SUDAH 2 hari permergian Opah buat selamanya. Hari ini Maisarah mula akan bekerja kembali di kedai runcit di tepi jalan besar tidak jauh dari rumah. Maisarah keluar rumah ingin pergi ke arah motosikal yang dibeli oleh arwah Opah untuk dirinya.
Maisarah melihat motosikalnya itu tidak ada di tempat sepatutnya. Maisarah agak hairan kerana tidak dapat menjumpai motosikalnya. Siapa yang telah membawa motosikalnya itu? Patutlah dari tadi ia mencari kunci yang ia sangkut di tempat biasa tidak ada. Sehingga Maisarah tetpaksa mengambil kunci penduanya. Tanpa berlengah Maisarah terus mencari Salbiah ibu saudaranya.
"Mak Cik mana motor Sarah? Semalam elok je ada dekat tepi tu?" tanya Maisarah pada Salbiah.
"Harris pakai motor tu. Kenapanya?" jawab Salbiah selamba.
"Kenapa Harris guna motor Sarah. Kenapa tak guna motor Harris je, macam mana Sarah nak pergi kerja ni?" kata Maisarah agak kecewa.
"Biarlah! Dia guna motor tu. Motor tu Opah yang beli, jadi Harris pun ada hak nak guna motor tu. Setakat nak pergi kerja dekat kedai runcit tu boleh je guna basikal arwah Opah tu," kata Salbiah pada anak saudaranya itu.
Walaupun hati Maisarah agak sakit dan kecewa dengan sikap ibu saudaranya itu. Tapi ia hanya mampu diam sahaja tidak membantah. Maisarah lalu berjalan keluar rumah kembali. Maisarah pergi ke arah basikal kepunyaan arwah Opah, lalu ia pun mula mengayuh basikal tersebut. Semasa dalam perjalanan ke kedai runcit tempat ia bekerja, Maisarah menitiskan air matanya. Maisarah merasakan hidupnya sudah berubah tidak seperti dahulu lagi.
Dulu Opah selalu ada mendengar rintihannya. Sekarang hidupnya seakan sudah berubah walau pun baru sahaja 2 hari Opah pergi meninggalkan dirinya buat selamanya. Dahulu rumah itu hanya Maisarah dan Opah sahaja tinggal. Selepas Opah meninggal Mak Cik telah membawa suami dan anaknya bernama Harris tinggal sekali. Umur Harris sudah 23 tahun tapi tidak bekerja. Dan masih mengharap pada orang tuanya untuk menangungnya.
Suami Mak Cik Salbiah juga jenis bekerja tidak tetap. Hanya Mak Cik Salbiah sahaja yang bekerja, Mak Cik Salbiah bekerja sebagai cleaner di sebuah sekolah rendah.
Pagi ini Salbiah pergi kerja seperti biasa. Salbiah melakukan kerjanya seperti biasa, waktu rehat tiba Salbiah makan bersama rakan sekerja wanita lainnya. Pekerja kebersihan di sekolah ini hanya dua orang sahaja pekerja wanita dan yang lain adalah pekerja lelaki.
"Aku dengar kau sekarang ni tinggal dekat rumah pusaka arwah mak kau tu. Bukan ke rumah pusaka tu sepatutnya jadi milik anak suadara kau yang tinggal dengan arwah mak kau tu?" soal rakan sekerja Salbiah.
"Dia cucu je, aku ni lagi berhak dapat rumah pusaka tu," kata Salbiah agak emosi dengan pertanyaan rakannya itu.
"Yalah... Kau ada dengar tak tentang anak Ismail kena tangkap dengan JAIP sebab masuk pertandingan ratu pondan. Bukan tu je, dengar kata pertandingan tu tak dapat kelulusan tu yang kena serbu," kata rakan kerja Salbiah lagi
"Ismail yang rumah dekat tepi jalan besar tu ke? Tengok Ismail tu macam tegas orangnya tak sangka anak lelaki dia jadi macam tu," kata Salbiah pada rakannya itu.
"Aku dengar Ismail suruh isteri dia carikan calon isteri untuk anak dia tu. Tapi siapa yang nak kahwin dengan pondan macam anak dia tu. Sengsara hidup perempuan yang kahwin dengan anak dia tu nanti," kata rakan sekerja Salbiah lagi sambil mulutnya mula menyedut air di dalam gelas.
Mendengar kata-kata rakan kerjanya itu membuatkan Salbiah tersenyum. Salbiah seolah-olah sedang memikirkan sesuatu di kepalanya. Di kepala Salbiah terfikir ingin menjodohkan anak Ismail dengan Maisarah anak saudaranya. Kerana Harris anak lelakinya sudah bertunang tapi masih belum cukup wang hantaran untuk diberikan pada pihak perempuan.
Dengan mengahwini Maisarah dengan anak Ismail, boleh la wang hantaran yang akan di berikan pada Maisarah akan ia gunakan untuk Harris beri kepada tunangnya nanti, itulah jalan fikiran Salbiah.
----------
SUDAH hampir seminggu Opah meninggal dunia. Hari ini Maisarah melihat motorsikal elok terparking, lalu Maisarah pergi ke arah motosikalnya itu dan mula ingin menghidupkan enjinnya tapi enjinnya tidak mahu hidup. Maisarah agak hairan kenapa dengan motosikalnya ini.
Sudah beberapa hari ini Maisarah mengayuh basikal pergi ke kedai runcit tempat ia bekerja. Hari ini Maisarah melihat motosikal tidak ada yang guna ia menyangkakan dapatlah ia menungang motosikalnya itu untuk ke tempat kerja. Tapi sudah jenuh ia cuba menghidupkan enjin motosikal tersebut tapi tetap enjinnya tak berbunyi. Maisarah mengambil kunci lalu membuka tempat mengisi minyak. Maisarah agak terkejut melihat minyak motornya itu kering, patutlah Harris sepupunya itu tidak mengunakan motosikalnya ini. Hati Maisarah agak sakit dan kecewa tapi ia tak mampu berbuat apa-apa kerana ia tahu Mak Cik akan membela anaknya itu.
Hari ini Maisarah terpaksa mengunakan basikal arwah opahnya lagi untuk ke tempat kerja. Agak letih mengayuh basikal ke kedai runcit tempat Maisarah bekerja. Kerana mengambil masa hampir 30 minit untuk sampai, jika mengunakan motosikal hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja.
"Berapa hari ni Pak Tam tengok Sarah datang kerja naik basikal je. Mana pergi motor kamu tu?" tanya tuan kedai runcit tempat Maisarah bekerja.
"Motor tu sepupu Sarah guna, jadi terpaksa la Sarah naik basikal arwah Opah," jawab Maisarah sambil tangannya mula menyusun barang di dalam kedai.
"Pak Tam kesian dengan kamu ni. Lepas Opah Eyang kamu meninggal makin susah hidup kamu bersama Mak Cik kamu tu. Harap kamu bersabar je la ya," kata Pak Tam pada Maisarah pekerjanya.
"Tak dak la susah mana tinggal dengan Mak Cik Salbiah tu. Lagipun cuma Mak Cik Salbiah je keluarga Sarah yang masih ada" kata Maisarah cuba menyembunyikan ke susahan hidupnya bersama Mak Cik Salbiah.
----------
DI suatu tempat lainnya, hari ini Izat telah membuka kembali kedai butik pengantinya di sebuah bandar seperti biasa. Kelihatan ada dua orang pekerja Izat sedang mengemas dan menyusunkan alat-alat di dalam kedai tersebut. Pekerja tersebut salah seorangnya perempuan umur linkungan 20 an bernama Nureen. Manakala seorang lagi lelaki perwatakan agak lemah lembut seperti wanita bernama Salleh. Melihat Izat masuk ke dalam kedai Salleh pergi ke arah majikannya itu.
"Bos, macam mana keadaan bos sekarang ni? Saya dengarkan tempat yang bos pergi malam tu kena serbu," tanya Salleh pada majikannya itu.
Salleh agak rapat dengan Izat tapi dia bukanlah jenis seperti Izat yang akan keluar memakai pakaian perempuan. Salleh hanya perwatakan agak lemah lembut seperti wanita tapi tidak sampai mengagap dirinya adalah perempuan. Berbeza dengan Izat yang menganggap dirinya terperangkap di tubuh lelaki sedangkan dirinya ingin kelihatan seperti wanita. Dan Salleh tahu tentang kelainan Izat tersebut kerana Izat sering meluahkan perasaannya pada Salleh. Pergi ke butik Izat hanya memakai seluar dan baju t-shirt sahaja. Izat hanya akan memakai pakaian seperti wanita bila ia keluar waktu malam dan pergi ke sesuatu tempat untuk berkumpul bersama rakan yang senasib dengannya. Izat terpaksa melakukan secara sembunyi-sembunyi kerana ia tinggal bersama ke dua orang tuanya.
"Mak dan ayah aku dah tahu. Ayah aku nak aku kahwin dengan perempuan pilihan mereka," jawab Izat sambil duduk di bangku.
"Bos tak ada nafsu pada perempuan... Mana boleh orang tua bos paksa-paksa suruh kahwin," kata Salleh agak terkejut mendengarnya.
"Itulah, aku dah cakap kat ayah dan mak aku pasal tu. Tapi mereka tak nak dengar pun. Ikut je la," kata Izat sambil termenung mengingati apa yang dikatakan oleh ayahnya.
Bersambung...
Share this novel