Rhett menarik nafas sedalamnya. Berharap dengan berbuat begitu, keberanian mencanak-canak. Debaran yang menghurung dada saat itu toksah cakap, macam mahu pergi berperang dengan Firaun.
“Miss, CEO dari RS Holdings dah sampai.”
“Baik, jemput dia masuk.”
Rhett menarik nafas panjang sekali lagi sebelum mengekori seorang gadis untuk masuk ke dalam bilik berkeluasan sederhana itu, terlalu kecil jika dibandingkan dengan bilik pejabat Rhett.
“Cik Deila…”
“Encik Rhett Raffendy…”
Rhett ukir senyuman terpaling manis. Malangnya, Deila balas dengan tatapan sedingin Kutub Selatan. Lama Rhett terpacak di depan Deila. Tak sudi mahu jemput duduk, malah langsung tak nak pandang Rhett. Bebola mata asyik depan skrin komputer riba. Rhett mengeluh perlahan lalu henyak punggung bertentangan dengan Deila.
“Saya datang nak berikan tawaran usaha sama syarikat kau dan saya.”
“Not interested!”
Tanpa perasaan, Deila jawab laju. Rhett ketap rahang.
“Baca dulu. Kontrak ini bukan sahaja akan buat syarikat kau dikenali, malah keuntungan yang bakal diperolehi akan berlipat kali ganda berbanding keuntungan kau sekarang.”
“I said I’m not interested, Rhett Raffendy! Kau boleh blah!”
Savage!
“Deila Araferro!” Suara Rhett naik seoktaf.
“Shut up, Rhett Raffendy!” Suara Deila naik beroktaf-oktaf, siap bingkas bangun lalu hentak meja dengan tapak tangan. Auto tegak tubuh Rhett kerana terkejut.
“Kau ingat lepas kau langsaikan semua hutang piutang saya, kau boleh arah saya sesuka hati? Buat ikut suka kau pada syarikat kecil saya ni?”
Rhett geleng laju.
“No, Del. I just want to help.” Rhett jawab dengan nada lembut, cuba memujuk dan berharap hati keras Deila lebur.
“Help?! Hah, don’t kid me, Rhett! Di mana kau saat saya benar-benar perlukan kau? Saat saya bertarung nyawa, saat saya kehilangan, saat saya cuma mahu bahu untuk bersandar kerana ianya benar-benar sakit… terlalu sakit… WHERE ARE YOU, RHETT RAFFENDY?!!! Sekarang bila saya sudah bahagia dengan hidup saya, kau muncul dan kata ‘just want to help’? You can go to hell!”
Rhett terkesima. Merenung Deila dengan mata mulai berkaca.
“I was wrong, Del. Kalaulah masa boleh diputar semula, I’ll be there. I won’t let you fight alone. I’ll trade my life with our little angel. I’ll do anything, Del. Saya juga terluka, saya juga menderita atas kehilangan itu, Del.”
Deila buang wajah. Tak sudi mahu tengok air mata yang mulai gugur sebutir demi sebutir di wajah kacak itu. Nangis? Dia sudah puas berteman air mata. Nangislah sampai kering air mata, dia tak hairan duhai Rhett Raffendy!
Apa yang sudah dia lalui… biar Rhett merasakannya! Kejam? Dia jadi kejam kerana lelaki itu. Apa masalahnya? Tak tahan boleh blah!
“Blah! Jangan ganggu saya lagi!”
Rhett bingkas bangun. Never! Usirlah dia hingga ke hujung dunia, dia tetap akan kembali menagih cinta biar dikata hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Hanya Deila yang dia mahu.
“Beri saya peluang untuk tebus semuanya, Del.”
“Peluang? Sorry dah tak ada ruang untuk kau, Rhett.”
Terbakar dengan jawapan Deila, Rhett mara merapat. Deila beliakkan biji mata. Sudah bersedia pasang kuda-kuda. Kalau Rhett berani bertindak sembarangan, dia takkan teragak-agak belasah wajah tampan itu.
“Kau cintakan orang lain?”
“None of your business!”
“Amirul?”
“Sekalipun Amirul pilihan saya, kau dah takde hak nak masuk campur, Rhett!”
Rhett genggam penumbuk. Meruap-ruap rasa marah dengar jawapan Deila.
“Kau takkan pilih Amirul!” Rhett kata dengan nada tegas. Deila tergelak sinis.
“Yakin?”
“Hundred percent! Kalau tak, Amirul takkan pilih untuk berkahwin dengan gadis pilihan keluarganya.”
Deila terpempan. Semakin terbelalak biji mata menatap Rhett. Macam mana Rhett boleh tahu? Argh! Dia lupa tentang kemampuan keluarga itu. Hanya petik jari, segala maklumat yang dimahukan akan diperolehi dengan mudah. Semua kerana kuasa dan duit!
“Kau siasat Amirul?” Deila tanya guna suara dalam. Rhett tarik nafas panjang. Nampak jelas di wajah Deila ketika itu rasa kurang senangnya apabila hal peribadi Amirul diceroboh. Begitu sekalikah kepedulian Deila terhadap Amirul?
“Saya tahu semua yang berlaku, Del. Selepas kau menghilang, Amirul juga seperti saya, gigih cari kau macam orang gila. Saya tahu Amirul lebih dulu jumpa kau dua tahun lepas dan ajak kau kahwin kerana dia tak mahu kahwin dengan pilihan keluarga dia. I bet kau yang suruh dia kahwin kan? Kalau tak, mana mungkin Amirul pilih gadis itu kerana Amirul sama seperti saya, dia cintakan kau, Deila. Malangnya, jodoh Mirul dan isteri dia tak panjang. Isteri dia meninggal selepas melahirkan. Saya tahu kau rapat dengan anak Amirul kerana Amirul memang sengaja mahu lembutkan hati kau guna anak dia. Saya tahu kau takkan pilih Amirul, Del. Kau tak cintakan dia. Saya yakin kau masih cintakan saya.”
Rhett hela nafas panjang. Lega bila semua isi hati terluah. Sebenarnya dia juga baru tahu selepas majlis perasmian bangunan baru rumah anak yatim yang dia hadiri bersama Amirul. Rhett terus upah seseorang untuk siasat tentang Amirul.
“Ya, betul… saya tak cintakan Mirul. Saya sayangkan Mirul. Jangan yakin sangat dengan pendapat kau, Rhett. Even tak saling mencintai, masih boleh hidup sebumbung sampai ke tua. Yang penting persefahaman. Bukti yang jelas, Amirul sendiri. Walaupun dia tak mencintai arwah isterinya, mereka masih boleh hidup sebumbung dan saling cuba memahami antara satu sama lain. Mirul tetap bahagia. So… what makes you think that I won’t choose him? Saya yakin Amirul akan buat hidup saya lebih bahagia berbanding kau!”
Rhett ketap rahang. Tercalar hati dengar kata-kata Deila. Dada memanas. Terbakar dengan api cemburu.
“So… you are going to choose him?” Rhett tanya sambil kepal buku lima.
“Perhaps, who knows…”
“No, Deila!”
“Rhett!”
Terkejut bukan kepalang Deila apabila Rhett meluru lalu merentap kedua belah pergelangan tangan Deila. Tubuh Deila didorong hingga belakang tubuh melanggar dinding. Deila cuba meronta. Rhett dengan pantas mengunci pergerakan Deila. Kedua-dua tangan Deila dikunci di atas kepala. Deila tergamam.
“You’re mine, forever mine!”
“Rhett!”
Deila berusaha melarikan wajah. Tak sudi langsung biarkan bibir dijamah oleh Rhett. Pergerakan kepala sontak terhenti saat Rhett menarik rapat lengan Deila, mengunci pergerakan kepala Deila. Biji mata Deila terbelalak merenung Rhett.
“Don’t you dare Rh…”
“I miss you, so damn miss you, my sweet Pepero!”
Sangka Deila ciuman yang bakal diberikan kasar bila lihat riak wajah Rhett ketika itu. Dugaan Deila jauh meleset. Rhett menyentuhnya dengan lembut, seolah bibirnya diperbuat dari benda rapuh, mudah berkecai jika diperlakukan dengan kasar. Rhett sekali lagi berjaya buat Deila terpempan.
“Jom nikah!”
Wow! Lihatlah lelaki kulit kerbau pencen ni! Tak tahu malu betul kan. Ciuman cuma berlangsung selama beberapa saat sebelum Rhett kelam kabut menarik wajah yang jelas dipenuhi garis penyesalan. Kena tampar malaikat maut kut. Tau dosa!
“Let me go!” Deila melengking. Wajah merah padam. Marah bercampur malu!
“Kahwin dengan saya, Del. Let’s do it properly this time.”
“Not interested!”
“Paksa!”
Gila lelaki ni! Deila ketap rahang sambil jurus tatapan maut tepat ke anak mata Rhett.
“Kau sendiri kata kita tak perlukan cinta untuk hidup sebumbung. Though I still deeply, crazily in love with you, tapi saya faham… kau terluka kerana saya. Mungkin kau bencikan saya sekarang, but once… you were in love with me. Saya yakin saya mampu buat kau wanita paling bahagia di dunia. I’ve learned my lesson, Del. I won’t make the same mistake, ever again!”
Deila terusan merenung Rhett. Dari tatapan singa menghendap mangsa, perlahan bertukar jadi tatapan sepasang mata ulat beluncas.
“Yes… truly, deeply, crazily in love… been there once…”
Rhett teguk air ludah bila riak wajah Deila tiba-tiba berubah. Memandang Rhett dengan tatapan menggoda. Nada suara juga berubah. Gedik!
“You know something? Kau lelaki ukiran sempurna, Rhett. No wonder Zara juga tak mahu lepaskan kau. Saya faham. Zara cinta pertama kau.”
“Zara dah takde, Del.”
Deila kelihatan tersentak, namun riak terkejut cepat-cepat dipadam dari wajah. Jemari naik lalu menari-nari di dada bidang Rhett.
“So, kau kembali kepada saya kerana sunyi ditinggalkan ke?”
“Saya dan Zara, no! Kami tiada apa-apa hubungan selain kawan.”
Deila tarik tali leher Rhett. Tubuh Rhett terbongkok sedikit. Wajah mereka hampir bertembung. Deila tersenyum manis.
“Rhett yang kacak… jejaka rebutan ni… serius nak ajak saya kahwin?”
Rhett kerut dahi. Something fishy okay. Deila dah kenapa?
“Jom nikah, Deila Araferro.” Rhett jawab, tegas dan yakin.
“Urghhh!”
Hampir juling mata bila tempurung lutut Deila menusuk celah kelangkang Rhett.
“Del!”
Rhett terundur beberapa langkah bila Deila tolak tubuh dia dengan kuat. Deila mencebik.
“That’s for kissing me, forcefully! I hate you Rhett Raffendy!”
Deila berlenggang keluar. Puas hati betul dapat hentam Rhett kaw-kaw. Dia hentak taklah kuat sangat, cukup untuk tak buat lelaki itu mandul.
“I’ll make you mine again, no matter what Deila!”
Deila tertawa sinis. Jelas mengejek! Wajah dipaling sebentar ke arah Rhett yang sedang merenung dia dengan wajah berkerut seribu, menahan sakit.
“Bring it on, Rhett Raffendy!”
Deila melangkah keluar sambil lakar senyuman sinis.
BEBERAPA hari berlalu. Deila menerima surat jemputan dari persatuan anak yatim yang menganjurkan majlis amal di salah sebuah hotel. Deila mengarahkan staff untuk menyediakan beberapa kotak biskut jejari untuk disumbangkan kepada tetamu yang hadir nanti.
Awalnya, Deila bercadang mahu berkebaya sahaja. Tetapi bila lihat ada jemputan VVIP, Deila ubah fikiran. Dia tidak berharap Rhett hadir di majlis itu, tetapi andai saja… hanya andaian, jika Rhett melihat dia berkebaya ketat, pasti marak mata lelaki itu. Lepas tu berjela-jela berbunyi. Tak sudi nak hadap!
Deila memilih blouse dan seluar slack bersama slim coat, selesa dan mudah untuk dia bergerak. Seperti biasa, Deila lebih banyak mengurus anak-anak yatim, mengajar mereka tentang protokol majlis dan mengedarkan buah tangan untuk tetamu iaitu biskut jejari keluaran kilangnya.
Deila lebih banyak menghabiskan waktu berbual dengan anak-anak yatim berbanding tetamu yang hadir. Hampir di penghujung majlis, Deila bertembung dengan Rhett dan Tok Teh. Rhett meminta diri untuk mengambil minuman sementara Deila berbual dengan Tok Teh. Mereka hanya berbual sekejap kerana Tok Teh kelihatan letih. Rhett muncul bersama dua gelas jus buah. Tok Teh meminta diri kerana pemandunya sudah menunggu di luar. Tinggallah Deila dan Rhett yang masing-masing kelihatan gugup.
“Nak?” Rhett hulur gelas berkaki panjang di tangan kanannya kepada Deila.
“Tak nak!” Deila mahu beredar namun segera ditahan oleh Rhett.
“Minumlah, jangan membazir. Dah terlanjur saya ambil tadi. Ingat nak bagi tok tapi tok dah pergi.”
Deila mencebik. Gelas di tangan Rhett Deila sambar dengan kasar.
“Miss Pepeyo!” Hujung kot Deila ditarik seseorang. Deila menjatuhkan wajah. Seorang kanak-kanak sedang menyembunyikan sesuatu di belakangnya. Deila membongkokkan badan, membelakangi Rhett untuk bercakap dengan kanak-kanak tersebut.
“Thank you, sweetie!” Mereka bertukar sesuatu tanpa dilihat oleh Rhett. Kanak-kanak itu bergegas pergi. Deila kembali meluruskan badan lalu berpaling, menghadap Rhett.
“Kenapa?” Tanya Rhett. Deila angkat bahu.
“Hal perempuan tak payah nak sibuk.”
Rhett menghela nafas. Kesabaran kena tinggi nak hadap Deila.
“Saya nak ke sana.” Deila meminta diri dengan kasar. Rhett memaut lengan Deila.
“Habiskan minuman tu dulu.” Pinta Rhett. Deila merengus lalu dia teguk hingga licin air tembikai tersebut. Gelas yang sudah kosong ditayang depan muka Rhett sebelum Deila berlalu pergi.
Rhett sengih lebar. Tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Memerhati sekeliling sambil sesekali mengerling jam di pergelangan tangan. Hampir lima belas minit berlalu. Rhett melangkah tenang. Gelas kosong di tangan dia letak di atas meja hidangan sebelum bebola mata bergerak, mencari kelibat Deila.
Rhett tersenyum bila lihat Deila sedang duduk di salah satu kerusi berhampiran dinding di kawasan yang agak terperuk. Deila dihampiri dengan laju.
“Del, kenapa ni?” Rhett tanya. Deila geleng.
“Saya tiba-tiba rasa pening.”
“Nak saya hantar balik?”
Deila geleng lagi lalu cuba bangun. Badan terhuyung hayang sebelum rebah ke dalam pelukan Rhett.
Share this novel
Rhett yg desperate haha
Dia buat lagiii
nooooo jangan buat macamtuu lagiiiiiii