"Ma! tengok ni! Di sempat hantar ni!"
Haslina buat pekak. Malas melayan. Masalah sedia ada sudah banyak dan anak-anak menambah lagi. Dia tidak mahu melihat tapi Hamizah daripada tadi sudah beberapa kali memberitahunya.
Anak perempuan kepada perempuan sombong yang pernah menghinanya dan anak-anaknya,... mengandung!
Angkara anak jantan Adnan!.
"Kesianlah kat Di dengan Abang Ma!"
"Mi telefon Di dah tak dapat... mesti mama dia dah rampas handphone dia!"
"Abang pun tak jawab call! jomlah Ma kita turun KL. Please Ma!"
Hamizah merayu-rayu dalam esak tangis yang sayu. Haslina tahu bertapa rapatnya Hamizah dengan Abangnya Hamzah dan budak perempuan anak si perempuan sombong itu... siapa namanya? Dida?.
Dia masih berdendam dengan 'anak lelaki Adnan' itu... ya, anak dia juga tapi... anak itu menderhaka dengan dia. Sebab Hamzah mengadu tentang rakan mesranya kepada Adnan dia menanggung malu dengan sanak-saudara dan kenalan.
Perempuan sombong dan anak perempuannya itu pula semakin memburukkan keadaan dengan kisah duit jaminan berjumlah tiga ribu ringgit. Malu gila dia bertahun lamanya. Semua orang keliling menyalahkan dia untuk porak peranda yang berlaku.
Huh! bukan mereka yang hidup miskin papa kedana dengan Adnan. Tapi aku!.
Kring, kring...
"Hello... ya saya... ya Abang saya... Allahhhh... kat mana?... bila?... okay, okay baik... HKL ye... baik... terima kasih."
"Mi turun KL sekarang..."
"Abang accident..."
"Kritikal..."
Hamizah berlalu ke belakang meninggalkan Haslina terkejut sendirian di situ.
@@@@@@@
"Yus..."
Yusoff toleh ke muka Yunus di sebelahnya. Memanggil dia tapi pandangan Yunus lurus ke hadapan. Hari pagi lagi tapi cukup sibuk di kawasan sini kerana waktu orang berpusu-pusu mahu ke tempat kerja.
"Aku menyesal tak dengar cakap mama."
Yusoff tepuk bahu Yunus sekali kemudian dia cengkam kuat dua kali cuba menyalurkan semangat.
"Tapi aku dah tak boleh lepaskan tanggungjawab ni. Nanti lagi malu aku nak jumpa mama."
Kali ini Yunus tunduk menahan perasaan.
"Aku cuma tak nak Baby Boo malu kalau mommy dia kena penjara."
"Aku tak nak kemudian hari orang bercerita aku gagal jadi ketua keluarga."
"Orang akan mengata aku yang sebabkan Wati masuk penjara. Sebab aku tak mampu nak tanggung dia."
"Macam mana Yus?..."
Hmmm... macam mana? Yusoff tolong dengar bolehlah. Mahu saja dia jawab Wati yang bodoh apahal pula Yunus perlu rasa bersalah... tapi tulah... dia tak duduk di tempat Yunus.
Kalau dia boleh tolong Yunus memang dia tolong. Contohnya macam duit jaminan Wati sepuluh ribu ringgit.
Habis semua simpanan dia dari kecil. Duit mama kumpulkan dari kecil, duit gaji dia kerja part time dari umur 14 tahun, duit faraid bahagian dia dari arwah mama dan Baba. Tinggal duit buku sahaja.
Yunus juga dahulu punya jumlah simpanan yang sama arwah mama tolong jagakan, tapi habis semuanya ketika mula berkenalan dengan Wati. Arwah mama memang tidak silap ketika tidak merestui hubungan Yunus dan Wati.
Mudah-mudahan selepas ini jika Yusoff mendapat tawaran menyambung pelajaran, dia layak untuk pinjaman PTPTN atau MARA atau macam mana caralah asal boleh sambung belajar.
"Sabar la Yun. Ni kita tunggu orang kaya tu... macam aku cakap semalam, last kita cuba. Kalau tak berjaya jugak... aku harap kau redalah Yun. Mesti ada sebab Allah dah atur macam ni."
Yunus masih tunduk bermain cincin besi di jari. Yusoff tumpang sedih melihat Yunus serabut seperti ini. Yunus sahajalah adik beradik yang dia ada di dunia dan di akhirat. Tak taulah kalau arwah Baba ada isteri lain. Huhu.
Mereka duduk tercongok di warung kecil di bawah pokok menghadap bangunan pejabat urusan sebuah farmasi terkenal. Di situ pejabat milik pasangan orang kaya yang mendakwa Wati.
Wati... Wati... menyusahkan orang betul la kau tu!.
"Ayun! tu dah sampai!.
@@@@@@@
"Mana nak cari you! ingat orang bodoh sangat ke nak jadi Pak Sanggup!."
"Atau kalau dapat jangan cakap kenapa... just married them with certain amount... and make sure he agrees to divorce when the time comes."
"No, no, tak boleh macam tu..."
"Why!?".
"What happens if the baby is born?".
"Awak nak orang tahu Di mengandung anak haram?"
"Lagipun mana ada orang bodoh sangat tak boleh fikir 'something fishy' kalau diminta kahwin berbayar macam tu."
"Then!?"
"Kita kena beritahu and tie him with a certain amount and agreement supaya... later he did not tell people around the reasons for the marriage."
"Supaya seolah-olah anak awak memang mengandung anak Pak Sanggup tu."
"Cara tu baru tutup cerita baby tu anak haram."
"Kalau tak cerita yang sebenarnya pada orang yang setuju jadi pak sanggup tu macam mana nak sorok budak tu anak haram?".
"Mana nak cari Pak Sanggup!?"
"Masa berjalan, nanti perut Di makin besar!"
"Sabarlah Idah..."
"We offer a good sum amount mesti ada orang nak."
"How Hamdan!? Advertising!? Interview!?"
"Buat macam tu... kalau dapat tiga... tiga tu tak nak... masa tu semua orang dah tahu Di mengandung anak haram!"
Hamdan bagi signal ke kanan untuk masuk ke petak letak kereta khas untuknya di hadapan bangunan pejabat urusan syarikat miliknya.
"Saya rasa saya dah ada calon."
Masuk sahaja ke petak letak kereta Hamdan sambung ayatnya.
"Who?".
"Him."
Hamdan muncungkan bibir ke arah dua orang lelaki yang berlari anak melintas jalan yang sibuk menuju ke arah kereta mereka yang sudah terpakir.
"You! agak-agaklah! orang pun suspicious kalau dia calon! laki orang, gemuk, miskin..."
"Bukan dialah..."
Faridah pandang kembali ke luar kereta. Dua orang lelaki itu sudah menunggu mereka di kaki lima bangunan.
"Awak call encik Salim, minta dia datang sekarang untuk draft official private agreement. ASAP."
@@@@@@@
Khaleeda duduk menyandar badan di dinding. Telefon bimbitnya mama rampas. Rumah mama kunci... hmm kalau mama tak kunci sekalipun dia tak ada hati mahu ke mana-mana.
Air matanya menitis lagi.
Kenapa dia?. Apa salah dia?...
Betullah... mesti kerana penampilan dia yang mengundang.
Tapi... kenapa Hamzah? lelaki terakhir yang akan dia fikir boleh memudaratkan dia. Kenapa Hamzah menganiaya dia... masa depan dia?.
Patutlah ketika dia terjaga pagi itu dengan kepala yang sakit amat, dia rasa lain... di situ. Tapi, kerana kepalanya yang terlalu sakit dia tak sangka kelainan di situ ada puncanya.
Air keruh dan sedikit darah yang keluar ketika dia berdiri itu... Bukan kerana ada masalah dengan haidnya yang baru habis beberapa hari sebelum itu.
Aaarghhhh!!!.
Dia mahu Michan sekarang. Dia mahu seseorang yang sudi mendengar luahan perasaan dia. Dia hanya sempat menghantar pesanan Whatsapp kepada Michan tanpa sempat menerima balasan, telefon bimbitnya sudah mama rampas.
Khaleeda hagul-hagul belakang kepala ke dinding menyesali nasib diri.
@@@@@@@
"Macam mana setuju?".
Yunus terdiam, Yusoff rasa otaknya hilang tiba-tiba. Rasa macam bongok. Dia salah dengar ke?. Ini 'prank' ke apa? Agaknya ada kamera tersembunyi di dalam ruang bilik hotel mewah yang besar dan sunyi ini.
Dia tersedar bila terasa tangannya digenggam orang. Yusoff menoleh, Yunus memandang dia dengan satu pandangan yang... penuh pengharapan.
"Boleh kami adik beradik berbincang sekejap.?"
Yunus menyoal lelaki kaya itu. Lelaki itu memandang isterinya dan seorang lelaki lain yang mereka kenalkan sebagai peguam mereka bernama encik Salim.Tiada suara hanya anggukan sekali.
Yunus tarik Yusoff untuk bangun dan keluar ke balkoni. Yunus tarik pintu gelangsar.
"Yus... tolong aku Yus."
Hanya dia yang ada penyelesaian masalah Yunus sekarang. Caranya itu dengan mengambil masalah Yunus menjadi masalahnya.
"Bunyinya... kau macam tak rugi apa-apa."
"Kau dapat duit lagi... boleh guna sambung belajar."
"Tolong Yus..."
"Aku ni... semua perkara tak bagus Yus. Kalau kali ni pun... aku tak berjaya selesaikan masalah ni... memang aku ni dah boleh matilah... tak berguna apa aku ni."
Perlahan suara Yunus dengan memek muka yang...
Yelah Yun, yelah... aku tolong kau.
saya cuba habiskan cite ni utk yg masih sudi singgah bce. tapi mgkn tk laju. Sy msih tk brpe sihat. pls komen dan follow wpn Sy tk jwb Komen. terima kasih pada yg msih singgah bce. Sy hargai sgt
Share this novel