Bab 5

True Story Series 282

Hari itu ketika pulang dari sekolah tadika berjalan kaki bersama kawan-kawan, ada seorang wanita dan seorang lelaki datang menjemputku. Katanya kawan-kawan mak yang datang dari kilang untuk membawaku berjumpa mak di kilang. Ada buat majlis makan-makan katanya. Aku tak kenal tapi disebabkan 'mak' aku ikutkan saja. Memang kilang mak selalu mengadakan makan-makan, kenduri, hari keluarga dan macam-macam lagi. Semua kawan-kawan mak sudah mengenali diriku termasuk bosnya.

Rupanya mereka adik ayah. Yang perempuan itu adik ayah yang lain, yang bukan datang ketika menyerang nenekku. Lelaki itu pula, anak tiri ayah.

Ayah sudah berkahwin dengan janda anak berapa orang aku tak tahu. Aku dapat tahu tentang perkahwinan ayah ketika usiaku sudah menjangkau 10 atau 11 tahun.

Aku dilarikan oleh mereka ke rumah ayah. Namun ayah tidak tahu tentang perkara itu. Aku dikurung di sebuah bilik. Badanku habis merah-merah kesan cubitan yang mereka lakukan. Aku tak kenal pun siapa mereka. Andai ayah berada di situ juga aku tidak kenal kerana aku masih kecil untuk mengingat wajah ayah ketika pertama kali berjumpa.

Di rumah nenek, sudah hura hara selepas diberitahu oleh kawanku. Mereka menelefon kilang mak, dan mak hampir pengsan selepas mengetahui aku dilarikan. Adik bongsu lelaki mak dan adik ipar mak terus meminjam kereta jiran dan terus ke kampung ayahku yang letaknya hampir sejam dari rumah nenek. Mereka tahu tidak ada orang lain yang melakukan perkara itu melainkan ayah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience