BAB 8

Drama Completed 19407

Naurah masuk ke dalam pejabat Tuan Althaf untuk meletakkan dokumen yang diberi oleh Zukie tadi.Disamping dia letakkan sarapan pagi untuk Tuan Althaf sekali.Dia menyusun dengan teratur dan berjalan mahu menuju ke tempatnya.
Sebenarnya dia tak tahu tugasnya harini buat apa jadi dia kena tunggu Tuan Althaf masuk dulu.

"Hai.." sapa seseorang dihadapannya.Dia memandang wanita itu yang berambut kemas dan berpakaian sangat berstatus.Naurah berdiri secara automatik.

"Hai...boleh saya bantu?"soal Naurah.Wanita itu tersenyum manis.

"Saya nak jumpa dengan Tuan Althaf.Dia dah masuk ke?"soal wanita itu.

Nak jumpa Tuan Althaf?.Tapi untuk apa?.Dalam jadual rasanya tak ada apa-apa.

"Maaf boleh saya tahu Cik ni siapa?.Sebab saya baru lagi dekat sini"ucap Naurah dengan nada sopan.

Wanita itu mengangguk faham.Dia memperkenalkan diri.

"Saya Dr Helen.. Doktor peribadi Tuan Althaf.Saya diminta oleh beliau untuk datang berjumpa"ucap Helen.

"Doktor?.Ohh... Tuan Althaf belum..."

"Good morning Helen.."suara Tuan Althaf menyambung dibelakang Dr Helen.

"Morning Tuan Althaf"balasnya.
Dr Helen tersenyum.Althaf memberi arah pada Dr Helen untuk masuk ke pejabatnya.

Naurah hanya memerhati mereka berdua.Tuan Althaf keluar semula dan mendekatkan diri pada Naurah.

"Ya Tuan?"soal Naurah.Lelaki itu memandang tajam padanya.Naurah tak senang.

"Dia ni kenapa? Period ke?"soalnya tapi hanya mampu dalam hati.

"Masuk pejabat aku sekarang!"ucapnya tegas.Naurah terkebil-kebil berdiri dimejanya.

"Kau tunggu apa lagi!!"jerit Tuan Althaf dimuka pintu.Naurah seperti lipas yang lari dari dipukul.

Naurah masuk dan memandang mereka berdua.Dr Helen yang berada di sofa dan Tuan Althaf yang berada di mejanya.

"Aku ada salah ke?"soal Naurah.Saat itu Dr Helen bersuara.

"Silakan duduk Naurah"ucap Dr Helen.Naurah berkerut. Macamana Dr Helen boleh tahu nama dia.

"Duduklah!"bentak Tuan Althaf yang tidak sabar.Naurah duduk disofa.

Tuan Althaf meminta Dr Helen untuk memulakan bicara dengan Naurah.

"Naurah macamana dengan leher awak?"soal Dr Helen.

"Alhamdulilah dah kurang sakit"balas Naurah.

"I'm glad heard that...but kami ada sesuatu nak bagitahu pada Naurah.Ini antara kita berempat"ucap Dr Helen.

"Berempat? Tapi dekat sini tiga orang je?"soal Naurah yang keliru memandang wajah Tuan Althaf yang masih serius.

"Ya basic is empat orang.Sorang lagi belum muncul.Ini rahsia melibatkan hidup dan mati Tuan Althaf"ucap Dr Helen.

Naurah memandang lelaki itu.Tuan Althaf sakit ke?.Sakit apa?.

"Boleh tak Dr Helen straight to the point.Saya tak berapa faham kalau bahasa kiasan ni"ucap Naurah.

Dr Helen memandang pada Althaf.Althaf mengangguk perlahan.

"Begini Naurah awak mesti pernah nampak perkara pelik pada Tuan Althaf betul tak?"soal Dr Helen.

Naurah mengangguk perlahan.Dr Helen tersenyum sedikit.

"Sebenarnya apa yang awak nampak selama ni adalah datang dari orang yang sama"

Naurah mendengar dengan tekun apa yang cuba disampaikan oleh Dr Helen.

"Tuan Althaf menghidap penyakit Dissociative identity disorder atau DID"beritahu Dr Helen.

Naurah terdiam.Dia tahu penyakit itu wujud tapi dia belum berhadapan dengan insan yang menghadapi penyakit ini.

"Maksud Dr Helen Tuan Althaf ada lebih identiti dalam badan dia?"soal Naurah.

"Kau pernah jumpa Isaac?"soal Tuan Althaf berjalan mendekatkan diri dan duduk dihadapan Naurah.

Naurah mengangguk.

"Pernah sepanjang saya kerja ada dua tiga kali jugak.Jadi dia bukan kembar Tuan macam Zukie cakap?"soal Naurah.

Tuan Althaf menggelengkan kepalanya.

"Isaac sebaya aku tapi dia beragama Kristian.Kalau ikutkan dia ni keluar kalau aku terlalu penat mengikut apa yang Dr Helen rangkumkan tapi sejak kerja dengan aku jiwa dia meronta minta keluar"ucap Althaf.

Naurah mengigit bibirnya rasa takut tanpa sebab.

"Jadi Tuan nak cakap saya punca dia selalu keluar?"soal Naurah.

"Macam ni Naurah...identiti yang ada dalam badan Tuan Althaf setakat ni ada dua.Apa yang Tuan Althaf bagitahu saya yang Isaac seakan minat dengan awak.Macam kejadian haritu yang awak kena cekik"ucap Dr Helen.

"Pasal tu saya pun nak tanya kenapa Tuan Althaf cekik saya?"soal Naurah.

"Sebab aku tahan diri aku supaya Isaac tak kawal kepala aku tiba-tiba kau muncul lagi sukarkan aku"ucap Althaf serius.

Naurah meraup wajahnya.

"Jadi sekarang Tuan nak saya buat apa?"soal Naurah.

"Jaga aku...apa saja yang Isaac cakap aku harap kau tolong jangan cuba terima dia...aku tak nak dia ambil alih badan aku"ucap Althaf.

Naurah menghela nafas.

"Maknanya Isaac akan keluar bila-bila saja lepas ni?"soal Naurah.

"Kemungkinan akan terjadi.Kau kena pastikan dia tak buat masalah kalau keluar waktu bekerja.Sebab ahli lembaga dan pekerja tak tahu pasal perkara ni.Antara Kau , Zukie dan Dr Helen je tahu keadaan aku"ucap Althaf bagai satu arahan.

Naurah mengangguk perlahan.

"Jadi kau tahu bezakan Isaac?"soal Althaf.

"Tahu Tuan.... Isaac rambut dia messy..lepas tu pakai rantai..dan ada slang sikit...dia suka pakai jaket kulit"terang Naurah.

Dr Helen mengangguk perlahan.

*********

Dr Helen meninggalkan mereka berdua sahaja dalam pejabat.Naurah mahu bangkit terlebih dahulu.

"Kejap..."ucap Althaf berjalan ke arah Naurah.Naurah berpaling pada lelaki itu.

"Ya Tuan"

Althaf mengeluarkan sesuatu pada poket seluarnya dan diberikan pada Naurah.

"Ni rantai saya..."ucap Naurah perlahan.

"Ya...semalam aku nak bagi...aku lupa.. macamana nak cakap aku minta maaf pasal semalam..."

Naurah memandang wajah Althaf.Dia menggelengkan kepalanya.

"Tak apa Tuan... saya faham situasi Tuan..."ucap Naurah.Althaf mendekatkan diri.

"Tuan nak buat apa?"soal Naurah yang gementar.Althaf memusingkan badan Naurah membelakanginya.

Dia memasangkan semula rantai leher Naurah.Naurah terdiam.

"Done" ucap Althaf.Naurah berpaling pada lelaki itu semula.

"Terima kasih simpankan saya punya rantai.Saya keluar dulu"ucap Naurah.Althaf mengangguk perlahan.

********

Naurah turun ke lobi untuk makan tengahari di restoran berdekatan dengan pejabatnya.Sebaik sahaja dia keluar pintu utama, Dia terkejut ada orang bunyikan hon dengan kuat.

Dia memandang dan melihat orang melambaikan tangan padanya.

Tuan Althaf atau Isaac?. Lelaki itu berjalan ke arah Naurah.

" Tuan Isaac?"soal Naurah.

Isaac tersenyum disebalik kaca mata hitam.Naurah sedikit kekok lepas tahu kebenaran tadi.

"Where you want to go?"soal Isaac.

"Lunch...dan Tuan Isaac?"soal Naurah.

Isaac menarik lengan Naurah secara tiba-tiba.

"Eh... Tuan Isaac nak buat apa?"soal Naurah menarik lengannya kembali.

"Ikut saya...ada benda saya nak cakap dengan awak"ucap Isaac.Naurah teringat kata-kata Tuan Althaf jangan sesekali percaya apa yang Isaac cakap.

"Takpelah Tuan saya nak makan lepastu masuk kerja balik.Saya pergi dulu..."ucap Naurah berjalan dengan langkah laju.Malang Isaac lagi pantas dihadapannya.

"Ikut saya....go to hell with you work"jerkah Isaac menarik lengan Naurah.Entah mana Naurah mendapat kekuatan tiba-tiba.

"Saya cakap tak nak...tak naklah" ucap Naurah terus menumbuk wajah lelaki itu.

Lelaki itu jatuh ke atas jalan.Naurah mengigit bibirnya.Alamak mampus aku kena buang kerja harini.

Lelaki itu menundukkan wajahnya.Apa aku nak buat ni?.Kalau dia report aku dekat polis....tak pasal-pasal aku masuk penjara.

Apa aku nak buat ni?.Kalau dia report aku dekat polis....tak pasal-pasal aku masuk penjara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience