bacdh 'Didi Cakap'

Drama Series 55610

Khaleeda menolong memapah perempuan yang jatuh di tepi kereta merah untuk duduk di tangga naik ke kaki lima kedai.

"looks very bad. If you don't mind, I'll take you to the clinic."

"Yes, please."

Perempuan itu mesti merasa sangat sakit. Kakinya di bahagian buku lali sudah bengkak dan lebam. Berkerut wajahnya yang cantik menahan sakit.

Rasanya bahagian lutut juga cedera kerana jatuh. Seluar panjang putih yang di pakainya koyak kecil di bahagian lutut dan terbit darah yang agak banyak dari bahagian itu.

Macam mana dia boleh jatuh sebegini teruk. Beberapa buah beg kertas dan bungkusan plastik masih tersadai di atas jalan bersebelahan kereta merah.

"Sorry miss... Can you please take all my bags and put them in the car?."

"Yes of course."

Tanpa di suruh Khalisya menggantikan Khaleeda memegang tangan perempuan itu dan Khaleeda turun ke tepi kereta merah mengutip kesemua beg kertas dan beg plastik di atas jalan lalu memasukkan ke dalam kereta.

"Okay let's go. Be extra careful."

Khaleeda di sisi kanan dan Khalisya di sisi kiri menolong memapah perempuan kulit putih itu yang terdencot-dencot berjalan menggayakan kecederaan dan kesakitan di kakinya.

Mujur klinik terdekat hanya berjarak lima unit rumah kedai dari kereta merah di pakir. Itu pun serasa menangis teruk ketiak Khaleeda menolong memapah perempuan kulit putih itu.

Khaleeda dudukkan perempuan itu di bangku terdekat dengan kaunter pendaftaran. Dia kemudiannya menolong menguruskan pendaftaran masuk.

"Miss, they need your identity card, current address and phone number."

Perempuan itu menyelongkar beg tangan dan mengeluarkan kad pengenalan dan sekeping kad perniagaan.

Kad perniagaan yang sama seperti yang pernah perempuan ini berikan kepada Khaleeda di hadapan pintu lift rumah flat lebih kurang seminggu yang lalu.

May Rose Harris
33 tahun
Islam!

Mualaf agaknya.

Masa selebihnya memang Khaleeda sepenuhnya menolong mengurus perempuan itu sehingga masuk dan keluar semula dari bilik doktor.

Khalisya memang anak yang baik. Tidak mengeluh atau merungut walau semua urusan mengambil masa yang agak lama.

Doktor terpaksa menggunting seluar perempuan itu untuk urusan kecederaan di bahagian lutut yang memang agak teruk.

"Is there anyone who will take you from this clinic?"

Khaleeda bertanya apabila selesai semua urusan dan mereka duduk di bangku menunggu selepas keluar dari bilik doktor.

"None. My husband is working abroad at the moment. My mother is also currently on vacation in Europe".

Muka Miss May Rose kelihatan sugul. Sudahlah dalam kesakitan, ditanya soalan seperti itu bertambah sugul air mukanya.

Macam mana ni? Tak kan dia nak tolong setakat ini sahaja dan tinggal pergi Miss May Rose dalam keadaan begini.

"If you don't mind, can you please send me home using my car?. Just say how much, I will pay. I'm really sorry to trouble you Miss. You have a driving license, right?".

Haaa... memandu!?. Lesen memandu memang ada dan dia perbaharui setiap kali tamat tempoh.

Tapi sudah lama sangat dia tidak memandu. Kali terakhir dia memandu adalah kereta milik majikan taska untuk menghantar barang, sekadar dari taska ke rumah majikan itu hampir dua tahun yang lepas rasanya.

"But I haven't driven in a long time."

Khaleeda beralasan. Dia bimbang bukan menolong tapi semakin menyusahkan. Bukan sahaja menyusahkan Miss May Rose tapi juga pengguna jalan raya yang lain.

"Please Miss. I really hope you can send me back home."

Miss May Rose tayang wajah penuh mengharap.

"Macam mana Sya? Sya rasa boleh ke Ibu tolong Miss ni?".

"Sya tak tau. Tapi kalau Ibu tolong hantar, dapat kita jalan-jalan. Dah lama kita tak pergi jalan-jalan. Sya dah lama tak naik kereta."

Aduhai anak. Beri jawapan dramatiklah pulak!.

Tapi memang betul... lama sungguh dia tidak membawa Khalisya keluar dari kawasan kejiranan sini, yang ada cuma naik kereta grab pergi melawat papa dan mama Khaleeda di penjara. Kasihannya anak Ibu.

"Ermm... okay Miss. But as I told you I'm not a good driver."

"Thank you so much."

Miss May Rose tersenyum suka. Senang hatinya barangkali.

"Where do you live Miss?".

"Persiaran 4# Putrajaya."

"Haaa..."

Bulat biji mata Khaleeda. Tercekik air liur dia mendengarnya. Berapa tambang grab dari Putrajaya untuk balik ke kejiranan sini?. Jauhnya...

Tapi dia sudah berjanji. Tengiklah muka dia jika menarik balik kesanggupan dia untuk menolong.

"Kenapa Ibu? Jauh sangat ke Putrajaya tu. Tapi Sya teringin nak pergi Putrajaya... Didi cakap Putrajaya cantik."

Aduhai anak... Nasi tambah ye awak!.

Okaylah! Okaylah! Dia pergi demi Khalisya. Kasihan si anak tidak pernah sampai ke Putrajaya.

"Okay, okay. Sya tunggu dalam klinik ni dengan Miss May Rose. Ibu pergi ambil kereta kejap."

@@@@@@@

"Ibu..."

Ya Allah... Kasihannya anak dia. Bergenang air mata Khaleeda melihat keadaan Khalisya. Sampai begitu sekali reaksi anak kecilnya.

"Ibu..."

Sambil terloncat-loncat kecil, tersimpul-simpul mengulum senyum teruja. Sungguh dia sebak.

"Ya sayang..."

Khalisya genggam kedua tangan Khaleeda. Masih terloncat-loncat kecil dalam senyuman.

"Terima kasih Ibu..."

"Kenapa?."

"Sebab Ibu sudi kuatkan semangat drive sampai sini."

Hahaha...
Kelakar sungguh jawapan anak gadis kecilnya. Khaleeda tertawa di dalam hati. Sungguh dia gembira dan terharu. Anak itu menghargai usahanya yang sekuman dan hampir tidak sempurna itu.

Memang berbaloi dia berpeluh lebat memandu di dalam kereta mahal berhawa dingin dan di hon di sana sini sepanjang perjalanan hampir satu jam.

Berbaloi sungguh nak...
Selepas beberapa hari hidup mendung terkurung di dalam bilik sewa.

Khaleeda menoleh ke belakang. Nampak sipi dari kedudukannya pintu bilik air sudah terbuka. Miss May Rose di balik pintu yang sedikit terbuka cuba keluar sendiri.

"Ibu nak tolong Miss May Rose. Sya dekat sini aje tau. Jangan masuk dalam kolam renang tu."

"Okay Ibu."

Khaleeda berkejar ke arah Miss May Rose. Menolong perempuan itu keluar dari tandas dan di dudukkan di bangku meja makan menghadap kolam renang dengan landskap yang cantik.

Kejiranan rumah banglow dua tingkat di tanah lot dengan reka bentuk moden Inggeris. Di hiasi pula dengan kolam renang, kolam ikan dan landskap taman hijau yang cantik. Itulah punca keterujaan Khalisya!.

"Fuh lega!".
"Awak tau berapa lama saya tahan... dari klinik tau. Tadi sakit sangat sampai takut nak ke tandas."

Mak aii...
Fasihnya... Tiada sedikit slang omputeh dari Miss May Rose yang seratus peratus berwajah minah saleh. Memang sangat fasih. Tapi tak mustahil juga kerana kad pengenalan Miss May Rose berwarna biru.

Melihat wajah terperanjatnya Miss May Rose sampai ketawa.

"Sorry Khaleeda... saja nak bergurau dengan awak. Kalau saya tak buat macam omputeh sesat yang tak tau cara nak balik, awak mesti tak nak tolong hantar saya kan".

Masih tersenyum bercakap sedang dia masih terkaku mendengar ketawa suka dan bahasa melayu Miss May Rose.

"Suka Khalisya..."

Miss May Rose memandang ke arah luar. Di tepi kolam renang ada buaian putih yang besar dan cantik. Khalisya kelihatan khayal berayun di sana. Anak Ibu... beranganlah tu.

"Ya, terima kasih jemput kami ke sini. Mesti Miss dah dengar tadi Sya cakap masa di klinik."

Miss May Rose capai tangan Khaleeda di atas meja makan digenggam perlahan.

"Saya tanya saja ye... kalau Khaleeda sudi... nak kerja dengan saya tak?".

"Kerja?. Sebagai apa?."

"Pembantu saya."
"Saya sebenarnya cari pembantu sebab saya dah ada business butik but now saya nak buka cafe."
"Saya degree in fashion. Butik perkahwinan tu priority. Yang itu saya bina sendiri dari scratch. Tapi cafe tu impian. Terlalu banyak dalam satu masa tapi saya nak cuba."
"That's why I really need assistant."
"Cafe tu perniagaan keluarga tapi dah lama shut down sebab tak ada siapa jaga. My mom dah malas, dia nak jalan-jalan aje sekarang."
"Saya bercadang nak start semula".
"Kebetulan, agent yang pajak banglow ni untuk buat home stay dah pulang semula. Banglow ni hadiah my late dad untuk saya. Saya renovates, dah siap sayang pula nak sewakan orang jadi saya cadangkan pada husband tinggal di sini, dekat dengan cafe dan butik baru saya. Tapi... awak tengoklah besar sangat! saya seram... Please tinggal dengan saya."

Khaleeda terdiam. Dia memang sedang mencari kerja tapi sejauh ini dari tempat hidupnya sepanjang enam tahun.

Boleh ke? Beranikah dia mulakan langkah baru di tempat baru sejauh ini. Tapi ini memang doa dia sejak kebelakangan ini.

"Khaleeda..."

Genggaman di tangannya berkuat. Jauh dia sesat dalam fikiran.

"Saya... saya.. tak tau."

"Kenapa?".

"Saya pernah jadi pembantu rumah dan saya ada kenangan pahit dengan suami majikan."

Air muka Miss May Rose berubah menjadi sedih seperti mana dia yang tersangkut dalam kenangan enam tahun lalu sehingga terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang dengan anak kecil di malam hari.

"Khaleeda tau tak kenapa saya perlu pembantu?".

Khaleeda geleng-geleng kepala. Air mata yang bergenang ikut terpelanting.

"Sebab suami saya jarang ada kat rumah. Outstation selalu."
"Okay... mungkin Khaleeda fikir saya made up story sebab nak Khaleeda bekerja dengan saya..."
"Apa kata macam ni... percubaan tiga bulan. Kalau Khaleeda tak selesa masa ada suami saya yang kadang-kadang balik tu... Khaleeda boleh berhenti."
"Saya bagi gaji rm2500 sebulan. Tempat tinggal, keperluan hygiene, perubatan, makan, api, air percuma."
"Sekolah Khalisya saya bayar. Macam mana?".

Haaa...
Biar betul!?

cm ne nk dpt view cm SHBA. dlu system NP lain penulis baru blh dpt view. promo kt story author yg ada nama dh pnah buat tp segan la kan asyik nk buat cm tu. nk promo sndri sy tk nk siapa-siapa yg kenal sy tau sy menulis hahaha malu... ada sowg je kwn yg tau dgn seben Sy je. owg lain sume tk tau. IG, fb, TikTok sume Sy tk suke. sb tu Sy ada mase blh menulis. pelik kn Sy. kwn2 Sy kt cni je. tqvm sume jd kwn Sy. syg uoll

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience