari pejabat Zane Hayes. Beranggapan urusan gadis itu bersama tuannya sudah selesai dia lantas menyapa Dihya.

                     "Perkenalkan nama saya adalah Kyren Lee. Ketua staf di sini. Sebaiknya kita gerak ke hospital untuk dapatkan rawatan terlebih dahulu."

                     Dengan riak bosan dan keletihannya, Dihya membalas dengan nada mendatar. "Tak perlu. Saya akan balik terus ke rumah aje. Lagipun buat apa pengurus seperti encik ni hantarkan saya ke hospital?"

                     "Oh, adakah tuan belum menjelaskan apa-apa pada cik kalau begitu? Menurut kontrak tersebut saya yang akan menguruskan segala keperluan dan tempat tinggal cik nanti."

Dihya meneruskan langkahnya ke arah lif dengan tangan di dalam poket sweater yang comot dengan kesan darahnya itu. Dia benar-benar ingin pulang dan mandi sekarang ni. Keadaan tidak terurusnya benar-benar buatkan dia berasa rimas dan jijik.

                     "Sebenarnya saya tak sign contract tu."butang lif ditekan. "Tawaran tuan encik tu  telahpun saya tolak."beritahu Dihya mendatar.

                     Kyren disamping Dihya terus memandang tepi wajah Dihya. Dia terkejut dengan apa yang di dengarnya. Dihya menolak tawaran Zane?Macam tu aje? "Dan dia lepaskan cik macam tu aje?Tuan Zane tak cakap apa-apa lepas tu?"soalnya kedengaran tidak percaya.

                     Dah kenapa?Dihya berkerut kening sewaktu pandang tidak faham ke Kyren. Tatapan terkejut lelaki kelihatan benar-benar serius. Apa yang nak di terkejut kan sangat? "Well...nak buat macam mana kalau itu yang saya katakan. Itu yang dia kata sebelum saya keluar."

                     Kyren melepaskan hela mengalah dengan perlahan. Sambil berkata  dia membetulkan tali leher di kolar. Tiba-tiba dia rasa sesak selepas mendengar jawapan Dihya. Gadis ini tidak kenal siapa Zane Hayes yang sebenarnya. "Saya sarankan cik balik semula ke dalam dan tandatangan kontrak tu."

Dihya menghadap Kyren yang sudah berdiri lima langkah jauh darinya. Lelaki itu memandangnya dengan serius.

                     "Berdasarkan pengalaman saya yang telah bekerja bersama dengan Tuan Zane, beliau bukan sejenis orang yang mudah mengalah macam tu aje."

Perlahan-lahan pintu lif di belakang Dihya terbuka. Gadis itu yang berdiri membelakangkan lif tersebut membalas renungan serius Kyren dengan wajah bungkam.

                     "Apa yang encik maksudkan?" tanya Dihya.

Lima lelaki bersut sedang berdiri di dalam lif tersebut setelah ia terbuka sepenuhnya.

Dan Kyren tidak mengatakan apa-apa pun sewaktu pengawal keselamatan itu mendekati Dihya dari belakang.

Tanpa amaran dalam sekelip mata kedua belah lengan Dihya dicengkam, belakang kepala gadis itu dicekau sebelum dia dipaksakan melutut kedua belah kaki atas lantai tersebut.

Begitu terkejut hinggakan Dihya kelu tidak terkata. Dia hanya mampu menahan nafas . Pabila matanya naik memandang ke depan, matanya terarah pada pintu pejabat dimana Zane Hayes sedang berarak keluar dari situ.

Kyren berdiri dengan kedua belah tangan di belakang. Langsung tiada tanda hendak masuk campur selain memerhatikan sahaja.

                     "I should say earlier before, that I will have your agreement  toward the contract that I mention with or without your consent."beritahu Zane semasa dia berjalan dengan langkah bersahaja. Sebelah tangan memegang kontrak, sebelah lagi berada dalam poket.

Terkekang  dengan tangan pengawal di situ,  Dihya mendongak ke atas dengan susah payah sebelum bertentang mata dengan Zane. Lelaki itu tunduk memandang ke bawah seakan ingin membuatkan dia kelihatan kerdil.

                     "Kita berjumpa lagi Dihya. Adakah kamu sudah berubah fikiran?"Zane melutut sebelah kaki di hadapan Dihya lalu meletakkan kontrak tadi ke atas lantai bersama pen kemudiannya.  "Saya harap kamu dah buat keputusan."

                     Hah. Dihya melepaskan hela pendek. Dia berasa tak percaya dengan semua ni. Tak masuk akal langsung. Memangnya lelaki ni senekad ni mahukan dia menjadi mistress lelaki tu? "Jadi ini maksud encik tadi..." keluhnya sebaik memahami apa yang dimaksudkan oleh Kyren sebentar tadi. Sememangnya sejak awal lagi dia sudah tiada pilihan lain. Ya atau tidak. Hanya satu jawapan saja yang dia ada.

                     "Gila betul la semua ni."hela Dihya hendak pitam semula. Semua tekanan ini benar-benar buatkan dia hilang kewarasan hendak berfikir dengan jelas. Boleh pula dia berakhir dengan lelaki bernama Zane ni.

Dengan  isyarat mata Zane, pengawal yang mengekang Dihya tadi melepaskan kedua belah tangannya.

Dalam keterpaksaan, Dihya capai pen lalu tunduk mencoret nama dan menurunkan tandatangannya di atas kontrak itu. Setelah selesai, pen itu dijatuhkan ke lantai semula.

                     "Good choice Dihya. Now, first thing first..."Zane menyeluk tangan ke dalam poket sweater Dihya. Mengeluarkan kotak rokok darinya lalu di ketukan perlahan pada hujung hidung gadis itu.

Terpejam mata Dihya kerananya. Dia pandang mencerlung ke Zane.

                     "Kita mulakan kontrak kita dengan hentikan tabiat merokok kamu ni dulu..."kotak rokok itu kemudiannya direnyukkan oleh Zane.

Tidak berkedip apalagi menundukkan pandangannya, Dihya mengetap gigi dengan erat sambil merenung balas akan tatapan Zane.

I should update yesterday but I'm to lethargic to do anything even typing. So end up didn't update anything. So here a chapter for you guys. Thank you for waiting.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience