Series
572
"Do I care?"
"Mar, boleh tak berlembut sikit dengan I?"
"Datuk Shanaz, you dah ada dua isteri, tau. Tak cukup lagi ke? Baik you jaga wife you dua orang tu. Nanti kena kebas, berputih mata you..."
"Ala, rilekslah. I ikut sunah nabi, Mar. Lelaki ada empat kuota untuk berkahwin. Ni baru dua. I ada dua lagi kekosongan."
"Huh! Tang kahwin semua nak ikut sunah. Tang amal ibadat, datuk ikut tak? Puasa, solat pun tunggang-langgang. Ada hati nak ikut sunah..." sindir Maria dengan bibir tersungging.
"Aduh, tajamnya bahasa you, Mar..." Maria tayang rolling eyes walaupun tidak dapat dilihat Datuk Shanaz. Memek muka nak termuntah turut dihadiahkan buat lelaki syok sendiri di talian.
"Mar, rilekslah. Mati lambat lagi."
"Datuk Shanaz, mati ni tak tunggu kita, datuk. Bila-bila masa je malaikat maut boleh datang cabut nyawa you, tau. You ingat you siapa boleh tahan-tahan malaikat maut muncul? Kubur tu kata orang, dah memanggil..."
"You ni period ke, Mar? Garang sangat dengan I hari ni..."
"Period ke tidak ke, none of your business. But, please stop calling me, kalau bukan berkaitan hal business. Faham?"
Bam! Ganggang telefon dihempas kuat. Datuk Maria mendengus kasar.
"Dasar jantan giler! Tak habis-habis nak suruh aku terima dia. Macam aku ni tak laku sangat pulak."
"Aku bukan tak lakulah! Aku yang tak nak! Semua jantan tak boleh dipercayai! Dasar munafik!" marah Datuk Maria sendirian. Ada sebab kenapa Maria jadi begitu. Kenangan lalu membuatkan Maria terlalu berhati-hati bila berurusan dengan manusia bernama lelaki.
Flashback #
"You, kenapa lambat sangat ni? You tahukan I ada kelas petang ni?"
"Err, I...I minta maaf. I ada kerja tadi."
"You ni, kenapa? You nampak lain sangat sejak dua menjak ni. You ada masalah ke, Raf?"
"Err, Mar. Sebenarnya, I ada perkara yang nak I bincangkan dengan you..." Maria kerutkan dahi.
"Raf, kenapa ni? You ada masalah ke?"
"Mar, we need to talk..."
"Cakap je."
"Not here."
"No. Cakap je. I tak nak nanti ganggu kelas I. Sini dah dekat dengan college I." Asyraf Affiq meraup wajahnya.
"Raf, cakap cepat. I ada kelas sekejap lagi."
"Mar, kita putus." melongo Maria mendengar kata-kata Asyraf.
"Raf you cakap apa ni? You tahukan yang I akan habis belajar lagi dua bulan?"
"I...I takde pilihan, Mar. I terpaksa buat keputusan ini." ujar Asyraf perlahan dengan wajah yang menunduk.
"Tapi, kenapa? I ada buat salah ke, Raf? Cakaplah. I ada buat salah ke kat you? Kalau I salah, I minta maaf, Raf. But, please, jangan buat I macam ni."
"I'm sorry, Mar. I have too..."
"Raf, you dah janji dengan I akan bantu I, kan? Lepas habis belajar, kita akan berkahwin..."
"Kahwin?" celah seseorang. Berkerut dahi Maria.
"Aduh..." keluh Asyraf bila satu suara muncul dari belakang.
"So, inilah perempuan yang you habiskan duit you selama ini, Asyraf?"
"Maaf, jaga sikit mulut you! I bukan ditaja, Asyraf. I belajar sambil bekerja. Asyraf tak pernah keluarkan duit sesen pun untuk I." Maria pertahankan diri.
"Oh really? Nampak macam you ni desprate sangat sampai nak cari tunang I untuk jadi sugar daddy you?"
"Mira! Jaga bahasa you!" bentak Asyraf. Maria gelengkan kepala. Tidak percaya dituduh sebegitu oleh perempuan yang tidak dia kenali tetapi mengaku tunangan Asyraf kekasih hatinya.
"Kenapa you nak pertahankan perempuan kaki kikis ni, Raf? I ni, tunang you. Kita bakal berkahwin tak lama lagi."
"Raf, apa ni? Tunang? Kahwin?"
"Mar, I...I minta maaf. I takde pilihan..." ujar Asyraf perlahan. Maria cepat-cepat kesat air mata yang bertakung di tubir mata.
"I...I tak tahu nak cakap apa, Raf. I tak tahu apa dosa I kat you sampai you sanggup buat I macam ni..."
"I terpaksa, sayang. I takde niat pun nak curang dengan you. Tapi, I takde pilihan sebab ini berkaitan dengan hal keluarga..."
"Huh! Sekarang you nak salahkan keluarga pulak?"
"Hei, betina murahan!"
"Jaga mulut you, betina jalang!" bentak Maria sehingga terhinjut tubuh Mira.
"Mira, pergi balik!"
"Tak! I takkan balik! Mommy you suruh I temankan you untuk pastikan you putuskan hubungan you dengan perempuan kaki kikis ni!"
Pang!
Tergamam Asyraf dan Mira dengan keberanian Maria menaikkan tangan ke muka Mira. Terus Mira menyorok dirinya di belakang Asyraf sambil mengusap pipinya yang pijar akibat tamparan Maria.
"Jangan hina I sebegitu rupa! I bukan perempuan kikis seperti yang you katakan! I usaha sendiri untuk dapatkan duit poket. You tanya sendiri dengan tunang you samada pernah ke dia keluarkan duit untuk I selama ini. Tanyalah!" sergah Maria membuatkan Mira menikus.
"I tak pernah minta, I tak pernah tanya duit Asyraf sepanjang kami bersama. Demi Allah, tak pernah."
"Mar, please... I..."
"It's okay, Raff. It's okay. I faham. Mungkin you akan cakap you tersepit antara kehendak keluarga dengan pilihan you sendirikan?" cantas Maria. Asyraf mati diksi.
"Takpe, Raf. I terima segalanya dengan hati yang terbuka." ujar Maria sambil mengusap air matanya.
"Mar, I minta maaf. Jujur, I sayangkan you..." Maria gelengkan kepalanya berkali-kali.
"I terima segalanya dengan hati yang terbuka. I faham, Raf. Mencintai tidak bermaksud memiliki. I lepaskan you dengan ikhlas."
"Mar, no! I hanya nakkan you..."
"Raf!" tengkingan Mira membuatkan Asyraf tersentak.
"You jangan macam-macam, eh. You lupa ke parents kita dah berjanji untuk kahwinkan kita berdua!" bentak Mira sambil bercekak pinggang.
"Kau diamlah, Mira! Takde siapa nak perempuan pemalas macam kau!"
"You...!!!" jerit Mira seraya menuding jari tepat ke arah Asyraf.
"Jangan sampai aku tampar kau pulak!" Mira undurkan diri sebaik diugut Asyraf.
"Sudahlah, Raf. You terima jelah pilihan family you. I anggap antara kita tiada jodoh."
"Mar, please. Jangan buat I macam ni. I masih sayangkan you..."
"Sayang? I, macamana?" celah Mira sebelum Asyraf dan Maria mencerlung tajam ke arahnya membuatkan Mira menikus di belakang Asyraf.
"Jangan sentuh I!" Maria menepis kasar tangan Asyraf yang cuba menyentuh tangannya.
"Mar..."
"Asyraf, dengar cakap I. I tahu selama ni, you hanya hidup berlandaskan harta kekayaan keluarga you. I tahu you tersepit antara keluarga dan pilihan you sendiri." Asyraf tundukkan wajah.
"Beginilah, Raf. I nak tanya you dan I perlukan jawapan you seikhlasnya..." Asyraf mendongak.
"Kalau betul you sayangkan I, you sanggup ke bersusah-payah dengan I? You sanggup tunggu I habiskan study I, sebelum kita ke fasa seterusnya?" Asyraf menelan air liur yang berpasir. Untuk hidup susah, tiada dalam kamus hidup Asyraf.
Apa yang Asyraf tahu, Maria hidup sendirian dan terpaksa bekerja sambil belajar demi menampung kehidupannya selepas diabaikan ibu bapanya yang melebihkan anak lelaki berbanding Maria. Asyraf tahu apa yang Maria sedang lalui selama ini kerana Maria pernah berterus-terang tentang masalah dirinya.
Maria tertawa kecil sambil gelengkan kepalanya. Maria dapat mengagak jawapan Asyraf dan Maria tahu, Asyraf tak pernah hidup susah selama ini.
"I tahu, you takkan mampu nak bagi I jawapan." Maria lepaskan keluhan.
"Begini jelah, Raf. I harap, ini kali terakhir kita bertemu dan I minta you lupakan segalanya tentang I..." Asyraf langsung tidak bersuara.
"Teruskan hidup you dengan menjadi anak yang soleh pada mommy dan daddy you. I takkan ganggu hidup you lagi. I janji, ini kali terakhir kita bertemu. I doakan you bahagia dengan pilihan keluarga you. Assalammualaikum..." Maria berlalu pergi dengan hati yang kecewa dan sebal.
"Maria! Maria!" Maria tidak mengendahkan langsung panggilan Asyraf yang dianggap jantan lembik.
Dengan hati yang terluka dan tekanan yang diterima Maria, Maria teruskan perjuangan. Maria berjanji untuk mengubah kehidupannya menjadi lebih baik. Bagi Maria, dia takkan mati tanpa manusia bernama lelaki. Cukuplah Maria punya abah dan Mazral, satu-satunya adik lelaki yang tidak henti memberi sokongan.
Abang dan adik bongsu Maria, lebih memihak pada bonda lantaran mereka berdua menjadikan bonda mesin ATM bergerak dan bonda terlebih menyayangi kedua mereka itu kerana mereka cukup bijak membodek bonda.
Maria menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah kolej swasta sambil bekerja sambilan di sebuah cafe demi menampung pelajarannya sendiri. Walaupun penat, namun, Maria cekalkan hati untuk berjaya dan Maria mahu membuktikan pada bonda yang dia mampu berjaya tanpa bantuan bonda.
Maria bukannya dari kalangan susah. Tapi, Maria menerima cabaran dari bondanya yang mahu Maria berusaha sendiri tanpa bantuan keluarga. Sesuatu yang Maria rasakan bagaikan tidak adil buat dirinya lantaran Maria, merupakan satu-satunya anak perempuan di kalangan adik-beradik seramai empat orang.
Menjadi anak kedua yang dikatakan pelik dek bonda sendiri, membuatkan Maria terluka dan rasa terasing dengan layanan bonda terhadap dirinya. Sedangkan adik-beradik lelakinya dilayan bagaikan anak emas.
Bukan Maria tidak pernah mempersoalkan siapa dirinya yang sebenar. Adakah Maria ini anak angkat sehingga dilayan teruk sebegitu. Jawapan yang diterima Maria cukup menyakitkan. Bonda sering mengatakan yang dirinya anak pungut.
Bila hal ini Maria bangkitkan pada abah, abah hanya mampu memujuk dan meminta Maria bersabar dengan perangai bonda. Sudahnya, Maria mengambil keputusan untuk tinggal sendirian di rumah yang dibelinya dengan duit sendiri.
Kekecewaan Maria semakin bertambah bila bonda sanggup mencanang berita tidak benar mengenainya hanya kerana Maria menolak lamaran seorang lelaki yang merupakan anak seorang kenamaan dan sahabat baiknya sendiri.
Itu menjadi punca kenapa Maria tidak lagi berurusan dan pulang ke rumah agam selepas peristiwa itu. Apa yang Maria mahukan adalah kemaafan dari bonda. Namun, bonda kerap kali cuba memanipulasikan dirinya termasuk memaksa Maria menerima Razman bekerja di syarikatnya.
Flashback end #
"Allahuakhbar..." Maria meraup wajahnya sendiri sebaik kenangan lama berlegar di ruang ingatan.
Deringan telefon mengganggu lamunan Maria. Nama bonda kejam tertera di skrin telefon membuatkan Maria melepaskan keluhan berat.
"Apa lagi orang tua ni nak dari aku? Nak hina aku lagi?" omel Maria sendiri. Ikon merah digesek.
"Kurang ajar! Berani dia matikan talian telefon ni!"
"Sudahlah tu, bonda. Jangan diganggu lagi Kak Maria tu."
"Kamu diam!" bentak bonda membuatkan Mazral terkedu.
"Bonda tak sudah-sudah nak ganggu Kak Maria. Apa dosa Kak Maria pada bonda? Bonda berterusan dengan ego dan kedudukan bonda. Tapi, bonda lupa, Allah taala tu tak tidur. Jangan sampai bonda terima balasan dari tuhan!" bentak Mazral anak ketiga dari empat beradik.
"Hei! Anak kurang ajar! Jangan nak mengajar aku!"
"Bonda ni terlalu angkuh dengan kedudukan. Sedangkan, bonda sendiri hanya belajar setakat darjah enam. Tapi, kehidupan bonda melebihi orang yang berpendidikan tinggi."
"Jaga mulut kamu, Mazral!"
"Kenapa? Salah ke apa yang Mazral katakan? Bonda tak berpendidikan. Tapi, rezeki bonda diterima masuk dalam keluarga abah. Bonda lupa semua tu?"
"Mazral!"
"Huh! Bonda abaikan Kak Maria. Bonda bezakan kedudukan Kak Maria. Sedangkan, selama ini, Kak Maria yang banyak bantu bonda dari segi kewangan. Jangan sampai suatu masa nanti, anak-anak bonda yang bonda manjakan sangat, yang bonda agungkan sangat ni, bawa malapetaka pada bonda!
Pang!
Mazral tersengeh walaupun pijar pipi ditampar bonda.
"Huh! Tamparlah, bonda. Tamparlah. Eloklah Kak Maria jauhkan diri dari bonda yang berhati busuk. Kalaulah diberi pilihan, mati hidup semula pun, Mazral tak nak ada ibu seperti bonda!" Mazral terus berlalu meninggalkan bonda tanpa mempedulikan jeritan bonda.
"Mazral! Mazral! Dasar anak kurang ajar!"
"Huh! Memang anak tak sedar dek untung! Berani kau nak ajar aku! Aku, bonda kaulah!" bebel bonda bersama riak wajah menyinga.
"Awak tak nak cakap apa-apa ke abahnya?"
"Saya nak cakap apa lagi? Betullah apa yang Mazral cakap tu." balas Datuk Sri Jeffrey selamba. Datuk Sri Jeffrey sedang leka menatal telefon bimbitnya sambil duduk menyilang kaki.
"Awak cakap apa?"
"Saya setuju apa yang Mazral katakan. Semuanya betul."
"Berani awak, Jeff?"
"Kenapa pulak saya tak berani? Awak ingat saya diam selama ni, saya takutkan awak ke, Marina?" balas abah sambil berdiri tegak. Bonda tayang wajah cuak sambil menelan air liur yang berpasir.
"Jangan ingat saya tunggul ya, Marina. Saya ni, suami awak. Saya bertahan pun sebab Maria. Ingat! Saya boleh tarik segala keistimewaan awak, tau. Jangan lebih sudu dari kuah!" ugut abah sebelum berlalu.
"Apa kena dengan semua orang dalam rumah ni? Dah gila ke semua?" bebel bonda seraya menghenyakkan punggung di sofa kulit berjenama mahal.
"Semua aku cakap, semuanya salah! Salah! Dahlah! Pergi jahanamlah semua!" bentak bonda.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Good morning, datuk..." tegur Fika sebaik kelibat Maria kelihatan saat pintu dikuak.
"Morning, Fika."
"Err, datuk..."
"Ya?"
"Ada orang menunggu datuk di dalam bilik." berkerut dahi Maria.
"Siapa?"
"Err, Datuk Sri Jeffrey."
"Abah? Abah datang sini? Apa mimpi dia?" Fika jongketkan kedua bahunya tanda tidak tahu.
"Dah lama abah I, sampai?"
"Dalam sepuluh minit."
"Hurm it's okey, Fika. Thanks..."
"Baik, datuk."
bab 1, 2, 3, dan 4 boleh dibaca secara percuma sebelum bab 5 sehingga bab terakhir akan dilock. harap maklum
Share this novel