SEPASANG BLAZER tercampak kasar atas sofa sebelum Zane menghenyak punggung marah-marah atas sofa di situ. Lelaki itu mendiam seketika selepas duduk di situ.
Dihya yang perhatikan di sebelah sofa itu diam berdiri tidak mengatakan apa-apa. Dia mahu beri Zane ruang untuk tenangkan diri dahulu sebelum dia jelaskan hal sebenar. Takut pula Zane fikir dia dah menipu Zane dan lelaki itu tak percaya padanya.
Keluhan kasar dilepaskan Zane di saat dia meraup muka dek kekasalan. Tanpa memandang, dia hanya duduk di situ menghadap ke depan dengan kedua belah tangan berehat di atas lutut. Habis rosak semuanya!
Selepas semua orang akan tahu siapa Dihya. Dan selepas ini tiada seorang pun yang akan biarkan dia hidup tenang lagi!
Semuanya salah Sarah!
"Kenapa kamu tak jujur dari awal lagi Dihya masa saya tanya kamu hari tu?"
Dihya terus bersimpuh depan kaki Zane. Memegang lengan yang ada di atas lutut lelaki itu dengan perlahan. Dan bila dia bertentang mata dengan Zane, dia ingatkan dia akan di sapa dengan renungan menakutkan tetapi sebaliknya. Tatapan Zane kelihatan seperti disakiti. "Maafkan saya tuan."
Zane duduk tegak. Memandang Dihya di depan kakinya dengan kening mencerlung tajam."Berhenti mintak maaf boleh tak?Saya bukan nak dengar permintaan maaf kamu tu. Saya nak tahu kenapa kamu rahsiakan hal sebenar dari saya?"
Dihya berkerut kening.
"Susah agaknya nak berterus terang?Ke saya perlu bayar kamu hanya untuk kamu jujur pada saya? Kalau ya berapa yang saya perlu bayar?"tambah Zane lagi. Dia kecewa sebab dari awal lagi dia percayakan Dihya semasa Kyren tak berhenti dari mencurigai Dihya. Tapi sebaliknya Dihya malah menipu pada dia!
TERASA Dihya bila dengar. Bibirnya sudah mencebir sedih. Kening ikut berkerut. Sampai ke situ Zane fikir pasal dirinya. Memangnya muka dia ni ada perkataan 'pengemis' ke sampai Zane cakap macam tu.
"Saya mengaku saya tipu tuan. Tapi saya tipu tuan bukan sebab nak sakiti tuan. Saya buat macam tu sebab saya tahu tuan macam mana. Buktinya tuan tengok sendiri apa yang berlaku tadi. Tuan hampir bahayakan nyawa adik tuan sendiri."jelas Dihya." Lagipun macam la saya boleh cari dan bagi tahu pasal adik tuan datang ke sini macam tu aje. Saya taknak jadi perempuan yang terlalu clingy pada tuan, ada masalah aje nak mengadu,susah sikit aje nak mengeluh. Sebab tu saya ambil keputusan untuk biarkan hal ni. Saya malas nak panjangkan masalah. Itu aje."
"Apa dia? "Zane bungkam. Kata-kata Dihya itu membuatkan Zane begitu dumbfounded. Tapi itu yang dia mahukan! Dia mahu Dihya bergantung padanya. Berharap pada dia lebih lagi. Clingy ke mengadu ke...lakukannya. Dia tidak kisah sekiranya Dihya buat macam tu.
"Kalau saya boleh handle masalah tu, saya akan cuba atasinya sendiri. Saya nak tuan faham tu...saya taknak buatkan tuan lakukan lebih dari apa yang Tuan dah berikan pada saya."
"Saya tak perlukan simpati apalagi bantuan dari kamu, Dihya."Zane menyondong ke Dihya. Bawah dagu itu di cengkam agar kepalanya dongak mendekat kepadanya. "Apa yang kamu perlu lakukan adalah hanya terima apa yang saya berikan, minta yang kamu inginkan. Dan biarkan saya uruskan segalanya. Susah ke?"
Tangan Dihya terus naik memegang tangan Zane yang di dagunya dengan kedua belah tangan. Keningnya berkerut.
"Tapi Cik Sarah dan Kyren fikir saya ambil kesempatan pada tuan kalau saya buat apa yang Tuan minta tu. Mereka kata saya ni perempuan yang cuba kawal tuan dan buat tuan berubah. Bila mereka cakap macam tu buat saya terfikir, layak ke saya terima semua ni, patut ke saya lakukan semua ni, betul ke keputusan saya ni untuk berada di sisi tuan? Sebab saya tak rasa saya bagi manfaat dekat tuan selain beban."cerita Dihya sambil mencengkam lembut tangan Zane. Berharap Zane faham dia.
Sentap Zane. Riaknya menjadi mendung tatkala mendengar bait kata Dihya yang kedengaran lirih di telinganya.
"Dihya... Saya yang bertanggungjawab membawa kamu ke sini. Jadi segala masalah dan isu yang datang selepas itu juga adalah tanggungjawab saya. Saya yang akan uruskan dan selesaikannya. Kalau ada yang perlu dihukum, maka saya yang akan menghadapnya bukan kamu . Dan saya tak bawa kamu ke sini dengan beranggapan kamu sebagai beban saya. Apalagi buat kamu fikir macam tu. Kamu faham tu?"
Hela kesal lepas dari Zane sejurus itu. Dia melepaskan dagu Dihya sebelum tunduk memegang bawah lengan Dihya sebelum membawa tubuh itu duduk di pangkuannya. Dan Dihya menurut tanpa membantah.
Zane kemudiannya menyambung semula bicara."Untuk tu saya minta pada kamu, jujur pada saya dan jangan sesekali menipu pada saya lagi. Kalau ada apa-apa beritahu pada saya. Hanya itu aje cara kamu untuk balas semula apa yang saya dah lakukan untuk kamu. Boleh?"pandang dia ke raut wajah Dihya.
Untuk seketika Dihya menatap mata itu. Zane benar-benar kelihatan serius dan maksudkan apa yang lelaki itu katakan. Buatkan jantung di dalam dada terus berdegup kencang kerana terpujuk. Pada masa yang sama kagum kerana melihat perubahan angin Zane yang awal tadi seperti mendung menanti ribut telah berubah tenang dengan mendadak.
Mati-matian Dihya fikir Zane akan mengamuk dan memarahinya kerana menipu. Sekali tu, nak memujuk rupanya!
"Okay. "angguk Dihya perlahan.
Zane memegang belakang kepala itu lalu menolaknya agar mendekat padanya. Satu kucupan lembut hinggap di bibir Dihya sebelum kepala itu disandarkan ke ceruk lehernya.
Dihya memeluk bawah lengan dan bahu Zane dengan erat. Perasaan sama menyelubungi dia setiap kali memeluk lelaki itu. Iaitu perasaan hangat dan selamat dari Zane.
Namun tidak lama. Dihya menjarakkan pelukan itu untuk memandang Zane. "Tuan dah tak marah lagi kan?"kedipnya. Kening kanan Zane terjungkit sebelah sewaktu dia memandang judging akan Dihya. "Kalau macam tu mari kita buat deal. Kalau tuan nak saya buat apa yang Tuan mintak, tuan kena janji dengan saya yang lepas ni tiada lagi kekerasan dari tuan. Tuan tak boleh pukul orang tak kira serius macam mana pun situasinya. Selesaikan masalah dengan berbincang. Macam mana tuan dan saya lakukan sekarang."jari kelingking di sua ke depan muka Zane.
"Kenapa pulak saya kena buat deal dengan kamu pulak?"
"Yalah baru adil. Tuan tahu disebabkan tuan saya berhenti merokok dan mula makan ikut jadual. So tuan kena la buat benda yang sama untuk saya."Dihya capai tangan Zane lalu jari keling king lelaki itu di kuncikan pada jari keling king miliknya.
Mata Zane turut turun memandang tangan mereka berdua itu. Betapa jauh bezanya saiz tangannya dengan tangan Dihya. Jari mereka juga kelihatan ketara sangat perbezaannya.
"Kamu yang cakap ya. No take back!"
Dihya angguk kepala tanda faham tanpa berlengah. "Saya buat part saya. Tuan buat part tuan."
Zane mengeratkan jari kelingkingnya pada jari Dihya. Kali ini aje.
Untuk kali ini aje, dia tundukkan egonya kerana Dihya yang minta. Bukan sebab dia yang mahu. Jadi kalau ada yang cari pasal, dia tak teragak-agak untuk mungkiri janjinya. Sebab dia tahu selepas ini, cerita takkan ending dengan baik!
Here the new chapter. Thank you for the wait. Tak perlu reread chapter ya.
Share this novel