Bab 1

Romance Series 39746

Tania telah bekerja sebuah syarikat selepas tamat pengajian PhD nya di UM. Di syarikat itu tania memegang jawatan sebagai CFO dibawah pengerusi Tan Sri Anaqi

"Awal lagi ni, kita minum kopi dulu" kata tania lalu berjalan terus ke kedai cafe selepas meletakkan keretanya di tempat letak kereta

Pagi itu kereta tidaklah banyak di jalan raya kerana sudah seminggu cuti sekolah

"Kann best kalau aku sekolah gakk, tak payah nak bangun awal apa semua ni"

"Boleh tidur, tengok kartun" kata tania sambil menghembuskan nafasnya dalam-dalam dan menghirup kopi mocha

Tania melihat pemandangan di depan cafe yang dipenuhi dengan bangunan tinggi dan berkaca

Ting

Ada bunyi dan menandakan lagi 10 minit bermulanya sesi bekerja tania

"Hemmm sedar tak sedar, dah sebulan aku kat sini lepas grand haritu" kata tania dalam hati

Tania pun naik sampai ke tingkat lima dan terus masuk ke biliknya untuk memulakan kerjanya di situ

Knock knock knock

Bunyi ketukan pintu daripada luar

"Yes, masuk" kata tania sambil membelek fail di atas mejanya

"Emmm cik tania, nanti pukul 10 kita ada mesyuarat dengan tan sri" kata setiusaha tania

"Okay, and i nak mintak dengan you fail yang last week punye kira-kira sebab i nak buat confirmation" arah tania

"Baiklah cik tania"

"Cik tania ada nak apa-apa lagi ke?" tanya setiusahanya

"Takde dah, kalau ada apa-apa yang i nak. Nanti i panggil you" kata tania sambil sibuk memeriksa kertas di tanganya

"Baiklah cik tania, saya keluar dulu"

Tania hanya menganggukkan kepalanya

Pada pukul 9.50 pagi hanna pun pergi ke bilik mesyuarat terlebih dahulu. Lebih baik dia awal, sebelum terlambat daripada tan sri

"Lagi 10 minit, lek lek la dulu"

Tania pun membuka telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi instagram

Dilihat ramai kawan-kawannya yang sudah mendirikan rumah tangga selepas habis pengajian tetapi dirinya sahaja masih bujang bukan tak mahu kawin, tapi hatinya sudah serik dikhianati

"Hemmmm syok jugak tengok orang dah kawin, tapi aku ni. Emmm malaslah nak fikir baik kerja dulu cari aset untuk aku" kata tania seorang diri

Dalam ralit membuka telefon bimbit, tiba-tiba tania ternampak muka seorang lelaki yang berjaya menarik perhatiannya menerusi aplikasi tersebut

"Hensem gakk mamat ni, try follow dulu" kata tania dalam hati

Knock

Bunyi ketukan pintu kaca bilik mesyuarat yang diketuk oleh setiusaha tan sri iaitu kak mas

Mereka semua pun bangun untuk memberikan hormat kepada tan sri

"Jemput duduk semua"

"So harini kita akan bermesyuarat tentang pembangunan kondominium di Damansara"

Mereka pun bermesyuarat selama 2 jam

Setelah selesai mereka pun pulang ke bilik masing-masing untuk menyambung semula sesi kerja

Sampai di bilik, tania terus menyambung semula menyiapkan kerjanya yang tertangguh tadi

Tetiba berbunyi lagu sherine eh eh di telefon samsung S24 ultra tania

Tania tidak melihat siapa yang menghubunginya, tetapi tania terus mengangkat dan meletakkan telefon itu di sebelah kanan telinganya

"Hello"

"Hello babe, kau free tak lunch ni?" tanya wani kawan tania daripada universiti

"Aku tak berani nak janji la weii, aku tengah busy sekarang ni"

"Keje tengah bertimbun, pening kepala aku dibuatnya" kata tania sambil memegang kepalanya lagi sebelah tangan

"Okaylah kau ni, itulah aku tak nak kau ambik bahagian akauntan tapi kau nak jugak. Alasan sebab masyuk. Tapi sekarang tengoklah macam mana"

"Aduhh kau ni, membebel je la. Aku ni dah la tengah serabut banyak keje kau pergi bebel stress la aku"

"Okay-okay sorry la babe, aku sebenarnya tengah bosan ni. Sebab itu la aku ajak kau lepak"

"Emmm tengoklah dulu macam mana, kalau aku boleh siapkan atleast separuh daripada keje aku. Nanti aku keluar lunch dengan kau"

"Okayy, nanti kau roger aku balik eh?"

"Iye la, okay la wehh bye"

"Bye babe"

Setelah tamat perbualan tania dan wani, tania terus sambung membuat kerja tadi yang sedikit terganggu dek panggilan daripada rakannya itu

"Hehhh, wani wani. Tak padan dengan peguam tapi perangai tiada gaya peguam langsung" kata tania seorang diri

Tania terus menyambung membuat kerjanya sehingga waktu lunch. Kerjanya hampir ke semua selesai

Tania pun terpandang jam di tangannya kerana dia terasa seperti ada gegaran kecil di situ

Tani pun memandang jam nya

"Ya allah, aku dah lambat nak keluar lunch dengan wani ni" kata tania kepada dirinya sendiri

Tania pun kemas meja lalu mencapai beg tangan dan telefonnya yang berada di rak belakang. Tania terus pergi menuju ke lif, tania masuk ke dalam lif bersama seorang lelaki yang memang sudah berada di dalam lif

Tania pun mengapai telefon bimbit yang berada di dalam beg tangannya lalu mendail nombor wani

"Hello wani"

"Ahh hello babe, jadi tak nak lunch sekali ni?" tanya wani

"Jadi wehh, aku baru turun nak pergi tempat letak kereta"

"Okay, aku share location kat mana babe"

"Okay babe, tunggu tau"

"Okay lah, aku letak telefon dulu"

Tania terus mematikan panggilan, dan diam sahaja di dalam lif. Tiba-tiba tania bau minyak wangi lelaki daripada belakang. Tetapi tania endahkan sahaja mungkin staf atau lelaki yang dah memang ada dalam lif dulu sebelum kehadirannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience