CLINK.
Mangkuk berisi sisa bubur diserahkan kepada jururawat bertugas oleh Zane sebelum dia tunduk memberikan gelas berisi air kosong kepada datuknya. Dengan berhati-hati dia menadah tangan bawah gelas tersebut sewaktu Tuan Samsoong menegur minuman itu.
Sesuai minum Tuan Samsoong mengesat mulut dengan hujung lengan baju pesakitnya. Enggan susah payah tunggu tisu atau napkin, dia tak sabar. Semakin berusia ni, semakin menipis dinding kesabarannya. "Atuk dengar kamu dengan Astrid dah bercerai. Betul ke?"
Zane meletakkan gelas kosong atas dulang yang sama sebelum jururawat bertugas itu berjalan ke arah pintu dan keluar dari situ. Lantas Zane kembali memandang datuknya. Tatapan dingin terarah pada wajah tua yang mengenakan tiub oksigen di kedua belah lubang hidung.
Tiga hari yang lepas Tuan Samsoong baru sahaja selesai membuat pembedahan untuk saluran pernafasan beliau. Dengan jayanya pembedahan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi. Sekarang datuk Zane hanya perlukan masa untuk sembuh dari pembedahan sahaja.
Disebabkan datuk Zane tidak menyukai sesiapa melawatnya selain Zane, maka Zane la yang kena keluar masuk hospital setiap hari melawatnya.
"Berapa kali nak saya pesan pada tuan supaya fikirkan tentang urusan sendiri?Kenapa nak susahkan diri fikirkan masalah orang lain?"ujar Zane merenung tepat ke wajah tua Tuan Samsoong. Kalau ikut hasadnya, dia takkan ambil peduli atau kisah tentang datuk belah ayahnya. Namun apabila Zane teringat akan mendiang datuknya, hatinya tak dapat dikawal dari untuk ambil berat dan kisah dengan datuknya yang satu ini. Hanya Zane terbayang, agaknya jika datuk belah ibunya masih ada, dia mungkin tidak akan menjadi seorang manusia yang heartless seperti sekarang.
Sama seperti reaksi Zane, Tuan Samsoong turut memandang dingin akan tatapan itu. Kalau orang lain mungkin akan rasa tergugat dengan kehadiran Zane. Namun bukan pada orang tua sepertinya. Bagi beliau, Zane ini hanya seorang anak kecil yang suka memberontak.
"Urusan kamu adalah urusan saya jugak, Zane."
Sebenci macam mana dia terhadap ayahnya sendiri, Zane tak dapat nak nafikan bahawa dia perlukan datuknya ini buat jangka masa yang panjang. Bukan kerana nak jaga kepentingan diri, tapi hanya kerana jika datuknya ini juga meninggalkan dirinya di dunia, siapa lagi dia boleh tumpang kasih? "Just mind about your own self."Zane membetulkan selimut di kaki Tuan Samsoong sambil tu. "Tak sedar diri tu pun sakit-sakit, sibuk nak jaga urusan orang."
Tuan Samsoong berdengus kecil. Hujung bibir terjungkit sinis sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata tidak sopan itu. Zane selalu macam ni. Berlagak macam kuat aje. "Kamu sedar tak kalau kamu bercerai dengan Astrid itu bermakna Hayes takkan biarkan hidup kamu mudah selepas ni..."
Zane hanya mendiam.
"Saya tak boleh pertahankan kamu sepanjang masa sebab ianya akan rendahkan kredibiliti kamu di khalayak umum . Tapi saya jugak tak boleh lindungi kamu kalau kamu tak dapat berikan kerjasama...."tambah Tuan Samsoong lagi.
"Buat apa yang biasa tuan buat la. Tak boleh ke Tuan terus lakukan apa yang tuan lakukan untuk saya selama ni tanpa masuk campur urusan saya?"
"Lakukan apa?Lindungi kamu?Turutkan permintaan kamu?Rasanya tanpa tunggu kamu minta, saya dah lakukan lebih daripada tu Zane."
Untuk seketika Zane termenung menatap raut wajah yang saling tidak tumpah sepertinya. Dari kata, bentuk wajah hinggalah susuk lampainya ini. Semua persis seperti datuknya. Mungkin sebab itu datuknya ini lebihkan dia dari sesiapa dalam keluarga mereka. Rasanya tanpa datuknya ini, dia mungkin sudah menjadi boneka ayahnya dari awal.
"Apa yang buatkan kamu nekad menceraikan Astrid?Kenapa sekarang?"
Zane mendiam. Tiada jawapan yang dapat dia jelaskan. Sebab dia sendiri tidak tahu alasan apa yang buatkan dia nekad menceraikan Astrid. Sedangkan sebelum ini dia langsung tidak peduli mengenainya. Sekarang, apa dia tahu, dia enggan ada sesiapa jadi batu penghalang hubungannya dengan Dihya.
"Mungkin dah sampai masanya..."
Tuan Samsoong berkerut kening. Dia tidak mengerti. "Hanya alasan tu aje?"
"Mostly. But sole reason is because she's messed with what mine."Zane melirik dingin akan jarinya kosong tidak bercincin lagi. Wedding band miliknya dengan Astrid sudahpun di tanggalkan tidak lama selepas penceraiannya dirasmikan oleh mahkamah. "I'm fall for someone." lafaznya perlahan" And that's person is the one I want to be with, but Astrid being butt hurt and decided did things that she's shouldn't to my person. That's why I'm divorcing her..." barulah dia kembali memandang wajah tua datuknya.
Tuan Samsoong menjungkit kening terkejut.
"Apa yang menariknya ialah Ayah sendiri yang mengarahkan Astrid untuk lakukan perbuatan terkutuk tu yang awalnya dekat saya tapi end up lakukannya pada mistress saya ....rasanya cukup bertuah untuk Astrid yang saya hanya menceraikan dia aje bukan humban dia dalam penjara."
"Jadi kamu ceraikan Astrid hanya kerana untuk seorang miss-"
"Mistress atau bukan. Kalau ianya milik saya, maka hanya hak saya bukan orang lain. Tak ada sesiapa boleh sentuh apalagi macam-macam dengannya." Zane memotong kata Tuan Samsoong.
Tuan Samsoong bertentang mata dengan renungan penuh berharap Zane. Tak pernah dia lihat tatapan itu dari Zane selama ini. Selama ini Zane hanya menunjukkan emosi tanpa perasaan dan dingin di balik mata itu. Siapakah wanita yang telah berjaya meruntuhkan dinding ego cucunya ini?
"Disebabkan kamu dah jatuh cinta kamu ambil keputusan untuk ceraikan Astrid?Supaya kamu dapat kahwin wanita yang kamu cintakan tu?Kamu yakin orang yang kamu cintakan kamu tu benar-benar cintakan kamu bukan harta atau status kamu, Zane?"Tuan Samsoong menjadi skeptical. Dia tidak senang hati dengan berita ini. Dia enggan Zane butakan dengan perasaan cinta sampai tak boleh nak nampak mana yang betul dan mana yang salah.
"Ya dan mungkin...lagipun dengan restu tuan atau tidak, saya tetap akan mengahwini dia... Adakah tuan akan menghalang saya kalau saya cakap yang saya nak berkahwin dengan wanita pilihan saya tu? Yang bukan berasal dari keluarga berpengaruh atau berada? "Zane langsung tidak peduli dengan reaksi Tuan Samsoong itu. Baginya dia hanya ingin maklumkan saja bukan minta izin.
"Ini bukan soal restu atau tak Zane . Ini soal betul atau salah keputusan kamu ni. Kamu lupa ke siapa diri kamu tu? Kamu tak ingat ke betapa ramainya orang dekat luar sana nak lihat kejatuhan kamu? Macam mana kalau wanita yang kamu cintakan tu hanya seorang mata duitan yang hanya akan jejaskan imej dan mengambil kesempatan ke atas kamu?"tambah Tuan Samsoong lagi. Bukan berniat nak menghasut cuma dia menasihatkan Zane dengan harapan cucunya ini sedar mengenai keputusannya itu.
Zane menarik nafas dalam lalu dihela panjang bila dengar ucapan itu.
"Terutama sekali ayah kamu. Kamu tak fikir ke apa yang ayah kamu akan lakukan pada pasangan kamu tu kalau dia dapat tahu kamu mencintai pasangan kamu? Ayah kamu akan gunakannya sebagai kelemahan kamu." nada Tuan Samsoong semakin kedengaran seakan kekesalan. Lelaki itu berkerut-kerut kening dek tidak puas hati dengan kenyataan Zane.
"Saya akan uruskan ayah. Jadi tuan tak perlu risaukan diri mengenai hal tu. Apa tuan perlu lakukan adalah teruskan hidup dan bernafas...itu aje tugas tuan.Susah ke nak faham?"arah Zane dengan tidak peduli.
"Uruskan ayah kamu? Kamu?"Tuan Samsoong menyindir.
Zane menarik sengih meleret." Kenapa? Tuan rasa saya tak mampu tundukkan ayah saya?"
Kening Tuan Samsoong berkerut.
"Tuan jangan lupa, saya bukan lagi seorang remaja berusia 19 tahun. Selama ni saya diamkan diri kerana tiada tujuan untuk saya lakukan apa-apa. Tapi sekarang, saya dah ada tujuan dan sebab untuk lakukan apa yang saya nak lakukan. Jadi saya datang ke sini temui tuan bukan hendak minta restu tapi sebaliknya nak beritahu."ujar Zane kemudiannya bangun dari katil tersebut. Dia membetulkan butang pada kot semasa memandang datuknya.
"Apa yang sebenarnya ayah kamu dan Astrid telah lakukan sampai kamu senekad ni Zane?"soal Tuan Samsoong begitu tidak terkata dengan apa yang didengari sejak tadi.
Lantas Zane tersenyum sinis.
"Perkara sama. Macam yang ayah pernah buat pada mendiang datuk saya. Ayah cuba nak dadah kan saya tapi sebaliknya Astrid yang cuba meracuni Mistress saya hingga hampir meragut nyawanya. Kalau mereka tak lakukan hal tu, saya mungkin takkan senekad ni."
"Kamu cakapkan apa-"Tuan Samsoong tak dapat nak menghabiskan kata-katanya kerana kelu tak terkata. Dia begitu baffled selepas dengar apa yang Zane beritahu. Bolehnya bapa sendiri hendak racun anak sendiri?
Tidak menunggu datuknya menghabiskan kata-katanya, Zane beri tundukkan kecil. "Saya minta diri dulu. Kita jumpa lagi pada hari tuan discharge Dari hospital nanti."pamit Zane sebelum melangkah ke arah pintu.
Serius beritahu Tinta betul2 tak sure okay ke tak sebab it's took me three freaking days just to make this one chapter...maaf sgt2 kalau boring.
Share this novel