PLATINUM

Romance Series 11578

"Takpe tu tak penting, hubby balik tak esok?"

"Esok yes, tapi hubby balik lambat dalam pukul 9 dulu. Nak kena setelkan budak ambik lesen dulu lepastu ada operasi lagi" katanya lagi

"Emmm takpelah kalau macam tu, hati-hati hubby. Bye"

"Okay, bye"

Aku meletakkan panggilan terlebih dahulu, aku beredar ke dapur untuk memasak makan malam

Selesai itu, aku membawa makanan yang aku masak itu kepada baihaqi. Tiba di pejabat jpj aku terus mencari baihaqi, aku melihat baihaqi sedang bercakap dengan seorang jpj perempuan ini. Adakalanya gelak ketawa sampai perempuan tu mengetuk meja. Apa yang lawak pun aku tak faham. Aku pun hanya mengetuk pintu sekali sahaja dan terus masuk ke dalam bilik itu

Terus perempuan itu dan baihaqi memandang aku. Aku tidak kisah dengan pandangan itu, aku terus datang ke arah baihaqi dan duduk diatas ribanya lalu tersenyum

"Hubby" aku sengaja membuat muka comel dan suara manja kepada baihaqi sambil memeluk lehernya

Terkejut baihaqi, perempuan itu lagilah sampai ternganga terus mulut dia. Padan muka, nak borak lagi dengan suami aku

"Hubby, sape dia?" tanya aku berbisik

"Ouhh, ehem kenalkan. Ni mariana and this is my wife fatin" aku hanya tersenyum sahaja, niat ingin berbuat baik. Tapi bila tengok muka perempuan tu sombong, aku pun sombong jugaklah

"Ouhh, wife. Bila awak kahwin baihaqi?"

"Dah dekat setahun kami berkahwin"

Aku menganggukkan kepala sebagai balasan

"Ouhh, tapi awak tak jemput pun kitaorang datang ke majlis tu"

Hehh banyak songeh la perempuan ni, sibuk je. Suka hati laki aku lah dia nak jemput siapa pun. Menyampah aku dengan muka kesian macam tu

"Saya jemput kawan yang dekat-dekat je. Ni pun baru berkawan kan, itu yang saya tak jemput awak datang"

"Ouhh, takpelah"

Perempuan itu masih kekal disitu, aku nak berasmaradana pun tak senang sibuk je lah. Pergi blah lah

Tangan aku sengaja bermain dengan butang baju baihaqi, aku buka aku tutup aku buka aku tutup. Sengaja inginkan perhatian lebih. Aku berbisik pada baihaqi

"Hubby, suruh dia keluar tak boleh ke? sayang nak masa kita berdua je" kata aku manja

Baihaqi pun mengarah mariana untuk keluar

"Riana awak boleh keluar dulu, kalau ada apa-apa nanti saya panggil" katanya

"Baik" mariana pun keluar sambil matanya tak henti memandang aku seperti cemburu

Aku pun berdiri dan menuju ke arah pintu lalu menguncinya, aku kembali ke arah baihaqi dan duduk diatas ribanya

"Sayang ni, kenapa datang tak bagitahu?" katanya sambil mencium tangan aku yang sedang bermain dengan butang bajunya

"Saje nak buat suprise, rupa-rupanya tidak" kata aku lalu membuka butang baju baihaqi

"Sayang no lah, hubby dekat tempat kerja kan" kata baihaqi sambil menolak tangan aku yang bermain dengan butang bajunya. Dia menutup semula

"Alaaaa huhby ni" merajuk aku

"Esoklah, malam ni hubby tak balik"

"Hemmm" jawab aku sepatah

"Sayang masak apa tu?" mata baihaqi terpandang pada bekas mangkuk tingkat

"Masak apa yang hubby mintak tadilah tomyam campur" kata aku sambil membuka mangkak tingkat itu

"Ouhh, sedapnya bau"

"Baru bau tak rasa lagi" aku menyuakan sesudu ke arahnya. Terus dikunyah lalu ditelan

"Emmmmm sedap sangat ni" pujinya

"Tengok tanganlah" lagak aku

"Bukan tengok dada ke?" usiknya

"Ishhh hubby ni, hubby kerja kan? jangan cakap benda-benda mengarut" marah aku tapi lebih kepada malu andai ada yang mendengar kata-katanya tadi

Baihaqi tergelak bila aku berkata sebegitu, lalu terus dia memeluk aku yang sedang makan bersamanya

"Sayang......." panggilnya meleret

Aku hanya menganggukkan kepala sebagai balasan, nak balas tapi mulut dah penuh dengan nasi

"Esok hari apa?"

"Esok hari selasa" jawab aku lurus

"Esok ada apa?"

"Esok tak ada apa-apa pun" jawab aku malas

"Iye ke?"

"Iye lah, entahlah tak tahulah" aku bermain lah lah pula

"Takpelah kalau macam tu"

"Ouhh, sayang lupa nak bagitahu ni. Nanti kejap lagi sayang nak keluar beli barang. Jadi.......... sayang nak....." kata aku sambil menghulur tapak tangan

"Nak apa? nak hi five ke?" tanya baihaqi lalu meletakkan dagunya pada tapak tangan aku

"Nak money"

"Ouhh, kejap" dia meraba beg duit nya lalu membuka dan memberikan kepada aku beberapa not berwarna purple

"Cukup tak?"

"Tak" sengaja aku berkata begitu

Dia menghulur kepada aku kad pula, tapi bukan kad kredit biasa-biasa. Ada platinum nokk, hohoho kayo laki aku ni

"Sejak bila hubby ada kad platinum ni?"

"Sejak kahwin"

Terkejut aku, maksudnya hampir setahun dia memiliki kad itu. Tapi aku tak tahu pulak

"Seriouslah? kenapa sayang tak tahu?"

"Sebab sayangkan tak pernah suka dekat hubby, so manalah sayang nak ambik tahu. Kott hubby nak tambah cawangan ke sayang tak tahu"

Aku terus mencubit lengannya sekuat hati, padan muka

"Mengada eh hubby ni, takde istilah tambah cawangan tu. Kalau sayang tahu, siap hubby sayang sunat hubby buat kali ke-2. Bukan setakat sunat je lah, buang je terus biar tak boleh buang air kecik" aku mulai mengemas mangkuk tingkat yang aku bawa tadi

"Hehehe, sayang ni. Hubby gurau je lah, nak tawan hati fatin areefa ni pun susah. Apatah lagi nak tawan hati lain"

"Mana lah tahu, hubby kan ada platinum kott la tahun-tahun depan ada black card pulak. Sape tahu"

"Atototo tak ada lah, sayang cemburu eh?"

"Mana ada, cuma tak suka aje. Dengan so mariana tu duk pandang-pandang. Macam syok dekat hubby je"

"Kalau dia syok?"

Aku terus mengangkat garfu kepadanya, ishhh dapat laki yang nakal ni payah rupanya. Kerja mengusik orang sahaja, orang usik dia tahu marah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience