HFM 32 | | The Incidents

Romance Series 73463

Kyren memandang Zane. Matanya tidak berkedip semasa perhatikan reaksi Zane.


Zane tidak sabar kerananya. "Memangnya ada apa? Boleh tak kalau cakap tu biar sampai habis. Jangan nak tambah marah aku? Aku ni dah la tengah bengang. Jangan la kau pulak nak buat aku makin bengang!" marah dia akhirnya.


"Mungkin tuan tidak ingat tentang hal ni. Tapi pada 9 tahun yang lepas pada hari yang sama tuan juga terlibat dalam kemalangan."


Zane pandang Kyren terkejut. "Apa?"


"Malam tu, tuan baru pulang dari hadiri ulang tahun kelahiran tuan yang ke-25. Tuan telah drive kereta di bawah pengaruh alkohol. Disebabkan pada malam itu hujan turun lebat, tuan hilang kawalan sebelum melanggar seorang pedestrian."

Jantung di dalam dada Zane mula berdetak laju. Matanya perlahan-lahan terbuka luas. Lelaki itu termenung memandang ke depan bersama nafas tertahan tanpa sedar tatkala cerita itu mula menyambung titik yang putus. Dia ingat tentang kemalangan yang berlaku. Tapi dia tidak tahu apa yang telah berlaku pada hari kemalangan itu. Sebab dia tidak ingat apa-apa mengenai kejadian tu. Apa yang dia ingat pada hari tu, dia sedar di hospital. Dan hanya diberitahu dia terlibat dalam kemalangan. Selebihnya tidak dijelaskan.


"Waktu itu Tuan Samsoong yang cover kemalangan tersebut. Maka tiada sesiapa tahu mengenai kemalangan itu kecuali Tuan Samsoong dan saya. Termasuk tuan sendiri kerana tuan langsung tidak mengingati apa yang terjadi pada malam itu selepas tuan sedar. Jadi Tuan Samsoong ambil keputusan untuk bertanggungjawab merawat pedestrian yang dilanggar pada malam itu. Dia koma untuk beberapa minggu kerana kecederaan yang dialami pada kepalanya. Tapi tidak lama selepas sedarkan diri, dia telah larikan diri dari hospital jadi sejak itu tiada siapa tahu apa yang terjadi pada pedestrian tu."jelas Kyren dengan berhati-hati.


"Jadi kamu nak kata orang yang saya langgar tu-"


"Ya tuan. Orang itu adalah Cik Dihya."hela Kyren. "Mungkin kerana kemalangan itu ianya telah membuatkan Cik Dihya cedera parah hingga mengakibatkan dia hilang deria rasanya tuan."

Termangu Zane. Lelaki itu begitu terkejut dengan berita yang baru di sampaikan oleh Kyren.


"Kamu tak cakap semua ni semata nak buatkan saya kasihan pada Dihya kan?"Zane masih tidak percaya.


"Tiada sebab untuk saya buat macam tu tuan."


"Jadi dari awal lagi, saya puncanya?"Zane hendak kepastian semula. Dia tak boleh percaya bahawa orang yang telah menjadi Mistressnya adalah orang yang sama telah menjadi mangsa kemalangan dia!?


"Selain tu, mengenai maklumat lanjut tentang parents Cik Dihya. Seperti yang tuan minta."Kyren tunduk memandang skrin iPad dan mula membaca butiran yang tertera di situ. "Encik David, 56 tahun. Tidak bekerja. Mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk memecah masuk, mencuri, keganasan rumah tangga, pengabaian kanak-kanak, dadah dan perjudian. Aktiviti terbaru beliau adalah beberapa hari lepas baru sahaja buat pinjaman sebanyak 200k di sebuah kasino. Sementara Puan Maerin, ibu kandung Cik Dihya, 48 tahun. Kini keberadaannya tidak dapat dikesan setelah menghilangkan diri lima tahun yang lalu."


Masih dalam keadaan terkejutnya, Zane hanya dengar tak dengar apa yang disampaikan oleh Kyren."Dan kanak-kanak tu adalah Dihya? Apa yang bapa dia lakukan?"


"Menurut laporan di sini, Encik David meninggalkan anak perempuannya yang berusia 7 tahun tanpa pengawasan selama lima hari. Cik Dihya terpaksa ditahan dalam hospital untuk beberapa hari setelah dibiarkan berlapar tanpa makan dan minum selama tempoh itu."

Bersandar ke belakang Zane dibuatnya. Dia pandang raut wajah tidak berekspresi Kyren dengan perasaan tak percaya.


"Selebihnya tuan boleh baca. Sebab saya tak rasa saya boleh jelaskan semuanya sekarang. Kisah kehidupan Cik Dihya cukup rumit untuk diceritakan dalam satu hari."Kyren menurunkan iPad ke sisi.


"Boleh kamu carikan saya bapa Dihya?"


"Mungkin, tapi bukan masa terdekat."


"Ambil masa kamu."Zane kembali duduk tegak. Dia capai iPad dari tepi keyboard lalu menyentuh skrin. Dia ingin membaca maklumat yang baru sahaja Kyren berikan kepadanya."Janji kamu dapatkan orang tua tu dan bawa dia berjumpa saya."


"Baik tuan." Kyren jadi curiga. Selama ini tuannya tidak pernah cuba untuk kisah apalagi peduli tentang sesiapa. Tapi kenapa begitu tekunnya lelaki itu untuk mencari tahu tentang Dihya sedangkan gadis itu bukan sesiapa untuk Zane. Paling menghairankan dia adalah dia dapat tahu Eric telah dipindahkan tempat tugas dari kediaman Zane ke pintu masuk bangunan. Anak buahnya Ryan yang diarahkan untuk menggantikan tempat Eric yang beritahu. Bila dia tanya kenapa, Eric hanya mendiamkan diri. Muka itu juga berlebam.


"Tuan, boleh saya tanya sesuatu?"


"Hm."


"Apa yang Eric dah lakukan sampaikan dia dipindahkan post dia?"


Zane mendiam untuk seketika. "Sebab dia jadi punca aku sakiti Dihya."beritahunya tidak lama kemudian sambil membaca.

Kyren tersentak. Hanya disebabkan itu? Zane Hayes, lelaki yang terkenal dengan sikap tiada perasaan marah kerana telah sakiti seorang perempuan simpanan? Istimewa betul Dihya Maelani ni sampaikan Zane sanggup lakukan pelbagai perkara hanya untuknya. Kalau macam tu, apa agaknya reaksi Zane sekiranya lelaki itu dengar berita yang satu ini?


"Tunggu apa lagi. Dah selesai kan? Kau boleh keluar sekarang." arah Zane.


"Tapi ada yang saya mahu sampaikan lagi."pandang Kyren dengan renungan penuh muslihat.


Zane mengangkat matanya ke depan semula. Perlahan-lahan iPad diletakkan semula ke bawah. Apa lagi kali ni? Hendak tambahkan lagi rasa serba salah dia pada Dihya ke? "Tentang apa?"


"Seperti yang Tuan tahu, Cik Dihya telah diberikan makanan mengikut jadual dan diet yang telah tuan tetapkan."Kyren membaca reaksi wajah Zane dengan minat.


"Dah tu, kenapa? Dihya minta hidangan selain tu ke?"

Kyren menggeleng.


"Tidak tuan. Tapi sebaliknya. Menurut tukang masak tersebut, dia telah maklumkan kepada saya selama dua minggu ini, Cik Dihya tidak lagi makan makanan yang disediakan. Hampir setiap hari set meal dipulangkan tanpa tersentuh sedikit pun.Hal ini di konfirmasi oleh Encik Easton sendiri."

Riak serius Zane tadi terus menjadi kendur. Mata yang dingin tadi menjadi redup Perasaan tegang yang menghurung sejak tadi berubah serta merta. Sejak dua minggu yang lepas? Takkan la sejak dia outstation lagi Dihya tak makan dengan baik? Perasaan Zane semakin tidak enak.


"Mungkin kerana cik Dihya tak dapat nak rasa apa-apa, selera makannya pun ikut tidak menentu..."tambah Kyren hampir hendak tersengih apabila melihat reaksi Zane." Adakah saya patut arahkan tukang masak untuk sediakan set makanan yang berlainan?" biasanya Zane tidak peduli tentang sesiapa kecuali diri sendiri. Jadi bila Kyren saksikan perubahan baru ini, ianya sedikit sebanyak buatkan dia kagum.

Zane mengetap gigi semasa memandang tatapan penuh maksud Kyren itu. Dia sedar yang pembantunya itu sudah mengerti apa yang sedang berlaku pada dirinya ketika itu sebelum dirinya.

Tinta dah proofreading empat kali chapter ni. Harap-harap okay la. Sebabnya tinta tak nak berjela-jela atau meraban, tapi my tendency to be detail in everything make the writing longer than it's should.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience