bacdh 'Hamdan dan Faridah'

Drama Series 55610

"Masa tu umur I sepuluh tahun. Ibu baru meninggal. Daddy lost... tak boleh terima ibu dah tak ada."
"Before ibu past away she kept reminding me to take a good care of Daddy."
"Kinda her last will... but I just ten. What can I do?".
"Family ibu dah buang dia sebab kahwin dengan Daddy. I have nobody to rely on."
"I betul-betul takut Daddy murtad."

Yusoff biarkan May Rose bercerita. Air mata sekali-sekala jatuh menitis di pipi mulus itu. Yusoff kesat dengan ibu jarinya.

"I sekolah kebangsaan biasa coz my ibu nak I betul-betul jadi orang Malaysia walaupun I tak ada rupa Malaysian."
"One day driver Daddy lambat ambik balik sekolah, I can't remember why but he's late. I think Daddy outstation that day."
"Zaman tu tak apa kids tak tunggu parents dalam sekolah. I just sit at the bus stop waiting for another staff of my Daddy to pick me up."
"And there... I meet Mommy."
"Alone, wear only t-shirt and long pants with plastic bags and... her stomach grumbling. Quite loud..."

Yusoff rasa tidak percaya dengan apa yang baru May Rose cerita. Puan Kay yang ada imej tersendiri itu siapa sebenarnya dahulu?.

"I ask her... kakak lapar ke?."
"She's young, maybe early twenties. That's why I called her kakak."
"She seemed embarrassed to answer my question but she nod."
"I'm ten and I easily feel sorry for people at that time"
"So I ask her... Kakak nak ikut saya balik? I have plenty of food at home."

"You bawak stranger balik rumah macam tu aje?."

Yusoff agak terperanjat, tapi satu yang dia pasti dari cerita itu May Rose dengan hati emasnya memang sedari kecil rupanya. May Rose tersenyum kecil dan mengangguk.

"Bila staff Daddy sampai I cakap kakak tu my new nanny. Daddy suruh teman ambil I balik sekolah and he believed."

Yusoff ketawa sambil menggeleng kepala tidak percaya. May Rose ikut bersama ketawa mengenang cerita dulu.

"Sampai rumah cuma ada roti and mi segera yang ready to eat."
"After my ibu past away tu, kalau makan memang bungkus aje. Supposed driver yang pick up I tu yang beli but that day kan orang lain, so tak ada makanan."
"Just buah, roti, mi segera..."
"The funny part both of us make a sound grumbling tummy."
"We looked at each other and smiling... I told her my ibu baru meninggal around six months and I don't know how to cook."
"An hour later kita orang makan nasi lauk ayam kari."
"Mommy masak."

May Rose ketawa walau air mata yang bergenang di tubir mata sudah jatuh ke pipi. Sekali lagi Yusoff kesat dengan ibu jarinya.

"Daddy balik malam tu marah-marah. Staff dia cerita pasal my nanny."
"When kakak came from the kitchen Daddy terus terdiam".
"She's sweet and pretty, maybe that's why I tak ada rasa takut dengan dia nak bawak balik."
"Dipendekkan cerita kami berdua... me and Daddy really really really bersyukur ada kakak."
"Daddy fall in love with her and later she became my stepmother"
"Mommy baik sangat, penyayang walaupun kawan-kawan Daddy pandang rendah pada dia but Daddy and I sayang dia."
"Rumah tu gembira semula sebab Mommy."

"Why didn't you ever tell me she was your stepmother".

"I tak pernah anggap dia my step mom. She took good care of me and Daddy with love."
"Dia berjaya buat Daddy balik semula atas landasan agama. I really thankful for that."

"Tapi dia sekejap dulu..."

Yusoff tidak jumpa perkataan yang sesuai, takkan nak cakap sombong sedangkan May Rose sangat sayangkan Puan Kay.

"Sebelum Daddy meninggal, masa Daddy tengah sakit ada staff dalam company yang cuba menipu perniagaan kami, itu bermula karekter keras dia. Orang tak respect coz she's look soft and sweet."

"Why dengan you too?".

"Yang itu sebab Zaril... I tak tau Zaril cerita apa dengan dia tapi memang kepakaran Zaril memecah belahkan orang."
"But... now no need to worry. Mommy dah tau cerita sebenar."

Yusoff kait jari-jemari May Rose berpimpinan tangan menuju ke tengah halaman di mana Puan Kay dan Khaleeda sedang menolong mengajar Khalisya menunggang basikal.

"Our turn!".

Jerit May Rose sambil ketawa dan memegang belakang basikal yang Khalisya tunggang.

Yusoff paut pinggang Khaleeda dan kucup sekali di dahi kemudian Khaleeda dan Puan Kay yang masih tersenyum senang hati bergerak ke meja batu di tepi banglow.

@@@@@@@

"Basuh tangan dulu sayang."

Puan Kay... Ops! nope.
Mommy yang masih berdiri menarik tangannya yang sudah duduk di bangku batu. Semerta Khaleeda terus berdiri sambil tertawa kecil.

Mereka berpimpinan tangan menuju ke sinki. Bergilir membasuh tangan kemudian kembali ke bangku batu.

Ketika Khaleeda menuangkan teh o panas ke dalam cawan di hadapan Mommy, ibunya sedang tersenyum kemudian ketawa kecil melihat Yusoff dan Miss... Kak May yang sedang mengajar Khalisya menunggang basikal.

"Minum Mommy."

"Terima kasih sayang."

Mommy capai tangkai cawan dan disisip sedikit kemudian meletakkan semula cawan di atas meja.

"Di pandai bawak basikal umur berapa?".

"Ermm tujuh... lapan... lupalah Mommy."

Khaleeda ketawa kerana tidak pasti dengan ingatannya. Argh... 24 tahun dan sudah pelupa. Khaleeda geleng-geleng kepala perlahan masih ketawa.

"Papa ajar?".

Soalan dengan senyuman kelat yang seiring dengan cahaya pudar di mata Mommy turut menyedihkan Khaleeda.

"Tak... Michan dengan Abang Am ajar. Kawan yang sama-sama duduk rumah Mama Yati."

Mommy berpaling melihat Khalisya yang menjerit suka dapat mengayuh sekejap tanpa ditolong. Kemudian kembali memandang wajahnya.

"I'm sorry... terribly sorry."

Setitis air mata jatuh. Menitis di pipi yang masih tegang cantik itu.

Khaleeda ramas kekura tangan Mommy di atas meja batu dan kemudian tangan ke dua mereka saling bertaut dan mencengkam erat.

"Mommy cerita ni... not to make you hate Papa. I just want you to know the truth story."

Dari duduk di seberang Mommy di meja batu Khaleeda beralih duduk di bangku batu bersebelahan Mommy.

"Mommy housewife. Tak belajar tinggi, tak pernah kerja... lepas habis form five duduk rumah aje dua tahun jaga adik and tolong your atok and nenek kerja rumah."
"Mommy kahwin Papa aturan keluarga. Tak kenal pun. Sebab Papa dah ada kerja bagus dekat hospital, semua cakap Mommy untung dapat Papa."
"Mommy ikut aje. Tak apa... Manalah Mommy tau Papa 'terpaksa rela' sebab dia dah ada someone."
"Dia tak nak cakap dia sudah ada pilihan hati tapi dia tergamak kahwin dengan Mommy kemudian burukkan nama Mommy untuk berpisah".

Pandangan Mommy lurus ke hadapan. Tembus ke masa lalunya. Hilang terus senyuman dari bibir itu.

"Satu masa bila Mommy balik kampung semua buat tak layan pada Mommy. Atok and Nenek suka sindir-sindir Mommy and I don't know why. Berlarutan beberapa lama."
"Lepas tu Mommy pregnant. I was so happy... Mudah-mudahan anak Mommy akan bawa perubahan pada cara Papa layan Mommy and keluarga kecil kami akan bahagia."

Khaleeda diam sahaja menunggu Mommy teruskan cerita. Dia bagai sudah boleh mengagak setiap babak yang akan berlaku.

"Papa pernah cerita pada Di pasal Mommy?".

Khaleeda tersentak dengan soalan yang tiba-tiba. Namun tetap juga dia segera menggeleng.

"Papa cerita lepas Mommy bersalin dan tinggalkan Di dengan Papa, dia dah tak tau apa-apa pasal Mommy."
"Papa cakap Mommy dah meninggal lepas bercerai. Dia tak ada berhubung lagi dengan family Mommy."

Mommy segera tertunduk. Air mata menitis di atas riba. Khaleeda peluk Mommy dari tepi.

"Mereka rancang perceraian tu dari awal dan letak semuanya nampak salah Mommy."
"Hamdan cerita dengan semua orang baby dalam perut Mommy bukan anak dia."
"Dia nak buat DNA test lepas baby lahir dan kalau betul anak dia baru dia ambil dan Mommy dia ceraikan."
"Bila Di lahir..."

Mommy terdiam lama. Khaleeda gosok-gosok belakang badan Mommy meredakan segala apa juga kesakitan perasaan yang Mommy sedang lawan.

"Di kena Meningitis. Jadi kena tahan NICU masuk incubator."
"Mommy tak pernah dapat pegang Di, tak pernah dapat peluang tengok muka Di, tak pernah dapat cium Di..."

Bergegar-gegar badan Mommy menahan sedih, menangis menitis-nitis air mata.

"Di sayang Mommy..."

Khaleeda peluk Mommy semakin erat. Menyalurkan segala kasih yang menggunung dalam hatinya untuk Mommy tahu dan rasa.

"Hamdan ceraikan Mommy. Halau Mommy sehelai sepinggang. Mommy balik rumah atok nenek, mereka pula halau Mommy, baling kat muka Mommy beberapa keping gambar Mommy dengan lelaki yang entah siapa."
"Mommy kecewa dengan sikap keluarga Mommy boleh percaya cerita Hamdan tanpa menyiasat betul atau tidak."
"Mommy belum lepas hari, tak ada duit, tak ada tempat tinggal, dibuang keluarga..."
"Seminggu Mommy tidur bus stand dan makan entah apa-apa..."
"Sampailah Mommy duduk depan sekolah May dan kenal dengan May..."
"May is such a sweet heart since kid".

Barulah Mommy tersenyum apabila ceritanya tiba pada kisah Kak May. Kak May bukan sahaja menyelamatkan dirinya tapi juga ibunya.

"Lepas daripada tu Mommy ada cuba balik rumah atok but situation still bad. They are good friends with the Hamdan family. Entah apa Hamdan dah racun mereka semua dengan cerita bohong dia"
"Hamdan kata Mommy jadi perempuan simpanan lelaki kulit putih."
"Masa tu rasanya dah setahun umur Di... Mommy teringin sangat nak tengok Di."
"Tak dapat... tak pernah dapat. Hamdan dan nikah dengan perempuan tu... Faridah kan nama dia?".

Mommy toleh kepada Khaleeda dan dia mengangguk. Sampainya hati Papa buat Mommy macam tu.

"Satu hari Daddy May proposed me. Mommy terima dan kami berpindah tinggal di Penang dalam dua tahun. Mommy pujuk diri Mommy lupakan semua dan mulakan hidup baru."
"Ada Mommy dengar kalau dia orang dapat anak baru mereka nak bagi Di pada Mommy tapi dengarnya setiap kali Faridah pregnant mesti dia miscarriage."
"Berpindah semula dari Penang Mommy ada cuba jumpa Hamdan tapi kami bergaduh besar."
"Sakit Daddy May jadi teruk sebab Hamdan tolak Daddy May masa kami datang untuk ajak berbincang".
"Mommy fikir kemudian nanti Mommy akan datang lagi tapi sakit Daddy May tak baik-baik dan Mommy rasa bersalah sangat."
"Mommy sibuk jaga Daddy May sakit dan bisnes selepas tu."
"Mommy minta maaf dengan Di sebab mengalah dan tak berjuang untuk Di tapi Mommy sangat-sangat tak berdaya masa tu dari segi mental lepas apa semua yang dah terjadi."
"I'm so sorry sayang..."
"Mommy trauma sampai Mommy tak sanggup nak mengandung lagi... kalau tak, mesti Di dengan Kak May ada adik-beradik lain."

Mommy tertunduk lagi menangis hiba. Sedihnya Khaleeda melihat air mata Mommy hanya Allah yang tahu. Begini caranya Allah temukan semula dia dengan Mommy selepas satu tempoh yang panjang. Mereka berpelukan erat. Saling menyalur semangat.

Minggu lepas dia tidak tahu apa berlaku di antara Mommy, Kak May dan Yusoff selepas mereka dipanggil menghadap Mommy ketika sedang berbincang arah tujuan hubungan rumit mereka.

Khaleeda sudah fikir untuk tarik diri kerana tahu Mommy adalah ibu kandungnya yang sebenar melalui nombor kad pengenalan dan nama penuh yang sama seperti di sijil kelahirannya.

Dia fikir dia berkongsi ibu yang sama dengan Kak May kerana Kak May tidak pernah memberitahu Mommy adalah ibu tirinya walaupun kepada Yusoff.

Sekarang baru dia terfikir perkara itu tak logik kerana dia jauh lebih muda dari Kak May. Beza umur Mommy dan Kak May cuma 14 tahun.

Tapi esoknya Mommy datang melawat Khalisya dimulakan dengan salam dan kemudian memeluknya erat sambil menangis teresak-esak.

Untuk beberapa hari tiada kata-kata dapat diungkap, setiap kali cuba membincangkan Mommy akan menangis.

Kemudiannya Kak May terangkan secara ringkas Mommy mengupah penyiasat mahu menyiasat latar belakang Khaleeda tapi banyak berita memeranjatkan yang Mommy dapat.

Semua Mommy dapat.
Hamdan, Faridah, Zaril dan Ziela.

Tidak ketinggalan Khaleeda anak Mommy yang papa nafikan haknya mendapat susu Mommy. Kak May yang kasihan kerana tidak mempunyai rahim, Yusoff pak sanggup kepada Khaleeda dan Khalisya anak kandung Khaleeda bersama Yusoff.

Sy rase impian semua penulis cite yg dikarang tak akan sama dgn cite penulis lain. Sy mohon maaf hingga ke bab ini jika penulisan Sy tak dpt memenuhi kehendak kwn2. terima kasih kwn2 utk masa yg kwn luangkn temankan Sy menulis sampai Bab ini. wpn Sy tak dpt tarik view mcm SHBA Sy ckup bersyukur utk kwn2 di sini yg sgt memberi sokongan pd cite bacdh ini. terima kasih syg uoll sgt2.

Share this novel

Eztl
2024-10-07 10:39:39 

bacdh menepati cita rasa mcik. setiap hari tertggu² dgn mcm² plot yg cuba mcik buat n rungkai sdiri dgn tujuan utk dpt ending setiap ch mengikut kehendak hati hahaha... malangnya itu sgt jarang terjadi sebaliknya mcik selalu terkezot dgn pelbagai rahsia demi rahsia yg HM dah bg hint d awal² cerita tp kami ni kan rakus, gelojoh je buat andaian n tafsiran sdiri. Tahniah author, 3 nv semua dpt tmpt d hati mcik cane nk contact author in private ye hehehe....


NovelPlus Premium

The best ads free experience