BAB 14

Drama Completed 19693

Naurah duduk diruang menunggu masih setia menanti berita yang baik.Dia memandang cincin dijarinya.

Ruang ini sangat sunyi saat ini.Dia seakan kehilangan sesuatu yang dia tidak pasti apa.

Dr Helen keluar dari biliknya dan berjalan ke ruang menunggu dimana seorang gadis yang muda.Ini kali pertama dia berjumpa dengan gadis ini.

Pada awalnya dia agak terkejut apabila Althaf dibawa oleh gadis ini yang mengaku sebagai penjaga kepada pesakitnya.

"Hai..."sapa Helen.Naurah mendongak dengan airmata bergenang.Dia menyeka airmatanya dan berdiri memandang sosok doktor itu.

"Doktor...ke yang rawat Isaac?"soal Naurah.Dr Helen mengerutkan dahinya.

"Jadi awak kenal Isaac?"soal Helen.Naurah mengangguk perlahan.

*********
Althaf memandang ruang gelap itu yang hanya bercahaya pada dirinya dan dihadapannya ada Isaac.

"Puas hati kau...dapat kawal badan aku.."ucap Althaf dengan nada marah.

Isaac tersenyum sinis.

"Puas...sekurangnya aku dapat luahkan pada Naurah apa yang aku pendam...tapi...aku tak mampu nak buat semua tu sepenuhnya..."ucap Isaac.

Wajah Althaf berubah.

"Naurah tak mahu aku untuk terus hidup menumpang dalam badan kau.Dia tak nak hidup seorang lelaki yang beragama Islam macam kau hancur gara-gara ketamakan aku"ucap Isaac.

Althaf terdiam.Naurah masih memikirkan hidupnya walaupun bertapa dia layan teruk gadis itu.

"Terus sekarang...kau nak aku buat apa?.Selagi kau ada dalam badan aku sampai bila-bila aku tak mampu nikmati hidup aku sendiri.Kau muncul dari masa lalu aku"

"Aku tahu...sebab tu...aku nak kau..tolong jagakan Naurah untuk aku.Aku serahkan pada kau...tolong...tolong...."ucap Isaac sebelum menghilang.

Althaf membuka matanya.Airmatanya mengalir di pipi.Mimpi? tapi rasa macam betul?.

********

"Althaf ada DID awak tahukan?"soal Dr Helen.Naurah memandang wajah itu dan mengangguk perlahan.

"Saya tahu Doktor...tapi boleh tak Doktor terangkan pada saya dah berapa lama Tuan Althaf dapatkan rawatan?"soal Naurah.

"Dia datang jumpa saya masa tu ayah angkat dia merayu supaya anaknya diperiksa.Punca utama kerana perubahan sikap dia.Ayah angkatnya tahu Althaf seorang yang pendiam dan agak sukar untuk didekati.Tapi apa yang dilihat anak itu berubah 360 darjah.Menjadi seorang yang nakal.Pada awalnya dia tak boleh terima karakter yang ada dalam badan dia.Tahun berganti tahun hidup dengan karakter yang berbeza sehingga membuatkan dia disisihkan.Siapa sangka disebalik kejayaan seorang lelaki itu ada rahsia besar yang dia simpan"cerita Dr Helen.

Naurah mengigit bibirnya.

"Tapi Isaac tak macam tu Doktor.Masa saya jumpa dia mula-mula dia memang suka mengusik... tapi lepastu dia jadi lain..tak macam Doktor ceritakan..."ucap Naurah.

Dr Helen tersenyum.

"Saya pernah jumpa Isaac...dia cukup marah bila saya cuba bagi nasihat tentang kesihatan Althaf.Tapi saya rasa itu berubah sebab awak.Macam yang orang kata cinta itu buta.Sebagaimana butanya seorang lelaki apabila dia lihat orang yang suka depan mata dia"ucap Dr Helen.

Naurah tersenyum.

"Karakter ni akan hilang dengan sendiri apabila karakter tu sendiri putuskan dengan pemilik badan"ucap Dr Helen.Naurah memandang wanita itu.

"Jadi benda tu akan jadi pada Isaac?"soal Naurah.

Dr Helen mengangguk perlahan.Naurah memandang cincin dijarinya dan diusap.

"Doktor!!! pesakit wad VIP hilang..."ucap jururawat.Naurah sudah berdiri mendengar berita yang baru disampaikan itu.

**********


Pintu kecemasan itu dibuka dan dia sudah berada diatas bumbung hospital.Dia memandang langit yang gelap.Jiwanya kosong.Langkahnya diteruskan ke atas penjuru bahagian atap.

"Dia tak nak hidup seorang lelaki Islam macam kau hancur gara-gara aku"

"Naurah tak nak aku ada dalam badan kau"

"Dia tak nak aku hidup dalam kekeliruan tapi kenapa dia? Kenapa dia?"soal Althaf sambil memegang kepalanya.

Naurah berlari menaiki tangga.Dia tak pasti sama ada betul atau tidak tapi hatinya membawa dia naik ke ruang atap.

Dia mencari lelaki itu dan mulutnya terasa kering apabila nampak lelaki itu ada dekat penjuru.

"Isaac!!!! " jerit Naurah terus menarik lengan lelaki itu turun.Lelaki itu terkejut memandang Naurah.

"Apa awak buat ni!!! Awak dah janji dengan saya!! Tolonglah!!! ni bukan cara nak selesaikan masalah!" jerit Naurah sambil memegang tangan lelaki itu.

Althaf memandang Naurah.Buat kali pertama dia nampak Naurah begitu marah.

"Awak rasa mati tu akan hilangkan kesakitan awak ke? Kesepian awak?.Saya tanya awak ni!! Isaac!!.Saya ada dengan awak....awak ada saya!" ucap Naurah memandang lelaki itu dengan airmata sudah bergenang.

"Tolong.....tolong jangan buat macam tu....saya merayu....pada awak....tolong... ingat saya kalau awak nak buat benda tu.... walaupun susah kita harunginya...sama-sama...tolong...ssaya ada dengan awak...."ucapnya lagi yang sudah banjir dengan airmata.

Airmata Althaf turut jatuh dengan pengakuan Naurah.Kenapa dia rasa sakit bila lihat Naurah menangis?.

"Cakap dengan saya....tolong jangan diam...awak nak kan kita sama-sama lalui ni...saya sayangkan...awak...."ucap Naurah.

Althaf mengangkat tangannya mengesat airmata Naurah.

"Saya takkan mati....saya akan terus hidup...saya akan terus hidup dengan awak....saya nak buat semua tu dengan awak...."ucap Althaf walaupun dia tahu Naurah masih tidak nampak siapa depannya.


Naurah menangis tersedu-sedan.Dia mengesat pipi itu yang sudah basah dan hidung mancung itu sudah merah.

**********

Naurah menghantar Isaac ke dalam wad.Dia meminta lelaki itu berbaring diatas katil.

"Awak nak apa-apa?.Saya boleh ambilkan?"soal Naurah.Althaf memandang gadis itu.

"Saya cuma nak air"ucap Althaf.Naurah mengisi air didalam gelas.

"Kejap...awak dah cuci belum cawan tu..."ucap Althaf.Naurah terhenti.

"Takpelah saya pergi cuci kejap...awak tunggu sini..."ucap Naurah yang ke bilik air.

Althaf mengeluh.Adakah dia harus berpura-pura sebagai Isaac demi menjaga hati Naurah?.

Naurah kembali ke dalam wad dan menuangkan air kepada Isaac.

"Nah untuk awak...."ucap Naurah.Althaf mencapai gelas ditangan Naurah.

Althaf membaca Bismillah sebelum minum.Naurah terdengar dan dia yakin pendengarannya tidak salah.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?"soal Althaf.Naurah menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa.."ucap Naurah.

"Saya rasa awak balik rumah...tak perlu ada dekat sini... lagipun tak manis..."ucap Althaf.

Naurah memahami.

"Kalau macam tu esok pagi saya datang.Awak rehatlah.... good night"ucap Naurah.

Dia berpaling dan berjalan ke arah pintu.Althaf hanya memandang tidak menghalang.

************

Nasib dia tak terlajak tidur dan sempat solat subuh sebelum bergegas ke hospital.Sengaja dia keluar lebih awal takut sesak jalanraya pagi-pagi waktu orang pergi kerja.

Jam 6.30 pagi dia sudah berada di wad VIP.Langkahnya ditemani dengan bubur ayam yang direneh pagi tadi gara-gara tak boleh tidur punya pasal.

Dia memegang tombol pintu dan membukanya.Dia terpandang sosok tubuh yang sedang mengangkat takbir menunaikan solat subuh.

"Tuan Althaf?"

Dia menunggu sehingga lelaki itu selesai menunaikan kewajipannya.Doa diaminkan sebelum dia bangun.

"Tuan?"sapa Naurah.Althaf berpaling dan terkejut melihat gadis itu sudah berdiri dibelakangnya.Althaf hilang kata-kata.Adakah Naurah akan marah padanya kerana merahsiakan identitinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience