BAB 37:Huru-hara

Thriller Series 558

BAB 37:Huru-hara.

MAYAT dan jasad manusia-manusia aneh dengan lidah panjang terjelir dan berkulit seperti biawak itu dapat di temui bergelimpangan di jalanan pekan pada sebelah pagi. Gara-gara onar yang mereka timbulkan dekat area downtown malam semalam,telah memaksa pihak polis menghantar skuad pembasmi.

Dekat pejabat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR lagilah kecoh! Walhal para wartawan mereka bergelut dan bersusah-payah ingin mencari informer demi mendapatkan bahan-bahan misteri terbaru untuk di tulis dan diterbitkan. Kini hal-hal misteri berkaitan manusia pelik dan onar yang di timbulkan dekat jalanan kota berlaku di hadapan mata.

Maka berebut-rebutlah para wartawan BONGKAR ingin mendapatkan tugasan luar berkaitan hal tersebut.

"Eh apa ni Zaquan. Saya dah cover lebih awal dari awak tentang kes manusia pelik merangkak dan terjelir lidah kat jalanan kota tu tau. Awak cover lah topik lain pulak"wartawan Syaza Alia sedang bertekak dengan Zaquan.

"Hello cik Syaza..excuse me..saya bersengkang mata sejak dari malam tadi nak taip artikel ni. Senang-senang je awak nak saya dismised dan cover topik lain pulak? Mana boleh!"wartawan lelaki muda bernama Zaquan bercekak pinggang.

Kemudian datang pulak seorang dua lagi wartawan buat mengeruhkan lagi keadaan.

"Hei aku dengan Yati dapat bahan foto lebih menarik lah. Kak Husna pasti takkan reject artikel kita orang tau"kata wartawan Danny pula lalu di sokong oleh wartawan Yati.

Maka saling bertekaklah empat wartawan itu di pejabat.

Wartawan Yeob ketawa je lah sambil krup krap krup krap makan keropok.

"Buhuhu iya dah bergaduh merebutkan bahan tugasan pulak ya..huhuhu sekian"

"Kikiki tu lah pasey"kata Haziq.

Puan Husna selaku ketua kerani penerbitan syarikat terpaksa meninggi suara demi meleraikan mereka.

"Tak kira siapa pun yang siapkan artikel lebih dulu atau kemudian,hanya artikel yang paling terbaik dan berkualiti sahaja yang akan terpilih"tegas Husna.

Harun dan Yana terpaksa muncul untuk meleraikan kekecohan yang terjadi.

"Dah..dah,..you all jangan gaduh-gaduh lah nak berebutkan subjek kes. Misteri orang-orang pelik tu mungkin baru permulaan je. Maybe akan ada lagi yang lebih pelik akan keluar lepas ni. Masih banyak lagi hal misteri menanti kalian kat luar nun''nasihat wartawan Yana Maya.

Harun tersenyum saja. Bagi Harun ini adalah suatu persaingan sihat di kalangan wartawan-wartawan junior di syarikat akhbar tabloid BONGKAR.

"Kak Yana dan abang Harun cool je..tak berebut pun nak cover topik misteri yang sedang gempar sekarang?"tanya seorang wartawan lain.

Harun dan Yana tertawa je lah.

"Malu lah kalau akak sama abang Harun pun nak berebutkan kes misteri gempar ni. Dah,you all amek je"balas Yana.

"Tapi kan Encik Ghani cakap BONGKAR punya next issue nak cover pasal misteri tergempar ni secara besar-besaran. So kalau Kak Yana dengan abang Harun pun tak berebut sekali nanti nak cover topik apa je?"wartawan Yati bertanya.

Hahahahahaha

Langsung Yana dan Harun terlepas ketawa sambil geleng kepala.

"Engkau orang semua cover bahagian surface. Abang dengan Yana akan cover bahagian core yang lebih mendalam dan rumit lagi"ujar Harun.

"Surface? Core?"wartawan-wartawan junior itu saling kehairanan.

"Yup. So jangan risau pasal akak sama abang okey"Yana tersenyum mengangguk.

"Uih macam mana pulak tu ya?"

"Lah korang ni..apa yang korang nampak dekat jalanan tu baru cuma surface atau permukaan je kepada misteri ni. Tapi kau orang tau ke dari mana asal-usul orang-orang pelik tu? siapa mereka? Atau pihak mana yang mengeksploitasi mereka sampai jadi macam tu?"soal Asywina.

Wartawan-wartawan junior itu pun mulai geleng-geleng kepala.

"Haa..bab yang kau orang tak tahu tu lah bahagian core atau dalaman kepada misteri yang lebih rumit yang Kak Yana sama abang Harun akan handle"ujar Asywina.

"Ohh macam tu rupanya"wartawan junior tu pun dah garu-garu kepala. Mereka sedar bahawa keupayaan mereka amat jauh lagi kalau hendak di bandingkan dengan senior mereka seperti wartawan Harun Nasharuddin dan Yana Maya.

"Huu?uhuhu iya daripada ko semua garu-garu kepala kebingungan cenggitu lebih baik ko garu bontot je..huhuhu sekian"wartawan Yeob memang tak pernah tak celupar.

'Wei tak senonohnya abang Yeob!"

"Huhuhu sekian! Sekian!"

Bahahahaha hahahaha

Pecah ketawa menyambut di ruang pejabat. Akan tetapi ketawa itu sebentar sahaja kerana akak cleaner yang sedang mencuci tingkap pejabat tiba-tiba menjerit. Kecoh suasana.

"Apa dah jadi Kak?"

"Tu kat jalan raya bawah!"

Mereka semua melihat ke luar tingkap. Ternyata muncul lagi beberapa orang-orang pelik dan aneh sedang menimbulkan kekecohan di jalanraya betul-betul di hadapan bangunan pejabat syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR.

"Hm dah tiba waktu untuk tugasan luar!"kata Kak Husna.

Bergegas para wartawan mencapai jaket vest rasmi BONGKAR dan segala macam peralatan kewartawanan sebelum keluar ke tempat kejadian.

                          *****

"Manusia-manusia aneh tu di sahkan telah mengalami mutasi genetik?"soal Maya sewaktu membancuh kopi di pantri pejabat.

"Yup! Waktu engkau keluar tadi ada berita terkini melaporkan hasil bedah siasat pihak forensik ke atas jasad-jasad tu"kata Harun.

Berkerut dahi Yana.

''Maksud you mereka tu semua mutan macam dalam filem-filem Hollywood tu Run?"soal Yana.

"Nampak gaya macam tu lah Yana. Dan lagi pihak polis turut mengesahkan bahawa orang-orang pelik ini adalah individu-individu yang tersenarai dalam kategori orang hilang. Ada yang dah hilang bertahun..kemudian muncul semula dalam keadaan genetik sudah di mutasi"

Yana berkerut dahi.

"Ah i tiba-tiba teringat tentang Mahmud, suami Kak Rogayah yang hilang dan di dapati telah di inkubasi oleh orang misteri dalam pesawat piring terbang..apakah ada kemungkinan hal ini ada perkaitannya?"kata Yana.

"Hah bagus persoalan engkau tu Yana. Mungkin engkau nak cuba turun sendiri ke Zon Projek Highlanders untuk buat pemerhatian apakah manusia-manusia aneh termutasi yang berkeliaran sekarang ini berasal dari sana?"

Yana tersenyum dan tampak berminat.

"Tapi better engkau pergi berteman Yana"cadang Harun.

"Kalau Kak Yana perlukan partner. I'm up to work"kata Haziq yang sudah terdengar perbualan Harun dan Yana dekat pantri.

KEADAAN jalanraya di hadapan bangunan letaknya premis syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR agak kecoh dan riuh-rendah. Orang ramai berkerumun di situ sehingga keadaan menjadi sesak. Manusia-manusia yang pelik dan aneh berkeliaran.

BRANKKK!

Tak pasal-pasal tingkap sebuah kenderaan di tepian jalan telah pecah di amuk oleh suatu manusia termutasi yang hijau dan bersisik tubuhnya.

Beberapa orang awam cuba menghalaunya dengan cara melempar batu dan sebagainya. Para wartawan dari akhbar penerbitan BONGKAR pula di lihat sedang gigih merakam suasana di tempat kejadian. Mereka terpaksa bersusah-payah meredah orang ramai semata-mata untuk menghampiri dan mengambil gambar manusia-manusia aneh itu secara lebih dekat lagi.

Wartawan Yeob Maon pun ada turun sekali di jalanan dan bertindak sebagai bodyguard kepada rakan-rakan wartawan lain.

"Uhuhu iya mintak tolong ko semua berikan laluan sikit kat wartawan-wartawan kami ya..sekian"

Warga awam pun membuka laluan.

Sementara itu di ceruk lain dalam kawasan pekan dan ibu kota juga tak kurang gemparnya. Manusia-manusia aneh dan termutasi bukan sahaja telah bermaharajalela dan semakin bertambah,malah banyak pula angkara vandalisma yang di lakukannya.

Di jalanraya dapat di lihat ada kereta-kereta yang pecah tingkapnya. Ada yang terbalik. Api dan kebakaran berlaku di sana-sini. Orang ramai terpekik-terlolong berusaha menyelamatkan diri.

''Aaaaaaaaaaaa!!!"

Beberapa warga awam telah di belenggu dalam semburan seperti sarang lelabah yang di lepaskan dari mulut orang-orang aneh yang berkeliaran.

Kemudian ada di antaranya terpenjara di dalam sebuah sarang kokun raksasa yang dimunculkan oleh manusia-manusia aneh di tengah ibu kota.

HARUN baru sahaja beredar turun dari pejabat. Dia harus ke suatu lokasi lain untuk membuat tugasan luar. Akan tetapi keadaan jalanraya di hadapan bangunan pejabat syarikat akhbar tabloid BONGKAR kelihatan agak huru-hara.

Langit juga kelihatan mendung. Hujan mulai turun mencurah. Harun mempercepatkan langkahnya menuju ke lorong belakang sebuah bangunan.

Suara riuh-rendah orang ramai dalam pergelutan dengan manusia-manusia aneh di jalanan telah selamat di hindari. Mujur juga Harun terpaksa parkir keretanya di situ kerana petak parkir kenderaan di hadapan pejabat telah penuh sewaktu wartawan lelaki senior itu datang bekerja pagi tadi.

Sekurang-kurangnya Harun tidak perlu terperangkap dalam huru-hara yang terjadi.

Baru sahaja pintu pacuan empat roda milik Harun hendak di buka,tiba-tiba muncul sebatang tangan hijau dan jelik menangkap ke lengan Harun.

Terkejut betul Harun. Rupanya salah seorang manusia aneh termutasi itu telah muncul di situ.

Tak bertangguh Harun pun menendangnya hingga terhumban lalu terguling-guling jatuh di atas jalanraya sebelum cepat-cepat dia melompat masuk ke dalam pacuan empat rodanya dan berlalu pergi.

BAB 37. Huru-hara

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience